Wednesday, January 17, 2007

Find Me Guilty (2006)

Cast :
Vin Diesel as Giacomo “Jackie Dee” DiNorscio
Ron Silver as Judge Finestein
Annabella Sciorra as Bella DiNorscio
Peter Dinklage as Ben Klandis

Director :
Sidney Lumet

Filem nilah satu2nya filem kalau korang nak tengok Vin Diesel berambut. Really, nampak buruk betul ! Dgn rambutnya, ditambah pula dahinya yg berkerut tu, nampak tua sgt mukanya. Diesel betul2 di’transform ‘ jauh dari his normal appearance yg mostly ‘macho’ aje. Kali ni dia tua dan gemuk. Mafia supposed to be gemuk dan perut buncit kan…? Diesel adalah Giacomo “Jackie Dee” DiNorscio, salah sorang drp Lucchese mafia family yg dihadapkan ke mahkamah sekeluarga atas 76 kesalahan yg mostly is a gangster crime. Prosecuter, Sean Casey, dah almost nailed this mafia family dgn bukti2nya yg cukup. Tapi semua ni terhalang disebabkan Jackie. The rest of the family diwakili oleh peguam mereka sendiri. What makes Jackie ni special berbanding anggota2 family lain ialah, dia membela dirinya sendiri, dgn ber’background’kan pengetahuannya terhadap proses perundangan. Dia dipandang serong oleh rakan2nya, peguamcara, peguambela, hakim dan juri2, however dia prove it otherwise. Filem ni adalah berdasarkan kisah benar of New Jersey’s Lucchese crime family, dan merupakan trial mahkamah yg paling panjang dlm sejarah U.S selama 21 bulan dari thn 1987 hingga 1988. Apa yg ada dlm filem ni adalah short version of trial tersebut dan more focus on Jackie Dee aje. So, ini bermakna kekuatan fiem ni bergantung kepada kredibiliti Vin Diesel utk mendokong watak Jackie Dee ni. Most of the scene dlm filem ni ber’location’ di mahkamah aje. It is a court trial drama with a bit of comedy.

Jackie digambarkan dlm filem ni sbg seorg yg kelakar dan pandai bercakap. Walaupun dia actually adalah org yg bersalah, filem ni sedikit sebanyak mengangkatnya menjadi hero filem ni. Filem ni mengajak kita suka dan bersimpati dgn wataknya. Jackie mmg tak sebulu dgn the rest of his family atas sebab2 tertentu, dan dia dipulaukan oleh mereka semua. Kadang2 ada bayang2 wataknya sama mcm dlm filem The Pacifier bila time dia start buat lawak. Tapi kredit harus diberikan kepada Diesel sebab berjaya membawa watak Jackie dgn baik. Utk berlakon a court drama filem, especially sbg pelakon utama yg membela diri sendiri dlm court, aku rasa Diesel berjaya membawa watak tu dgn penuh berkarisma. However, aku tak taulah court case yg sebenarnya, adakah the real Jackie adalah seorg yg kelakar…? Atau ini adalah dr kacamata directornya saja iaitu Sidney Lumet ?Komplen aku satu aje, filem ni at one point aku rasa terlalu panjang, lebih drp dua jam. Aku suka filem2 court case, last filem hebat yg aku tgk ialah John Grisham’s Runaway Jury. However, bila dah lebih dua jam, aku terasa mcm “bila lah nak sampai keputusannya…”. It is started to bore a bit.

Pengarah Sidney Lumet adalah pengarah veteran yg terkenal dgn filem2 courtnya. Pernah beberapa kali tercalon di Academy Award (Best Director) satu waktu dahulu utk filemnya seperti; Verdict (1982), Network (1976), Dog Day Afternoon (1975) dan 12 Angry Men (1957). Antara filem2 arahannya yg lain Gloria (1999) dan Night Falls on Manhattan (1997). Skrip untuk filem ni ditulis oleh T.J. Mancini dan Robert McCrea. Overall, filem ni adalah satira atas undang2 kehakiman di U.S. dan mcm mana kerajaan berhempas pulas nak menghapuskan kuasa jenayah keluarga mafia tersebut. Utk peminat2 Vin Diesel, I’m sure you will love this one. Tapi utk peminat filem2 mahkamah, either you love or hate it. Aku bagi :

*** / *****


No comments: