Friday, March 31, 2006

Fave Songs in a Movie



Lepas tengok blog Mamaikmal hari tu, aku pun interested lah untuk buat list lagu2 fave aku yg based on film. Here's my list of 10 :

Save our Soul (Motley Crue) in Demon
Lagu heavy dr band ni adalah di waktu babak semua penonton dlm panggung wayang satu persatu dirasuk setan dan semua setan2 tu semua menggila mencari mangsa…ngeri…!

Burn (The Cure) in The Crow
Mcm mamaikmal, aku tak nafikan mmg lagu ni very cool and berhantu. Tambahan plak The Cure ni mmg fave band aku satu masa dahulu. Sesuai dgn babak waktu Eric Draven men”transform”kan dirinya kepada The Crow disertai dgn gagak2 berterbangan, so dark and depressing.

Waiting for a Miracle (Leonard Cohen) in Natural Born Killer
Shitlist (L7) in Natural Born Killer
Aku mmg grew up dgn lagu2 rock, metal etc…but lagu from Leonard Cohen ni buat aku sampai nak beli CD dia….utk pengetahuan kau penyanyi ni penyanyi tua yg nyanyi lagu2 puisi. Lagu ni dimainkan waktu babak permulaan filem ni, tunjuk pemandangan di kawasan padang/desert (aku pun tak berapa ingat, coz lama tak tgk film ni). Then diikuti dgn lagu dr L7 yg heavy giler, waktu tu dua pasangan serial killer ni tgh buat havoc kat satu café dan bunuh semua kat dlm café tu!

Colorblind (Counting Crows) in Cruel Intention
Kalau mamaikmal minat lagu Placebo and The Verve dlm film ni. Aku minat lagu dr Counting Crows yg very touching ni. Diiringi dgn piano, tambah pulak dgn suara serak2 penyanyi utama Counting Crows (ntah hapa nama mamat ni, lupa plak). Lagu ni waktu babak sex scene Ryan Phillipe dgn Resse.

Cast of Cruel Intentions


Kiss Me (Sixpence None The Richer) in She’s All That
Sebrutal2 aku tgk filem2 gore, ganas, kejam, zalim etc ni, terpaut jugak aku pada citer remaja2 ni. It’s a very light and ceria song. Pelakon Rachel Leigh Cook ni mmg cute. Dlm film ni dia seorg nerd yg di transformkan kepada sorang wanita yg cantik, cute giler….. Lagu ni waktu dia turun tangga setelah disolek oleh kakak hero film ni. Tapi yg kelakarnya, waktu turun tangga cun2 tu, suddenly dia terjatuh...potong stim betul!

I wonder where "Sixpence..." nowadays


I don’t want to miss a Thing (Aerosmith) in Armageddon
Tak payah la aku terangkan lagu ni, semua org dah sedia maklum. Lagu ni ada beberapa kali dlm filem ni. Waktu babak cinta Ben dgn Liv Tyler. Tapi paling efektive lagu ni waktu closing credit waktu everybody happy setelah meteor tak jadi hempap bumi (mmg tak logic and very American but just enjoy the movie la) but ada bercampur sedih gak coz si Bruce Willis ni mati.

James Bond series.
There’s a few James Bond songs yg aku minat dr zaman Sean Connery sampai la Pierce Brosnan. Paling aku minat ialah Live and Let Die (Beatles) dlm film yg tajuk sama, zaman Roger Moore dulu. Others are : The Spy Who Loves Me, For Your Eyes Only (Sheena Easton), A View to a Kill (Duran Duran), Goldfinger and Tomorrow Never Dies (Sheryl Crow).

Tubular’s Bell (Mike Oldfield) in The Exorcist
Lagu ni is a closing credit dan bukan lagu pada mana2 babak dlm ni. Mula2 dgr lagu ni setelah tgk film The Exorcist masa kecik2 dulu, fikiran aku terganggu. Dah la cerita seram, dgr lagu ni pun aku terikut2 seramnya. Around 90’s aku carik balik lagu ni on CD and aku terjumpa collection lagu2 horror movies dan terus aku sambar disebabkan lagu ni ada dlm CD tu. Even some handphone pun aku pernah dgr org setkan lagu ni as a ringtone….chilling.

Spybreak (Propellerhead) in The Matrix
This techno song is so cool, waktu babak si Neo and Trinity dah dikepung oleh kuncu2 jahat and satu persatu drp mereka ditumbangkan oleh Neo & Trinity. Sci-fic fight scene gandingan actor Keanu Reeve & Carrie Anne Moss ni adalah yg paling cool pernah aku tgk disertai dgn lagu techno yg cool.

Nowhere Fast & Tonight is what it means to be Young (both by Fire Inc.) in Streets of Fire
Film ni mengisahkan seorg mamat yg pulang ke bandar asalnya setelah lama mengembara. Bila sampai, dia dpt tau yg bandarnya tu dah dipenuhi dgn gangster2 motor yg mengganggu ketenteraman awam. Seorg penyanyi popular (lakonan Diane Lane masa muda2…cun siol…!) dah dikidnap oleh gangster tersebut dan it’s up to this hero guy bersama2 dgn pengurus penyanyi ni utk selamatkannya. Film ni is a musical gangster action movie thn 80an dulu. Kedua2 lagu ni adalah sewaktu penyanyi popular tu buat konsert. Lagu ni ada iras2 lagu Love is a Battlefield nyanyian Pat Benatar yg popular thn 80an also.

Thursday, March 30, 2006

Dah Berzaman Rasanya...

Rasa dah berzaman sangat aku tak update blog. Bukan apa, somewhere early Mac ada ribut petir melanda KL & kawasan aku pun tak terkecuali la. After that 'ribut', terus PC aku tak bleh on. Actually semua suis aku dah tutup on that time cuma aku tak cabut plug dia dr soket. Aku ingat oklah mcm tu, rupa2nya diaorg kata kalau ribut mcm tu kena cabut plugnya sekali. Akibatnya, motherboard PC aku rosak & terpaksalah menghantor repair. I heard Low Yatt is very cheap in PC hardware price, so aku pun pegilah kat sana. Memandangkan aku ni buta PC in terms of hardware, aku serah bulat2 la kat tauke satu kedai kat Low Yatt tu.

Motherboard : RM150.00
Processor Fan : RM45.00
Casing : RM75.00
Service Charge : RM30.00

So total up to RM300.00. Mula2 blur gak harga sebenarnya but lepas aku survey dgn member2 & budak2 IT, diaorg kata harga mmg reasonable, and hardware dia pun berquality. Fuh, nasib tak kena tipu...! So guys, if PC rosak aku rekemen repairlah kat Low Yatt (unless ngko mmg terrer komputer).

Sunday, March 05, 2006

IRREVERSIBLE (2003)


Cast :
Vincent Cassel
Monica Bellucci
Albert Dupontel
Jo Prestia
Director :
Gaspar Noe
Film french ni dah lama aku nak tengok tapi tak terbeli kerana berlambak2 DVD baru yg release. This week tak bnyk DVD baru yg aku beli, so aku sempat sambar title ni kat Sg Wang. Ceritanya simple aje....bertemakan dendam. Yg membuat film ni complicated ialah kerana ia diceritakan secara reverse (terbalik). Ditambah pulak dgn camera shoot yg tunggang terbalik membuat aku jadi pening. Awal2 lagi member2 aku yg dah tgk film ni meng'warning' aku yg cerita ni reverse, so aku pun ambik jalan mudah dgn bermula dari chapter akhir DVD ni hingga ke chapter permulaan.
Filem ni mengisahkan dendam Marcus terhadap perogol yg merogol aweknya Alex, di sebuah terowong keretapi yg sunyi. Film ni memang disturbing dan bnyk scene yg terlalu extreme, contohnya adegan rogol Alex dan peristiwa di kelab gay. Semuanya diolah seperti kejadian yg sebenar...so realistic dan itulah yg menjadi kekuatan film ni. Tak sesuai utk semua org... hanya sesuai utk org tertentu aje...wife aku pun terbawak2 tgk adegan rogol tu.
Ada beberapa extra features dlm DVD ni yg aku rasa berbaloi, but aku belum explore lagi.
Anyway, last Saturday I went to Sg wang and beli a few titles; Wallace & Gomit, Irreversible, The History of Violence, Wolf Creek & The Dreamers.

Thursday, March 02, 2006

My Fave Horror Film


Horror movies mmg menjadi favourite aku sejak kecil lagi. This listing is sorted by year. Aku tak masukkan filem2 seram asian, sebab list ni lebih kepada tribute to filem2 seram yg aku tonton masa kecil.

PSYCHO (1960)
Filem yg memberi impak yg kuat dlm arena perfileman dunia arahan Alfred Hitchcock. Mengisahkan seorg psycho yg membunuh ibunya sendiri dan menyimpan mayat ibunya di rumah seolah2 ibunya masih hidup. Norman Bates membunuh sesiapa saja yg dtg ke motel miliknya atas hasutan ibunya yg dah mati…sah psycho betul mamat nih…! Babak yg tak boleh dilupakan, “the shower scene”…kejam…! Ada sequel tapi menghampakan especially Part 3.



THE EXORCIST (1973)
Linda Blair sebagai budak yg kena rasuk oleh kuasa syaitan dan muka pun mcm muka setan dah. Filem ni juga dianggap filem yg paling seram dlm sejarah industri perfileman. Filem ni pada mulanya agak slow and suram tapi klimaks nya adalah waktu upacara exorcism yg dilakukan oleh paderi kpd budak yg kena rasuk ni. So seram…! Ntah mcm2 sequel dan prequel yg keluar, semuanya bosan giler…!



THE OMEN (1976)
Mengisahkan sepasang suami isteri yg mengambil anak angkat dan tanpa mereka sedari, anak itu adalah anak syaitan (666). Berbagai2 perkara buruk dan kematian berlaku semasa anak itu dlm jagaan mereka. Yg tensionnya ending cerita ni anak tu masih hidup dan siap senyum lagi bila akhirnya semua anggota keluarga dan sahabat2 mereka mati. Tak silap aku Pt 3 of this film budak ni mati, tapi bukan budak lagi….dah besar panjang dah.



SALEM’S LOT (1979)
Cerita ni aku tonton di TV aje. Dulu2 TV M’sia takdelah bnyk censored adegan2 tahyul atau seram. Aku tak boleh lupa hantu botak dlm filem ni. Hodoh gila…giginya paling aku menyampah. Adegan paling seram dlm cerita ni waktu roh seorg budak yg mati berterbangan dan mengetuk2 pintu tingkap bilik tidur.
Filem ni mmg bnyk kejutan.



AN AMERICAN WEREWOLF IN LONDON (1981)
Filem ni pun aku tgk kat TV aje. Dua sahabat yg pergi bercuti dan tersesat di sebuah bandar kecil. Salah seorg telah digigit oleh serigala jadian dan bila bulan mengambang, mamat ni pun bertukar jadi serigala jadian. Ada sequel setelah almost satu dekad…An American Werewolf in Paris….tak best langsung.



POLTERGEIST (1982)
Filem arahan Steven Spielberg mengisahkan sebuah keluarga yg tersilap berpindah ke sebuah rumah yg merupakan tapak perkuburan. Macam2 perkara aneh dan seram berlaku. Anak perempuan mereka telah ditarik oleh hantu2 tu menerusi televisyen…terpaksalah panggil paranormal detective utk mendapatkan anak mereka yg terperangkap dlm TV tu. Sequel Pt 2 and 3 tak begitu berjaya.



EVIL DEAD (1983)
Cerita horror yg paling aku suka antara semua dlm senarai ni. Kisah dia simple aje, sekumpulan rakan yg pergi bercuti dan tersesat di sebuah hutan. Mereka terjumpa sebuah rumah yg ditinggalkan dan mereka tinggal di sana sementara waktu. Sorang2 member mereka dirasuk oleh kuasa syaitan dlm rumah tu. Kekuatan filem ni ialah muka hantunya yg mmg seram, buruk, hodoh, ngeri dan lain2 lah…! Even kau tutup mata tgk citer ni, suara setan tu kau dengar pun mmg seram…! Ini antara cerita terawal Sam Raimi…skrg si Sam ni dah tak buat filem2 sebegini sebaliknya menumpukan pada cerita2 besar mcm Spider-Man. Part 2 filem ni dah masukkan unsur2 comedy, mungkin sebab ramai yg takut pada filem pertama. Part 3 dah jadi mcm cerita adventure pulak…!



A NIGHTMARE ON ELM STREET (1984)
Walaupun cerita ni mmg glamour sampai part aku pun dah tak boleh nak kira, tapi bagi aku unsur seramnya kurang. Mengisahkan seorg mamat ni yg mati kena bunuh dan menuntut bela dengan masuk ke dalam mimpi org dan membunuhnya. Part 1 adalah yg paling serious dan seram. Manakala the rest of the part, ada masuk unsur2 komedi dgn watak Freddy yg gila2 tu.



DEMONS (1985)
Dario Argento merupakan nama yg terkenal dlm genre filem2 seram tahun late 70an & awal 80an. Lupakan logic filem ni, tgklah pada kengerian hantu2, setan2, jembalang2 yg ada dlm filem ni. Perubahan watak daripada manusia kepada hantu ni dibuat betul2 teliti. Perubahan kulit, gigi, mata dan lain2 lah membuat korang tak dpt tidur malam punya! Anak buah aku menangis2 kalau aku pasang cerita ni. Demons 2 have the same quality as the first one. Satu lagi filem seram Dario iaitu Suspiria, tapi aku tak berpeluang tgk filem ni. Aku dgr filem ni mmg menakutkan. So sesiapa yg ada DVD filem ni bolehlah bagi aku pinjam…he, he…



RE-ANIMATOR (1985)
Aku tak berapa ingat synopsis filem ni tapi aku tau ada kena mengena dgn mad scientist. Babak yg paling seram bagi aku waktu mayat berjalan tanpa kepala, dan kepalanya juga merayap entah kemana.
Based on story by H.P. Lovecraft.



FRIGHT NIGHT (1985)
Ini pun antara personal fave aku. Filem vampire ni ada unsur2 komedi yg menggelikan hati. Mengisahkan Charlie Brewster yg menerima kehadiran jiran baru sebelah rumah yg merupakan seorg vampire. Setelah beberapa kali mendengar mcm2 bunyi yg menyeramkan di sebelah rumah pada waktu mlm, si Charlie ni pun selidik la dgn bantuan seorg pelakon tua filem seram. Walaupun filem ni bnyk komedi, tapi vampire dia boleh tahan jugak especially waktu makwe dia jadi vampire. Mulut besar, gigi taring bersepah2 siol…!



HELLRAISER (1987)
Watak “Pinhead” merupakan character hantu yg paling ‘cool’ pernah aku jumpa. Kadang2 tgk “Pinhead” ni mcm watak org jahat dlm komik pun ada. Kekuatan filem ni adalah kerana kengeriannya. Penuh dgn darah, chain, leather…mcm black metal pulak. Sequel ke dua dan ketiga filem ni boleh tahan, tapi yg seterusnya…crap…!