Wednesday, August 13, 2008

New Babes on the Block : Mila Kunis


Forgetting Sarah Marshall adalah filem komedi terbaru arahan Nicholas Stoller. Walaupun ianya pengarah baru, producer filem ni adalah Judd Apatow, pengarah filem komedi yg popular masa kini yg pernah membawakan filem Knocked Up dan The 40-Year-Old Virgin. Salah sorang pelakon wanita dlm filem ni ialah Mila Kunis (bukan Mila AF), actress cun & cute yg sedang meningkat nama dlm bidang perfileman. Kalau tgk matanya yg menawan tu teringat kita dgn mata Aishwarya Rai.

Mula2 Kunis ni, berkecimpung dlm siri TV & sgt glamer sbg Jackie Burkhart yg bermulut bising dlm sitcom That 70’s Show. Selepas tu dia juga pernah appear dlm filem Get Over It (2001) dan American Psycho II : All American Girl (2002) tp namanya masih kurang menyerlah lg dlm bidang filem.

Nama penuhnya Milena Markovna Kunis dan dia dilahirkan pada 14 Ogos 1983 di Kiev, Ukraine. Antara noteable appearancenya dlm movie adalah sebagai Angelina Jolie semasa muda dlm filem Gia, sebuah filem tentang kehidupan supermodel Gia Carangi. Selain tu dia ada muncul dlm klip video kumpulan Aerosmith dan The Strokes. Pada thn 2006, Kunis muncul dlm filem After Sex dan Moving McAllister bersmaa dgn Jon Heder dan Rutger Hauer. Gossip terhangat pasal dia ni adalah mengenai hubungan cintanya dgn pelakon Macaulay Culkin, yg pernah popular masa kanak2 dulu dgn filemnya Home Alone.

Filemnya yg akan menyusul adalah Max Payne, sebuah action filem berdasarkan video game yg popular disamping hero Mark Wahlberg Oktober ini.

Related Websites :

Mila Kunis in IMDB
Mila Kunis in Wikipedia
Mila Kunis Fansite

No comments: