Monday, November 19, 2007

Vacancy (2007)

Cast :
Kate Beckinsale as Amy Fox
Luke Wilson as David Fox
Frank Whaley as Mason

Director :
Nimrod Antal

Perrghh...dah lama betul tak review filem. So, now aku start balik la kerja2 me'review' aku ni yg tak seberapa. Dah berlambak2 dah filem2 horror yg aku tgk tapi yg paling latest adalah DVD filem Vacancy.
Mengisahkan sepasang suami isteri David dan Amy Fox mengalami nasib malang waktu mereka on the way ke tempat percutian mereka. Kereta mereka rosak dan terpaksalah mereka bermalam di motel yg dimiliki oleh seorg freak bernama Mason. Bilik yg mereka sewa tu walaupun lengkap, tapi agak kotor. Terdapat jugak video player, siap dgn video tape misteri lagi. Bila David cuba play video tape berkenaan, mereka mendapati yg ianya bukanlah sebuah filem tapi merupakan rakaman snuff film yg di’shoot’ dlm bilik sewa mereka sendiri…! Kepada sapa2 yg tak tau….snuff filem adalah filem yg di’shoot’ berdasarkan pembunuhan yg sebenar (biasanya ganas) dan diedarkan utk tujuan hiburan utk sesiapa2 yg otak tak betul dan yg enjoy tgk hiburan sebegini. So, berbalik pada pasangan tersebut, kedua2 mereka dah start gelabah dan assume yg merekalah yg akan jadi mangsa seterusnya. Org2 Mason (owner hotel tu) dah start kepong bilik mereka dan bermacam2 caralah yg dibuat oleh David dan Amy utk melepaskan diri dari cengkaman org2 gila tersebut,

Plot yg sangat simple actually. Permulaan cerita ni lembab sikit, tapi tak lama lepas tu, ianya suspense all the way. Aku enjoy filem ni kerana ianya bnyk mengikut acuan filem suspense dulu2. Korang takkan jumpa any slash, hack atau dlm bahasa Melayu….adegan potong memotong anggota badan, seperti kebanyakan filem2 horror US skrg nih…! Kalau ada pun adegan yg ganas, ianya dipamerkan melalui tayangan video yg David pasang dlm bilik sewa mereka aje. Opening theme utk filem ni betul2 mengingatkan aku pada opening utk filem Psycho; lagu, graphicnya semua ada similariti dgn filem Psycho…old school and I like it ! Tambah pulak filem ni juga mengisahkan seorang pemilik motel yg gila…! Mmg sengaja agaknya director mengikut pendekatan mcm filem Psycho. Ending filem ni agak mendatar dan agak hindustan sikit, tapi seperti yg aku mention, kekuatan filem ni adalah pada elemen2 suspense dan actionnya.

Tak bnyk yg aku tau pasal director Nimrod Antal melainkan dia pernah direct satu filem Hungary. Tapi yg aku tau, dia ni dah tau citarasa2 peminat2 filem horror/suspense dan mungkin dah masak sgt dgn filem2 bergenre sebegini. Kate Beckinsale dan Luke Wilson adalah pelakon utama filem ni. Dua2 mereka ni taklah diberi peluang menunjukkan keupayaan lakonan mereka sebaliknya semuanya nampak real dan kita terbawa2 dgn ketakutan dan kecemasan mereka. BTW, Kate Beckinsale mmg termasuk dlm senarai top ten aku sebagai celeberity luar yg paling ‘cun’…he, he…Selain tu watak Mason lakonan Frank Whaley juga berkesan sebagai seorang psycho yg sgt freaky. Filem ni antara filem horror yg paling sikit pelakonnya yg pernah aku tonton.

Sesiapa yg dah bosan dgn filem slasher, dan ingin menonton sebuah filem jenis old school b-movie yg best, aku suggest tgklah filem ni. Aku bagi :

*** ½ / *****

No comments: