Monday, January 22, 2007

Anugerah Juara Lagu ke 21



Tahniah aku ucapkan kepada Adibah Noor dan Azlan Abu Hassan diatas kemenangan “Terlalu Istimewa” dlm Juara Lagu ke 21 semlm. Lagu ni juga berjaya menjadi juara kategori Balada mengatasi saingan sengitnya “Ku Seru”, “Mungkir Bahagia” dan “Secebis Harapan”. Bukan tu aje, Adibah Noor juga menang kategori vocal terbaik semlm. I think she deserve to win kerana vocalnya yg sgt powerful dan lagunya juga seperti tajuknya…”Istimewa”. Aku target M.Nasir’s “Juwita….” akan menang Juara Lagu tapi sasaran meleset sikit. But ok lah…lagu ni menang dlm kategori Pop/Rock. Dlm kategori Irama M’sia/Etnik Kreatif pulak, “Warkah Berlagu Pilu” mmg takde saingan langsung. Lagu yg “power” ni mengatasi lain2 lagu dlm kategori ni yg aku rasa agak ‘weak’ dan takde yg istimewa.

Juara Lagu ke 21 starts with carpet merah jam 8.30 mlm. Apa lagi yg ada pada karpet merah melainkan artis2 yg memperagakan fesyen2 yg bertemakan “fusion”nya. Tgk bapok tua Jaafar Onn dgn fesyennya pada mlm tu buatkan aku rasa tak selera makan pulak (mmg nak start mkn malam!). Lagi satu fesyen yg tak kena langsung ialah Que Haidar dgn tali leher sampai ke paras lututnya…! Aku rasa Que mmg pelik sikit bab dressing2 dan make-up ni coz kalau tak silap kat Anugerah Skrin dulu, dia pun mmg ada dressing pelik dgn celak matanya tu. Ada iras2 mcm Billy Corgan especially zaman “Adore” dan “Machina” dulu…! Tapi dia mendahului Corgan dlm design rambut kat kepalanya tu !

Opening act oleh Francisca Peter mengubat rindu peminat2nya dgn menyanyikan lagu yg pernah jadi Juara Lagu pada tahun 1986, Sekadar di Pinggiran, the very first Juara Lagu. Lagu ni ada di remake sikit, ber’back’up’kan Man Kidal dan satu kumpulan hip hop.

Pengacara pada mlm tu adalah Cheryl Samad, Elly Iskandar dan Farah Fauzana. Mereka2 ni tak payahlah dipertikaikan kredibiliti mereka dlm bidang pengacaraan. Cuma komplen aku adalah pada pakaian opening mereka yg terlalu simple. Mereka ni sbg frontman rancangan anugerah ni sepatutnya berpakaian yg lebih menampakkan mereka ‘meletup’ la berbanding dgn tetamu2 yg hadir. Aku difahamkan yg pakaian mereka semua direka oleh Bernard Chandran. Another thing is kenapa nampak Farah Fauzana tinggi sgt…? Elly keep on perli her on how tall is she. Kasut tumit tinggi berapa inci dia pakai…???

1) Hantaran Hati – Bob AF2 dan Aspelela Abdullah
Lagu : Nik Nizam
Lirik : Rosminah Tahir

Takde apa2 aku nak komen tentang lagunya. As I say, lagu2 dlm kategori ni semuanya lagu Irama M’sia yg simple dan takde apa2 keistimewaan. Vokal Bob masih menyengat dan power, menunjukkan yg dia ada initiatif utk belajar walaupun dan keluar drp AF. Cuma makeup yg dikenakan oleh Bob over sikit, berbedak2 tebal sgt, tambah pulak dgn lens coklatnya. Makin terserlah ke’bapok’annya tu !

2) Juwita Citra Terindah – M.Nasir
Lagu & Lirik : M.Nasir

Aku tak sangka lagu ni terlalu cepat gilirannya. Kalau tgk record2 yg lepas, M.Nasir biasanya dpt giliran yg penghujung. Persembahan yg sempoi, M.Nasir dgn baju kot dan formal. Kekuatannya adalah pada lagu ini sendiri…melodi yg indah dan lirik yg puitis. Kalau tgk gaya nyanyian M.Nasir takde apa2 yg ganjil, dia selalu mengubah gaya nyanyiannya mcm style ala2 konsert dan santai. Ada one phrase yg nampak dia lupa lirik tapi I guess itu mmg style nyanyiannya, sama mcm style2 konsertnya.

3) Ku Seru – Misha Omar
Lagu : Ajai
Lirik : Shuhaimi Baba/Habsah Hassan

I always think that lagu ni mmg tak se’power’ “Pulangkan” nyanyiannya dulu. So awal2 mmg aku dah jangka takkan menang apa2. Tambah pulak nak compete dgn “Terlalu Istimewa”. Style Misha Omar mcm biasalah, ada over2 sikit dgn gayanya dan mimik mukanya. Vocalnya mmg best, tapi lagu ni sendiri tak menyerlahkan ke’power’an vocalnya.

4) Zapin Cinta SMS – Adibah Noor & Senario
Lagu : Anuar Dahalan
Lirik : Anuar Dahalan

Lagu paling aku tak suka dan ditambah pulak dgn kemunculan pelawak yg paling aku tak suka…Senario. Taknak komen apa2, kemunculan Adibah Noor tak menolong apa2 utk lagu ni. Lagu ni hanya lagu lawak pada aku !

5) Diari Seorang Lelaki – Pretty Ugly
Lagu : Neves
Lirik : Neves

Lagu ni lagu favourite aku selain lagu “Juwita…” but aku dah agak takkan menang apa2. Lagu2 sebegini bukannya style lagu yg boleh diangkat menjadi juara. Lagipun dia compete dgn “Juwita…” dlm kategori yg sama. Persembahan drp Pretty Ugly juga patut diberi pujian coz gaya Neves mmg ada aura ”cool”nya yg tersendiri. Neves dressing mcm Al Capone dan the rest of the band nampak mcm satu group mafia. Sesuai la dgn lagunya yg jazzy dan kelab malam. Anyway, they deserve to get persembahan terbaik mlm tu.

6) Mungkir Bahagia – Hazami
Lagu : Hazami
Lirik : Ita

Gimik Hazami pada mlm ni adalah satu kumpulan ‘mime’ dgn karakter sedihnya. Persembahan Hazami mlm tu diangkat menjadi juara kategori Balada. Aku tak nafikan vocal Hazami yg power, but honestly aku rasa bnyk lagi artis2 yg bagus dlm persembahan mereka. Aku tau this is a sad song, but nampak muka Hazami pada mula nyanyiannya ada sikit over dlm meng’express’ muka sedihnya tu. Entahlah, mungkin itu pendapat aku aje.

7) Candak - Siti Nordiana
Lagu : Pak Ngah
Lirik : Lokman Ghani

Lagu yg paling aku tak ambik ‘port’ langsung. Sepatutnya Syura yg nyanyikan lagu ni. Bila keluar aje appearance Siti Nordiana ni buat aku terfikir…”perlukah…???” (bak kata Maddox!). Lagu ni sbg tempelan aje nak mencukupkan penyertaan dlm kategori Etnik Kreatif/Irama M’sia ni. Anyway, Siti Nordiana nampak agak neves…eh..nervous (salah eja…!) sikit dan tak selesa. Matanya agak melilau tak tau kenapa !

8) Lagu Jiwa Lagu Cinta – Mawi & M.Nasir
Lagu : M.Nasir
Lirik : Loloq

Ha, ha..terkejut dgn penampilan Mawi & M.Nasir...? For me aku tak terkejut la...lagu ni berkonsepkan santai. Lagu very 'kampung' dan video clip pun tunjuk mereka nyanyi kat kenduri kahwin. Org kata lagu ni boleh menang, tapi aku rasa takkan menang. It is a fun concept which not to be taken seriously. Pasal tulah korang tgk M.Nasir dan Mawi dressing dan nyanyi pun main hentam keromo aje. Apa komen korang pasal Mawi berambut panjang...? He, he...as for M.Nasir, 'wig' yg dia pakai reminds me of him in the early years...ye lah, waktu "Kembara Seniman Jalanan" dulu.

Lepas tu mereka ada announce juri2 yg ada. Mereka terbahagi kepada 2 iaitu juri utk kategori lagu dan utk kategori persembahan/vokal. Baguslah anugerah ni takde unsur2 SMS…sebab aku pun dah boring gila dgn anugerah SMS ni ! If this is an SMS basis, sure aku takkan tgk anugerah ni ! Nama2 yg aku ingat jadi juri adalah Acis, Jari, Farihin, Ning, Liza Hanim, Seelan Paul dan K. Johari Johar…the rest aku terlupa dah.

9) Terlalu Istimewa – Adibah Noor
Lagu : Azlan Abu Hassan
Lirik : Adibah Noor

Lagu ni mmg disebut2 menjadi juara. Lagu yg hebat dan vocal yg mantap. Mmg tak heran akan menang juara lagu. Lagipun, this is a ‘juri’ competition not SMS. So, this song have what it takes to be Juara Lagu. Gimik Adibah Noor, of course bukannya gajah spt yg dia mention dlm Hot FM. Cuma ada budak kecik yg baca Quran translation of one of the surah tentang kasih sayang terhadap anak2 kita. Lyrically, it’s about kisah budak kena dera. Budak perempuan yg baca translation Quran tu, is a chinese…? Or maybe it is a mualaf la… cuma question aku takde ke budak2 melayu yg available…?

10) Warkah Buat Laila – Zahid
Lagu : Ayob Ibrahim
Lirik : Habsah Hassan

Lagu ni jugak lagu favourite utk menjadi juara lagu memandangkan dia dah prove it dlm AIM dan Festival Filem M’sia yg lepas. Personally, aku rasa lagu ni mmg jauh ke’power’annya meninggalkan lain2 saingannya dlm kategori ni. Honestly, aku rasa persembahan Zahid jugak deserve to win dlm kategori persembahan terbaik. Vocal Zahid yg mantap dan bersahaja dgn expression muka yg penuh keinsafan. Diiringi backing instrument juga mantap dgn sitar, percussion, gambus dan bnyk lagilah. Zahid, you should come up with a pop album instead of hip hop yg langsung tak menyerlahkan kemantapan vokal kau !

11) Tak Tercapai Akalmu – Elyana
Lagu : Aidit Alfian
Lirik : Ad Ahmad

Inilah satu2nya lagu yg paling ‘rock’ dlm anugerah ni. Walaupun lagu ni ku tak suka, tapi honestly…I love Elyana ! Aku jatuh cinta lepas beberapa kali tgk “Dunia Baru” kat TV3 tu. Wanita yg tak tau pakai kasut ni agak menarik jugak persembahannya. Tak nampak kekok walaupun ini firt appearancenya dlm Juara Lagu. Gayanya is a bit like Amy Lee from Evanescence ala2 goth sikit.

12) Secebis Harapan - Nora
Lagu : Zulkifli Mahat
Lirik : Noor

Lagu sentimental ni bnyk bergantung kpd kemantapan vokal Nora. Tapi kalau nak dibandingkan dgn Adibah Noor, susah sikitlah. Adibah Noor vocals is so perfect jika dibandingkan dgn Nora. Lagu low profile ni agak pelik di simpan pada penghujung anugerah ni. Biasanya lagu terakhir Juara Lagu yg lepas2, lagu2 yg terlalu popular disimpan pada penghujung iaitu persembahan terakhir.

Then mereka bagi ruang utk para2 juri membuat keputusan dan beri peluang kepada artis2 terkenal buat persembahan. Persembahan mereka ni aku tak tau apa temanya, cuma ianya lagu2 yg popular pada tahun 2006 dan 2005. Artis2 yg buat persembahan ialah Ima (Bintang Cari Bintang) dan Too Phat, Yasin, Ella, Noraniza Idris, my fave singer/performer (sexy as usual!) Dayang Nurfaizah dan Faizal (One in a Million) dgn lagu fave aku “Raikan Cinta”. Gelek Ima boleh tahanlah…bnyk practice bolehlah kau kalahkan mentor kau tu iaitu Inul…he, he…

Tak buang masa, lepas tu diumumkan pemenangnya :

Persembahan Terbaik : Hazami – Mungkir Bahagia

Vocal Terbaik – Adibah Noor – Terlalu Istimewa

Juara Kategori Irama M’sia/Etnik Kreatif – Warkah Buat Laila – Zahid

Juara Kategori Pop/Rock – Juwita Citra Terindah – M.Nasir (bravo sifu..!!!)

Juara Kategori Balada – Terlalu Istimewa – Adibah Noor

Dan Juara Lagu ke 21 jatuh kepada :

Terlalu Istimewa – Adibah Noor (bravo too…!!!)

Kesimpulannya, semua pemenang dah dijangka oleh aku. Dlm kategori pop rock ramai jangka Lagu Jiwa Lagu Cinta atau Diari Seorang Lelaki menang, tapi I have the very strong feeling that Juwita akan menang. Kategori2 lain dah jelas nampak “Warkah…” dan “Terlalu…” akan menang even sebelum start anugerah ni lagi. Anugerah Juara Lagu kali ni tak begitu nampak cacat celanya, tapi tak juga terlalu istimewa atau outstanding. Lebih kepada play safe aje. Anyway, it is a songs contest dan bukan artis atau SMS, so you just sit and enjoy the song la…So tahun depan kita borak2 Juara Lagu ke 22 pulak…chiao…!!!


4 comments:

Edd Vedder said...

aku suka elyana.. mcm Pat Benatar di zaman 80 an..!

Tekaan aku semua tepat pada tahun ni.. Aku puas hati dgn result hari ni.

Lord Vorphalack said...

Pat Benatar...? Hmmm...kat h/p aku ada lagu "Love is a Battlefield"...best gila...hari2 pasang...

maddox said...

Dlm kategori Irama M’sia/Etnik Kreatif pulak, “Warkah Berlagu Pilu” mmg takde saingan langsung.

wei! It's Warkah Buat Laila lah! Ni kena Felix Fever ke ape?

Lord Vorphalack said...

aiseh....silap lagi...
takpe la...biar jadi kenang2an.