Sunday, November 19, 2006

Prelude to Casino Royale

Insya Allah next week mungkin aku akan arrange tgk Casino Royale kat panggung. Memang aku drp kecik lagi suka tgk filem2 James Bond, dan walaupun pengaruh James Bond dan kurang zaman skrg ni, tapi aku masih ternanti2 setiap filem James Bond yang muncul. Sebelum aku review Casino Royale (lakonan Bond baru iaitu Daniel Craig) jom kita recap balik pelakon2 James Bond2 yg wujud :

Sean Connery (1962 – 1971)

James Bond yg pertama dan should I say, the best James Bond ever. Filem2 Bond lakonannya :

Dr No (1962)
From Russia with Love (1963)
Goldfinger (1964)
Thunderball (1965)
You Only Live Twice (1967)
Diamonds are Forever (1971)

Dia ada lakon satu lg filem James Bond pada tahun 1983, tapi filem ni dianggap “unofficial” James Bond film.

George Lazenby (1969)

James yg paling sekejap. Siapa yg tak minat movie, takkan perasan yg James Bond ni wujud. Bukanlah nak kata acting dan filem ni tak best, cuma lepas Sean Connery, Bond fans tak boleh terima George ni, dan membuat dia tarik diri. Lepas “On Her…” ni, Sean Connery kembali lagi membintangi “Diamond Are Forever”.

On Her Majesty’s Secret Service (1969)

Roger Moore (1973 – 1985)

3rd James Bond ni in my opinion adalah James Bond terbaik jugak coz dia tak terikut2 gaya James Bond yg unggul sebelum ni iaitu Sean Connery. Filem2 James Bond lakonannya ada diselitkan unsur2 komedi, tapi masih maintain gaya macho.

Live and Let Die (1973)
The Man with the Golden Gun (1974)
The Spy Who Loved Me (1977)
Moonraker (1979)
For Your Eyes Only (1982)
Octopussy (1983)
A View to a Kill (1985)

Timothy Dalton (1987 – 1989)

Sorang lagi James Bond yg macam tak wujud, sama mcm George Lazenby. Inilah James Bond paling buruk in my opinion. Terlalu serius dan ‘kayu’ semacam aje. Filem Bond lakonannya :

The Living Daylight (1987)
License to Kill (1989)

Walaupun filem2 lakonannya tak menonjol, tapi aku ingat masa kecik2 iklan filem The Living Daylight promosi gila2 kat TV. Penaja dia syarikat rokok More (rokok yg dah pupus dah!).

Pierce Brosnan (1995 – 2002)

Selepas kegagalan Timothy sebagai Bond, Pierce ni boleh dilihat sbg penyelamat siri2 James Bond. Fan love this Bond sebab mungkin mukanya yg paing hensem antara semua. However, terus terang aku katakan aku tak suka Pierce sbg Bond atas sebab2 tertentu. Filem2 Bond lakonannya juga terlalu tak masuk akal dgn gadget2 yg mcm filem sci-fic pulak. Filem2 Bond lakonannya ialah :

GoldenEye (1995)
Tomorrow Never Dies (1997)
The World is Not Enough (1999)
Die Another Day (2002)

Daniel Craig (2006 present)

Ramai yg kutuk Bond baru ni, tapi aku masih takde apa2 komen coz belum tengok filem Casino Royale lagi. Tapi looks tak semestinya penting dlm siri James Bond, yg penting ke’gentleman’nya watak tersebut.

Casino Royale (2006) atau
Casino Royalty (istilah yg digunakan oleh colleague aku yg buta filem, dan digelak oleh aku dan Maddox24!!!)



11 comments:

Edd Vedder said...

Takkan next week baru nak tgk Casino Royale beb..hehe. Aku tak tahu setakat mana minat ko terhadap filem Bond, tapi aku suggest ko pegi tengok cepat.

BTW, aku dh tgk. Baca review aku. hehehe.

Lord Vorphalack said...

keadaan tak mengizinkan la Edd, tp aku berusaha jugak la utk tgk Ahad ni.

dahsyat review kau tu...segala aspek kau cover.

maddox said...

what IB is trying to say is that, minggu depan baru gaji. Keadaan ekonomi tak mengizinkan kami.

IB, jom kita gi tengok! U still owe me that Chilli's treat man!

edd, review yang memang hebat.

Edd Vedder said...

thanks IB, maddox.
Sekadar mengulas sbg seorang peminat setia franchise Bond.

Lord Vorphalack said...

maddox : jgnlah straightforward sgt, tapi since kau dah mentioned it, aku admit aku really broke lepas raya nih...!

Edd: Filem Bond favourite kau apa...?

Nazim Masnawi said...

I said it before and I said it again, Casino Royale is the best Bond film since BEFORE you were born!

Edd Vedder said...

Film Bond favourite? Hmm.. Antara soalan2 yg memerlukan aku untuk berfikir panjang.

Ajami Hashim said...

gua pon dah tgk semlm dgn wife!

gua dh rebiu dr segi 'screenplay' yg X sbrapa itu!

>> tak reti2 nak jengok blog gua???

Lord Vorphalack said...

dah jengok dah review kau...
semuanya hebat2 review, sampai aku pun risau nak buat review sendiri....! apa2 hal, tunggu aku tgk filem ni next week

Zack said...

Aku masih lagi lum tengok CR. Hari tu aku tengok preview citer ni kat Astro (Kat rumah adik aku), pergh, Daniel Craig muncul dari laut! Pergh 6X!!!! Kalah Honey Rider dan Halle Berry !

maddox said...

wei, mana boleh beat Halle Berry beb!