Wednesday, February 15, 2006

Into The Blue (2005)


Director : John Stockwell
Cast : Paul Walker as Jared
Jessica Alba as Sam
Scott Caan as Bryce
Ashley Scott as Amanda

Mengisahkan empat sekawan yg mempunyai minat yg sama iaitu scuba diving. Suatu hari Jared telah terjumpa serpihan kapal bersama harta karun di dasar laut secara tak sengaja, dimana tujuan utamanya ialah utk mencari jamnya yg hilang. Keempat2 sekawan ni akhirnya teruja untuk meng'explore' dgn harapan mendapat lebih bnyk harta. Tetapi secara tak sengaja juga mereka terjumpa sebuah kapal terbang yg hanyut sarat berisi dgn dadah. Nyawa mereka didlm bahaya setelah 'drug lord' yg ada kena mengena dgn kapal tenggelam tersebut mengetahui mengenai penemuan mereka.

Pemandangan di dasar laut cukup indah dlm film ini. Di tambah pula dgn kecantikan Sam, lakonan Jessice Alba yg aku rasa sbg daya penarik utama filem ini. Kalau anda tak terpegun melihat keindahan dasar lautan, anda mungkin akan terpegun melihat body Jessica yg memang solid dari atas ke bawah. Lakonan Paul Walker, Jessica & Scott ak rasa average aje. Tapi lakonan Ashley Scott agak menarik pada pendapat aku, kerana dia berjaya membawa watak sbg kawan, penggoda and pembelot juga.

Jalan cerita filem ni biasa sebenarnya. Tak perlu bnyk berfikir bila menonton filem ni, cukup sekadar untuk hiburan ringan di hujung minggu saja. Seperti yg aku katakan, daya tarikan hanyalah laut dan 'babes in bikini'.

Sorry bro, takde apa2 special features utk DVD ciplak yg aku beli ni. Cuma trailer utk film ni aje.

Aku bagi....

***/*****

No comments: