Wednesday, November 29, 2006

Casino Royale (2006)

Cast :
Daniel Craig as James Bond
Judi Dench as ‘M’
Mads Mikkelsen as Le Chiffre
Eva Green as Vesper Lynd
Jeffrey Wright as Felix Leiter
Giancarlo Giannini as Mathis

Director :
Martin Campbell

Setelah 4 tahun filem James Bond menghilang, dia kembali lagi dengan Casino Royale. Awal2 lagi kita dah tau yg Daniel Craig menggantikan Pierce Brosnan sebagai agen 007 British ni. Kita juga mendengar cemuhan tentang pemilihan Daniel Craig sebagai Bond oleh peminat2 Bond atau lebih tepat lagi peminat2 Pierce Brosnan. For me, sebagai peminat James Bond franchise, aku tak terpengaruh sgt dgn segala berita2 tersebut sebaliknya aku lihat Bond as a Bond. Bond bukanlah Sean Connery dan Bond bukanlah Pierce Brosnan. Bond adalah watak dlm Ian Flemming’s novel, and he’s an assassin and at the same time a human being. Aku rasa akulah yg paling terlewat nak review filem ni sebab masa tak mengizinkan aku tgk wayang filem ni. Semlm baru sempat menonton filem ni, dan apa yg aku review, adalah sebagai peminat filem2 Bond saja, bukanlah peminat fanatik, tapi sentiasa jugak tertunggu filem2 Bond di panggung. Dan aku sendiri pun tak pernah baca 1st novel Ian Flemming “Casino Royale” ataupun mana2 novel Ian Flemming pun.

Filem ni di rewind kembali memandangkan ini adalah first novel Bond. Bermula drp sebelum dia mendapat lesen membunuhnya, hinggalah membawa kepada first missionnya iaitu menjejaki banker untuk organisasi2 pengganas diseluruh dunia, Le Chiffre. Sebelum tu Bond berhempas pulas untuk mencari ‘clue’ kegiatan mereka tu dgn menjejaki Mollaka dan Dimitrios. Kedua2 connected to Le Chiffre ni. Ketua penyangak ni plan utk menambah kekayaannya seterusnya mendana lagi kegiatan2 terrorist dgn bermain poker di Le Casino Royale, Montenegro. MI6 assigns Bond utk bermain poker bersama Le Chiffre dgn harapan utk mengalahkannya, dan seterusnya membankrapkan organisasi penyangak tu. ‘M’, seperti appear dlm filem2 Bond yg lepas, masih tak confident tentang keupayaan Bond memandangkan ini mission pertamanya, dan ‘hire’ Vesper Lynd, banker utk Bond, yg akan menguruskan duit taruhan utk Bond sepanjang permainan poker tu. Walaupun ragu2 terhadap Vesper, Bond dan Vesper akhirnya saling jatuh cinta dan bersama2 mereka menempuh segala ancaman drp Le Chiffre setelah penyangak tu kalah judi.

Sinopsis filem tentang penjahat2 ni tak penting sebenarnya. Kalau tanya aku, aku akan kata actually filem ni is about BOND. Segala penyangak2 tak kiralah La Chiffre ke…Mollaka ke…atau Dimitros ke…semuanya hanyalah subject sampingan aje. Dlm filem ni kita akan dwells deep dlm watak dan jiwa Bond. How he develop from a naïve, impatient egoistic bastard kepada seorang yg mempunyai jiwa. Bermacam2 character Bond ada dalam filem ni. You name it… seorang yg terburu2, ego, tahan lasak, pembuli, sensitif , emotional, macho, gatal, romantic dan at certain time he is clumsy bila beberapa rancangannya gagal. Yes, characternya bolehlah disamakan dgn Bruce Wayne awal dlm Batman Begins atau sikit spt Anakin Skywalker pada episod pertama dan kedua Star Wars. Ini semua sgt perlu untuk perkembangan character after all, this is Bond yg di’rewind’ kembali. Tak salah kalau aku katakan yg Daniel Craig adalah Bond yg terbaik setanding dgn Bond favourite aku iaitu Sean Connery. Daniel taklah hensem, dan ada scene2 nampak mukanya hodoh sgt, tapi dgn plot, aksi2 dan his emotional acting yg menarik, membuat kita terlupa tentang kekurangan tersebut dan buat kita tak jemu melihat character Bond sepanjang filem ni. Dari segi aksi lasak, don’t worry, korang akan nampak bnyk dlm ni. Aku rasa inilah filem Bond yg tunjuk bnyk adegan berlari oleh Bond sendiri. Bonds never quit dan akan terus kejar sesiapa yg nak dikejarnya sampai dpt. Pasal tu ada yg komplen tak nampak ciri2 Bond dlm this filem. Apa ciri2 Bond yg mereka nak actually ? Seorang yg sentiasa hensem dan segak, walaupun bergasak gila babi dgn penjahat…Baju kot atau tuxedonya masih terurus rapi ? Well, mintak maaf korang takkan jumpa dlm filem ni. Diwaktu filem2 lakonan Pierce Brosnan dah mula nampak watak Bond semacam satu comic character, filem Casino Royale ni menyelamatkan keadaan dgn mengembalikan character Bond sbg seorang perisik Britain.

Enough of Bond, seperti filem2 Bond yg lain mesti ada 2 org perempuan. Sorang baik dan sorang jahat. Dan mesti ada sorang bapak villain dan sidekick nya. Dlm filem ni semua tu ada kecuali aku tak nampak any villain’s sidekick yg menyerlah spt OddJob or Jaws dlm filem2 Sean Connery or Roger Moore dulu. Vesper Lynd adalah heroin dlm filem ni dan dia menunjukkan lakonan yg cemerlang sebagai love interest of Bond. Memang ada chemistry antara mereka dan kisah percintaan mereka sgt serius. Sebelum ni, aku agak ragu2 mendengar mereka2 yg dah tgk filem ni kata Bond jatuh cinta. Mcm mana lah Bond yg muka stone face ni, boleh express yg dia jatuh cinta, emotionally or physically ? Siapa2 yg tak percaya mcm aku ni, aku suggest tgk ajelah filem ni. Kisah cinta antara mereka ni agak touching jugak, sehingga Vesper sanggup menggadai nyawa utk org yg dicintainya (spoiler…!). For those yg tgk wayang mcm aku ni, korang mesti beli DVD filem ni bila dah keluar coz korang takkan jumpa babak2 intimate mereka coz it’s badly cut ! Even cium pun susah nak jumpa…! Scene paling aku suka waktu Bond peluk Vesper dlm bathroom sambil disirami oleh shower , setelah Vesper phobia about all this violence things... so beautiful ! Kalau dlm filem2 sebelum ni, perempuan kedua mesti vicious sikit dan mesti connected to the bad guys dan dlm filem ni ia adalah Solange, makwe kepada Dimitrious. Watak Solange lakonan Caterina Murino ni tak di kembangkan sgt dan hasilnya agak 'wasted'.

Sekarang kita cerita pasal villain pulak. Setiap Bond filem mesti ada villain dan org tersebut mestilah ada cacat sikit. Dlm Casino Royale, Le Chiffre seorg yg bermata cacat sebelah dan keluar darah sesekali. Dia juga seorg penghidap asma dan agak kronik jugak. Tapi semua ni tak menghalang dia dr melakukan perkerjaan terkutuknya tu! Mula2 nampak lame sikit character dia ni, tapi aku suka babak waktu dia torture Bond punya ‘anu’ tu di sebuah bilik. This scene reminds me of horror filem Hostel dulu. Babak ni juga ada funny moments nya. Mungkin korang boleh kata scene ni tak sesuai utk kanak2 tapi sepanjang franchise Bond, semuanya dah mmg tak sesuai utk mereka sebab love scenenya. Tapi babak utama filem ni adalah di Le Casino Royale waktu permainan poker antara Bond, Le Chiffre dan beberapa org kenamaan lagi. Ada yg komplen babak ni agak panjang, tapi read this film title la dammit…! It’s about Casino Royale la…! Walaupun aku tak tau main poker ni, tapi babak poker game tu sgt menarik dan intense sehingga aku pun terbawa2 dgn permainan poker ni. Rasa mcm nak pergi Genting Highland pulak nak berjudi…! He he…! Lagi satu babak favourite aku ialah babak terakhir yg menemukan Bond dgn penyangak yg sebenarnya. Tak perlu tau apa yg terjadi tentang penjahat tu, cukuplah sekadar menunjukkan scene Bond face to face dgn penjahat tersebut dan phrase “The name is Bond…..James Bond…!” Perrgghhh…sgt meremang bulu roma dan buat kita tak sabar utk tunggu filem seterusnya drp Bond/Daniel Craig!

As for the director Martin Campbell, aku juga sangsi tentang keupayaannya kerana Goldeneye bukanlah filem favourite aku dan filem2 terdahulunya juga semua yg bertemakan ringan jugak. Tapi he’s done a good job in directing this film.

Lagu custom/tema Bond kurang kedengaran dlm filem ni. Kalau tak silap sekali aje aku dgr dlm filem ni waktu 30 minit yg pertama filem ni. Aku tak tau apa reason mereka buat mcm ni, but I do feel patut dibanyakkan sikit. Kehilangan ‘Q’, org tua yg menguruskan segala gadget2 Bond juga hilang. Aku difahamkan yg dlm novel tu sendiri Q mmg masih tak wujud lagi. So don’t expect gadget2 atau kereta2 yg fancy mcm kereta yg boleh hilang dlm Die Another Day. Now let’s talk about lagu tema nyanyian Chris Cornell pulak. Tajuknya “You Know My Name”. Sebagai peminat Chris Cornell dan Soundgarden/Audioslave, susah utk aku menafikan yg lagu ni memang hebat. Sebelum ni lagu Bond hebat yg aku layan ialah “Tomorrow Never Dies” nyanyian Sheryl Crow.

Bnyk lagi review2 hebat drp para bloggers yg lain seperti :

Edd Vedder
Bicara Skrip

Overall, Casino Royale adalah antara franchise terbaik Bond. Sebuah filem yg baik dari semua segi especially character dan acting ability. Habis filem ni membuat aku tak sabar utk menunggu filem yg seterusnya dan lepas keluar panggung aku sendiri perasan diri aku mcm James Bond and have license to kill !!!

11 comments:

Nazim Masnawi said...

Lancau! Best gila review! The best one by these pathetic bloggers so far! Cuma of course, sebab aku sorang je yang tengok tanpa cut LANGSUNG kat Singapore, aku rasa cerapan aku sahaja yang boleh dikira lengkap. Wargh! Wargh! Wargh!

Lord Vorphalack said...

"Pathetic bloggers"...?
ooo I like...!!!

Susah nak menidakkan ke'obsess'an aku terhadap filem Bond ni...! Takpe, aku tunggu aje DVD release, then I can again talk about this film without f***ing censorship...!

Anonymous said...

I think it's time that you have to change the way you write the names of a Caucasian person in your blogs. What I noticed is you always tend to use the Christian name of a person as a greeting reference rather than its surname. (See below)

"Daniel taklah hensem, dan ada scene2 nampak mukanya hodoh sgt, tapi dgn plot, aksi2 dan his emotional acting yg menarik, membuat kita terlupa tentang kekurangan tersebut dan buat kita tak jemu melihat character Bond sepanjang filem ni."

Yes you may use the term you are currently using to refer Malay or an Indian person but as for Caucasian or at times Anglo-Chinese you have to use their surname as a greeting in writings.

In the above paragraph you did used the surname "buat kita tak jemu melihat character Bond sepanjang filem ni" as a greeting. That is the correct way of writing, luckily you didn't used
"buat kita tak jemu melihat character James sepanjang filem ni".

So to re-phrase the above paragraphs it should be like this: - "Craig taklah hensem, dan ada scene2 nampak mukanya hodoh sgt, tapi dgn plot, aksi2 dan his emotional acting yg menarik, membuat kita terlupa tentang kekurangan tersebut dan buat kita tak jemu melihat character Bond sepanjang filem ni."

For instance the following greetings/reference that's been using daily Zinedine Zidane: We only phrased him as Zidane and have we heard football commentators saying "Oh Zinedine has scored a fantastic goal".

So in future I hope to see some changes as in John Travolta as Travolta and not John while Michael Douglas as Douglas and etc. There are zillions of names going by John and Michael so in preference of corrects as well as pleasure reading, you should change the way you write the greeting names of person in your future blog. Hope you will take my advice here as a friendly comment and not otherwise.

Lastly I would like to give a pat in the back for your great efforts in churning some interesting blogs in the past. Keep up the good blog!

Cheers bloke!

Lord Vorphalack said...

Thanks for the comments and interest bro !

All these 'review' things is so spontaneous and I consider it is an unofficial review of all the movies I watched. As u can see, I used more 'bahasa pasar' with English + Malay rojak style. So u can see there are many fault here and there, which I don't care in the first place. Maybe I should give a 2nd thought & consider ur suggestion for pleasure reading of those who read.

Do I know u...? U write like someone whom I know...cheers!

Anonymous said...

mana pathetic lagi sorang tu .. Maddox...? Dah tutup blog pulak ke? jgn ler woiii... bukak ler balik, ko cakap kat Maddox tu suruh bukak balik blog dia.

Lord Vorphalack said...

no comment mensh....no comment...

maddox said...

i am still here man.

Edd Vedder said...

pathetic bloggers.. hehe. Good one Nazim.. Pergi la cium kaki Lee Kuan Yew kau tu.

anyway.. good review IB.

And what happened to Maddox.. Adakah ini stunt yg sama dibuat oleh Nazim, Vovin dan Zack bila mereka decide nak revamp (from bad to worse actually) blog diaorang.. hmmm?

Lord Vorphalack said...

to tell u the truth, aku susah nak percaya apa2 yg Maddox cakap kat aku, pasal tu aku takde comment.

Tapi I believe mcm kau jugak Edd, ini adalah satu lawak stunt oleh Maddox!

Nazim Masnawi said...

"What I noticed is you always tend to use the Christian name of a person as a greeting reference rather than its surname... So in future I hope to see some changes as in John Travolta as Travolta and not John while Michael Douglas as Douglas and etc." - Anonymous

You certainly don't read and go out much, do you? This isn't a FORMAL writing, okay? He basically just chat about the film, that's all.

"Pergi la cium kaki Lee Kuan Yew kau tu." - Edd

Fellatio boleh tak, Edd?

Anonymous said...

ironboard review ar cepat movie terbaru Bond...

tp nak gtau sket neh..

Ketika preview filem ini di London baru-baru ini, seorang wartawan menulis..."Anda tidak akan dikecewakan tetapi jangan mengharap filem terbaru James Bond setanding dengan Casino Royale."

betol. sy setuju sbb sy dh tgk smlm. macam hampeh. dem!