Thursday, March 02, 2006

My Fave Horror Film


Horror movies mmg menjadi favourite aku sejak kecil lagi. This listing is sorted by year. Aku tak masukkan filem2 seram asian, sebab list ni lebih kepada tribute to filem2 seram yg aku tonton masa kecil.

PSYCHO (1960)
Filem yg memberi impak yg kuat dlm arena perfileman dunia arahan Alfred Hitchcock. Mengisahkan seorg psycho yg membunuh ibunya sendiri dan menyimpan mayat ibunya di rumah seolah2 ibunya masih hidup. Norman Bates membunuh sesiapa saja yg dtg ke motel miliknya atas hasutan ibunya yg dah mati…sah psycho betul mamat nih…! Babak yg tak boleh dilupakan, “the shower scene”…kejam…! Ada sequel tapi menghampakan especially Part 3.



THE EXORCIST (1973)
Linda Blair sebagai budak yg kena rasuk oleh kuasa syaitan dan muka pun mcm muka setan dah. Filem ni juga dianggap filem yg paling seram dlm sejarah industri perfileman. Filem ni pada mulanya agak slow and suram tapi klimaks nya adalah waktu upacara exorcism yg dilakukan oleh paderi kpd budak yg kena rasuk ni. So seram…! Ntah mcm2 sequel dan prequel yg keluar, semuanya bosan giler…!



THE OMEN (1976)
Mengisahkan sepasang suami isteri yg mengambil anak angkat dan tanpa mereka sedari, anak itu adalah anak syaitan (666). Berbagai2 perkara buruk dan kematian berlaku semasa anak itu dlm jagaan mereka. Yg tensionnya ending cerita ni anak tu masih hidup dan siap senyum lagi bila akhirnya semua anggota keluarga dan sahabat2 mereka mati. Tak silap aku Pt 3 of this film budak ni mati, tapi bukan budak lagi….dah besar panjang dah.



SALEM’S LOT (1979)
Cerita ni aku tonton di TV aje. Dulu2 TV M’sia takdelah bnyk censored adegan2 tahyul atau seram. Aku tak boleh lupa hantu botak dlm filem ni. Hodoh gila…giginya paling aku menyampah. Adegan paling seram dlm cerita ni waktu roh seorg budak yg mati berterbangan dan mengetuk2 pintu tingkap bilik tidur.
Filem ni mmg bnyk kejutan.



AN AMERICAN WEREWOLF IN LONDON (1981)
Filem ni pun aku tgk kat TV aje. Dua sahabat yg pergi bercuti dan tersesat di sebuah bandar kecil. Salah seorg telah digigit oleh serigala jadian dan bila bulan mengambang, mamat ni pun bertukar jadi serigala jadian. Ada sequel setelah almost satu dekad…An American Werewolf in Paris….tak best langsung.



POLTERGEIST (1982)
Filem arahan Steven Spielberg mengisahkan sebuah keluarga yg tersilap berpindah ke sebuah rumah yg merupakan tapak perkuburan. Macam2 perkara aneh dan seram berlaku. Anak perempuan mereka telah ditarik oleh hantu2 tu menerusi televisyen…terpaksalah panggil paranormal detective utk mendapatkan anak mereka yg terperangkap dlm TV tu. Sequel Pt 2 and 3 tak begitu berjaya.



EVIL DEAD (1983)
Cerita horror yg paling aku suka antara semua dlm senarai ni. Kisah dia simple aje, sekumpulan rakan yg pergi bercuti dan tersesat di sebuah hutan. Mereka terjumpa sebuah rumah yg ditinggalkan dan mereka tinggal di sana sementara waktu. Sorang2 member mereka dirasuk oleh kuasa syaitan dlm rumah tu. Kekuatan filem ni ialah muka hantunya yg mmg seram, buruk, hodoh, ngeri dan lain2 lah…! Even kau tutup mata tgk citer ni, suara setan tu kau dengar pun mmg seram…! Ini antara cerita terawal Sam Raimi…skrg si Sam ni dah tak buat filem2 sebegini sebaliknya menumpukan pada cerita2 besar mcm Spider-Man. Part 2 filem ni dah masukkan unsur2 comedy, mungkin sebab ramai yg takut pada filem pertama. Part 3 dah jadi mcm cerita adventure pulak…!



A NIGHTMARE ON ELM STREET (1984)
Walaupun cerita ni mmg glamour sampai part aku pun dah tak boleh nak kira, tapi bagi aku unsur seramnya kurang. Mengisahkan seorg mamat ni yg mati kena bunuh dan menuntut bela dengan masuk ke dalam mimpi org dan membunuhnya. Part 1 adalah yg paling serious dan seram. Manakala the rest of the part, ada masuk unsur2 komedi dgn watak Freddy yg gila2 tu.



DEMONS (1985)
Dario Argento merupakan nama yg terkenal dlm genre filem2 seram tahun late 70an & awal 80an. Lupakan logic filem ni, tgklah pada kengerian hantu2, setan2, jembalang2 yg ada dlm filem ni. Perubahan watak daripada manusia kepada hantu ni dibuat betul2 teliti. Perubahan kulit, gigi, mata dan lain2 lah membuat korang tak dpt tidur malam punya! Anak buah aku menangis2 kalau aku pasang cerita ni. Demons 2 have the same quality as the first one. Satu lagi filem seram Dario iaitu Suspiria, tapi aku tak berpeluang tgk filem ni. Aku dgr filem ni mmg menakutkan. So sesiapa yg ada DVD filem ni bolehlah bagi aku pinjam…he, he…



RE-ANIMATOR (1985)
Aku tak berapa ingat synopsis filem ni tapi aku tau ada kena mengena dgn mad scientist. Babak yg paling seram bagi aku waktu mayat berjalan tanpa kepala, dan kepalanya juga merayap entah kemana.
Based on story by H.P. Lovecraft.



FRIGHT NIGHT (1985)
Ini pun antara personal fave aku. Filem vampire ni ada unsur2 komedi yg menggelikan hati. Mengisahkan Charlie Brewster yg menerima kehadiran jiran baru sebelah rumah yg merupakan seorg vampire. Setelah beberapa kali mendengar mcm2 bunyi yg menyeramkan di sebelah rumah pada waktu mlm, si Charlie ni pun selidik la dgn bantuan seorg pelakon tua filem seram. Walaupun filem ni bnyk komedi, tapi vampire dia boleh tahan jugak especially waktu makwe dia jadi vampire. Mulut besar, gigi taring bersepah2 siol…!



HELLRAISER (1987)
Watak “Pinhead” merupakan character hantu yg paling ‘cool’ pernah aku jumpa. Kadang2 tgk “Pinhead” ni mcm watak org jahat dlm komik pun ada. Kekuatan filem ni adalah kerana kengeriannya. Penuh dgn darah, chain, leather…mcm black metal pulak. Sequel ke dua dan ketiga filem ni boleh tahan, tapi yg seterusnya…crap…!

No comments: