Wednesday, October 04, 2006

Wrestler Dulu-Dulu....

Aku decide utk pay tribute to wrestler2 zaman 80an dulu. Time tu lebih menarik bagi aku coz mereka more concentrate on lawan instead of drama swasta seperti yg berlaku dlm WWE. Time tu, wrestling NWA pun aku layan, termasuklah nama2 mcm Ric Flair and The Four Horsemen. But this time aku include nama2 yg aku ingat dlm WWF, especially yg appear dlm Wrestlemania awal2 dulu.
Hulk Hogan

Hulkamania rulez...! Tahun 80 an dulu kira Hulk Hogan ni lah yg paling dahsyat undisputed sekali. Dia ni sentiasa pada side yg baik aje, dan antara ahli gusti yg bnyk kali pegang belt title. Setelah glamour, dia ada jugak menceburkan diri dlm bidang lakonan and most of his film semuanya komedi2 belaka. Tapi aku paling tak suka bila dia buat comeback as Hollywood Hogan, dah tua kertu badan pun dah kendur2. Musuh tradisi bnyk, cthnya : King Kong Bundy dan Roddy Piper.

King Kong Bundy


As I mentioned earlier, dia ni musuh tradisi Hulk Hogan thn 80an dulu. Sebenarnya takde apa yg menarik tentang dia ni. Harapkan badan dia yg besar, gemuk, so susahlah pihak lawan nak tumbangkan dia. Tapi once, kena tumbang dgn lawannya, memang sah tak boleh bangun balik.

Andre The Giant

Sesuai dengan gelarannya, dia ni memang giant...very huge...! Sama la dgn King Kong Bundy, sekali tumbang, susah nak bangun balik. Bukan calang2 wrestler aje yg boleh tumbangkan dia ni. Andre ni, pernah dipihak yg baik dan juga dipihak yg jahat. Tapi if I'm not mistaken, dia ni selalunya jahat. Biasanya, Hulk Hogan aje boleh tumbangkan dia ni.

Roddy Rowdy Piper

Trademark dia ni pakai baju ala2 Scottish dan bila masuk gelanggang, mulalah dgn lagu2 Scottish dia tu. Padahal bukanlah org Scots pun ! Musuh tradisi Hulk Hogan ni takde apa2 keistimewaannya, badan dia pun bukannya tough sangat. Dia ni popular dgn taktik jahat dan main tipunya, cara itu aje yg dia boleh menang. Dia ni jugak ada appear dlm filem2 B-movie, and mostly film2 action.

Iron Sheik

Kalau tak silap aku, dia ni asalnya dari Iraq. Selalu ber'tag team' dgn Nikolai Volkoff (wrestler Russia). Antara wrestler yg paling orang tak suka, tapi susah gak nak tumbangkan dia ni coz badan dia memang tough. Tapi sebelum lawan or selepas lawan, bila dia dah start pegang microfon, dengarlah dia menceceh, ntah hapa2 dia kata ntah. Trademarknya, misainya yg melenting tu dan kasutnya yg macam kasut Aladdin...!

Tito Santana

Jgn mistaken dia ni dgn artis Santana pulak. Dia ni antara penggusti favourite aku. Badannya kecik aje dan takde apa2 gimik or special appearance. Dia cuma based on his taktik dan semangat kentalnya aje. I never saw him with the bad side, kalau tgk muka pun innocent aje. Tapi dia pernah dpt title Heavyweight champion tak ingat tahun berapa dulu.

Ricky 'The Dragon' Steamboat

Sama league dgn Tito Santana jugak dan badan pun lebih kurang sama aje. Cuma bezanya dia ni dari Hawaii so waktu berlawan bnyklah dia guna taktik2 lawan style carribean sikit. Ini pun salah satu favourite wrestler aku dulu.

Randy "Macho Man" Savage

Siapa ntah nama awek dia ni aku dah lupa, tapi cun jugak la kalau nak kira zaman tu. Awek dia ni kira mcm Stephanie WWE zaman dulu2 la. Walaupun Macho Man ni jahat, tapi aku suka dia, style dia kadang2 menyakitkan hati, especially waktu dia bercakap. Tapi aku suka style dia berlawan. Awek dia selalu mengiringi dia, dan pantang betul Macho Man ni kalau awek dia kena usik. Dia pernah jadi baik actually, dan sama2 ber tag team dgn Hulk Hogan, tapi tak ingat thn berapa.

Rick Rude

Kalau dia ni potong rambut pendek dan kemas sikit korang rasa ada iras2 Dato' K tak...he, he... Si misai tebal ni paling aku sakit hati kalau dia keluar. Kononnya ahli gusti paling playboy, awek2 semua gila babi sorak kalau dia keluar. Padahal bukannya hensem sgt pun, awek2 yg bersorak tu pun bukannnya kita tak tau, semua berlakon aje. Selalunya, seluar tight yg dia pakai pun bermuka awek. Sebelum nak lawan, mulalah joget style lucah, mcm penari upahan kat parti perempuan bachelor. Menyampah aku!

Jake 'The Snake' Roberts



Dia bukanlah org yg dajal letak ular dlm kapal terbang dlm “Snakes On the Plane” tu. Dia ni terkenal dgn teknik sleepers dia tu, once lawannya dah pengsan, dia sure akan letak ular peliharaannya yg disimpan dlm karung, ke atas badan lawan. Walaupun he’s always on the bad side, aku suka dia ni coz dia ni lone ranger dan takde bersekongkol dgn mana2 geng jahat yg lain.

Ultimate Warrior



Yeah…! My 2nd fave wrestler selepas Hulk Hogan. Kalau dia masuk aje ring, naik syeh betul dgn goyang2 tali ring sampai nak putus. Lagi satu bila masuk aje ring, belum apa2 dia dah serang lawan, tak buang masa lagi. Tenaga dia ni kental betul dan susah nak dikalahkan. Identitinya mcm dlm gambar tu la…dgn face paint yg colourful tu dan tali2 kat lengan dan kaki…mcm Red Indian sikit.

The Hart Foundation

Brett Hart yg berambut hitam panjang tu of course lebih glamour drp yg sorang lagi. Lepas tag team ni dibubar, Brett berjaya sbg penggusti solo dan ada jugak menang title. Brett antara penggusti yg lama di WWF hingga membawak ke WWE. Actually aku tak suka sgt gabungan tag team ni sebab selalu berselisih faham.

British Bulldogs



Tag team patriotic ni sentiasa dengan bendera Britain nya. Seluar pun lambang bendera Britain. Antara fave tag team aku sebab teknik lawan mereka very sistematik. Gabungan mereka ni, bak kata lagu Ajai & Nurul, very “sherashi bersama”…he, he…(tapi suratkhabar hari ni kata Nurul Ajai tak sherashi bersama lagi!!!)

The Honky Tonk Man

Pun lagi satu wrestler yg aku menyampah. Dia ni perasan dia Elvis, dan bila appear, mesti dgn gitar kapoknya tu. Petik gitar ntah hapa2 ntah, tak tau main gitar langsung! Kalau dari segi stamina or teknik, dia ni actually ‘weak’, tapi harapkan main jahatnya pukul lawan dgn gitar kapoknya!

P/S : Posting ni aku dpt ilham dari Encik Ariff colleague aku, yg selalu sangat borak dgn aku pasal wrestling dulu2 nih…! Terima kasih la banyak2…!

No comments: