Monday, August 11, 2008

Susuk (2008)


Director :
Amir Muhammad
Naeim Ghalili

Cast :
Ida Nerina as Suzana
Adlin Aman Ramlie as Dewangga
Diana Rafar as Soraya
Sofea Jane as Mona

Akhirnya berjaya jugak aku tonton filem ni walaupun dah dua tahun lepas aku menjenguk ke website filem ni dan menunggunya tak keluar2 di panggung, senasib dgn filem Dukun. Selain tajuk dan temanya yg sungguh mistik…Susuk, pengarah Amir Muhammad juga adalah salah satu sebab aku menonton filem ni. Walaupun tak familiar dgn filem2nya, tp aku tau dia ni bnyk terbabit dlm filem independent/dokumentari nya especially kontroversinya dgn “Lelaki Komunis Terakhir”.

Suzana lakonan Ida Nerina merupakan seorang Diva yg dipuja2. Namun gaya hidupnya sangat misteri, meminggirkan diri jauh drp masyarakat. Dia ditemani oleh ‘pengurus’nya yg juga tulang belakangnya yg sgt setia. Disebalik all the fame that she gets, Suzana sebenarnya mengamalkan pemakaian ‘susuk’ dan ‘pengurus’ yg selama ini dibelakangnya adalah Dewa Dewangga, dukun ilmu hitam yg memasukkan susuk ke tubuh Suzana Setiap kali Suzana melanggar pantang, satu nyawa org terdekatnya diperlukan termasuklah ibunya sendiri. Suzana tak boleh berpatah balik dan meneruskan hidupnya di alam ilmu hitam.

Soraya pula adalah seorang pelatih jururawat di sebuah hospital swasta. Disebabkan ingin menjadi mahsyur, gemar menyanyi dan dicucuk oleh rakan2 selebritinya, dia terjebak didlm alam pemakaian susuk ni. Dia sanggup meninggalkan boyfriend dan kawan2nya utk mencapai cita2 yg diidamkannya selama ini. Ilmu hitam telah menguasai kedua2
insan ini dgn pemakaian susuk keramat yg merupakan susuk yg paling dahsyat antara semua susuk diturunkan oleh Dewa Dewangga ini.

Keseluruhannya aku suka filem ni. Firstly kerana elemen seramnya ‘menjadi’ dgn lagu, bunyi latar dan background filem yg dark/mistik sehingga boleh menaikkan bulu roma. Permulaan filem ni dimana seorang budak bermain2 di tepi laut dan tiba2 terjumpa mayat tanpa kulit, membuatkan aku betul2 terkejut beruk ! Sedikit sebanyak dah cukup utk memberi gambaran tentang filem ni. Bnyk elemen2 terkejut sepanjang filem ni. This is not a film yg gah pada bunyi latarnya saja, tapi tunggu punya tunggu, hantu tak muncul2 seperti filem Congkak. Pengarah tak mensia2kan setiap moment dan adegan2 terkejut tersebut biasanya diisi dgn jelmaan ‘hantu’ atau pembunuhan berlaku.

Aku kurang pasti tentang amalan pemakaian susuk ni, tapi filem ni ada memberi kita pendedahan tentang pantang larang amalan ni. Antaranya kita tak boleh melintas pada aliran air. Salah satu scene paling terkejut bercampur kelakar bila si Suzana ni melanggar pantang lintas airnya. Untuk seketika kereta yg Suzana pandu berhenti berdekatan jambatan kayu dikanpungnya dan seorang hamba Allah yg curiga take a peek pada kereta Suzana. Alih2…huuaaarrrggghhh….!!! Cabut lintang pukang Pak Aji tu tengok kat Suzana ni ! Kemunculan Ida Nerina bertaring seperti pontianak juga sgt menarik. Ia mengingatkan aku pada Maria Menado dalam filem lama Sumpah Pontianak. Setelah boring melihat pontianak cun dlm dua bahagian “Pontianak Harum Sundal Malam”, aku berasa teruja juga tgk Ida Nerina bertaring dgn kedua2 kukunya yg panjang dan menyeramkan.

Soraya lakonan Linda Rafar pula adalah ur typical teenage girl yg mempunyai seorang pakwe dan sewa rumah bersama2 dua lagi rakan wanitanya. Silap Soraya apabila mendapat tiket utk ke backstage persembahan Rozana, sorang lagi Diva terkemuka. Rozana bersama2 rakan artisnya Mona lah yg memperkenalkan Soraya pada dunia Susuk. Mood utk segmen Soraya ni lebih light berbanding segmen Suzana kerana dihiasi dgn supporting cast yg pelbagai especially Mona lakonan Sofia Jane. Dlm filem ni Sofia Jane sekali lagi berkemban dan as far as I know, kali terakhir aku lihat dia berkemban of course dlm filem “Perempuan, Isteri dan….” Personally aku prefer Sofia kalau belakon watak utama, cthnya melakonkan watak Suzana berbanding Ida Nerina kerana gayanya yg ‘cool’ dan sememangnya dia lebih ‘cun’ dan sesuai sgtlah dgn tangkal susuknya tu! Tp aku dimaklumkan dia takkan muncul sebagai pelakon utama dlm mana2 filem lagi, so aku no comment about it lah.

Sepanjang filem ni aku tertanya2 apakah connection kedua watak Suzana dan Soraya ni…? Atau adakah dua2 ini kisah yg berbeza…? Persoalan terjawab pada hujung filem ni yg mengikut acuan filem2 Korea atau Asia yg lain. Maksud aku segalanya terungkai diakhir cerita. Namun aku rasa penghujung cerita ni walaupun twist pada fikiran aku, tak betul2 smooth dan selari sgt diceritakan. Pada awal dan pertengahan cerita yg bertukar2 plot kadang2 membuatkan kita bosan dan confuse sikit dgn filem ni.

Masalah utama aku dgn filem ni adalah pada kisah Soraya. Dia merupakan seorang remaja yg cun, ada suara (ini kita nampak bila dia selalu menyanyi dihospital tempat dia bekerja), ada boyfriend yg menyayanginya, ada kawan2 rapat yg sentiasa dibelakangnya dan rapat dgn ibunya mengapa begitu mudah sgt terpengaruh utk memakai susuk ? Tiada konflik yg ketara dipaparkan dlm diri Soraya sehingga memaksanya mengambil keputusan utk memakai ‘susuk’. Aku boleh terima kalau Soraya ni diceritakan sebagai seorang penyanyi popular yg mengalami zaman kemerosotannya atau dia seorang wanita yg tak cun dan di tinggalkan oleh kekasihnya seterusnya terdesak utk mengambil ‘susuk’. Di samping tu, scene pukul bantal Soraya dgn rakan2 sehingga keluar kekabu terlalu cliché sehingga mengingatkan aku pada iklan tuala wanita/deodorant atau filem2 teenage yg lain.

Pelakon2 semuanya handal2 belaka except for mamat yg jadi pakwe si Soraya tu yg macam kayu sikit, Gambit Saifullah kalau tak silap namanya. Ida Nerina, Adlin Aman Ramlie dan Sofia Jane excellent in their own way. Adlin portrayal of Dewangga betul2 berkesan. Wataknya yg cool tapi very sinister tu bolehlah dianggap sebagai antara villain terbaik dlm filem Melayu so far. Ida Nerina dan Sofia Jane masing2 cool dgn gaya tersendiri. Ida Nerina cemerlang kerana berjaya membawa watak Suzana yg evil dikelilingi dengan kemahsyuran dan kekayaan, namun di dalam hatinya ada tersimpan perasaaan memberontak dan seribu penyesalan kerana terjebak dlm kancah ‘susuk’ ni. Diana Rafar takde apa2 yg special tentang wataknya, cuma aku rasa she’s fairly ok in this movie.

Selain tu, latar belakang filem ni juga sgt dark dan mistikal. Rumah kediaman Suzana bersama Dewangga tersangatlah antik…ianya cantik tapi menyeramkan, sehingga membuatkan aku tertanya2 ada ke rumah org mcm ni….??? Cantik tu mmg cantik, tapi seram ya amat !

Apa2 aku takkan spoilerkan filem ni, korang kena tontonnya di pawagam. Walaupun filem ni tak lah perfect, tapi kalau antara filem2 seram Malaysia, ianya adalah filem yg baik. Jika dibandingkan dgn filem2 yg keluar tahun pelbagai genre, ianya masih antara filem yg baik dan tak menyesal menontonnya.

8 comments:

Amir Muhammad said...

Terima kasih utk ulasan anda yg amat terperinci ini :-)

Saya akur filem ni jauh dari perfect. Tapi untuk menjawab satu soalan, kenapa Soraya nak pakai susuk: Dia tak nak jadi macam kakaknya yang punya rumahtangga seperti wanita lain tapi didera. Dia inginkan kehidupan yang lain. Dan dalam keadaan dia yang naif tu, dia pun mencapai apa yang dia nampak di depan mata dia, iaitu kehidupan diva. Tapi kalau ni tak clear, itu silap kami ;-)

Kalau kasi alamat, saya boleh kirim DVD filem indie saya yang sebelum ni. Alamat emel saya ada dalam blogger profile saya.

Lord Vorphalack said...

terima kasih saudara amir kerana sudi baca komen yg tersangat amatur ni. I really appreciate it!

Ya...saya setuju yg masalah kakaknya betul2 menganggu perasaannya, cuma saya rasa dia tak 'naif' enough utk gunakan susuk. BTW, itu cuma opinion sy. Sy tak sure saudara ada direct Indie film genre seram selain film ni, tp sy berminat jugak utk tau film2 indie saudara yg lain.

Sy akan personally contact saudara thru email. Thanks...

Amir Muhammad said...

Eh, you minat genre seram je ke? Filem indie saya bercorak dokumentari je ;-)

Lord Vorphalack said...

mmg saya minat genre seram, but don't get me wrong... sy cuma tanya je, jika ada karya seram saudara yg lain. Personally semua genre filem sy tonton, tp masih kurang expose pada filem indie, baik tempatan ataupun luar negara.

Ajami Hashim said...

ko tak prasan ker suara D.Dewangga di-digitize-kan ala2 Batman TDK?

..matilaaa amir baca komen aku ni! larriikkk!

Lord Vorphalack said...
This comment has been removed by the author.
Lord Vorphalack said...

yap...ada persamaan suara mereka berdua. Mcm mana Batman TDK boleh tiru suara Dewangga ni...? Patutnya suaranya dimerdukan sikit... :)

Dr. Bentara said...

peh.... poster hollywood habis!