Wednesday, August 27, 2008

Nak Menitis Air Mata...

Ha…horror, horrorlah jugak. Tapi ada jugak beberapa filem2 sedih yg aku minat atau yg aku teringat setengah2 babaknya. Mmg diakui, filem Melayu mg bnyk yg sedih dan dlm list ni aku sekadar beri beberapa nama dan campur jugak dgn filem2 luar. Here goes my list… :

Hapuslah Air Matamu (1976)
Waktu mak Sharifah Aini bawakkan karipap kegemaran anaknya, waktu persembahan anaknya di pub, kerana malu keadaan maknya yg daif, dia tak mengaku itu maknya dan baling kuih tu ke lantai. Babak hiba tu disebabkan Sharifah Aini tu dah jadi penyanyi terkenal so malu la mengaku Normadiah (mak) tu maknya. Ish2…masa aku kecik tgk filem ni sedih ooo… sensitive sungguh. Drama2 or cereka2 TV bnyk kebelakangan ni bnyk juga mengisahkan tentang anak derhaka kpd ibubapa seperti filem ni.

Home Alone (1990)
Ending filem ni waktu McAuley Culkin melihat diluar rumahnya waktu Krismas dan nampak anak pengemis kembali menemui org tuanya. Pengemis yg dimaksudkan telah diabaikan oleh anak2nya sebelum ni, dan McAuley telah ambik inisiatif untuk menemukan kembali pengemis ni dgn anak2nya da waktu yg sesuai adalah waktu mereka celebrate Krismas.

In Pursuit of Happiness (2006)
Aku sentiasa sensitive tentang apa2 filem tentang anak2 kecil. Aku bayangkan bagaimana kalau hidup aku jadi seperti Will Smith dlm filem ni. Ditinggalkan isteri, takde kerja, hidup melarat & yg paling sedih menjaga anak dlm keadaan yg serba daif. Tak kisahlah kita sendiri yg hidup melarat tp bila anak yg tak tau apa2 pun terpaksa menanggung derita kita. Sepanjang filem ni sedih je memanjang dan pelakon kanak2 yg menjadi anak Will Smith sgt cute & cool.

Star Wars Episode 3 or Episode 6 (2005 / 1983)
Utk episode 3 waktu Obi Wan terpaksa me’light saber’ kan Anakin Skywalker dan terhumban ke lurah lava berapi menjadikannya cacat. Segala janji Anakin terhadap Amidala berkecai disebabkan sifat tamaknya sendiri. Tambah pulak Amidala waktu tu nak deliver. Scene masa Amidala deliver baby sgt tragic dan bermulalah kehidupan Luke Skywalker & Princess Leia yg boleh kita tgk dlm Episode 4 yg klasik tu….Selain tu, bermulalah penguasaan Darth Vader dan tranformasinya pd ending episode 4 juga tragis.

Utk Episode 6, jga sedih pada endingnya di mana Luke Skywalker pula terpaksa me’light saber’kan bapanya Darth Vader. Dan Darth telah come into his senses bila tgk Luke telah azab didera oleh Palpatine dan seterusnya menghumban Palpatine sehingga mati.

Armageddon (1998)
Walaupun filem ni terlalu ‘cheesy’, tp ending filem ni iaitu Captain mereka Jack (Bruce Willis) yg ambik keputusan utk berkorban meletupkan detonator didlm kerak meteor tu agak mengharukan. Tambahan pulak sebelum saat kematiannya, dia ada berpesan pada anak perempuannya menerusi panggilan video supaya mengahwini Ben Affleck (salah sorang krew Bruce Willis yg dibenci) dlm filem tu. So walaupun nampak mcm Hindustan sikit tp mmg agak sedih gak kerana Bruce Willis ni bnyk berkorban utk krew2nya & menyelamatkan dunia dr rempuhan meteor.

Love Actually (2003)
Filem ni org samakan dgn filem Cinta arahan Khabir Bhatia kerana ada beberapa segmen yg berlainan dl satu filem. Aku suka segmen Colin Firth yg merupakan seorg duda yg serius dan pendiam dan mempunyai seorg maid. Dlm diam dia menyintai ‘maid’ tersebut tp tak pernah menunjuk atau meluahkan perasaannya. Maidnya juga walaupun pemalu, dr expressionnya nampak dia juga menaruh hati pd majikannya. Sounds simple je… tp chemistrynya sgt berkesan. Babak akhir dimana maid tersebut habis kontrak, kembali ke negara asalnya dan susah payah dijejaki oleh Colin Firth sgt romantic & funny at the same time. A charming movie.

Kami (1982)
Again...it's about kanak2 malang. Filem lakonan Allahyarham Sudirman masa zaman remajanya bersama sorang lagi pelakon kanak2 Din, benar2 menyentuh hati. Din tinggal dgn mak tirinya yg garang membuatkan dia fedup dan melarikan diri. Dia bertemu Tookoo (Sudirman) seorg remaja jalanan dan bermulalah kisah hidup mereka yg merempat dan takde tempat bergantung.

Braveheart / Gladiator (1995 / 2000)

Dua2 filem ni aku combinekan bersama sebab themenya lebih kurang. Scene sedih waktu bini masing2 William Wallace (Mel Gobsin) dan bini Maximus (Russel Crowe) mati… dan mcm mana si suami tabah menghadapi kenyataan yg isteri tersayang mereka meninggalkan mereka dan masih berjuang menegakkan keadilan at the same time. Isteri mereka juga mati dlm keadaan yg menyedihkan.

Edward Scissorhand (1990)
Filem ni mmg sedih especially apabila Edward ni dibuli disebabkan appearancenya yg bertangankan gunting… totally freak man…! Dan gaya filem ni diceritakan iaitu gaya Tim Burton membuatkan filem sedih ni lebih interesting.


Filem2 Sedih P.Ramlee (Anakku Sazali) (1956)
P.Ramlee kalau buat apa2 genre of filem pun, semuanya menyentuh hati kita. Tak kiralah komedinya ataupun filem sedihnya. Sebut pasal filem sedih ni, bnyk filem2 nya yg menyayat hati antara favourite aku ialah; Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat. Tp filem yg paling sedih hasil garapannya ialah Anakku Sazali. Bayangkan seorg bapa yg menatang dan menyayangi anaknya sepenuh hati, alih2 bila dewasa melawan dan memberontak bapanya. Tambahan pualak Sazali menyalahkan bapanya yg menjadikannya ‘spoil’ sebegitu. Babak paling sedih waktu endingnya yg Sazali ditangkap polis. Waktu tu Sazali balik ke rumah kena kejar polis dan meminta makanan drp bapaknya. Disebabkan penat dikejar polis, Sazali terlelap dan waktu terlelap tu bapaknya menelefon polis supaya anaknya ditangkap. Waktu tu tragis sungguh ber’background’kan hujan yg lebat dan lagu sedih (Anakku Sazali)…ish…!

Itu la 10 filem yg aku ingat menyentuh hati aku. Kalau korang tgk, aku kurang tersentuh tgk filem2 cinta especially cinta2 remaja ni. Aku nak gak tau apa filem2 yg menyentuh hati korang…so jgnlah segan2 comment pada aku ok…!

Thursday, August 14, 2008

Tiamat - Amanethes (2008)

Mmg dah lama betul aku tak ambik tau apa yg berlaku pada scene underground, walaupun aku pernah bergiat aktif especially when it comes to metal tahun 90 an dulu.
Tapi ada beberapa nama band2 yg masih melekat di kepala aku, band2 gothic metal terutamanya. Kebetulan aku terjumpa ex-schoolmate aku, yg mmg minat gothic metal sampai skrg (yes, I’m a poser kerana dah mula layan lagu mainstream!), dia ada mencadangkan aku try dengar album terbaru band Sweden Tiamat iaitu “Amanethes”.

Tiamat ni originally merupakan band black/death metal tp slowly dia develop dan skrg cenderung menghasilkan irama gothic. Aku pernah ingat yg albumnya sebelum ni iaitu “A Deeper Kind of Slumber” betul2 dan berubah menjadi album ‘jiwang’pada tahun 1997 lepas! Tp mujurlah dia dah back on track kali ni. Album yg terakhir Tiamat adalah “Prey” yg dikeluarkan pada thn 2003. 5 tahun berlalu dan penantian kita tak sia2 kerana album kali ni lebih mengancam! Musically dan vocally, Tiamat dah menjadi ala2 band Portugal Moonspell, melodic gothic death metal kalau ikut klasifikasi aku. Suara vokalisnya, Johan Edlund dah menjadi more ‘raw’. Lagu2nya semuanya merdu2 belaka; permulaan album ni menghidangkan lagu “The Temple of the Crescent Moon”, dan menjadi pembuka selera aku utk mendengar keseluruhan album ni. Keseluruhan lagu dlm album ni mmg menarik, ada yg heavy dan ada yg merdu dan melodic gila. Another song yg betul2 menikam kalbu ialah “Until the Hellhounds Sleep Again”… layan…!

However unlike Moonspell, Tiamat kurang menggunakan female vocal spt kebanyakan band2 gothic yg lain, so kira dahsyatlah jugak album ni kerana stand on its own single Johan Edlund vocals only. Walaupun sedikit berbeza, Tiamat masih memasukkan elemen2 dlm album terdahulu mereka. Lagu “Summertime Is Gone” reminds me a lot waktu zaman “A Deeper…”, semacam lagu slow rock. Lagu “Meliae” pula mengingatkan aku pada kumpulan Pink Floyd. Lagu2 lain yg best ialah “Misantropolis”, “Katarraktis Apo Aima” dan “Amanes”. Covernya yg agak cliché utk band2 gothic tapi masih nampak menarik kerana ianya selari dgn maksud judul album ni iaitu Amanethes. Utk pengetahuan korang Amanethes adalah bahasa Greek-Turki yg bolehlah diterjemahkan sebagai ‘kesakitan’ atau ‘kesedihan’ atau juga bermaksud ‘persefahaman’.

Album ni produced by Johan Edlund himself. Keseluruhannya, aku enjoy album ni walaupun dah lama tak dengar album2 gohtic. Tiamat nampak lebih matang dan innovatif dan mungkin boleh menarik pendengar2 baru as peminat2 lama mereka. Try this !

Tracklist:
01. The Temple Of The Crescent Moon
02. Equinox Of The Gods
03. Until The Hellhounds Sleep Again
04. Will They Come?
05. Lucienne
06. Summertime Is Gone
07. Katarraktis Apo Aima
08. Raining Dead Angels
09. Misantropolis
10. Amanitis
11. Meliae
12. Via Dolorosa
13. Circles
14. Amanes

Wednesday, August 13, 2008

New Babes on the Block : Mila Kunis


Forgetting Sarah Marshall adalah filem komedi terbaru arahan Nicholas Stoller. Walaupun ianya pengarah baru, producer filem ni adalah Judd Apatow, pengarah filem komedi yg popular masa kini yg pernah membawakan filem Knocked Up dan The 40-Year-Old Virgin. Salah sorang pelakon wanita dlm filem ni ialah Mila Kunis (bukan Mila AF), actress cun & cute yg sedang meningkat nama dlm bidang perfileman. Kalau tgk matanya yg menawan tu teringat kita dgn mata Aishwarya Rai.

Mula2 Kunis ni, berkecimpung dlm siri TV & sgt glamer sbg Jackie Burkhart yg bermulut bising dlm sitcom That 70’s Show. Selepas tu dia juga pernah appear dlm filem Get Over It (2001) dan American Psycho II : All American Girl (2002) tp namanya masih kurang menyerlah lg dlm bidang filem.

Nama penuhnya Milena Markovna Kunis dan dia dilahirkan pada 14 Ogos 1983 di Kiev, Ukraine. Antara noteable appearancenya dlm movie adalah sebagai Angelina Jolie semasa muda dlm filem Gia, sebuah filem tentang kehidupan supermodel Gia Carangi. Selain tu dia ada muncul dlm klip video kumpulan Aerosmith dan The Strokes. Pada thn 2006, Kunis muncul dlm filem After Sex dan Moving McAllister bersmaa dgn Jon Heder dan Rutger Hauer. Gossip terhangat pasal dia ni adalah mengenai hubungan cintanya dgn pelakon Macaulay Culkin, yg pernah popular masa kanak2 dulu dgn filemnya Home Alone.

Filemnya yg akan menyusul adalah Max Payne, sebuah action filem berdasarkan video game yg popular disamping hero Mark Wahlberg Oktober ini.

Related Websites :

Mila Kunis in IMDB
Mila Kunis in Wikipedia
Mila Kunis Fansite

Monday, August 11, 2008

Susuk (2008)


Director :
Amir Muhammad
Naeim Ghalili

Cast :
Ida Nerina as Suzana
Adlin Aman Ramlie as Dewangga
Diana Rafar as Soraya
Sofea Jane as Mona

Akhirnya berjaya jugak aku tonton filem ni walaupun dah dua tahun lepas aku menjenguk ke website filem ni dan menunggunya tak keluar2 di panggung, senasib dgn filem Dukun. Selain tajuk dan temanya yg sungguh mistik…Susuk, pengarah Amir Muhammad juga adalah salah satu sebab aku menonton filem ni. Walaupun tak familiar dgn filem2nya, tp aku tau dia ni bnyk terbabit dlm filem independent/dokumentari nya especially kontroversinya dgn “Lelaki Komunis Terakhir”.

Suzana lakonan Ida Nerina merupakan seorang Diva yg dipuja2. Namun gaya hidupnya sangat misteri, meminggirkan diri jauh drp masyarakat. Dia ditemani oleh ‘pengurus’nya yg juga tulang belakangnya yg sgt setia. Disebalik all the fame that she gets, Suzana sebenarnya mengamalkan pemakaian ‘susuk’ dan ‘pengurus’ yg selama ini dibelakangnya adalah Dewa Dewangga, dukun ilmu hitam yg memasukkan susuk ke tubuh Suzana Setiap kali Suzana melanggar pantang, satu nyawa org terdekatnya diperlukan termasuklah ibunya sendiri. Suzana tak boleh berpatah balik dan meneruskan hidupnya di alam ilmu hitam.

Soraya pula adalah seorang pelatih jururawat di sebuah hospital swasta. Disebabkan ingin menjadi mahsyur, gemar menyanyi dan dicucuk oleh rakan2 selebritinya, dia terjebak didlm alam pemakaian susuk ni. Dia sanggup meninggalkan boyfriend dan kawan2nya utk mencapai cita2 yg diidamkannya selama ini. Ilmu hitam telah menguasai kedua2
insan ini dgn pemakaian susuk keramat yg merupakan susuk yg paling dahsyat antara semua susuk diturunkan oleh Dewa Dewangga ini.

Keseluruhannya aku suka filem ni. Firstly kerana elemen seramnya ‘menjadi’ dgn lagu, bunyi latar dan background filem yg dark/mistik sehingga boleh menaikkan bulu roma. Permulaan filem ni dimana seorang budak bermain2 di tepi laut dan tiba2 terjumpa mayat tanpa kulit, membuatkan aku betul2 terkejut beruk ! Sedikit sebanyak dah cukup utk memberi gambaran tentang filem ni. Bnyk elemen2 terkejut sepanjang filem ni. This is not a film yg gah pada bunyi latarnya saja, tapi tunggu punya tunggu, hantu tak muncul2 seperti filem Congkak. Pengarah tak mensia2kan setiap moment dan adegan2 terkejut tersebut biasanya diisi dgn jelmaan ‘hantu’ atau pembunuhan berlaku.

Aku kurang pasti tentang amalan pemakaian susuk ni, tapi filem ni ada memberi kita pendedahan tentang pantang larang amalan ni. Antaranya kita tak boleh melintas pada aliran air. Salah satu scene paling terkejut bercampur kelakar bila si Suzana ni melanggar pantang lintas airnya. Untuk seketika kereta yg Suzana pandu berhenti berdekatan jambatan kayu dikanpungnya dan seorang hamba Allah yg curiga take a peek pada kereta Suzana. Alih2…huuaaarrrggghhh….!!! Cabut lintang pukang Pak Aji tu tengok kat Suzana ni ! Kemunculan Ida Nerina bertaring seperti pontianak juga sgt menarik. Ia mengingatkan aku pada Maria Menado dalam filem lama Sumpah Pontianak. Setelah boring melihat pontianak cun dlm dua bahagian “Pontianak Harum Sundal Malam”, aku berasa teruja juga tgk Ida Nerina bertaring dgn kedua2 kukunya yg panjang dan menyeramkan.

Soraya lakonan Linda Rafar pula adalah ur typical teenage girl yg mempunyai seorang pakwe dan sewa rumah bersama2 dua lagi rakan wanitanya. Silap Soraya apabila mendapat tiket utk ke backstage persembahan Rozana, sorang lagi Diva terkemuka. Rozana bersama2 rakan artisnya Mona lah yg memperkenalkan Soraya pada dunia Susuk. Mood utk segmen Soraya ni lebih light berbanding segmen Suzana kerana dihiasi dgn supporting cast yg pelbagai especially Mona lakonan Sofia Jane. Dlm filem ni Sofia Jane sekali lagi berkemban dan as far as I know, kali terakhir aku lihat dia berkemban of course dlm filem “Perempuan, Isteri dan….” Personally aku prefer Sofia kalau belakon watak utama, cthnya melakonkan watak Suzana berbanding Ida Nerina kerana gayanya yg ‘cool’ dan sememangnya dia lebih ‘cun’ dan sesuai sgtlah dgn tangkal susuknya tu! Tp aku dimaklumkan dia takkan muncul sebagai pelakon utama dlm mana2 filem lagi, so aku no comment about it lah.

Sepanjang filem ni aku tertanya2 apakah connection kedua watak Suzana dan Soraya ni…? Atau adakah dua2 ini kisah yg berbeza…? Persoalan terjawab pada hujung filem ni yg mengikut acuan filem2 Korea atau Asia yg lain. Maksud aku segalanya terungkai diakhir cerita. Namun aku rasa penghujung cerita ni walaupun twist pada fikiran aku, tak betul2 smooth dan selari sgt diceritakan. Pada awal dan pertengahan cerita yg bertukar2 plot kadang2 membuatkan kita bosan dan confuse sikit dgn filem ni.

Masalah utama aku dgn filem ni adalah pada kisah Soraya. Dia merupakan seorang remaja yg cun, ada suara (ini kita nampak bila dia selalu menyanyi dihospital tempat dia bekerja), ada boyfriend yg menyayanginya, ada kawan2 rapat yg sentiasa dibelakangnya dan rapat dgn ibunya mengapa begitu mudah sgt terpengaruh utk memakai susuk ? Tiada konflik yg ketara dipaparkan dlm diri Soraya sehingga memaksanya mengambil keputusan utk memakai ‘susuk’. Aku boleh terima kalau Soraya ni diceritakan sebagai seorang penyanyi popular yg mengalami zaman kemerosotannya atau dia seorang wanita yg tak cun dan di tinggalkan oleh kekasihnya seterusnya terdesak utk mengambil ‘susuk’. Di samping tu, scene pukul bantal Soraya dgn rakan2 sehingga keluar kekabu terlalu cliché sehingga mengingatkan aku pada iklan tuala wanita/deodorant atau filem2 teenage yg lain.

Pelakon2 semuanya handal2 belaka except for mamat yg jadi pakwe si Soraya tu yg macam kayu sikit, Gambit Saifullah kalau tak silap namanya. Ida Nerina, Adlin Aman Ramlie dan Sofia Jane excellent in their own way. Adlin portrayal of Dewangga betul2 berkesan. Wataknya yg cool tapi very sinister tu bolehlah dianggap sebagai antara villain terbaik dlm filem Melayu so far. Ida Nerina dan Sofia Jane masing2 cool dgn gaya tersendiri. Ida Nerina cemerlang kerana berjaya membawa watak Suzana yg evil dikelilingi dengan kemahsyuran dan kekayaan, namun di dalam hatinya ada tersimpan perasaaan memberontak dan seribu penyesalan kerana terjebak dlm kancah ‘susuk’ ni. Diana Rafar takde apa2 yg special tentang wataknya, cuma aku rasa she’s fairly ok in this movie.

Selain tu, latar belakang filem ni juga sgt dark dan mistikal. Rumah kediaman Suzana bersama Dewangga tersangatlah antik…ianya cantik tapi menyeramkan, sehingga membuatkan aku tertanya2 ada ke rumah org mcm ni….??? Cantik tu mmg cantik, tapi seram ya amat !

Apa2 aku takkan spoilerkan filem ni, korang kena tontonnya di pawagam. Walaupun filem ni tak lah perfect, tapi kalau antara filem2 seram Malaysia, ianya adalah filem yg baik. Jika dibandingkan dgn filem2 yg keluar tahun pelbagai genre, ianya masih antara filem yg baik dan tak menyesal menontonnya.

Sunday, August 10, 2008

And the Winner is....


Filem Terbaik: Kala Malam Bulan Mengambang
Pengarah Terbaik: Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang)
Pelakon Lelaki Terbaik: Rosyam Noor (Kala Malam Bulan Mengambang)
Pelakon Wanita Terbaik: Maya Karin (Anak Halal)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Zul Huzaimy Marzuki (Wayang)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Ruminah Sidek (Pensil)
Pengarah Harapan: Hans Isaac (Cuci)
Pelakon Harapan Lelaki: Kamaruzaman Taib (1957 Hati Malaya)
Pelakon Harapan Wanita: Lisa Surihani (I'm Not Single)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Erynne Erynna (Congkak)
Penataan Seni Terbaik: Nazrul Ashraff
Lakon Layar Terbaik: Hans Isaac (Cuci)
Cerita Asal Terbaik: Osman Ali (Anak Halal)
Sinematografi Terbaik: Raja Mukhriz (Evolusi KL Drift)
Penyunting Terbaik: Nik Haslinda & Kamarudin Abu (1957 Hati Malaya)

Anugerah Khas Box-Office - Duyung
Anugerah Khas Veteran Wanita - Ruminah Sidek
Anugerah Khas Veteran Lelaki - Wahid Satay


Anugerah Khas Juri :
Shuhaimi Baba (1957 Hati Malaya)
M Subash (Pensil)
UITM (Wayang)
Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift)


P/S : Tahniah Mamat Khalid. Waiting for your next project...Estet !!!

Friday, August 01, 2008

FFM 21

Berikut adalah 23 filem yg bertanding dlm Festival Filem Malaysia ke 21 ni :

· 1957 - Hati Malaya (Persona Picture)
· 9 September (Metrowealth)
· Akhirat (Sri Sahib Productions)
· Anak (Box Lite Film)
· Anak Halal (Tayangan Unggul)
· Apa Kata Hati (Tayangan Unggul)
· Cinta U-Turn (Pyramid Saimira Theatre Chain)
· Congkak (Metrowealth)
· Cuci (Tall Order Productions)
· Dunia Baru - The Movie (Grand Brilliance)
· Duyung (KRU Films)
· Evolusi KL Drift (Skop Productions/Grand Brilliance)
· I'm Not Single (Metrowealth)
· Impak Maksima (Excellent Pictures)
· Kala Malam Bulan Mengambang (Tayangan Unggul)
· Kayangan (Raden Pictures)
· Nana Tanjung 2 (Grand Brilliance/Line Clear)
· Otai (Grand Brilliance/Line Clear)
· Pensil (Genius Parade)
· Sepi (Grand Brilliance)
· Susuk (Grand Brilliance)
· Wayang (UiTM Shah Alam)
· Johnny Bikin Filem (Universiti Malaya)

P/S : Belum tgk The Dark Knight lagi sebab busy. Sedihnya bila dpt tau filem ni best dan lebih sedih bila semua member2 aku dah tengok...!!!