Sunday, October 29, 2006

Summary of Raya...

Selesai sudah seminggu raya. Walaupun Raya ada 3 minggu lagi, tapi for me seminggu ajelah utk aku raya sakan. Today is business as usual, dan kalau ada masa pun nak beraya cuma on weekend je. A brief of my celebration on Raya :

1) Raya Pertama – Mlm Raya dan siangnya aku beraya di rumah org tua aku. So, tahun ni mmg aku bersemangatlah nak raya. Kalau raya kat rumah mertua mcm tahun lepas, kurang cerialah sikit. Biasalah, rumah mertua kan. Anyway, semuanya mcm biasa, bermaaf2an, pergi kerumah adik beradik aku etc. Cuma terkejut jugak bila melawat kubur arwah bapak aku, yg tanahnya dah mendap. Ish…apa punya anak la, cuma melawat kubur sethn sekali aje…masa raya aje. Tapi dah suruh penjaga tu cantikkan balik kubur tu. Mlm tu aku pergi ke rumah nenek bini aku.

aktiviti bersalam2an

cucu2 mak aku (tp tak semua ada...!)
2) Raya Kedua – Aku bnyk habiskan kat rumah mertua dan sedara mara mertua. Mcm ni lah kalau dua2 kampung kat sini aje. Satu hari rumah belah aku, dan satu hari belah bini aku. Kira fair la tu. Mmg tiap2 tahun kita buat mcm ni.


3) Raya Ketiga – Bnyk ke rumah untie dan uncle aku, dan rumah sepupu aku. Mlm pulak, turn member2 aku dtg rumah, tak sangka ada sorang member tu dah lama tak contact. Tiba2 rupa2nya dah jadi businessman yg berjaya plak…! Tapi business pun bnyk dpt pertolongan dr bapak dia, tapi kira oklah tu. Bawak kereta/MPV Toyota Alphard lagik…! Lepas tu aku sekeluarga tumpang kereta dia pegi ke rumah kawan2 lain. Kereta semewah tu, nak masuk 3 keluarga pun boleh ! Org mcm aku ni bila sgtlah nak naik kereta mewah.

4) Raya Keempat – Mertua aku buat open house + birthday adik ipar aku. Mak datuk punyalah ramai, tp yg lebihnya member2 adik ipar aku je. Sedara mara kurang jugak. Happy Birthday Ezwa, sorry takde hadiah, tunggu gaji hujung bulan la. Hari ni jugak aku terlepas tgk Dari Studio Satu Dewa 19…!!! Arrghhh! Tension…!!! Astro pun satu, yg diletaknya DS1 waktu tgh hari buat apa…? Aku nak sembahyang Jumaat la…! Hari ni (Isnin) pulak ada DS1 bersama M.Nasir, pun aku terlepas jugak sebab dah start kerja. Tunggu ulangan, tak tau bila…!

Happy Birthday 2 u...!
5) Raya Kelima – Raya kali ni asyik hujan petang je. Aku rasa raya kelima nilah paling panjang, hujannya. Takde apa2 aktiviti sgt, lepak2 rumah mertua, tak jalan kemana sbb hujan. Petang tu member aku dtg raya rumah dan mlm tu pergi rumah sepupu bini aku.

6) Raya KeEnam – Ingat nak lepak2 rumah sbb esok nak kerja. Alih2 org tua aku ajak pergi Klang raya rumah Untie dan sepupu2 aku. Ptg pulak sorang lagik adik ipar aku ajak dtg beraya…Rawang pulak tu…! Bini aku membebel2 sebab aku pakai baju buruk pegi rumah adik dia. He, he…lepas tu anak sulung aku menyampuk, “ayah ada duit bknnya nak beli baju raya, asyik2 nak beli DVD je…!” Utk pertama kalinya aku disoung direct oleh anak aku yg kaki bebel tu, sama mcm maknya…he, he…Tapi langsung aku tak insaf…he, he…
P/S : Gambar gelap sikit, kamera masih takde.

4 comments:

Zack said...

Aku tak sangka akan sambut Hari Raya tahun nih dengan David Blaine, sambil mengunyah London Almond sorang2 kat rumah mak mertua aku sebab sumer orang dah gi kubur dan aku spend raya kat KL sampai hari Jumaat baru balik kampung jumpa mak ayah aku. Sedih siot.

Slamat Hari Raya, enche.

Lord Vorphalack said...

la...sedihnya...takpe la zack, harap thn depan raya kau lebih berseri2 lagi...

actually bila dah kahwin ni, sambutan raya kena la bahagi2kan antara kita & spouse. Nasib baik thn ni giliran rumah org tua aku, so seronok sikit la. Thn depan...isk...isk...

maddox said...

Zack, raya tahun ni tak berapa meriah lah. Rasa macam the same day of the year aje. Cuma seronok dapat berlonggok dengan sepupu sepapat aku aje.

Selain dari tu? Sigh!

IB : umah mak kau dengan mertua bukannya jauh. 1 hari bole langsai meronda.

Lord Vorphalack said...

takdelah... means malam raya kena bermalam kat sana la... itu yg tak seronok sikit. Tapi ok la tu, kalau nak compare couple yg dua2 ada kampung, kena take turn dok kampung, bukan sehari dua...sampai nak dekat seminggu pun ada...!