Monday, May 07, 2007

Spider-Man 3 (2007)

Cast :
Tobey Maguire as Peter Parker/Spider-Man
Kirsten Dunst as Mary Jane Watson
James Franco as Harry Osborn
Thomas Haden Church as Flint Marko/Sandman
Topher Grace as Eddie Brock/Venom

Director :
Sam Raimi

Ahad lepas aku gamble nak pergi tgk jugak Spider-Man 3. Aku actually dah buat telephone booking utk hari Isnin tapi sebab aku dan wife takde plan apa2 on Sunday, then we try our luck la. GSC Berjaya Times Square mmg dah penuh for the whole day. Then baru kitaorg remember yg IMAX pun ada tayang Spider-Man 3. Luckily tiket masih ada but very limited, mahal pun mahallah janji dpt tgk.

This time Spider-Man mmg dah glamer sgt, banyak berjasa pada bandar dlm membenteras penjahat sehingga dia diberi kepercayaan utk memegang kunci bandar. Hubungan dia dgn Mary Jane juga bertambah intim. Peter ingin melamar Mary Jane, tapi fikiran Mary Jane sedikit terganggu disebabkan penampilan pertamanya sebagai penyanyi telah dikritik teruk oleh pengkritik2. Perasaan Mary Jane bertambah parah bila melihat boyfriendnya Parker yg tak sensitif dan terlalu komited kepada tugas membenteras jenayahnya. (MJ dah tau yg Parker adalah Spider-Man).

Parker dlm filem ni terlalu terganggu fikiran dan emosinya. First pasal makwenya Mary Jane yg buat perangai. Parker juga digoda oleh sorang awek sekelasnya dan juga lab partnernya iaitu Gwen Stacy. Gwen yg boleh tahan cunnya ni mmg minat dgn Parker ni. Keputusan siasatan polis tentang kematian Uncle Ben telah memeranjatkan Parker. It seems that penyangak yg mati pada filem yg lepas bukanlah org yg sebenar membunuh Uncle Ben. Sebaliknya org yg bertanggungjawab adalah Flint Marko. Mmg serabut Parker/Spidey kali ni !

Dlm filem ni Flint Marko telah ditangkap tetapi berjaya melepaskan diri. Walaupun jahat, tapi dia masih rindu pada anaknya dan sempat menjengah keluarganya. Sedang dikejar oleh polis, Marko telah terjatuh kedalam lubang tempat eksperimen yg dipenuhi dgn pasir. Molekul2 pasir telah meresap ke badan Marko dan menjadikan dia Sandman.





Harry, kawan Parker, masih dengan dendam kesumatnya terhadap Parker/Spider-Man pasal kematian bapanya. Meneruskan identiti goblin bapanya, Harry appear dgn surf board terbangnya jugak tapi ber’custome’ gelap. During one of the fight with Spidey, Harry terbabas dan terhentak kepala, menyebabkan dia hilang ingatan. Dia kembali barbaik2 dgn Parker dan Mary Jane. Tapi ini semua utk temporary aje, then bayangan bapanya kembali menghantuinya dan dia mengambil kesempatan kemesraan dia dengan kawan2nya Parker dan MJ, utk menjadi org ketiga dlm perhubungan cinta antara Parker dan MJ.


The New Goblin !

Now comes to villain yg ketiga. Eddie Brock seorang photographer baru tempat Parker bekerja. Seorg yg begitu determine terhadap keriernya tapi menggunakan taktik kotor utk mengambil gambar2 Spider-Man (dgn super-imposekan gambar Spidey). Parker/Spidey mmg bengang dgn perangai Brock yg very annoying ni. Setelah dapat tahu yg Brock menipu gambar, Parker mendedahkan segala muslihat Brock ni kepada semua rakan sekerja dan bosnya Jonah Jameson. Ini membuatkan Brock berdendam dgn Parker. Brock ni asalnya is just another average guy aje. Yg membuatkan dia menjadi villain bukanlah dirinya sendiri tapi sejenis meteor/simbiote yg turun ke bumi entah dari mana.

Cerita pasal simbiote hitam ni aku simpan pada akhir kerana aku rasa simbiote ni lah manjadi angkara bermacam2 perkara. Mula2 Parkerlah yg menjadi hos simbiote ni, dan telah menukar personaliti Parker menjadi evil. Simbiote ni memasuki badan Spidey in the form of Spidey’s suit tapi bewarna hitam. Suit ni bukan aje menyebabkan Spidey feels good about himself malah increase Spider-Man power ! Spidey mula berdendam, dan mempunyai perasaan ingin membunuh instead of memberi penjahat2 kepada pihak polis. Spidey mmg tak dpt mengawal dirinya sehingga pergaduhan cinta tiga segi antara Spidey dan Harry juga telah membuatkan Harry bermuka cacat sebelah. Apabila menjadi Parker, character nya menjadi seorang pemuda yg supercool, charmingdan nakal. Ini menambah tarikan Gwen ni terhadap Parker. Tapi sifat supercool ni membuat MJ tak senang dgn Parker kerana it is not Parker the nerdy guy ! Simbiote hitam ni bertukar hos kepada Eddie Brock dlm salah satu scene. Eddie Brock yg berdendam dgn Parker, feels good when simbiote menguasai badannnya dan turns himself into the infamous Venom.

Fuh…mcm2 berlaku pada Spider-Man kali ni. Sebelum tgk Spider-Man 3, tiga persoalan terngiang di kepala :

1) Boleh ke beat Spider-Man 1 & 2 ? Pendapat aku Spider-Man 2 lebih baik dan exciting drp yg pertama. So kalau yg ke 3 ni lebih baik drp yg kedua…Spider-Man franchise ni kira on the right track la…

Jawapan aku : Susah nak bandingkan Spider-Man 1 & 2 dgn yg ketiga ni. Filem ni terlalu dark. Bagaimana Parker menangani split personalitinya, pergolakan dlm dirinya dan sekelilingnya. Even majoriti fight scene antara Spidey dan villainnya juga berlaku pada waktu malam. In short, filem ni tak begitu sesuai utk budak2. Anak2 aku pun tak enjoy sgt tgk filem ni. Tak seperti Spider-Man 1 dan 2. So, kalau tanya aku, filem ni takde unsur2 comic, sebaliknya turns into some sort of dark or adult comic. In terms of comical features, Spidey 3 lacks of all the excitement of the first and second installments. However Spidey 3 berjaya membangkitkan emosi penonton dan membuat kita bersimpati dgn Parker/Spidey dan kawannya Harry (spoiler !) especially pada penghujung filem ni. I have to say ending filem ni lah yg membuatkan filem ni menarik despite kesuraman pertengahan filem ni.

2) Best ke villain dia ? Watak Green Goblin dan Doc. Ock dlm filem yg lepas merupakan villain yg paling utama dlm komik Spider-Man. Dlm filem yg ke 3 ni, kita dihidangkan dgn lebih bnyk villain iaitu Sandman, Venom dan Green Goblin. Sandman kurang appear dlm komik book Spider-Man, Green Goblin aku dah boring kerana ada muncul dlm filem yg pertama. So yg tinggal hanyalah Venom, dan ini merupakan salah satu sebab aku nak tgk filem ni. Venom adalah villain Spider-Man yg aku suka.

Jawapan aku : First of all, aku tersilap…Green Goblin mmg takde. Yg ada hanya Harry dgn suit hitamnya menaiki flying boardnya. Tak bnyk appearance Harry dan suitnya dlm filem ni. Harry is just being normal most of the time. But kemunculan Harry & flying boardnya pada ending amat penting utk filem ni.

Sandman bolah aku katakan 50-50 aje wataknya. However, lakonan Thomas Hayden Church berjaya menjiwai watak Sandman dgn baik. Aku lebih bnyk bersimpati dgn dia ni drp membenci villain yg satu ni. Sandman is more mangsa keadaan drp seorg penyangak yg sebenar, Kesempitan hidup dan kasih sayangnya terhadap family yg membuatkan dia menjadi penyangak. Aku sikit tak puas hati pada ending Sandman ni. Kalau nak tau kenapa korang tgklah sendiri. Transformation Flint marko menjadi Sandman dibuat secara perlahan2 dan mmg menarik !

Venom dan simbiote ? Villain ni aku puas hati. Firstly aku nak bgtau yg effect utk watak Venom ni mmg sebijik mcm dlm komik. Bergigi taring dan berlidah panjang. Sebelum ni aku doubt mcm mana appearance Venom ni coz setau aku, trailer tak tunjuk bnyk scene Venom sebaliknya bnyk tunjuk Spidey in black suit. Konflik antara Eddie Brock dgn Parker/Spidey adalah segmen yg paling menarik. Dendam Eddie membara setelah dia menjadi hos utk simbiote hitam tu. Aku suka babak Eddie Brock menjadi Venom dlm gereja disaksikan oleh Spidey…sgt simbolik dan melancholy. Tapi Venom ni ada masalah bila dengar bunyi besi bergetar cth bunyi loceng. Habis bersepah simbiotenya !


3) Terlalu bnyk villain pun kadang2 serabut jugak. Cth nya mcm Batman Forever dan Batman & Robin, dimana semua villain2nya dah la tak glamer, watak2 mereka semua tak dikembangkan dgn baik. Hasilnya filem jadi mengarut sangat !

Jawapan aku : It is not as bad as filem2 Batman yg aku sebutkan di atas. Tapi still aku masih tak senang dgn konsep sebegini. My opinion, at least kurangkanlah sorang villainnya. Contohnya seperti ; buang watak Sandman dan developkan lagi watak Venom dan konflik dgn Parker/Spidey. Atau watak Venom ni save it for the fourth installment, dan buatkan watak Sandman lebih menarik. Kerana kisah Sandman dan masa silamnya sehingga pada peristiwa dia membunuh Uncle Ben boleh diceritakan dgn lebih details. Dlm filem ni kita lihat semua penceritaan dibuat terlalu cepat, utk memenuhi jangka waktu 2 jam 15 minit filem ni. Atau in long words; cerita pasal masalah Spidey dgn MJ, konflik Spidey dgn Harry dan Eddie Brock, the dark side of Spidey, kisah pembunuhan Uncle Ben dan Sandman semuanya nak dimuatkan dlm satu filem.

Aku tengok trend2 filem superhero sekarang terlalu fokus kepada konflik dlm diri sehingga hilang jiwa superhero dlm filem. Sebelum ni kita tgk filem Superman Returns dah pun memulakan style mcm ni. Spider-Man juga ada similaritynya dan kita dpt lihat pada kisah cinta tiga seginya dgn Harry dan MJ. Selain tu, korang masih ingat tak kisah Superman 3 ? Juga ada similaritynya, memaparkan bagaimana Clark Kent berlawan dgn the dark side of himself sehingga muncullah Superman jahat. Tapi ini bukanlah bermaksud Spidey 3 ni se’crap’ Superman 3. Maksud aku cuma konsepnya ada persamaan. Hasilnya tak bnyk action2 scene yg menarik dlm filem ni. Takde apa2 memorable action scene dari Spidey ketika menentang penjahat mahupun ketika menyelamatkan org ramai. I bet korang masih ingat how Spidey saves penumpang2 di dalam train yg bergerak laju angkara Doc Octopus ! Dan masih ingat tak kemunculan Green Goblin kali pertama ketika rakyat tgh berpesta, sebelum Spidey dtg bertarung dgn Goblin ni ? I mean scene2 mcm inilah is what makes superhero is.a ‘superhero’ ! Scene di mana Spidey saves Gwen drp terjatuh bangunan is a repetition of Spidey saves Mary Jane dlm filem Spidey yg lepas. Menarik…tapi dah pernah tengok ! Scene permulaaan Spidey melawan Harry mcm terlalu cepat mcm kilat dan susah aku nak enjoy kerana mata aku melilau ! Gelap pulak tu !

Aku tak nak sentuh sgt pasal bab lakonan. Tobey is always excellent as Spidey. Tapi abilitinya lebih menyerlah dlm filem ni coz dia juga melakonkan watak Parker yg jahat. Scene nakalnya di pub sangat melucukan membuktikan yg Tobey ni boleh acts as a cool guy ! Topher Grace adalah actor baru yg perlu diberi perhatian. Mmg sakit hati tgk perangainya yg annoying dan I guess itu membuatkan dia sgt sesuai untuk menjadi Venom. Bryce Dallas Howard memegang watak Gwen Stacy. Walaupun lakonan yg average tapi aku tak sangka jugak dia ni boleh tahan cunnya. Last aku tgk dia dlm Lady In The Water, mmg tak cun dan pucat aje memanjang ! Oh ya…ada cameo drp Stan Lee waktu dia berborak dgn Parker tentang kejayaan Spidey dan quoted “One person can make a difference!".

Scene comedy tak sebanyak Spidey 1 dan 2. Mcm yg aku cakap, filem ni lebih dark dan serius. Tapi scene kerusi darah tinggi bos Parker, Jonah tu mmg kelakar. Salah satu cara mcm mana si Jonah yg panas baran ni nak menghilangkan stress. Tambah pulak sekretari Jonah secara tak langsung menjadi penasihat Jonah nak control stress/darah tingginya !


Despite segala kekurangan filem ni, one things for sure Spider-Man 3 tak pernah boring. Kita perlu jugak faham yg even superhero especially “your friendly neighborhood” juga ada gloomy periodnya. Setelah habis filem ni aku terfikir yg semua villain Spider-Man adalah mangsa keadaan dan taklah se’evil’ villain dlm filem2 superhero yg lain. Cthnya Lex Luthor yg semulajadinya ‘evil’ ! Moralnya, walau hebatnya tekanan yg melanda diri kita, kita harus barfikiran waras dan tak mengambil tindakan terburu2. Tindakan terburu2 ni akhirnya akan memakan diri kita jugak.

Overall, antara filem wajib tonton tahun 2007 ni, tapi don’t put a high hope sangat. Aku bagi :

*** ½ / *****

2 comments:

Ajami Hashim said...

Salaam ib..

Tayangan Unggul Sdn. Bhd. sedang menganjurkan pertandingan mereka-cipta poster filem Anak Halal arahan Osman Ali. Sila klik link berikut utk keterangan lanjut:

http://bloganakhalal.blogspot.com/

sila sebarkan maklumat ini!

p/s: Anak Halal pun coming soon.. ada maya & fasha! huhu!

Lord Vorphalack said...

Ajami, kalau ada preview tu, jgn lupa jemput aku ! Bolehla aku review nanti...