Friday, May 18, 2007

Music for your 9 to 5 Weekdays

Lagu2 yg best is always the best, tapi korang kena tgk jugak mood2 korang bila nak mendengarnya. Pemilihan lagu masa office day (weekday) korang juga penting supaya korang tak rasa stress sgt. Berikut adalah lagu2 yg aku recommend korang dengar, tapi pada waktu2 yg berlainan dlm satu hari.

Bangun tidur
Definitely kena lagu yg rancak. Tapi bergantung jugak pada tahap liatnya korang nak bangun. Kalau korang liat sangat aku rekomenkan lagu2 berunsur heavy, thrash atau death metal. Cuba try setkan alarm h/p korang dgn lagu Metallica – Master of Puppet. Sure bangun tidur cergas punya ! Tapi kalau korang jenis yg senang nak bangun, lagu M.Nasir – Juwita Citra Terindah pun ok jugak. Pergi ke toilet pun rasa ada mood aje…

Pakai baju
Tak lain dan tak bukan lagu I’m Too Sexy drp Right Said Fred. Kalau lelaki, walaupun korang pakai kemeja biasa aje, lagu ni membuatkan korang rasa handsome dan seksi. Tapi utk perempuan2, jgnlah terover pulak dgr lagu ni. Karang terdedah sana terdedah sini pulak semata2 nak jadi seksi ! Pilihan kedua aku Naluri Lelaki drp Samson…pergh…rasa hensem sungguh !

Right Said Fred - lama tak dgr cerita tentang 2 jantan gay nih !

Naik kereta pegi kerja
Kena lagu yg betul2 rancak. Lagu terkini aku aku boleh fikirkan ialah Girlfriend nyanyian Avril Lavigne. Ia boleh bagi mood kat korang utk bawak kereta laju sikit kat mana2 jalan yg tak jem. Kalau lambat nanti boss marah pulak. However, kalau korang extremely lambat sangat (kes bangun tidur lambat la ni !), aku rekomenkan lagu Tokyo Drift – The Teriyaki Boys. Tapi jgnlah me’rempit’ kereta or motor korang sampai membahayakan nyawa korang atau org lain pulak !

Ofis hour 8.30 sampai 12.30
Biasa waktu ni either korang buat kerja or korang ada meeting. Lepas meeting kalau korang kena bambu dgn management or someone else, aku rekomenkan dengar lagu Puddle of Mudd iaitu Control. Lirik2 lagu tu mengajar korang melepaskan stress korang. Nak lagi efektif, nyanyikan lagu tu siap dgn suara mirip penyanyi kumpulan Puddle of Mudd tu sekali ! Pilihan kedua aku, dengar theme Star Wars ‘Imperial March’…ala…lagu yg bila Darth Vader keluar tu ! Pilihan ketiga Jgn Cepat Marah by Aznil Nawawi.


Selain tu, utk perkerja2 bhgn production yg hari2 kerja kerah tenaga…cuba dgr lagu Another Brick in the Wall by Pink Floyd. He, he…actually dia lebih membuatkan korang rasa mcm robot aje buat kerja.

Lunch time
Utk membangkitkan selera nak mkn, aku suka dgt lagu Dewi nyanyian Dewa19. Sambil korang mkn tentu ada ternampak awek cun makan kat tempat korang jugak, so tiba2 lagu Dewi ni mesti terngiang2. Basically, lagu2 utk lunch time ni various type dan deoends on mood dan dgn siapa kau pergi lunch !

Ofis hour 1.30 sampai 3.00
Waktu 1.30 sampai 3.00 biasanya korang mesti mengantuk. So again lagu2 rancak yg menyenang dan menceriakan kita. Cth2 lagu The Sweet Escape by Gwen, M.Nasir- Tujuh Nafas Lagi dan lain2.

Pukul 3.30 sampai 5.30
Ia adalah countdown nak balik korang. Lagu2 berentak light2 aje yg elok korang dengar. Lagu yg sesuai adalah Closing Time nyanyian Semisonic. Lagu ni lagu lama…tapi sesuai dgn tajuknya “Closing…”, maknanya korang dah nak close shoplah tu !

Waktu balik
Ini maknanya waktu 5.30 utk pekerja2 swasta. Utk menyepatkan lagi waktu korang nak jalan ke tempat parking kereta atau waktu korang nak ke stesen LRT aku rekomenkan lagu2 berentak march. Lambat sikit maknanya habislah jalan jem. Aku recommendkan lagu Welcome to the Black Parade nyanyian My Chemical Romance.

Driving balik kerja
Tak perlu lagu yg rancak2 kerana ini akan membangkitkan kemarahan korang terhadap jalan yg traffic jem gila ! Lagipun kau bukannya nak rush sgt sebagaimana waktu pagi. Cukup la lagu2 yg rileks. Aku recommend lagu :
1) The Fray – How to Save a Life. Perlahan pada permulaan dan rancak sikit bhgn korus. Suara vokalisnya pun bunyinya mcm penyabar aje orgnya. Sesuai utk menyabarkan hati korang !
2) Beyonce – Irreplaceable. Bila korang rasa tension jalan jem, bayangkan muka Beyonce dan bodynya yg seksi tu. Tambah pulak dia nyanyi lagu rentak yg rileks mcm ni, yg jarang dia nyanyikan. Selama ni kita tgk dia nyanyi lagu2 berunsur seks aje.

Sampai rumah
Depend pada apa keadaan korang bila balik rumah.
Kalau balik2 aje bini dah membebel, lagu yg sesuai dan top masa kini…”I don’t love you” from My Chemical Romance lagi…he, he…

Kalau susah nak tidur korang dengarlah lagu2 drp Counting Crows…cth A Long December. Sure rasa nak tidur punya !

Kalau balik korang rileks sambil main dgn anak, kena dgr lagu budak2 sikit, Kalau lagu Melayu aku suggest Cinta – Amy Mastura…atau lagu2 Avril Lavigne again mcm Sk8erBoys.

Atau sapa2 yg ada ‘projek besar’ mlm tu…mestilah diiringi lagu2 berentak slow and steady. Tiba2 aku teringat lagu lama nyanyian Sade iaitu Smooth Operator….perrgghhh….! Pilihan kedua aku My Love nyanyian Justin Timberlake. Bak kata Candy AF5…miaow!!!

Smooth Operator - the most sexiest songs ever...!

No comments: