Tuesday, February 24, 2009

Blast from the Past : Handphone Dulu2...

Heh…suddenly aku teringat kat handphone dulu2. Riwayat handphone aku pun boleh tahan mcm2 model jugak, however handphone yg aku listkan kat bawah ni adalah handphone yg tak boleh dilupakan dlm ingatan aku :

Motorola StarTac


Handphone ni aku letakkan kat tempat pertama coz masa zaman glamernya, semua menyebut2 tentang handset ni ! Semua org bercita2 nak memilikinya. Bentuknya sleek jugak untuk zaman tu la yg lebih mementingkan saiz kecil. Lagi kecil handset, lebih bangga korang memilikinya. Dia ada 2 version, first version mempunyai bateri yg agak besar manakala StarTac X lebih kecil dan cantik. Aku both memiliki kedua2 model ni tetapi the 1st version aku pakai sekejap je.

Ericsson T10


Sebelum Sony Ericsson…there’s simply “Ericsson”. Model ni paling bnyk bermain dgn colour dan semuanya striking2. Merah, biru, kuning semuanya aku dah try & tukar housingnya. Skrin LCD nya merupakan skrin paling kecik pernah aku jumpa ! Paling jenuh bila nak baca mesej, asyik2 nak scroll ke kanan ! Handphone dulu2 jugak terkenal dgn antennanya, siap ada jual accessories utk tukar antenna yg canggih2 sikit…cthnya antenna berkelip2. Handphone ni juga terkenal dgn pelbagai antenna nya.

Nokia “Pisang”…?

Ntah hapa nama model sebenarnya, tapi handphone ni lebih dikenali dgn Nokia Pisang sebab bentuknya yg melengkung mcm pisang! Ianya glamer zaman dulu dan sesiapa yg ada dah kira sofistikated giler la. Tambahan pulak ia pernah muncul dlm The Matrix lakonan Keanu Reeves dulu. So sesiapa yg pakai ada la perasan dia tu Neo atau rakan2 group Neo tu…! Aku tak pernah ada handphone ni, tapi ada a few member own this handphone.

Nokia 5110

Selain Ericsson T10, model Nokia 5110 ni pun boleh bertukar2 colour. Yang ni comes after zaman T10 dan lebih senang menukar housingnya. Mcm yg kita tau, sejak dulu lagi handphone Nokia ni lebih user friendly especially bila menaip sms dan skrin LCD nya juga besar. Antara model yg paling glamer dan mampu milik utk semua golongan. Selepas model ni keluarlah Nokia 3210 dan 3310 yg juga senang utk tukar housingnya.

Motorola Flare

Ini handphone pertama aku. Rasanya tak ramai yg pakai handphone ni sbb hodoh jugak kerana baterinya yg besar gedabak ! Ini arwah bapak aku yg beli…itu ajelah yg mampu masa tu…hu hu… Kalau letak belakang poket jeans, rasa mcm nak terkeluar2 & sakit bontot…ha ha… Sebenarnya ada 2 version bateri dan yg satu lagi lebih slim, tapi masih di’consider’ besar.

NEC Primero

Ini antara mobile phone yg terawal. Besar gedabak betul ! Lebar dan panjang. Tapi tahan lasak jugak. Arwah bapak aku ada own handphone ni. Skrg ni aku tak pernah dgr any handphone from NEC. Mungkin dah bungkus lingkup kot ! Lain2 nama yg aku rasa dah hilang adalah Siemen dan Alcatel.

Aku listkan semua handphone ni actually kerana aku miss those days where kita boleh tukar2 antenna, tukar housing colour2 dan mcm2 lagilah. Sayang h/phone lama2 tu semua aku trade-in utk beli handphone baru. Handphone lama ni tahan lama dan tahan lasak. Mungkin coz takde teknologi2 yg canggih2 dlmnya kot. Dulu x pernah ada 3G, x pernah ada memory card….cuma handphone dan sim card aje. Tapi aku tau satu telefon yg korang tak payah risau ke’lasak’annya dan tak perlu risau akan hilang….jeng…jeng…jeng… :

ATUR!!!



Mobile phone yg pertama sekali. Makes you wonder…kenapa tak bawa public phone aje sekali…??? Zaman skrg kalau pakai org akan ingat kau bawa bom jangka !!!

7 comments:

Nazim Masnawi said...

Star Tac was my first handphone, angkat daripada my bro yang upgrade beli Nokia 3310. Huiyooo! Can't believe all these shits harga beribu masa baru keluar. Ingat tak start up sim card dulu dekat RM300? Christ!

deaf-angel said...

salam..

ni post memang betul2 kenangan lalu.

I love it.

Lord Vorphalack said...

cuba compare sim card starter dulu rm300.00 dgn skrg yg free...!!! Itu la...kalau la aku simpan semua handphone2 yg pernah aku own, semua tu sentimental value tuh...!

Lyn said...

Kah kah kah telefon 4 teratas tu I pernah pakai, memang lawak giler, kekonon masa tu mcm hebat sangat ada hp mcm tu. But tak boleh lupa my brother guna hp yg besar mcm botol air tu kaler hitam, siap letak dalam pouch tu, sangkut kat bahu :P

Lord Vorphalack said...

wa...itu dah kira mcm mata2 gelap dah tu...ala2 miami vice lagik...ha ha...! Tp aku tgk skrg dah trend pakai hp besar lagi atau palmtop... tapi tak la segemuk h/p dulu2

Lord Vorphalack said...

ya sampai skrg aku masih gila mobile phone... skrg target utk beli Nokia 5800 which is touch screen, tapi juga berminat nak beli Apple Iphone. Bergantung gak pada budget aku la...

Honest girl said...

hi, nak tanya ckit, b4 dat, nak perkenalkan diri ya, my name Molly, currently uni student kat UTP petronas kat ipoh ni, nak tumpang tanya, do you still keep your sony ericson T10? i nak beli, RM50 pun i rela bayar. nid for project.please update me 2 my email soon!!tq~
mizmo7618@gmail.com