Monday, February 02, 2009

Midnight Meat Train (2008)


Cast :
Bradley Cooper as Leon
Vinnie Jones as Mahogany
Leslie Bibb as Maya

Director :
Ryuhei Kitamura

Pada sesetengah, nama Midnight Meat Train mungkin sounds funny. Tp utk peminat2 filem gore dan slasher, sebut aje term “Meat”, korang mesti tau filem2 ni akan seangkatan dgn franchise Saw ataupun Hostel dan sebagainya. MMT (Midnight Meat Train) diilhamkan drp cerita pendek Clive Barker, yg pernah mengarah filem favourite aku Hellraiser. Tp kali ni ianya difilemkan arahan pengarah Jepun, Ryuhei Kitamura.

Ia mengisahkan tentang seorang photographer bernama Leon, yg mmg gila dgn camera. Setelah tercabar oleh seorang client, utk menghasilkan shot2 yg lain drp yg lain, Leon start la mencari lokasi2 yg best2…yg lebih kepada keadaan suram cthnya di stesen keretapi bawah tanah. Satu hari dia menjadi witness utk satu pembunuhan seorang perempuan muda yg menaiki train tersebut. Pembunuhnya berpakaian smart aje, rambut disisir rapi dan berbadan besar, Mahogany namanya. Selepas drp insiden tersebut, dan mengetahui muka serial killer tersebut, Leon start gelabah dan merepotkan hal ni kepada polis. Bila reportnya tak diendahkan, dia start to be a hero dan cuba utk menjejaki pembunuh tersebut dan membongkar apa sebenarnya berlaku pada train tersebut di waktu tgh malam. Perangainya berubah sehingga menimbulkan rasa curiga terhadap kekasihnya Maya, yg tinggal bersamanya disebuah apartment.

Tahun 2008 merupakan tahun dimana aku kurang sangat menonton filem seram, dan aku rasa juga tahun 2008 kurangnya filem2 seram yg best dikeluarkan. Apa yg bnyk aku tonton adalah remake of Asian horror yg tersangat2 boring. Thus bila menonton filem ni, although bnyk adegan tak logic dan timbul tanda tanya, aku merasakan ianya “not bad”. Peminat filem2 gore/slasher especially Clive Barker fan, tentu akan berpuas hati dengan filem ni kerana adanya bnyk adegan darah, ketuk mengetuk dan sembelih menyembelih. Beberapa adegan yg agak bodoh antaranya bila kekasih Leon ni dgn beraninya pergi ke rumah pembunuh gila tersebut bersama rakannya utk mengesahkan kebenaran kata2 boyfriendnya. Of course babak ni berakhir dgn pembunuhan. Selain tu, keretapi yg menjadi objek utama filem ni kelihatan tak logic bila dibhgn belakang gerabak disimpan dan digantung mayat2 yg telah disembelih oleh Mahogany. Ianya seakan2 bilik peti ais frozen meat pulak! Ada twist pada babak akhir filem ni, kerana tentunya korang terfikir takkanlah si Mahogany ni membunuh sorang2 je. Takkan driver train tak pernah perasan tentang pembunuhan2 tiap2 tgh malam dlm train yg dipandunya ?

Watak notable dlm filem ni ialah pembunuh Mahogany yg dilakonkan oleh Vinnie Jones. Mahogany seorang yg berusia separuh umur, berbadan besar dan berpakaian segak. Namun mukanya yg serius dan monster-like tu membuatkan sapa2 je yg betul2 terjumpa dia tgh mlm dlm train mesti cabut lari punya! Dia bekerja sebagai (guess what!), penyembelih daging. Apabila tiba di tempat kerja, dia menukar baju khas seperti penyembelih2 lain namun waktu tgh mlm lain pula halnya dibuat dlm train. Trademark villain ni adalah memegang tukul penyembelih (ala2 tukul besi superhero Thor!). Kira original jugaklah tu memandangkan sebelum ni bnyk pembunuh2 either pakai parang, pisau ataupun chainsaw utk membunuh. Dua watak utama iaitu Leon dan Maya memberikan performance standard grade B movie je. Selain tu ada cameo drp Brooke Shield sbg client Leon, yg dah lama aku tak tgk dia on screen.

Director Ryuhei Kitamura, pernah menghidangkan kita dgn filem “Versus”, sebuah filem action/adventure/fantasy Jepun yg terkenal. Luckily, dia tak teringin utk ‘remake’kan filem horror negeranya sendiri…coz I think aku dah terlalu full dgn Asian2 horror! Personally, MMT mmg not bad considering tahun 2008 adalah tahun suram filem2 genre horror.

No comments: