Monday, April 20, 2009

Tujuh Pound untuk Menebus Dosa...?

Seven Pounds (2008)

Cast :
Will Smith as Tim / Ben Thomas
Rosario Dawson as Emily
Woody Harrelson as Ezra
Michael Ealy as Ben Thomas

Director :
Gabriele Muccino

Tim berupakan seorg manusia yg kecewa setelah insiden kemalangan keretanya yg membabitkan tujuh nyawa termasuklah tunangnya. Insiden tersebut berlaku kerana kecuaian Tim yg menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang memandu. Setelah insiden kemalangan tersebut, Tim berperangai pelik dan menyamar sebagai abangnya Ben, yg bekerja sebagai pemungut income tax. Tim, mencari tujuh inidvidu yg mempunyai personality baik tetapi bernasib malang, utk menolong mereka sebagai menebus dosanya yg mengakibatkan kematian tujuh nyawa. Di dlm proses tersebut, Tim berkenalan dgn Emily, penghidap penyakit jantung dan jatuh cinta dengannya.

Seven Pounds merupakan filem yg korang takkan faham apa yg berlaku sehinggalah korang tgk pada endingnya. Malahan sinopsisnya yg mengatakan yg dia telah menyelamatkan tujuh nyawa juga buat aku confuse kerana yg sempat aku tangkap adalah around 4 atau 5 nyawa saja. Seterusnya, ianya buat korang nak browse balik full plotnya dan barulah korang sedar ada tujuh nyawa yg diselamatkan, semuanya berlaku diawal2 selepas berlakunya insiden kemalangan kereta Tim.

Filem ni sedih, tetapi tak lah begitu sedih seperti aku menonton Changeling, yg merupakan filem sedih terakhir aku tonton sebelum Seven Pounds. Personally aku tak begitu teruja filem2 sedih ni, tapi yg membuatkan aku tertarik menonton filem ni adalah kerana ia mendapat garapan dari pengarah yg pernah mengarah The Pursuit of Happiness, Gabriel Muccino. Bezanya filem terdahulu lebih simple dan terharu menontonnya dgn kemunculan anak Will Smith yg comel iaitu Jaden Smith. Seven Pounds walaupun dgn kekuatan pelakon2 nya, sedikit hambar dengan elemen mellow hubungan antara Tim dan Emily. Aku fikir lebih baik adegan hubungan antara Emily tu dikurangkan utk diberi peluang pada adegan2 lain mengenai watak2 yg telah Tim tolong. Of course aku setuju lah adegan Emily lebih bnyk kerana itulah pengorbanan Tim yg paling besar sehingga dia terpaksa commit suicide, tetapi adegan nyawa2 lain seperti terabai dan seperti yg telah aku mention tadi…instead of tujuh nyawa kita roughly nampak around 4 or 5 nyawa only.


Will Smith dan Rossario Dawson merupakan pelakon kulit hitam yg strong diwaktu ini. Dawson yg last aku tgk dia dlm Eagle Eyes, sekali lagi memberikan performance yg baik sebagai wanita yg menghidap masalah lemah jantung dan rare blood-type. Emily memerlukan penderma jantung, dan Tim yg telah jatuh hati dengannya, telah berkorban tehadap perempuan malang ini. Sebenarnya Tim telah putus asa sejurus selepas insiden kemalangan yg membabitkan tunangnya yg tersayang beserta 6 lagi nyawa dlm vannya. So keputusannya utk membunuh diri di dlm bath tub bersama2 obor2 peliharaannya sebenarnya adalah kerana terlalu kecewa terhadap kematian tunangnya. Perhaps secara kasarnya, pengorbanan Tim adalah sangat mulia dan menyayat hati, tetapi secara reality, susah nak jumpa org seperti ini.

Watak Tim lakonan Will Smith adalah seorg yg pendiam dan introvert. Sebenarnya watak Tim ada persamaannya dgn wataknya dlm I Am Legend, seorg loner. So walaupun menarik performancenya, takde apa2 baru yg diberikan darinya. Namun ada babak2 yg mnarik seperti adegan telefonnya dgn Ezra dimana Tim sounds betul2 kurang ajar dan menghina org buta dgn tujuan utk melihat setakat mana tahap kesabaran Ezra dan layakkah dia menerima kornea mata Tim. Yes, Woody Harrelson is another noteworthy actor dlm filem ni walaupun adegannya sikit aje.


In case sapa2 yg nak tau apakah tujuh pengorbanan Tim utk menebus kematian tujuh nyawa adalah :

1) Menderma lobe paru2 pada abangnya Ben.
2) Menderma sebahagian drp hatinya pada seorg sukarelawan kanak2 Holly.
3) Menderma buah pinggang pada George, seorg jurulatih hoki kanak2
4) Menderma tulang sum-sum pada seorg kanak2 bernama Nicholas.
5) Menyelamatkan Connie Tepos bersama2 anak2nya drp penderaan teman lelaki Connie dgn memberi rumah banglo Tim kepada Connie.
6) Menderma kornea mata kepada Ezra Turner, seorg pemain piano. (selepas kematian Tim melalui wasiat).
7) Menderma jantung kepada kekasihnya Emily (melalui wasiat).

Tajuk filem ni juga agak misteri…tetapi according to Will Smith, ia adalah seberapa berat organ dlm badan yg perlu Tim korbankan untuk menebus dosa masa lampaunya. Nice title though !

Overall, filem ni memang sedih dan perempuan2 tentu akan menangis terharu. Tetapi patut di’improve’ lagi dari segi plotnya supaya kita tak terlalu bosan, tetapi filem ni masih pada standard yg baik.

Monday, April 13, 2009

New Babes on the Block - Odette Yustman


Babes yg aku feature kali ni adalah Odette Yustman. Yes, mmg namanya pelik tapi not on her face. Jelitawan ni masih muda lagi dlm bidang showbiz ni. Dia dilahirkan pada 10th May 1985 (baru 24 thn) di Los Angeles, California. Kariernya bermula apabila mendapat peranan kecil dlm Kindergarten Cop (1990) bersama hero utama Arnold Schwarzenegger. Selepas high school, Odette menjinakkan diri dlm bidang modeling secara sambilan. Selepas filem Kindergarten Cop, beliau mendapat beberapa peranan kecil dan antara movienya ialah; Dear God (1996), Transformers (2007). Selepas tu peranan besar menyusul dan wataknya paling glamer adalah sebagai Beth dalm filem Cloverfield, filem arahan J.J Abrams. Walaupun kamera-shot utk Cloverfield bergoyang sana sini, tapi mata kita masih boleh menjejaki kemana Beth pergi kerana kecantikannya.

Filem terakhirnya adalah filem seram The Unborn yg baru je menemui penonton Januari lepas. Dlm filem ni dia memegang watak Casey Beldon, seorg wanita yg dirasuk oleh her twins yg telah dibunuh. Disampingnya ialah Gary Oldman yg memegang watak Rabbi Sendak, orang yg menjalankan upacara exorcism terhadap Casey. Sayangnya filem baru ni rata2 mendapat kritikan dgn mendakwa ianya hanya meng’exploit’ Odette yg seksi fizikalnya.

Ada yg kata Odette Yustman adalah jelmaan Megan Fox. Well, there are parts yg aku mmg setuju benar dgn statement ni; seksi. However aku rasa Odette lebih manis dan cun berbanding Megan. Odette ni ada darah Colombia, France dan Italy untuk belah bapaknya, dan Cuba untuk belah emaknya. Kecantikannya mendapat pengiktirafan dlm FHM 2008 dgn mendapat ranking ke 88. Odette juga meminati Angelina Jolie sebagai idolanya dan berharap mengikuti jejaknya suatu hari nanti.


Links :


Monday, April 06, 2009

Saw V (2008)

Cast :
Tobin Bell as Jigsaw (John Kramer)
Costas Mandylor as Mark Hoffman
Scott Patterson as Agent Peter Strahm

Director :
David Hackl

Aku dah penat jugak menonton Saw franchise ni. Semuanya torture2 belaka dan makin lama makin stereotaip segala perangkapnya. Saw V merupakan franchise yg kelima. Tak seperti filem2 Saw yg lepas, kali ni ia diarahkan oleh pengarah baru David Hackl yg pernah menjadi 2nd unit director utk Saw III dan Saw IV.

Filem ni start dgn adegan torture terhadap Seth. Pada previous Saw, Seth ni bertanggungjawab membunuh adik Detective Hoffman. Seperti yg kita tau, Jigsaw (lakonan Tobin Bell) pun dah lama mampus, so yg memerangkap mangsa dan meneruskan kerjaya Jigsaw adalah sebenarnya Hoffman. Adegan flashback menunjukkan yg Jigsaw telah mengambil kesempatan kematian adiknya, utk blackmail Hoffman meneruskan kerjaya nya. So kematian Seth adalah actually balas dendam Hoffman terhadap kematian adiknya. Perbezaan antara cara Jigsaw dan Hoffman adalah, Hoffman langsung tak beri peluang utk mangsanya hidup walaupun Seth pada ketika itu telah berjaya lepas drp perangkap Hoffman !

Agent Strahm sekali lagi curious about Hoffman activities. Last scene pada Saw IV menyaksikan dia diserang oleh lembaga berkepala babi, dan sedar2 pada Saw V kepala nya diperangkap dgn aquarium-like bekas yg lama2 berisi air sehingga penuh. Untuk survive, Strahm menyucuk tekaknya utk mendapat udara menerusi tenggoroknya dan seterusnya berjaya membuka bekas kubah air tersebut. Tak senang dgn campurtangan Strahm, Hoffman berjaya mencuri mobile phone Strahm dan menganiaya nya dgn membuat boss Strahm percaya yg Jigsaw adalah Strahm himself.

Selain dari synopsis ni, ianya takde lain hanyalah hack, slash, adegan darah dan potong memotong.

Saw V mendapat kutipan lowest antara Saw franchise dan tak heran jugak kerana ceritanya agak mendatar dan simple je. However, kutipannya masih memuaskan berbanding budget filem ni. Kali ni plotnya lebih senang difahami berbanding previous sequelnya. Selain tu ia juga menjawab beberapa persoalan utk franchise yg sebelum ni dan membuatkan kita tak pening kepala sangat. Death scene mcm biasa, semuanya best2, yg aku ingat of course adegan mati Seth oleh ‘pendulum’ (what do u call it in Malay…?) yg perlahan2 jatuh kebadannya! Selain tu, adegan memotong tangan oleh 2 org survivor utk mengisi darah memenuhi sebuah bekas juga mengerikan aku.

Franchise Saw sebenarnya bagi aku telah hilang taringnya apabila Jigsaw mati. Selepas tu kita dihidangkan oleh twist and turn mengenai Jigsaw apprentice dan start to flashback here and there membuatkan kita pening kepala. Watak Jigsaw sebagai twisted psycho yg dilakonkan oleh Tobin Bell adalah merupakan antara ikon baru dlm dunia horror, dan tak lupa juga dgn topeng yg dipakainya apabila muncul dlm video playback utk memberi clue kpd mangsa. So apabila wataknya diganti dgn apprentice, ianya seperti hilang nyawa. Menonton filem ni adalah seperti menonton filem2 gore yg biasa dgn ceritanya yg simple dan tak twisted seperti dulu. Anyway, Saw yg pertama adalah the best antara semua franchise kerana elemen terkejut yg gila babi pada endingnya! This one may disappoint peminat2 Saw but may appeal kpd sapa2 yg tak mengikuti sgt franchise ni dan concentrate on ‘darah’ aje !


P/S : Is it me or anyone notice that watak Strahm dan Hoffman muka dan fizikalnya lebih kurang sama???! Especially masa Part IV dulu dimana kita baru kenal kedua2 watak ni !