Sekarang mmg heboh tentang kebanjiran artis2 Indonesia dipersada muzik tanah air kita. Aku pun actually tak suka this senario. I don’t mind artis Indonesia dtg promosi muzik diaorg di sini, tapi kena be fair la…artis kita pun should dpt tempat di sana. From here yg aku tak tau apa masalah kita. Kenapa susah sgt nak tembus ke pasaran Indonesia ? Paling aku sakit hati bila tanya artis2 Indon, artis M’sia mana yg diaorg pernah dgr; balik2 jawab Sheila Majid, Search – Search, Sheila Majid… itupun lagu zaman dulu kala cth : Sinaran dan Isabella. Kamonlah, setakat itu aje knowledge diaorg tentang industri muzik kita ! Menyedihkan ! Kita boleh export bnyk artis2 berpotensi ke sana. Sebelum tu kena tgk market…Indon skrg lebih pentingkan band2 dr penyanyi solo. Tapi jgnlah ketengahkan band2 tangkap leleh, cth lagu2 Eddie Hamid. Mereka lebih interested kepada genre alternative atau free pop. Kan ke kita ada band2 mcm tu; Flop Poppy, OAG, Pretty Ugly, The Muffin, Spider, sekadar menyebut beberapa nama. On the other hand, ramai org komplen artis Indon bnyk di M’sia skrg…siapa yg komplen tu….? Pendengar M’sia ke atau artis M’sia ? I have to say mostly is artis M’sia sendiri, dan it is normal la kalau mereka jealous dan risau periuk nasi mereka. Pernah ke kita tgk pendengar2 yg merungut tentang masalah ni…? I don’t think so, because we have to face the fact that Indon music is good. Mereka main lagu yg simple dan senang nak meresap ke telinga, mereka tak suka ‘otai’ rock muzik anymore dan mereka tak suka hip hop sgt. Lagu2 berentak free pop inilah yg telah menambat hati pendengar2 M’sia. Even sifu aku M’Nasir sendiri mengaku, kita tak boleh menidakkan kebangkitan muzik Indon ni kerana muziknya sememangnya bagus.
Sebenarnya aku pun tak tau sbb apa aku nak membebel pasal hal ni. Tujuan utama posting ni sebenarnya aku nak review sebuah album oleh band Indon yg baru aku discover. Band tersebut adalah Nidji. Susah nak dgr lagu ni dlm radio Era, Nasib baiklah ada radio Hot FM, yg lebih variety walaupun mereka ni bnyk putarkan lagu Indon. Kalau harap Era FM, skrg ni dah terlalu pentingkan artis2 AF mereka aje, yg aku rasa kurang berpotensi. Lagu yg membuat aku nak beli album diaorg adalah “Hapus Aku”. Sebelum tu mereka ada keluar dgn 1st single mereka iaitu “Sudah”. Kalau tgk pada kulit album, mesti korang ingat ini adalah ‘boy band’, tapi it is not actually. Mereka tersangatlah sound mcm kumpulan Coldplay, Keane, Muse atau Suede dan vokalis mereka pun sama aje suaranya dgn Chris Martin (Coldplay) atau Tom Chaplin (Keane). Dari segi lirik, hampir keseluruhannya adalah mengenai percintaan dan ada juga diselitkan tentang hubungan kekeluargaan. Track pertama adalah “Sudah” is a typical Coldplay style. Tapi yg menarik ialah waktu permulaan lagu yg sgt special, suara vokalisnya sgt2 mendayu dan merintih sesuai dgn byte liriknya “Salahkah Aku….Menyintaimu…Memilikimu…Menyayangimu…”. Chorus lagu ini kedengaran biasa aje, but at least cubaan mereka utk rentak2 sebegini menjadi. Aku remember seblm ni ada jugak beberapa band yg nak sound mcm Coldplay tapi tak menjadi. Cuma problem aku with this song ialah one part of this song ada ciplak sikit drp lagu “Iris” nyanyian Goo Goo Dolls. 2nd track adalah lagu kegemaran aku, iaitu “Hapus Aku”. Lagu yg lebih rancak dan berlainan sikit. Sesekali suara vokalisnya, Giring kedengaran mcm Robert Smith of The Cure. Even setengah part of this song reminds me of “Love Song” by The Cure. Lagu inilah yg sekarang aku betul2 addictive.
Entah kenapa aku tak berapa suka bila band Malay ataupun Indon cuba utk menyanyi dlm bahasa Inggeris kerana nampak kelemahan pada sebutannya. Tapi aku tau mereka ada reason yg tersendiri especially utk masuk pasaran antarabangsa. Namun kesalahan ni tak nampak ketara sgt. Lagu2 Inggeris dlm album ni kebanyakannya semua rancak. Satu lagu Disco Lazy Time adalah tribute mereka kepada lagu2 80’s. Lagu ni mengingatkan aku pada lagu2 pop zaman 80an dulu…so stupid and naïve sound. 3rd track adalah lagu yg mungkin akan jadi hit ke tiga iaitu “Bila Aku Jatuh Cinta”. Lagu ni okay tapi aku prefer lagu pada track yg ke 5 iaitu “Manusia Sempurna”. Ini adalah lagi satu excellent track drp Nidji. Lagu ni boleh disamakan dgn lagu Coldplay iaitu “The Scientist”, so depressing and mellow. Part yg paling aku suka bila Giring menyanyikan the last verse “Angels Talks…Angels Walks….Angels Sees and Angels Breathe …”. Selain tu lagu2 seperti “Engkau” dan “Breakthrough” pun menarik jugak.
Kesimpulannya, dari segi originality, band ni memang kekurangan, tapi I have to admit lagu mereka dlm album ni semuanya best2 belaka dan aku tak sangka ada band Indon yg sounded like this. Siapa2 yg suka brit-pop, aku rekomen to get this album now….! Lagu favourite : Sudah, Hapus Aku, Manusia Sempurna, Bila aku Jatuh Cinta, Engkau dan Breakthrough.
No comments:
Post a Comment