Thursday, November 30, 2006

Superheroes Update

Below adalah gambar team Fantastic Four dan kenderaan baru mereka iaitu Fantasticar. This slick designed vehicle di design oleh Tim Flattery, org yg sama men'design'kan kereta utk filem Batman Returns & Batman Forever. Fantastic Four : Rise of the Silver Surfer dijadualkan menemui penonton pada 15 June 2007.

Ioan Gruffurd (dlm kereta) bersama2 dgn Jessica Alba & Chris Evans

Wednesday, November 29, 2006

Casino Royale (2006)

Cast :
Daniel Craig as James Bond
Judi Dench as ‘M’
Mads Mikkelsen as Le Chiffre
Eva Green as Vesper Lynd
Jeffrey Wright as Felix Leiter
Giancarlo Giannini as Mathis

Director :
Martin Campbell

Setelah 4 tahun filem James Bond menghilang, dia kembali lagi dengan Casino Royale. Awal2 lagi kita dah tau yg Daniel Craig menggantikan Pierce Brosnan sebagai agen 007 British ni. Kita juga mendengar cemuhan tentang pemilihan Daniel Craig sebagai Bond oleh peminat2 Bond atau lebih tepat lagi peminat2 Pierce Brosnan. For me, sebagai peminat James Bond franchise, aku tak terpengaruh sgt dgn segala berita2 tersebut sebaliknya aku lihat Bond as a Bond. Bond bukanlah Sean Connery dan Bond bukanlah Pierce Brosnan. Bond adalah watak dlm Ian Flemming’s novel, and he’s an assassin and at the same time a human being. Aku rasa akulah yg paling terlewat nak review filem ni sebab masa tak mengizinkan aku tgk wayang filem ni. Semlm baru sempat menonton filem ni, dan apa yg aku review, adalah sebagai peminat filem2 Bond saja, bukanlah peminat fanatik, tapi sentiasa jugak tertunggu filem2 Bond di panggung. Dan aku sendiri pun tak pernah baca 1st novel Ian Flemming “Casino Royale” ataupun mana2 novel Ian Flemming pun.

Filem ni di rewind kembali memandangkan ini adalah first novel Bond. Bermula drp sebelum dia mendapat lesen membunuhnya, hinggalah membawa kepada first missionnya iaitu menjejaki banker untuk organisasi2 pengganas diseluruh dunia, Le Chiffre. Sebelum tu Bond berhempas pulas untuk mencari ‘clue’ kegiatan mereka tu dgn menjejaki Mollaka dan Dimitrios. Kedua2 connected to Le Chiffre ni. Ketua penyangak ni plan utk menambah kekayaannya seterusnya mendana lagi kegiatan2 terrorist dgn bermain poker di Le Casino Royale, Montenegro. MI6 assigns Bond utk bermain poker bersama Le Chiffre dgn harapan utk mengalahkannya, dan seterusnya membankrapkan organisasi penyangak tu. ‘M’, seperti appear dlm filem2 Bond yg lepas, masih tak confident tentang keupayaan Bond memandangkan ini mission pertamanya, dan ‘hire’ Vesper Lynd, banker utk Bond, yg akan menguruskan duit taruhan utk Bond sepanjang permainan poker tu. Walaupun ragu2 terhadap Vesper, Bond dan Vesper akhirnya saling jatuh cinta dan bersama2 mereka menempuh segala ancaman drp Le Chiffre setelah penyangak tu kalah judi.

Sinopsis filem tentang penjahat2 ni tak penting sebenarnya. Kalau tanya aku, aku akan kata actually filem ni is about BOND. Segala penyangak2 tak kiralah La Chiffre ke…Mollaka ke…atau Dimitros ke…semuanya hanyalah subject sampingan aje. Dlm filem ni kita akan dwells deep dlm watak dan jiwa Bond. How he develop from a naïve, impatient egoistic bastard kepada seorang yg mempunyai jiwa. Bermacam2 character Bond ada dalam filem ni. You name it… seorang yg terburu2, ego, tahan lasak, pembuli, sensitif , emotional, macho, gatal, romantic dan at certain time he is clumsy bila beberapa rancangannya gagal. Yes, characternya bolehlah disamakan dgn Bruce Wayne awal dlm Batman Begins atau sikit spt Anakin Skywalker pada episod pertama dan kedua Star Wars. Ini semua sgt perlu untuk perkembangan character after all, this is Bond yg di’rewind’ kembali. Tak salah kalau aku katakan yg Daniel Craig adalah Bond yg terbaik setanding dgn Bond favourite aku iaitu Sean Connery. Daniel taklah hensem, dan ada scene2 nampak mukanya hodoh sgt, tapi dgn plot, aksi2 dan his emotional acting yg menarik, membuat kita terlupa tentang kekurangan tersebut dan buat kita tak jemu melihat character Bond sepanjang filem ni. Dari segi aksi lasak, don’t worry, korang akan nampak bnyk dlm ni. Aku rasa inilah filem Bond yg tunjuk bnyk adegan berlari oleh Bond sendiri. Bonds never quit dan akan terus kejar sesiapa yg nak dikejarnya sampai dpt. Pasal tu ada yg komplen tak nampak ciri2 Bond dlm this filem. Apa ciri2 Bond yg mereka nak actually ? Seorang yg sentiasa hensem dan segak, walaupun bergasak gila babi dgn penjahat…Baju kot atau tuxedonya masih terurus rapi ? Well, mintak maaf korang takkan jumpa dlm filem ni. Diwaktu filem2 lakonan Pierce Brosnan dah mula nampak watak Bond semacam satu comic character, filem Casino Royale ni menyelamatkan keadaan dgn mengembalikan character Bond sbg seorang perisik Britain.

Enough of Bond, seperti filem2 Bond yg lain mesti ada 2 org perempuan. Sorang baik dan sorang jahat. Dan mesti ada sorang bapak villain dan sidekick nya. Dlm filem ni semua tu ada kecuali aku tak nampak any villain’s sidekick yg menyerlah spt OddJob or Jaws dlm filem2 Sean Connery or Roger Moore dulu. Vesper Lynd adalah heroin dlm filem ni dan dia menunjukkan lakonan yg cemerlang sebagai love interest of Bond. Memang ada chemistry antara mereka dan kisah percintaan mereka sgt serius. Sebelum ni, aku agak ragu2 mendengar mereka2 yg dah tgk filem ni kata Bond jatuh cinta. Mcm mana lah Bond yg muka stone face ni, boleh express yg dia jatuh cinta, emotionally or physically ? Siapa2 yg tak percaya mcm aku ni, aku suggest tgk ajelah filem ni. Kisah cinta antara mereka ni agak touching jugak, sehingga Vesper sanggup menggadai nyawa utk org yg dicintainya (spoiler…!). For those yg tgk wayang mcm aku ni, korang mesti beli DVD filem ni bila dah keluar coz korang takkan jumpa babak2 intimate mereka coz it’s badly cut ! Even cium pun susah nak jumpa…! Scene paling aku suka waktu Bond peluk Vesper dlm bathroom sambil disirami oleh shower , setelah Vesper phobia about all this violence things... so beautiful ! Kalau dlm filem2 sebelum ni, perempuan kedua mesti vicious sikit dan mesti connected to the bad guys dan dlm filem ni ia adalah Solange, makwe kepada Dimitrious. Watak Solange lakonan Caterina Murino ni tak di kembangkan sgt dan hasilnya agak 'wasted'.

Sekarang kita cerita pasal villain pulak. Setiap Bond filem mesti ada villain dan org tersebut mestilah ada cacat sikit. Dlm Casino Royale, Le Chiffre seorg yg bermata cacat sebelah dan keluar darah sesekali. Dia juga seorg penghidap asma dan agak kronik jugak. Tapi semua ni tak menghalang dia dr melakukan perkerjaan terkutuknya tu! Mula2 nampak lame sikit character dia ni, tapi aku suka babak waktu dia torture Bond punya ‘anu’ tu di sebuah bilik. This scene reminds me of horror filem Hostel dulu. Babak ni juga ada funny moments nya. Mungkin korang boleh kata scene ni tak sesuai utk kanak2 tapi sepanjang franchise Bond, semuanya dah mmg tak sesuai utk mereka sebab love scenenya. Tapi babak utama filem ni adalah di Le Casino Royale waktu permainan poker antara Bond, Le Chiffre dan beberapa org kenamaan lagi. Ada yg komplen babak ni agak panjang, tapi read this film title la dammit…! It’s about Casino Royale la…! Walaupun aku tak tau main poker ni, tapi babak poker game tu sgt menarik dan intense sehingga aku pun terbawa2 dgn permainan poker ni. Rasa mcm nak pergi Genting Highland pulak nak berjudi…! He he…! Lagi satu babak favourite aku ialah babak terakhir yg menemukan Bond dgn penyangak yg sebenarnya. Tak perlu tau apa yg terjadi tentang penjahat tu, cukuplah sekadar menunjukkan scene Bond face to face dgn penjahat tersebut dan phrase “The name is Bond…..James Bond…!” Perrgghhh…sgt meremang bulu roma dan buat kita tak sabar utk tunggu filem seterusnya drp Bond/Daniel Craig!

As for the director Martin Campbell, aku juga sangsi tentang keupayaannya kerana Goldeneye bukanlah filem favourite aku dan filem2 terdahulunya juga semua yg bertemakan ringan jugak. Tapi he’s done a good job in directing this film.

Lagu custom/tema Bond kurang kedengaran dlm filem ni. Kalau tak silap sekali aje aku dgr dlm filem ni waktu 30 minit yg pertama filem ni. Aku tak tau apa reason mereka buat mcm ni, but I do feel patut dibanyakkan sikit. Kehilangan ‘Q’, org tua yg menguruskan segala gadget2 Bond juga hilang. Aku difahamkan yg dlm novel tu sendiri Q mmg masih tak wujud lagi. So don’t expect gadget2 atau kereta2 yg fancy mcm kereta yg boleh hilang dlm Die Another Day. Now let’s talk about lagu tema nyanyian Chris Cornell pulak. Tajuknya “You Know My Name”. Sebagai peminat Chris Cornell dan Soundgarden/Audioslave, susah utk aku menafikan yg lagu ni memang hebat. Sebelum ni lagu Bond hebat yg aku layan ialah “Tomorrow Never Dies” nyanyian Sheryl Crow.

Bnyk lagi review2 hebat drp para bloggers yg lain seperti :

Edd Vedder
Bicara Skrip

Overall, Casino Royale adalah antara franchise terbaik Bond. Sebuah filem yg baik dari semua segi especially character dan acting ability. Habis filem ni membuat aku tak sabar utk menunggu filem yg seterusnya dan lepas keluar panggung aku sendiri perasan diri aku mcm James Bond and have license to kill !!!

Monday, November 27, 2006

Nidji - Breakthru' (2006)

Sekarang mmg heboh tentang kebanjiran artis2 Indonesia dipersada muzik tanah air kita. Aku pun actually tak suka this senario. I don’t mind artis Indonesia dtg promosi muzik diaorg di sini, tapi kena be fair la…artis kita pun should dpt tempat di sana. From here yg aku tak tau apa masalah kita. Kenapa susah sgt nak tembus ke pasaran Indonesia ? Paling aku sakit hati bila tanya artis2 Indon, artis M’sia mana yg diaorg pernah dgr; balik2 jawab Sheila Majid, Search – Search, Sheila Majid… itupun lagu zaman dulu kala cth : Sinaran dan Isabella. Kamonlah, setakat itu aje knowledge diaorg tentang industri muzik kita ! Menyedihkan ! Kita boleh export bnyk artis2 berpotensi ke sana. Sebelum tu kena tgk market…Indon skrg lebih pentingkan band2 dr penyanyi solo. Tapi jgnlah ketengahkan band2 tangkap leleh, cth lagu2 Eddie Hamid. Mereka lebih interested kepada genre alternative atau free pop. Kan ke kita ada band2 mcm tu; Flop Poppy, OAG, Pretty Ugly, The Muffin, Spider, sekadar menyebut beberapa nama. On the other hand, ramai org komplen artis Indon bnyk di M’sia skrg…siapa yg komplen tu….? Pendengar M’sia ke atau artis M’sia ? I have to say mostly is artis M’sia sendiri, dan it is normal la kalau mereka jealous dan risau periuk nasi mereka. Pernah ke kita tgk pendengar2 yg merungut tentang masalah ni…? I don’t think so, because we have to face the fact that Indon music is good. Mereka main lagu yg simple dan senang nak meresap ke telinga, mereka tak suka ‘otai’ rock muzik anymore dan mereka tak suka hip hop sgt. Lagu2 berentak free pop inilah yg telah menambat hati pendengar2 M’sia. Even sifu aku M’Nasir sendiri mengaku, kita tak boleh menidakkan kebangkitan muzik Indon ni kerana muziknya sememangnya bagus.

Sebenarnya aku pun tak tau sbb apa aku nak membebel pasal hal ni. Tujuan utama posting ni sebenarnya aku nak review sebuah album oleh band Indon yg baru aku discover. Band tersebut adalah Nidji. Susah nak dgr lagu ni dlm radio Era, Nasib baiklah ada radio Hot FM, yg lebih variety walaupun mereka ni bnyk putarkan lagu Indon. Kalau harap Era FM, skrg ni dah terlalu pentingkan artis2 AF mereka aje, yg aku rasa kurang berpotensi. Lagu yg membuat aku nak beli album diaorg adalah “Hapus Aku”. Sebelum tu mereka ada keluar dgn 1st single mereka iaitu “Sudah”. Kalau tgk pada kulit album, mesti korang ingat ini adalah ‘boy band’, tapi it is not actually. Mereka tersangatlah sound mcm kumpulan Coldplay, Keane, Muse atau Suede dan vokalis mereka pun sama aje suaranya dgn Chris Martin (Coldplay) atau Tom Chaplin (Keane). Dari segi lirik, hampir keseluruhannya adalah mengenai percintaan dan ada juga diselitkan tentang hubungan kekeluargaan. Track pertama adalah “Sudah” is a typical Coldplay style. Tapi yg menarik ialah waktu permulaan lagu yg sgt special, suara vokalisnya sgt2 mendayu dan merintih sesuai dgn byte liriknya “Salahkah Aku….Menyintaimu…Memilikimu…Menyayangimu…”. Chorus lagu ini kedengaran biasa aje, but at least cubaan mereka utk rentak2 sebegini menjadi. Aku remember seblm ni ada jugak beberapa band yg nak sound mcm Coldplay tapi tak menjadi. Cuma problem aku with this song ialah one part of this song ada ciplak sikit drp lagu “Iris” nyanyian Goo Goo Dolls. 2nd track adalah lagu kegemaran aku, iaitu “Hapus Aku”. Lagu yg lebih rancak dan berlainan sikit. Sesekali suara vokalisnya, Giring kedengaran mcm Robert Smith of The Cure. Even setengah part of this song reminds me of “Love Song” by The Cure. Lagu inilah yg sekarang aku betul2 addictive.

Entah kenapa aku tak berapa suka bila band Malay ataupun Indon cuba utk menyanyi dlm bahasa Inggeris kerana nampak kelemahan pada sebutannya. Tapi aku tau mereka ada reason yg tersendiri especially utk masuk pasaran antarabangsa. Namun kesalahan ni tak nampak ketara sgt. Lagu2 Inggeris dlm album ni kebanyakannya semua rancak. Satu lagu Disco Lazy Time adalah tribute mereka kepada lagu2 80’s. Lagu ni mengingatkan aku pada lagu2 pop zaman 80an dulu…so stupid and naïve sound. 3rd track adalah lagu yg mungkin akan jadi hit ke tiga iaitu “Bila Aku Jatuh Cinta”. Lagu ni okay tapi aku prefer lagu pada track yg ke 5 iaitu “Manusia Sempurna”. Ini adalah lagi satu excellent track drp Nidji. Lagu ni boleh disamakan dgn lagu Coldplay iaitu “The Scientist”, so depressing and mellow. Part yg paling aku suka bila Giring menyanyikan the last verse “Angels Talks…Angels Walks….Angels Sees and Angels Breathe …”. Selain tu lagu2 seperti “Engkau” dan “Breakthrough” pun menarik jugak.

Kesimpulannya, dari segi originality, band ni memang kekurangan, tapi I have to admit lagu mereka dlm album ni semuanya best2 belaka dan aku tak sangka ada band Indon yg sounded like this. Siapa2 yg suka brit-pop, aku rekomen to get this album now….!
Lagu favourite : Sudah, Hapus Aku, Manusia Sempurna, Bila aku Jatuh Cinta, Engkau dan Breakthrough.

Tuesday, November 21, 2006

Upcoming Movie : Black Christmas


Sempena Chirstmas yg bakal menjelang ni, apa kata kita bagi twist sikit pada perayaan tersebut. Sebuah filem horror akan muncul tak lama lagi bertajuk Black Christmas. Filem ni adalah remake dari filem tahun 1974, tentang seorg psycho, Billy, yg masa keciknya di’abuse’ oleh maknya. (way too common formula!) Maknya menjalinkan hubungan sulit dgn lelaki lain, plan to kill her husband dan sorokkan Billy diloteng rumahnya. Setelah maknya starts a new family with her lover, Billy terlepas drp loteng rumah dan brutally bunuh mak dan kekasihnya. Berbalik pada zaman moden, 8 orang awek2 dan sorang mak angkat tinggal di rumah Billy sekarang. Mereka mengalami perkara2 aneh dan menerima panggilan misteri sewaktu cuti Christmas mereka, dan seorang demi seorang dibunuh dgn kejamnya oleh Billy.

Tak payahlah kita cerita pasal originality filem ni, cuma aku harap filem ni akan memuaskan hati peminat filem2 seram seperti aku ni. Filem ni diarah oleh Glen Morgan yg pernah mengarah filem yg temanya ‘tikus’ iaitu Willard. Glen ni jugak ada produce filem Final Destination & Final Destination 3 dan kalau korang nak tau, salah sorang drp 8 awek ni adalah Mary Elizabeth Winstead, yg pernah membintangi Final Destination 3, yg jugak awek Edd…he, he… So kita tunggu ajelah filem ni pada Christmas nanti.


Mary Elizabeth (2 dari kiri...)

Monday, November 20, 2006

Dah Tua dah...!

Happy Birthday to Me....
Happy Birthday to Me...
Happy Birthday to Mr Ironboard19 and Amira (5 years)...
Happy Birthday to Me...
Bukan kek birthday aku...
P/S : Thanks to my lovely wife for the wonderful celebration yesterday...Love u....

P/S : My age : 62-22+33-13+23-59+7 = ?

P/S : Photo2 yg berkenaan tak sempat transfer dan upload.


Sunday, November 19, 2006

Prelude to Casino Royale

Insya Allah next week mungkin aku akan arrange tgk Casino Royale kat panggung. Memang aku drp kecik lagi suka tgk filem2 James Bond, dan walaupun pengaruh James Bond dan kurang zaman skrg ni, tapi aku masih ternanti2 setiap filem James Bond yang muncul. Sebelum aku review Casino Royale (lakonan Bond baru iaitu Daniel Craig) jom kita recap balik pelakon2 James Bond2 yg wujud :

Sean Connery (1962 – 1971)

James Bond yg pertama dan should I say, the best James Bond ever. Filem2 Bond lakonannya :

Dr No (1962)
From Russia with Love (1963)
Goldfinger (1964)
Thunderball (1965)
You Only Live Twice (1967)
Diamonds are Forever (1971)

Dia ada lakon satu lg filem James Bond pada tahun 1983, tapi filem ni dianggap “unofficial” James Bond film.

George Lazenby (1969)

James yg paling sekejap. Siapa yg tak minat movie, takkan perasan yg James Bond ni wujud. Bukanlah nak kata acting dan filem ni tak best, cuma lepas Sean Connery, Bond fans tak boleh terima George ni, dan membuat dia tarik diri. Lepas “On Her…” ni, Sean Connery kembali lagi membintangi “Diamond Are Forever”.

On Her Majesty’s Secret Service (1969)

Roger Moore (1973 – 1985)

3rd James Bond ni in my opinion adalah James Bond terbaik jugak coz dia tak terikut2 gaya James Bond yg unggul sebelum ni iaitu Sean Connery. Filem2 James Bond lakonannya ada diselitkan unsur2 komedi, tapi masih maintain gaya macho.

Live and Let Die (1973)
The Man with the Golden Gun (1974)
The Spy Who Loved Me (1977)
Moonraker (1979)
For Your Eyes Only (1982)
Octopussy (1983)
A View to a Kill (1985)

Timothy Dalton (1987 – 1989)

Sorang lagi James Bond yg macam tak wujud, sama mcm George Lazenby. Inilah James Bond paling buruk in my opinion. Terlalu serius dan ‘kayu’ semacam aje. Filem Bond lakonannya :

The Living Daylight (1987)
License to Kill (1989)

Walaupun filem2 lakonannya tak menonjol, tapi aku ingat masa kecik2 iklan filem The Living Daylight promosi gila2 kat TV. Penaja dia syarikat rokok More (rokok yg dah pupus dah!).

Pierce Brosnan (1995 – 2002)

Selepas kegagalan Timothy sebagai Bond, Pierce ni boleh dilihat sbg penyelamat siri2 James Bond. Fan love this Bond sebab mungkin mukanya yg paing hensem antara semua. However, terus terang aku katakan aku tak suka Pierce sbg Bond atas sebab2 tertentu. Filem2 Bond lakonannya juga terlalu tak masuk akal dgn gadget2 yg mcm filem sci-fic pulak. Filem2 Bond lakonannya ialah :

GoldenEye (1995)
Tomorrow Never Dies (1997)
The World is Not Enough (1999)
Die Another Day (2002)

Daniel Craig (2006 present)

Ramai yg kutuk Bond baru ni, tapi aku masih takde apa2 komen coz belum tengok filem Casino Royale lagi. Tapi looks tak semestinya penting dlm siri James Bond, yg penting ke’gentleman’nya watak tersebut.

Casino Royale (2006) atau
Casino Royalty (istilah yg digunakan oleh colleague aku yg buta filem, dan digelak oleh aku dan Maddox24!!!)



Tuesday, November 14, 2006

Mcm pernah tengok...?

The Return - the 2006 supernatural thriller starring Sarah Michelle Gellar.


The Skeleton Key - the 2005 movie starring Kate Hudson, which is also supernatural thriller movie. I vote for The Skeleton... poster. The latest one is a bit bland.

Monday, November 13, 2006

John Tucker Must Die (2006)



Director :
Betty Thomas

Cast :
Jesse Metcalfe as John Tucker
Brittany Snow as Kate
Ashanti as Heather
Sophia Bush as Beth
Arrielle Kebbel as Carrie
Penn Badgley as Scott

Nama Jesse Metcalfe mungkin tak berapa familiar, tapi those yg suka tgk Desperate Housewife, mesti tau watak budak yg bersihkan laman kat rumah Gabriella, dan seterusnya ada affair dgn ‘hot lady’ tu. Well, this is the 1st movie of mamat ni dan it is about revenge of the babes2 yg dah kena tipu dgn John Tucker (lakonan Jesse). John Tucker is your typical hunk, hensem dan sporty yg menjadi kegilaan perempuan2 disekolahnya. John ada pasang 3 org makwe iaitu Heather, Beth dan Carrie. Ketiga2 babes ni dpt tau yg John telah men’tiga’kan mereka, setelah insiden pergaduhan di court tempat mereka practice netball. Itupun setelah salah sorang team mereka iaitu Kate, yg meng’iya’kan tentang ke’romeo’an John ni. Bermacam2lah taktik perempuan2 (murah) tu utk membalas dendam terhadap John ni tapi it ends up John masih disukai ramai dan makin popular.

Kate adalah watak utama dlm filem ni. Dia seorg yg low profile dan tak lah se’vogue’ ketiga2 perempuan tu. Mereka menggunakan Kate ni sbg umpan, supaya John jatuh cinta dgn Kate. Seblm tu Kate needs some kind of transformation of her appearance, dan hasil usaha ketiga2 perempuan ni, Kate jadi hot blonde babes. Dlm waktu yg sama Kate ada lab partner, Scott, dan perlahan2 mereka rasa ada ‘chemistry’ antara mereka. To make it short, John betul2 falls in love with Kate dan Kate sendiri hampir2 jatuh cinta dgn John. Tapi berjaya atau tak hubungan mereka, itu kena tgk DVD nya.

Filem ni tajuknya best…posternya pun best. Tapi honestly filem ni takde apa2…atau bak kata Adlin Ramli, takde X-factor. Yes, si Jesse/John Tucker tu hensem la, tapi aku rasa not macho enough dan lembik sikit. Lakonan agak weak. Bintang2 television yg hebat tak semestinya hebat dlm filem. Tengok Tom Welling, pun tak menyerlah dlm The Fog (but factor utama tak menyerlah ialah sebab weak plot & effect though). However lakonan Brittany Snow menyelamatkan keadaan, sebagai budak low profile terus berubah menjadi seorg yg menggoda dan seksi. Selain tu, filem ni bagi aku tak ‘mean’ enough. All those plan ketiga2 budak perempuan tu, taklah begitu best, cthnya sesi fotografi iklan herpes atau John yg dipaksa memakai spender perempuan. Selain tu, teenage movies is actually is about sex…! No sex, aksi2 ghairah, or anyhting here. Kalau ada pun ialah mak Kate, janda yg suka tukar2 pasangan tu. Watak ni dilakonkan oleh Jenny McCarthy former playmate kalau tak silap aku. Watching this movie is actually mcm watching comedy movie terbitan Disney…terlalu safe.

Perhaps maybe one good point about this movie adalah its ending. Kesimpulan filem ni ialah boys will be boys, means romeo will always be romeo. Ada twist sikit dlm filem ni, dimana kalau korang tgk filem2 yg typical, tentu si John ni jatuh cinta dgn Kate dan akhirnya mereka ber’couple’, but this not happen in this movie. (spoiler sikit). Director filem ni iaitu Betty Thomas pernah mengarah beberapa filem2 comedy yg ringan seperti Brady Bunch the Movie, Private Parts dan Doctor Doolittle sebelum ni. Oh ya...dlm filem ni ada Ashanti, penyanyi R&B kulit hitam yg mega seksi tu !




Wednesday, November 08, 2006

Evanescence - The Open Door



Selepas 3 tahun with ‘Fallen’, Amy Lee dan bandnya kembali lagi dgn ‘The Open Door’. Temanya sama mcm album yg lepas, maksudnya Amy Lee masih depress tentang bnyk perkara mcm lelaki, Tuhan dan mcm2 lagi. Tapi benda2 mcm ni is normal la for a goth rock band. Guitarist Ben Moody takde lagi bersama Evanescence kali ni, tapi aku jamin korang takkan terasa kehilangannya.

Album ni start with their 1st single ‘Call Me When You’re Sober’ which is very typical Evanescence track. Lagu ni ada similar to ‘Bring Me To Life’ yg dimuatkan dlm album ‘Fallen’ dulu. Actually lagu ni pun dah lama aku dgr coz mereka release this single quite some time jugak. However, there’s nothing special about this track kerana tak bnyk beza dgn lagu2 terdahulu. But don’t judge this album too soon coz the rest of the track bolehlah dikatakan quite promising dan bagus2 belaka. Those who minat album ‘Fallen’ mungkin agak kecewa sikit, kerana album ni lebih bnyk variety dan ada kelainan sikit. Moodnya lebih depressing, atmospheric dan berhantu sikit. Amy Lee vocals juga ada penigkatan dan more bertenaga especially utk lagu2 rancak mcm ‘Call Me When You’re Sober’ dan ‘Sweet Sacrifice’.

Lagu ‘Weight of the World’ adalah mengenai tekanan Amy Lee for being glamour I guess. Muziknya ada ala2 middle east influence pada permulaan lagu dan heavy the rest part of the song. Ini adalah salah satu drp favourite track aku dlm album ni. ‘Snow White Queen’ mempunyai tajuk yg menarik dan membuat aku eager to hear this track. Lyrically mengenai peminat2 fanatik dan psycho terhadap seseorg. So kalau dlm context M’sia ni, bolehlah kita relatekan dgn “Fenomena Mawi” yg menjadi2 skrg ni sehingga peminat2 sgt gilakan dia. Or perhaps Mawi should make songs tentang peminat2 fanatiknya yg tergila2kan Mawi…he, he…Berbalik pada lagu “Snow White…” ni, lagu ni agak haunting sikit dan ada elemen techno dgn penggunaan sampler. However in the chorus section, mereka buat apa yg mereka expert for, iaitu being heavy.

Lagu2 mcm ‘Good Enough’ adalah mengenai depression terhadap relationship dan maybe kita boleh relatekan kisah ni dgn hubungan Amy Lee dgn ex-boyfriendnya iaitu mamat yg dlm band Seether tu (ntah sapa nama dia ntah!). ‘Like You’ pulak adalah mengenai luahan hati terhadap Tuhan, dan Amy Lee sound very decent in this song, slow & steady. One of my fave track jugak !. However lagu paling aku minat adalah “Lacrymosa”…brilliant…! Penggunaan grand piano, string arrangement dan choir makes this song is so special. Lagu ni in my opinion sesuai sgt la kalau nak jadikan lagu tema filem2 seram ! There’s also “Lithium” which Amy Lee’s tribute to Curt Kobain..

Bnyk lagi lagu yg best lagi seperti Lose Control, Cloud 9 (no…it’s not about the chocolate) dan kesemuanya total up to 13 tracks. Definitely an improvement compare to ‘Fallen’ However, korang belilah sendiri utk nilaikannya.


Tuesday, November 07, 2006

Just My Luck (2006)

Cast :
Lindsay Lohan as Ashley Albright
Chris Pine as Jake Hardi
Samaire Armstrong as Maggie
Bree Turner as Dana
Director :
Donald Petrie
Selepas switch identiti dlm filem Parent Trap dan switch identiti dgn mak dia dlm Freaky Friday, Lindsay Lohan kembali lagi dan kali ni dia switch ‘luck’ pulak. Cara switch luck dlm filem ni ialah dgn bercium dgn someone. Nampak gayanya Lindsay memang sinonim dgn filem2 sebegini or romantic comedy in general. Aku boleh layan romantic comedy & have to admit aku minat gak dgn filem2 romantic comedy lakonan Drew Barrymore in the early years and also aku enjoy watching Mean Girls lakonan Lindsay Lohan. Tapi kadang2 idea yg berulang2 boring gak cthnya filem sebegini. Maybe the reason aku tgk filem ni pun adalah kerana Lindsay sendiri.

Ashley seorg yg sentiasa bernasib baik…bkn baik aje malah terlampau2 baik, cthnya kalau tahan teksi, sepulah teksi dtg berhenti atau kalau hari hujan lebat dan Ashley nak keluar rumah, sure hujan akan berhenti. While Jake, seorg yg opposite Ashley, nasib sentiasa menyebelahi dia. Kalau jalan2 kat kaki lima, sure kena splash air by a car dan pekerjaannya sbg manager sebuah band pun tension sbb tak pernah dpt record deal. Ashley membuktikan kebolehannya dlm pekerjaannya dan ditawarkan utk menganjurkan masquerade party utk manager sykt rakaman yg terkemuka. Since Jake nak carik record deal utk bandnya McFly, dia pun joinlah masquerade party tu dan bertemu dgn Ashley. Walau tak kenal satu sama lain, masing2 pakai topeng pulak tu, mereka menari dan ends up with a kiss. This disaster kiss, menukar luck mereka; Ashley jadi the unlucky one dan Jake pulak is the lucky one. Dari sini, Jake jadi success dgn band bawah pimpinannya dpt record deal dan popular, while Ashley dibuang kerja atas kesilapan dan ke’clumsy’annnya. Ashley akhirnya discover punca kenapa dia begitu bernasib malang dan berusaha mencari org yg diciumnya di masquerade party tu.

Watching Just my Luck really reminds me of Freaky Friday campur2 elemen2 MTV sikit coz this film involves band dan konsert. Tapi moral filem ni bolehlah disimpulkan yg lebih baik kita berusaha utk mencapai impian kita drp just duduk diam tunggu tuah datang bergolek kat kita. Lindsay dlm filem ni, takde perbezaan dgn watak2nya sebelum ni cthnya Freaky Friday atau Mean Girls. Lindsay ‘cun’ bila luck is on her side but quite ‘messy’ bila bernasib malang. Kawan2 Ashley juga sgt menghiburkan and looks yummy! (tp nama2 diaorg aku dah lupa pulak!). Lakonan Chris Pine pun bolehlah dikatakan not bad. I mean dia berlakon comedy pretty well juga. Tapi satu masalahnya ialah even when he’s on the ‘malang’ side, he still looks like ‘pilihan perempuan’ jugak. At least buatlah si Jake ni really looks awful or ‘nerdy’ sebelum dia found his luck. Director Donald Petrie sebelum ni comes up with comedy2 yg ringan2 belaka mcm Grumpy Old Men, The Associate, Mystic Pizza dan How to Lose a Guy in Ten Days – semuanya subject yg ringan tapi masih menghiburkan. Satu lagi masalah filem ni ialah posternya yg tak menarik dan terlalu kebudak2an. Filem ni pun mula2nya aku tak ingin nak tgk sebab mcm takde apa special pada posternya.

Babak menarik ialah waktu Ashley suspect dia bercium dgn penari waktu masquerade party dulu, cari siapa2 yg dia suspect kerja penari dan habis semua diciumnya. Lagik satu waktu ending di airport when Ashley dan Jake bercium utk tukar nasib, dan ends up bercium betul2, flight board jadi kucar kacir sebab mereka berulang2 cium dan bertukar2 nasib. An ordinary romantic comedy recommended utk pasangan remaja yg sedang bercinta aje!

** 1/2 / *****

Sunday, November 05, 2006

Amira's Graduation Day

Event : Athfaal Graduation Day
Venue : MATIC Jln Ampang
Date : 5hb November 2006

Terharu campur gembira.... That's how I feel bila pergi menyaksikan konsert tadika anak aku semalam. Selama ni Amira tak bnyk cakap tentang konsertnya. Cuma dia bagitau aku wataknya sbg "rabbit" aje. Dan bila aku tanya lebih lanjut dia cakap tak tau aje. Tapi ada a few times jugak aku notice dia bercakap (practice dialog)ntah hapa2 ntah. Semlm aku terkejut jugak bila tgk anak aku berlakon. Sampai je, aku tgk aturcara, rupa2nya Amira pegang watak utama jugak. Inspector Rabbit lagik... dan speaking punyalah berabuknya, walaupun ada masa dia pelat2 sikit. Matlamat tadika anak aku, iaitu utk bagi anak2 kita speak up in public berjaya jugak, bila aku tgk semua anak2 parents berjaya berlakon atau menari dgn baik. Masa konsert tu bergasak2 jugakla mak bapak sibuk2 nak tangkap gambar anak mereka, termasuk lah aku. Tak kiralah, aku main tolak2 je!

Tapi tarikh konsert ni aku rasakan tak sesuai utk aku & isteri, sebab baru aje seminggu raya. Aku terpaksa cancel pergi rumah2 terbuka dan satu kenduri kahwin. Tapi I'm sure tadika anak aku tu pun ada sebab pilih tarikh tu. Lagipun cuti sekolah pun dah nak dekat nih. Ini first time aku menjejakkan kaki dlm MATIC ni. Tempatnya cantik dan sgt tenang scene nya. Ada beberapa aktiviti berlangsung kat sana, ada group practice dikir barat...ada tayangan wayang kecik... dan a couple of Mat Saleh berlepak2 kat cafe sana. Depan entrance ada 3 buah beca cantik, so kitaorg ambik peluang tangkap gambar naik beca. Overall, kami sekeluarga is having a good time tgk telatah2 anak aku & anak2 yg lain yg buat persembahan. Aturcara berjalan lancar sepanjang konsert. Insya-Allah, bila Alisha dah besar nanti, aku akan masukkan kat tadika ni sama mcm kakaknya.

Friday, November 03, 2006

Babes of the Week...? Month...? Whateverlah...Ana De La Reguera

Raya minggu lepas sempatla aku menonton Nacho Libre lakonan Jack Black tu. Aku bukanlah peminat Jack Black pun,so aku taknak la komen apa2 sgt pasal filem tu. Tau2 ajelah, filem2 lakonan Jack Black tentu dia ada 'over' sikit. Anyway, Nacho Libre ni menghiburkan jugak la kalau tengok sekeluarga. Bagi aku penyeri filem ni adalah actressnya yg lakon sebagai rahib, yg Jack Black ni jatuh cinta. Lepas browse through internet, pelakon ni adalah Ana De La Reguera. Dia dilahirkan di Mexico dan merupakan actress yg dah ada nama jugak di sana. Pelakon jelita, yg mempunyai ketinggian 5 kaki 3" ni popular di Mexico menerusi siri2 TV di sana dan sekarang more focused dlm bidang perfileman pulak. Muka awek ni kadang2 tgk ada iras2 pelakon Bollywood pun ada, tapi lebih similar dgn muka2 yg korang biasa lihat dlm filem2 Latin yg biasa kita tonton diTV. Filem2 nya so far adalah Por La Libre (2000), Secreto de Esperanza, Un (2002) dan Ladies Night (2003). Dlm filem Secreto de Esperanza, dia berlakon bersama2 dgn Oscar winner actress iaitu Katy Jurado. Dlm filem Nacho Libre, Ignacia (lakonan Jack Black) jatuh cinta gila dgn Sister Encarnacion, lakonan Ana ni. Let's hope Ana dpt peranan yg lebih menyerlah dlm filem2 akan dtg nanti.

P/S : Super Duper extremely busy with daily work in office. Inilah akibatnya kalau cuti panjang Raya...anyway, to hell with it...!