Thursday, February 19, 2009

Geng : Pengembaraan Bermula (2009)



Cast :
Izwan as Badrul
Yong Pin as Lim
Balqis as Rose

Director :
Nizam Razak

“Betul..betul…betul…”. Mmg comel watak Upin dan Ipin yg disiarkan di TV9 pada bulan Ramadhan yg lepas. Aku rasa inilah satu2nya watak animasi Malaysia yg bnyk mempengaruhi penonton2 Malaysia terutamanya kanak2. Sebelum kita kita takde strong character atau character yg ada ‘aura’ utk memikat hati. Kenapa Upin & Ipin popular…? Simply “comel”…tak kiralah dari segi fizikal, muka maupun suara. Formula yg sama lah digunakan oleh Les Copaque, untuk menghasilkan “Geng – Pengembaraan Bermula”. Filem ni bukanlah filem mengenai Upin & Ipin, tetapi watak mereka berdua ni ada sbg supporting for winning formula utk filem ni.

Filem ni menggunakan plot yg simple aje, otherwise kanak2 tentulah pening kepala nak menerimanya ! Mengisahkan Badrul yg berhasrat melawat datuknya, Tok Dalang, di Kampung Durian Runtuh. Bertemankan kawannya Lim mereka menaiki bas ke sana. Kebetulan di Kampun Durian Runtuh tgh heboh mengenai “hantu durian” yg selalu memakan durian2 yg jatuh drp pokoknya. Bertambah misteri lagi apabila terdapat penemuan tapak kaki yg ganjil di dusun durian Tok Dalang. Apabila Badrul dan Lim tersesat di dalam hutan bersama rakan2 baru mereka; Rajoo, Ros serta adik-beradik kembarnya yg nakal Upin & Ipin, terbongkarlah rahsia dan misteri disebalik kewujudan “Hantu Durian” di kampong tersebut.

Filem ni penuh adventure dan mencemaskan. Komedi yg diselitkan bukan saja memikat golongan kanak2 malah dewasa sure turut ketawa. Lawak2 nya semuanya menjadi dan membuatkan korang ketawa terbahak2, tambahan pulak dgn characternya yg cute2 seperti Rajoo, Upin, Ipin dan sorang makhluk Oopet. Filem ni juga penuh dgn identity Malaysia difokuskan pada masyarakat kampong. Permulaan filem ni je sewaktu perjalanan Badrul dan Lim ke kampong menaiki bas, dah menampakkan ciri2 tersebut; mandi di sungai, lembu, monyet menaiki motor bersama tuannya (yg ni paling lawak korang patut sgt tgk!!), itik melintas jalan dan bnyk lagi sure akan mendorong korang utk balik kampong! Selain tu Lim yg sepanjang filem ni memakai cap “Cintailah Malaysia” mem’patriot’kan lagi filem ni.

Dari segi grafik dan animasi, aku rasa standing dgn filem2 animasi luar jugak. Malah usaha Les Copaque dan pengarahnya patut diberi pujian kerana menghasilkan filem animasi yg berbudget berpatutan berbanding filem2 animasi luar yg berjuta2 ringgit. Grafiknya yg berwarna warni juga menyerikan filem ni, bukan saja pada pemandangan kampong yg penuh menghijau dgn bukit bukau dan rumput2 disekeliling, malah dihutannya juga menarik dgn serangga2, binatang dan tumbuh2an yg ganjilnya. Sesekali adegan serangga mengingatkan aku pada filem Indiana Jones & the Temple of Doom. Pada pertengahan cerita, ada diselitkan video klip lagu Blues Gang dinyanyikan oleh org2 Kampung Durian Runtuh menunjukkan betapa harmoninya penduduk kampong di Malaysia ni.

Watak2 yg ada semuanya mengelikan hati. Upin & Ipin seperti biasa funny dan comel. Selain tu watak2 dlm siri Upin Ipin juga ada… Rajoo yg memiliki ability berkomunikasi dgn binatang (dan sentiasa malang dlm filem ni!), Tok Dalang, Opah dan Kak Ros (yg garang dan attractive walau hanya berbaju kurung!) ada memegang watak yg sama. Kiranya filem Geng adalah continuity utk siri Upin & Ipin la ni.

Watak Rajoo antara yg paling menyerlah dan kelakar

Bad point tak bnyk la tetapi aku agak pelik jugak mcmana si Badrul dan Lim apabila sampai je kat kampong terus naik motor main rempit. Aku tak begitu senang dgn scene tu sedangkan kita di sini cuba utk benteras kejadian rempit ni. Tambahan pulak kenapa rempit di kampong yg kita dah tau jalannya sempit ? Nasib baik Lim hampir melanggar lembu, kalau nasib tak baik ntah2 terlanggar Upin & Ipin…tak de chance kita nak tgk dia lagi kat TV…he he…! Selain tu ada diselitkan video klip lagu Blues Gang yg aku sebutkan tadi. Pada sesetengah mungkin menghiburkan tapi aku tidak kerana ianya quite panjang jugak. Mungkin director nak memasukkan unsur2 hindustan pada filem ni kot. Kemunculan monster juga bnyk dlm filem ni, kejap monster… kejap itu bukan monster, tambahan pulak terlalu bnyk adegan sebegini kadang2 menakut dan meletihkan kanak2 kecil melihatnya.

Well I guess moral utk filem ni adalah mengenai penjagaan alam sekitar kita. Filem ni mengangkat tema tentang haiwan2 yg hampir pupus menjadi mangsa sikap sesetengah manusia yang tamak haloba dan berselindung disebalik sikap ramah mesra mereka sebagai penduduk kampong. Les Copaque bukan saja membuka ruang untuk filem animasi 3D tempatan malah mempromosi dan menaikkan budaya Malaysia di mata penonton. Aku harap produk seperti ini dpt menembusi pasaran antarabangsa dan seterusnya membuka mata penonton2 luar negara pula.

Aku rekomen pergilah tgk filem animasi ni kerana ianya menghiburkan dan penuh gelak ketawa. Sesiapa yg telah menontonnya aku pasti tak merasa rugi dgn harga tiket yg korang beli. Sesuai utk semua peringkat umur, so bawaklah mak bapak, datuk nenek dan sedara mara, korang yg tua atau muda utk menonton filem ni ! Tajuk filem ni iaitu “Pengembaraan Bermula” diharap ini adalah permulaan sahaja utk Les Copaque dan aku menunggu utk filem2 animasi mereka seterusnya. Tahniah !

Official Website :
http://www.gengthemovie.com

Official Blog :
http://gengmovie.blogspot.com


2 comments:

Ajami Hashim said...

oopet = stitch??? hahaha

Lord Vorphalack said...

Utk percubaan pertama ni aku rasa mestilah bnyk copycat sana sini...
tp kita tunggu je lah something different from them nanti...!