Monday, February 27, 2006

Petrol naik & M'Nasir

As expected, harga minyak naik lagi hari ni…30 sen seliter. Aku pun dah malas nak komen lagi, kalau aku komen pun bukannya harga minyak akan turun. So, pasrah ajelah. Tapi yg aku tensionnya, kenapalah berita ni cuma sampai kat aku pagi ni, bukannya semalam…! Kalau aku tau seblm midnight semlm aku togok kereta aku dgn petrol penuh2…! Kat ofis semlm pun takde org citer pasal kenaikan ni. After ofis hour pun takde tgk berita, coz aku melawat anak buah aku baru lepas bersalin. Sampai rumah adalah dlm 11.00 mlm dan terus tidur.

Ada dengar lagu baru dari mentor aku M.Nasir kat radio Era. Kalau tak silap tajuknya “Juwita”. One word….”sempoi…!” Sifu dah kembali pada akar umbinya dan lagu ni juga ada gaya2 idola M.Nasir sendiri iaitu Bob Dylan. Berdasarkan interview dia dlm suratkhabar, dia akan masukkan elemen2 ska dlm album kali ni. Aik…??! Tak pernah aku dgr M.Nasir nyanyi lagu ska ? Nak kata dia baru dlm ska ni takde jugak. Dia dah buktikan dlm lagu2 ciptaannya utk kumpulan Spider. Tapi kalau dia yg nyanyi sendiri, itu sesuatu yg baru la. Tak sabar nak tunggu kemunculan albumnya Mac ini and surely aku akan komen dlm blog aku.

3 comments:

Saudagar Mimpi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Saudagar Mimpi said...

Yup! lambat betul album baru sifu ni nak keluar.

Lord Vorphalack said...

dah berjanggut dah aku tunggu...!
sampai janggut aku lg panjang dr janggut sifu...!