Sunday, May 20, 2007

Ulasan Konsert Akhir AF5


AF5 memecah tradisi dgn menjulang pelajar perempuan sebagai juara, Mila, pada pendapat aku sememangnya lebih menyerlah berbanding pelajar2 lain pada konsert akhir AF5 yg diadakan semalam. She deserve to win. Buat pertama kalinya aku rasa undian2 SMS penonton memihak kepada pelajar yg berbakat dan berkualiti berbanding sebelum ni yg lebih kepda rasa simpati dan lain2 masalah peribadi. Walau konsert tak sehebat konsert2 AF2 dan AF3. Aku rasa quite okay berbanding AF4.

Persembahan dimulakan dgn pelbagai persembahan pelbagai genre tapi yg menarik mungkin pom2 girl jemputan aje, itupun pasal muka sorang2 tu cun. Pengkritik2 macam biasa Gee, Hattan dan Ogy. Pengkritik jemputan adalah Mamat Khalid. Aku respect Mamat sebagai director yg bagus, tapi kalau pengkritik, kenapalah Astro tak ambik yg betul2 boleh memberi komen ? Mamat Khalid, mcm kritikannya yg lepas2, cuma buat lawak aje. Takde isi komennya. And I’m not sure whether dia ni saja kedekut bagi lampu biru atau dia terlupa nak tekan butang biru. Even pengkritik mulut laser pun pemurah bagi butang biru ! Aku lebih suka kalau Astro dia jemput kembali Syafinaz.

Round 1

Heliza – Cinta Boneka (D-Va)
Persembahan yg sederhana aje. Walau dia nampak energetic, gayanya nampak mcm tak kena aje dgn lagu. Apa kena dgn bajunya tu ? Aku rasa inilah baju paling mengarut sepanjang konsert AF5 ni ! Macam cicak girl dgn coraknya yg bulat2 besar tu ! Heliza ni dapat 3 lampu biru drp pengkritik.


Aswad – Bila Mati Cinta Terhenti (lagu baru)
Dahsyat sungguh title lagu ni ! Dan lagunya pun boleh tahan. Masalahnya Aswad membawa dgn sungguh keras. Takde movement pentas, kaku aje atas stage tu. Gaya Aswad yg balik2. Tapi tak blame him sgt la, coz lagu baru mmg susah nak menghayati. Kesimpulan aku Aswad masih tak faham lagu. Dia dpt satu lampu biru je dr pengkritik.


Candy – Dedebu Cinta (Misha Omar)
Lagu ni lagu favourite aku dan Candy menyanyikannya dgn baik. Tapi entah kenapa aku rasa persembahannya tak 100%. Maybe I keep comparing gaya dia dgn Misha Omar yg selalu mcm geram aje bila buat persembahan. Nampak persembahan Candy mcm tak bermaya sikit. However, dia dpt lampu full (5 lampu) dari pengkritik.


Ebi – Sinar Mata (lagu baru)
Ebi tampil dgn rambut tercacak instead of rambut afronya tu ! Nampak lebih segak. I don’t know apa masalah Ebi ni, whether lagu M.Nasir ni tak sedap ataupun Ebi tak faham langsung lagu ni. Pitching nampaknya mcm lari sgt walaupun aku baru first time dgr lagu ni. Aku personally think Ebi don’t deserve to menang. Suaranya mmg tak best, Cuma glamer mungkin sebab muka dan gaya hensemnya dan perangainya yg rileks ! Dia Cuma dpt satu lampu je iaitu dari Gee.

Mila – Persis Mutiara (lagu baru)
Mila menyanyikan lagu baru dgn baik. Vocal nya adalah yg terbaik mcm penyanyi pro. Lagu baru ciptaan Ajai ni mmg sampai ke penonton. Takde apa nak komen sgt sebab persembahannya mmg perfect. Dia dapat 4 lampu biru dari pengkritik.

Kesimpulannya round 1 mmg memihak kepada pelajar perempuan. Semuanya memberi persembahan yg memberangsangkan. Masalah kepada lelaki ialah mereka tak dpt menghayati lagu baru !

Round 2

Aswad – Mata Hati Jiwa (Awie)
Okaylah kalau bandingkan dgn persembahannya yg pertama tadi. Lebih bertenaga dan vocal yg mantap. Tapi aku prefer dia waktu nyanyi lagu Permaidani dan Langit Biru pada konsertnya yg lepas. Kemunculan gadis2 berpakaian kemeja kotak mcm koboi tu nampak lebih meriah lagi. Aswad dpt dua lampu biru je. I think he deserve more than 2 lampu utk persembahan yg ni. Start drp sinilah Mamat Khalid dah malas nak tekan lampu lagi pada pendapat aku.

Heliza – Cinta Di Lautan Lalang (lagu baru)
Heliza menampilkan vocal yg mantap tapi sayang lagu ni tak sampai ke hati aku dan pengkritik. Again aku mempersoalkan samada mmg lagu yg tak best atau dia tak memahami lagu. Anyway, disebabkan vokalnya tu, dia dpt tiga lampu biru dr pengkritik.

Candy – Demam (lagu baru)
Lagu ni ciptaan KRU so korang taulah yg it’s gonna be very pop corn pop dance music. Walaupun lagu2 KRU selalunya cliché, tapi kali ni ada kelainan sikit. It is still catchy but lain drp lagu2 ciptaan KRU sebelum ni. Candy takde masalah menyanyikan lagu yg berentak sikit retro ni. Hasilnya, dia dpt tiga lampu biru drp pengkritik.

Ebi – Farhana (Jinbara)
This song should be makanan utk Ebi coz Ebi pernah menyanyikan lagu Jinbara dgn cemerlang sebelum ni. But I think dia ada sikit over pada persembahan yg satu ni. Nampak mcm he desperately nak meningkatkan undiannya utk dpt tempat pertama. Walau vokalnya okay, tapi pengkritik tak impress. Stage dive dia betul2 kat depan pengkritik adalah moment paling lawak dlm konsert ni. Ebi dpt satu lampu biru je.


Mila – Cinta Pura-Pura (Ezlynn)
Mila is a true performer. Segala suara rocknya keluar. Persembahannya juga mengingatkan aku pada persembahan Emylia waktu menyanyikan lagu Sweet Child O Mine pada konsert akhir AF3 dulu. Both menyanyikan lagu rock all out dan rock habis !
Lampu biru aku dah terlupa waktu lagu terakhir ni. Kalau tak silap tiga atau empat lampu la….tepukan gemuruh dan persembahan pelajar2 semua berakhir.

Kesimpulannya semua pelajar memberi persembahan yg baik dan bertenaga.

Sebelum menunggu keputusan, kemunculan pelajar2 AF dari tahun pertama hingga keempat memberi nostalgia kepada penonton2 semua. Tapi sayang takde kemunculan drp Mawi, Zahid dan Vince. Ketiga2 mereka juara AF1, AF2 dan AF3. Pelajar2 yg ramai gila babi bilangan ni semuanya menyanyikan lagu Kenangan Terindah (Samson) utk Aznil yg akan meninggalkan jawatannya sebagai pengacara AF.

Kemuncak acara adalah pengumuman pemenang. Seperti yg aku jangka pemenangnya ialah Mila. Kedua ialah Ebi dan ketiga ialah Aswad. Heliza dan Candy mendapat tempat keempat dan kelima.

Again aku katakan yg Mila deserve to win. Channel 15 chatters sibuk mengatakan yg kemenangan Mila dirancang la…undi tak masuk la… Biasa la…itu semua reaksi bila pelajar kegemaran mereka tak menang. I mean come on lah… jika si Mila tu tak dpt tepukan yg gemuruh dan persembahan tak best, aku setujulah mereka kata kemenangannya dirancang. Ini tidak, penonton2 dan pengkritik2 pun terhibur dg persembahannya…sorak kuat lagi ! Sebelum ni heboh Aswad nak dirancang kemenangannya. Kita dah nampak waktu mereka siarkan segmen mak bapak siap pasang lagu Sudirman pada konsert yg lepas. Status Aswad sebagai anak yatim dihebohkan satu Malaysia. What I mean here, aku nampak takde apa2 undi dirancang pada Mila ni.

Lagi satu bab undi tak masuk ni. Come on lah…bukan pelajar2 kegemaran korang aje yg undi tak masuk. Pengundi2 Mila pun ada yg undi tak masuk. Itulah jadinya kalau network dah busy sgt dgn pengundi AF ! Be realistic dan terima keputusan dgn hati terbuka. Malas nak cerita panjang2 lagi dan kita tgklah siapa yg bakal menggantikan Aznil dlm konsert AF akan datang. Chiow !!!

No comments: