Tuesday, May 29, 2007

Tiara Beach Resorts

Sabtu lepas aku pergi bercuti ke Port Dickson dgn keluarga aku. Kami bermalam di apartment Tiara Beach milik sepupu aku untuk satu mlm je. Aku dgr tentang Tiara Beach ni pada thn lepas. Mereka kata kawasan tu ada theme parknya atau water world nya sendiri. So, mmg dah lama gak aku teringin nak pergi ke sana. So bila dgr sepupu aku ada beli apartment (2 bilik) dan sewakan utk public, aku pun menyewa la satu mlm kat situ.

Locationnya quite jauh ke dalam jugak. Nama areanya aku dah lupa tapi ke dalam lagi selepas blue lagoon. Ianya berhadapan dgn Palm Spring. Area sana takde pantai. So, korang mesti fikir, buat apa ke sana kalau takde pantai ? Tapi believe me, segala kemudahan dan aktiviti2 kat sana buat korang terlupa kat pantai. Firstly, kolam renangnya dibuat style pantai siap dgn pasir lagi…kira pantai buatan sendiri lah ni. Ada bnyk section kolam/pantainya, utk dewasa dan kanak2. Kalau korang pernah pergi Waterworld kat Sg Besi, water theme kat Tiara ni ada similarity dgn yg kat Sg Besi tu. Walaupun aku kat sana satu mlm je, tapi aku berkubang kat kolam renang tu sampai tiga kali; ptg Sabtu dan pagi/ptg Ahad. Mlm ada performance yg boleh thn menariknya, ada nyanyian, wayang dan akrobatik performance. Ada show lawak yg dipersembahkan oleh staff2 kat Tiara Beach ni. Mereka buat fesyen show pondan dan mmg kelakar giler lah ! Seolah2 mcm korang kat Thailand pulak tgk show pondan2 !

Utk kanak2 pulak, ada game room dan playground room. Mmg ada hotel yg provide this services tapi aku rasa kat sini ruangnya lebih besar. Selain tu ada body massage/spa dan gymnasium. Kalau nak pergi body massage tu make surelah bini korang tak tau ! Makanan kat sini bnyk choicenya, kalau tak silap aku ada enam restoran yg provide variety of dishes. Masakan ala Thai ada, masakan Western ada. But semuanya mahal2 belaka. Sebelum balik aje aku sempat ke Restoran Anna Thai utk lapik perut kat highway nanti.
Semua restoran2 kat sini quite mahal jugak, biasa la…area hotel kan. So kalau rasa tak boleh afford, bolehlah masak sendiri kat dapur kalau korang menyewa apartment yg ada dapur punya.


Pekerja2 kat sana pun quite friendly jugak, cuma aku rasa bilangan awek cun yg berkerja kurang sgt. He, he…In short, dtglah beramai2 ke sana sempena musim cuti sekolah ni !

Utk further details, visit : http://www.tbr.com.my/

4 comments:

Nazim Masnawi said...

Berapa regenya, huh?

Lord Vorphalack said...

alamak...apartment dia around rm400 kot... kalau room aje mungkin murah.

aku dpt rm250 aje sebab itu sepupu aku punya apartment

Nazim Masnawi said...

kalau aku nak sewa, tak boleh dpt rm250 jugak ke?

after all, kita kan semua sedara se-Islam? *wajah bercahaya*

Lord Vorphalack said...

masalahnya boleh ke aku percaya org yg bermuka david bowie ni...??
nantilah aku tanya sepupu aku tu !