Thursday, November 22, 2007

Songs About Girls - Will.I.Am (2007)

Songs About Girls adalah album solo Will.I.Am, frontman utk kumpulan Black Eyed Peas (BEP). Mungkin ramai yg tak tau yg ini adalah albumnya yg ke 3, sebab album2 terdahulunya takde la glamer sgt di sini. Those yg mendengar lagu singlenya yg pertama “I Got It From My Mama”, tentu sangka yg album ni mengikut acuan Black Eyed Peas, iaitu hip hop. Well, actually not…album ni lebih ke arah pop, soul, techno, dance dan sikit2 R&B. Seperti title album ini “Songs About Girls”, liriknya berkisar tentang perempuan, perhubungan dan mencari cinta, berdasarkan pengalaman Will.I.Am sendiri.

Album ni start dgn lagu “Over”. Aku terkejut sikit dgn lagu ni kerana menyangkakan yg album ni akan start dgn lagu2 rancak. “Over” adalah lagu yg seksi, rileks dan gaya nyanyian Will mcm org malas. Lagu kedua “HeartBreaker” juga bunyinya seksi…dan nampak mcm akan menjadi single jugak bila2 masa. Tapi lagu ni takde apa2 yg istimewa walaupun gaya nyanyiannya catchy “I’m So…So…So…Sorryyy…” berulang2 pada chorusnya. Masuk lagu ke empat, “She’s A Star” selepas lagu “I Got It From My Mama” aku merasakan yg lagunya semua stereotype dan sama aje…. Nasib baik album ni diselamatkan oleh lagu “The Donque Song” kolaborasi Will dgn Snoop Dogg. Lagu ni berentak techno dan boleh buat korang groove. Selepas lagu ke enam ni, bolehlah nampak the rest of the album berentak pelbagai sikit. Lagu “Impatient” dan “Get Your Money” adalah lagu techno yg kalau korang dgr, mesti korang ingat lagu ni lagu Jamiroquai. One More Chance juga sebuah lagu yg akan menjadi single dlm album ni. Ianya mirip2 lagu BEP. Lagu terakhirnya “S.O.S – Mother Nature” adalah bersifat mesra alam sikit ala2 Zainal Abidin tapi dlm rentak yg sgt soul.

Overall, kesemua lagu2 dlm album ni mmg boleh tahan. However, ianya takde apa2 yg istimewa kerana semuanya adalah pop dan soul yg biasa aje. Fans of Black Eyed Peas mungkin akan berasa hampa dgn album ni. So, aku suggest jgn bandingkan album ni dgn album BEP, yg lebih pelbagai atau berwarna warni. Still percubaan yg baik oleh Will.I.Am.

Lagu2 best : Over, One More Chance, The Donque Song, Invisible, HeartBreaker


No comments: