Monday, October 30, 2006
Booo....!!!
Sunday, October 29, 2006
The Omen (2006)
Cast :
Seamus Davey-Fitzpatrick as Damien, Liev Schreiber as Robert Thorn,Julia Stiles as Katherine Thorn, Mia Farrow as Mrs Baylock, David Thewlis as Keith Jennings, Pete Postlethwaite as Father Brennan
Director :
John Moore
Well, my all time favourite horror filem di’remake’kan kembali. Filem asal tahun 1976 dulu adalah dianggap sbg cult horror movies of all times. Kalau dulu dpt sentuhan pengarah Richard Donner, utk 2006 ni mendpt sentuhan pengarah John Moore, yg pernah mengarah filem Behind Enemy Lines. Mengisahkan kelahiran seorg anak antichrist, yg telah accidentally di’adopt’ oleh pasangan suami isteri yg juga merupakan Diplomat Amerika di London. The whole adoption thing ni telah dirancang oleh paderi2 tertentu, selepas isteri duta berkenaan keguguran. Mcm2 perkara buruk berlaku sepanjang Damien, anak angkat mereka or budak antichrist tu, bersama2 dgn mereka.
I guess korang semua dah tau jalan cerita filem ni especially peminat2 filem2 seram. To be honest, aku rasa filem ni berjaya walaupun ramai yg meng’kondem’ filem ni. However ada perbezaan antara yg baru ni dgn yg lama. Banyak extended scene yg diselitkan sepanjang filem ni, cthnya babak permulaan filem, di mana ada perjumpaan antara sekumpulan paderi menceritakan tentang kemunculan kehadiran antichrist di dunia. Ini berbeza dgn 1976 version yg terus mengfokus pada keluarga budak tu. Selain tu, penceritaan tentang asal usul Damien dan antichrist lebih terperinci contohnya bapak angkat Damien dan photographer menggali kubur ibu kandung Damien, & was shock to see what’s in it. Babak2 kematian juga lebih mengerikan. Siapa tak boleh lupa babak2 seperti paderi mati tercucuk besi dan nanny Damien yg mati gantung diri. Tapi yg paling best adalah kematian photographer, yg putus kepala. Kali ni lebih negri dan dahsyat dan kadang2 tgk scene tu teringat pulak scene2 kematian dlm Final Destination!
Aku rasa dari segi pemilihan pelakon, ada miscast here and there. Liev Schreiber sebagai bapa angkat Damien, aku rasakan terlalu ‘kayu’, bukan dr segi dialognya, tapi expression mukanya. Ini berbeza dgn 1976 version yg dilakonkan oleh Gregory Peck. Selain tu, Damien yg dilakonkan oleh Seamus Davey-Fitzpatrick, juga mcm tak kena. Originally Damien dilakonkan oleh Harvey Stephens, yg mempunyai muka yg sgt comel at the same time muka nakal dan evil. Seamus Davey-Fitzpatrick memang comel, tapi elemen2 muka nakal tu takde. Hasilnya, Damien kali ni lebih mcm kanak2 comel yg bermuka sakit atau muka nak berak! Expression mukanya mcm dibuat2 jahat. Watak ibu angkat Damien lakonan Julia Stiles juga tak nampak apa2 yg menarik. However watak nanny Damien, Mrs Baylock lakonan Mia Farrow tu memang best dan lebih seram drp yg dulu. Dengan muka cengkung, mata terbeliak dan senyuman yg sgt menawan...he, he... sesuai sgt la bergandingan dgn Damien yg sama2 setan tu! FYI, Mia Farrow pernah berlakon dgn cemerlangnya sbg Rosemary dlm cult horror movie Rosemary’s Baby tahun 1968 dulu.
Dan lagu2 background dan theme song yg haunting mengiringi filem Omen 1976 juga hilang. Tapi I don’t blame them because it is 2006 version. Tapi I miss the opening theme song, a church choir chant yg sgt menyeramkan, dan chilling score yg lain yg very klasik & cult especially pada babak2 kematian.
Overall, filem ni, despite semua kekurangan yg aku sebutkan tadi, ianya ditutupi oleh lakonan memberangsangkan oleh supporting2 actornya, plot filem dan babak2 kematiannya yg ganas dan brutal. Aku bagi : *** ½ / *****
Damien lama
Summary of Raya...
1) Raya Pertama – Mlm Raya dan siangnya aku beraya di rumah org tua aku. So, tahun ni mmg aku bersemangatlah nak raya. Kalau raya kat rumah mertua mcm tahun lepas, kurang cerialah sikit. Biasalah, rumah mertua kan. Anyway, semuanya mcm biasa, bermaaf2an, pergi kerumah adik beradik aku etc. Cuma terkejut jugak bila melawat kubur arwah bapak aku, yg tanahnya dah mendap. Ish…apa punya anak la, cuma melawat kubur sethn sekali aje…masa raya aje. Tapi dah suruh penjaga tu cantikkan balik kubur tu. Mlm tu aku pergi ke rumah nenek bini aku.
3) Raya Ketiga – Bnyk ke rumah untie dan uncle aku, dan rumah sepupu aku. Mlm pulak, turn member2 aku dtg rumah, tak sangka ada sorang member tu dah lama tak contact. Tiba2 rupa2nya dah jadi businessman yg berjaya plak…! Tapi business pun bnyk dpt pertolongan dr bapak dia, tapi kira oklah tu. Bawak kereta/MPV Toyota Alphard lagik…! Lepas tu aku sekeluarga tumpang kereta dia pegi ke rumah kawan2 lain. Kereta semewah tu, nak masuk 3 keluarga pun boleh ! Org mcm aku ni bila sgtlah nak naik kereta mewah.
4) Raya Keempat – Mertua aku buat open house + birthday adik ipar aku. Mak datuk punyalah ramai, tp yg lebihnya member2 adik ipar aku je. Sedara mara kurang jugak. Happy Birthday Ezwa, sorry takde hadiah, tunggu gaji hujung bulan la. Hari ni jugak aku terlepas tgk Dari Studio Satu Dewa 19…!!! Arrghhh! Tension…!!! Astro pun satu, yg diletaknya DS1 waktu tgh hari buat apa…? Aku nak sembahyang Jumaat la…! Hari ni (Isnin) pulak ada DS1 bersama M.Nasir, pun aku terlepas jugak sebab dah start kerja. Tunggu ulangan, tak tau bila…!
6) Raya KeEnam – Ingat nak lepak2 rumah sbb esok nak kerja. Alih2 org tua aku ajak pergi Klang raya rumah Untie dan sepupu2 aku. Ptg pulak sorang lagik adik ipar aku ajak dtg beraya…Rawang pulak tu…! Bini aku membebel2 sebab aku pakai baju buruk pegi rumah adik dia. He, he…lepas tu anak sulung aku menyampuk, “ayah ada duit bknnya nak beli baju raya, asyik2 nak beli DVD je…!” Utk pertama kalinya aku disoung direct oleh anak aku yg kaki bebel tu, sama mcm maknya…he, he…Tapi langsung aku tak insaf…he, he… P/S : Gambar gelap sikit, kamera masih takde.
Thursday, October 19, 2006
Salam Aidilfitri !
Selamat Hari Raya Maddox, Selamat Hari Raya Edd, Selamat Hari Raya Mensh, Selamat Hari Raya Nazim, Selamat Hari Raya Zack, Selamat Hari Raya Vovin, dan lain2 yg berkenaan.
P/S : Sign off temporarily, be back after Raya. Also got to clear my outstanding work before I go on a long Raya holiday.
Monday, October 16, 2006
Iron-Man Update
Dari segi fizikal, sekali lagi aku ragu, samalah waktu ura2 diaorg nak cast Tom Cruise sbg hero dulu. Kalau ikut komik, Tony Stark ni quite tinggi lampai orgnya. Tapi Robert dgn ketinggiannya 5 kaki 9 inch ni rasanya tak sesuai sgt. Tambah pulak caharacter Tony Stark adalah bermisai dan berjambang. Rasanya aku jarang tgk Robert bermisai dlm mana2 filem sebelum ni. However aku manage to get his picture siap dgn misai dan berjambang dan korang bolehlah bandingkan dgn watak dlm komik Iron Man.
Sunday, October 15, 2006
Jalan2 Cari Tempat Nak Berbuka
Cozy Corner – Cuti Nuzul Quran yg lepas.
Mmg kami sekeluarga teringin sgt nak berbuka di Cozy Corner, tak kiralah kat Ampang Park ke…atau Great Eastern Mall ke. Tapi sama mcm tahun2 lepas, Cozy Corner tak terima walk-in customer during Ramadhan, coz org terlalu ramai, so diaorg cuma terima phone booking aje. Since aku ni malas sgt nak buat phone booking, aku decide to ‘gamble’ aje. Lepas ambik bini aku balik kerja, terus aku menghala ke Great Eastern. Sampai lebih kurang 5.45 dan nasib aku terlampaulah baiknya… ada org cancel booking, dan awek Cozy tu kata “Abang nasib baik betullah, baru aje ada org cancel booking, untuk berapa org bang…?”.
“Utk 4 orang” kata aku.
“Saya reserve meja no 18 utk abang. Tapi kita tak terima order masakan nasi or mee…abg cuma boleh order Western food aje” dia kata.
“(What the F***??? Ish…Puasa ke tak aku ni…?) Naper tak boleh…?” kata aku.
“Terlalu bnyk sgt order bang…, abg nak booking ka taknak ni bang…?” kata dia.
Disebabkan susah betul nak dpt booking Cozy Corner nih, aku terima ajelah.
“okaylah dik, abg order 2 chicken chop & 2 fish & chip”kata aku.
“okay….kena bayar deposit RM50 dulu” kata dia.
Aku pun bayarlah. Dan berbukalah aku dgn “western”nya. Actually bukanlah aku ni tak suka makan or berbuka western, cuma restoran tu mmg terkenal dgn masakan2 nasi dan lauknya. Masakan mee pun sedap. Org2 yg berbuka kebanyakannya by group dan satu group, mak datuk punya bnyknya lauk pauknya + nasi ! No wonder lah diaorg tak cukup tangan. Hmm…takpelah asalkan dpt berbuka kat restoran ni pun cukuplah. Nampak gaya dibulan puasa ni, bukannya customer yg demanding lagi, tapi tauke pulak yg demand & kita kena ikut cakap diaorg.
1) Tupai Tupai Restaurant
2) Pizza Hut
3) Restoran Nasi Kandar
Date : 14/10/2006 (Sabtu lepas)
Nampak mcm bnyk tempat je aku pegi…semuanya pada hari yg sama pulak tu…! He, he…actually memang aku pegi semua tempat tu tapi tak dpt tempat pun. Mula2 ke Tupai-Tupai, Jln Dewan Bahasa, memang ada tempat kosong, but rupanya aku notice diaorg cuma buat hidangan buffet aje. Ala Carte takde. Harga sekepala RM42 ++. Aisey, aku ingat nak order ala carte aje…lari budget la kalau makan buffet, gaji pun blm masuk lagi. So dgn segeranya aku menghala ke Pizza Hut kat Giant Tmn Conaught dgn desperate nya. Mcm dah jangka, aku sampai 6.30 lat Pizza, dan mmg dah penuh pun. Kat sebelah Pizza tu ada restoran Nasi Kandar, takde org pun. Ye lah…siapa sgt la nak mkn makanan mamak bila berbuka puasa ni. Nak taknak, aku berbuka kat situ. “Dan dan” aje sampai waktu berbuka. Mamak tu pun bkn main happy tgk kitaorg beramai2 berbuka kat situ. Oh ya, kali ni aku ke sana dgn mertua aku dan anak2 nya.
Next Stop
Aku plan nak buka puasa kat Secret Recipe…hmmm…maybe 19hb ni. Tgk la…kalau takde apa2 hal…
P/S : Hmmm…I wonder how’s the buka puasa at Lot 10, antara member2 blog mcm Zack dan Edd Vedder went on.
Wednesday, October 11, 2006
Dewa once again....
Anyway, this is my all time favourite track daripada diaorg in order :
Kosong (album Cintailah Cinta) – Lagu yg paling berhantu dan aku boleh main beratus2 kali dan tak boring. Untuk siapa yg tak biasa dgr lagu ni mungkin rasa boring tahap cipan sebab terlalu slow. Tapi for me, this is no. 1 song in my playlist. Suara Once paling excellent dlm lagu ni…serak2 gemersik dia tu sgt sesuai dgn lagu ni. Pada siapa2 jiwa yg tgh kosong tu, dengarlah lagu ni. (Dato K Mohd Jiwa terkecuali, sebab jiwa dia dah ada org).
Mistikus Cinta (album Cintailah Cinta) – Bnyk lagu dlm album Cintailah Cinta semuanya best2 bagi aku. Album ni merupakan album terbaik from Dewa walaupun dilanda kontroversi tentang covernya yg bnyk lambang yahudi. Mistikus Cinta merupakan lagu yg simple dan sederhana aje beatnya. Part yg paling aku suka adalah bila Ahmad Dhani nyanyi…suaranya sgt sempoi dan kadang2 dengar mcm suara Bono of U2. Tak surprise la sebab U2 adalah inspirasi kpd kumpulan Dewa ni.
Aku Cinta Kau dan Dia (Idealogi Sikap Otak) – Dewa memang sesuai sgt nyanyi lagu slow, tapi slow mereka bukan slow yg tangkap leleh, tapi sgt berjiwa. Lagu ni actually asalnya dari Ahmad Band (side project Ahmad Dhani) dan ada version Dewa yg lebih slow. Tak kiralah version mana pun, aku suka lagu ni. Ada dinyanyikan balik oleh Adi AF1 waktu konsert dulu, dan dia nyanyikan dgn baik jugak.
Roman Picisan (album Bintang Lima) – Rasanya takde siapa boleh come up with this type of song kecuali Ahmad Dhani aje. Lagu ni sbg introduction penyanyi baru mereka iaitu Once. Rentaknya sgt mistik dan eksotik, mereka blend rock dgn elemen2 Spanish, Latin dan kawasan2 sewaktu dgnnya. Lagu ni ada dinyanyikan oleh Reza AF3 masa konsert dulu dgn teruknya.
Pengeran Cinta (album Laskar Cinta) – Siapa kata Dewa tak boleh rock…? Lagu ni membuktikan mereka damn good in hard rock too ! Lagu ni menampakkan skill2 mereka semua dlm bermain alat muzik. Dpt inspirasi dari lagu Led Zepellin (Immigrant Song), that’s why riff lagu ni memang similar dgn riff lagu Led Zepellin tadi. Gabungan dia vokalis jugak iaitu Dhani dan Once.
Hidup Ini Indah (album Laskar Cinta) – Lagu yg berentak ala2 lagu Kosong tadi. Mula2 dengar sebenarnya taklah best sgt lagu ni. Tapi bila lama2 mainkan, inilah antara lagu yg aku tak boring langsung bila dengar. Pasanglah berapa kali pun. Lagu ni low profile sikit sebab tak pernah top pun mcm lagu2 lain yg aku sebutkan dlm list ni.
Pupus (album Cintailah Cinta) – Lagu yg aku rasa paling over expose kat M’sia ni, disebabkan Mawi ada nyanyi dlm konsert AF3. Kalau tak pasal Mawi, jgn haraplah lagu ni nak glamour. Lagu berentak slow rock dan sesuai utk org2 yg ditinggalkan. Mawi nyanyi dgn baik jugak, dgn me'melayu'kan lagu ni.
Sedang Ingin Bercinta (album Republik Cinta) – Sekali lagi Dhani menampakkan ke’genius’annya dlm mengubah lagu. Menggabungkan unsur2 rock, r&b dan dangdut in one song…perrgghhh ! Siap ada special appearance oleh Mulan of Ratu (bini Dhani ke…?) nyanyi version dangdut. Siapa boleh terfikir nak buat mcm tu ! Lagu ni boleh diterima oleh peminat2 di M’sia ni dan kerap jugak diputar di radio sekarang ni. Jugak dinyanyikan oleh Amirul AF4 dgn…well…hmm…hip hop style nya.
Separuh Nafas (album Bintang Lima) – Lagu yg sederhana beatnya, tapi agak mendayu2 sikit especially chorusnya. It is a very catchy and simple song. Kalau korang dengar betul2, lagu ni pun boleh didangdutkan, tapi dlm version ni it is a rock version ala2 early U2 sikit.
Arjuna (album Cintailah Cinta) – Lagi satu lagu genius for me. Lagu rancak ni sgt catchy dan a bit pelik bila mendengarnya pertama kali. Chorusnya walaupun heavy, ada masuk unsur2 seram dan misteri sikit. Pendek kata brilliant betullah lagu ni. Vocal Once sgt bertenaga dlm lagu ni.
Bidadari di Kesunyian (Ideologi Sikap Otak) – Bukan lagu Dewa again tapi lagu Ahmad Band. Tapi Dewa ke Ahmad Band ke… apa bezanya sgt ! Lagu ni agak mellow bunyinya especially permulaan gitar yg kadang sound mcm style lagu koboi. Kekuatan lagu ni adalah pada rentaknya dan suara Dhani. Pun ada vokalis perempuan dlm lagu ni.
Time Ari Lasso, aku tak berapa minat band ni, sebab bagi aku suara Ari Lasso nothing special. Tapi lagu mereka masih sedap didengar mcm Elang, Kirana, Cukup Siti Nurbaya dan lain-lain.
Al-Fatihah
Setelah pemergian Allahyarham Hani Mohsin Julai yg lepas, kita dikejutkan dgn pemergian bekas penyanyi kumpulan Freedom, iaitu Norseha Abu Bakar atau lebih dikenali dgn nama Seha. Allahyarham menghidap kanser paru2 pada awal Ogos lalu dan menghembuskan nafasnya yg terakhir, semalam, pukul 8 pagi, 11hb Oktober 2006.
Aku remember pernah bertemu dia di Matahari CafĂ© miliknya yg pernah dibuka pada sekitar 90an dulu di Bukit Antarabangsa. Waktu tu ada gigs M.Nasir dan dia pun hadir waktu tu. Sempatlah jugak aku tegur dia and she’s a very nice person. Al-Fatihah untuk Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama org yg beriman.
P/S : Tiba2 terngiang2 lagu “Mulanya Di Sini” waktu bersama Freedom tahun 1987 dulu.
Tuesday, October 10, 2006
Virus...oh, Virus...!!!
Sunday, October 08, 2006
Match Point (2006)
Match Point at first aku ingatkan adalah filem tentang tennis atau table tennis. Tambahan pulak salah satu poster filem ni ada tunjuk Jon Meyers dan Scarlett Johansson pegang bat ping pong. Tapi filem ni takde kena mengena dgn sport, mungkin tennis menjadi subjek sampingan dlm filem ni, kerana through tennis lah yg menyatukan Chris (lakonan Jonathan Meyers) dgn sebuah keluarga kaya di London. Mulanya Chris bertemu dgn Tom, yg sama2 ambik tennis lesson. Kedua2nya mempunyai minat yg sama iaitu opera. Disebuah pertunjukan opera, Chris diperkenalkan dgn Chloe, adik Tom. Chloe jatuh cinta pandang pertama pada Chris dan membawa kpd percintaan antara mereka berdua. Status Chris sbg boyfriend Chloe telah mendapat approval drp bapak Chloe, sampaikan dia diambik bekerja di’company’nya dgn jawatan yg tinggi. Di sini bermulalah perubahan terhadap kehidupan Chris drp sorang yg ‘nobody’ kepada seorg yg dipandang tinggi.
At the same time, Chris bertemu dgn Nola, boyfriend kepada Tom. Sekarang Chris pulak cinta pandang pertama terhadap Nola ni. Chloe dan Nola kedua2nya berbeza, di mana Chloe di mata Chris adalah gadis yg terlalu sempurna bukan saja pada sifatnya malah background keluarganya. Manakala, Chloe is a typical American blonde babes yg unpredictable, sensitif dan ada kalanya baran sifatnya, tetapi seksi dan cantik physically. Nafsu mengatasi segala2nya dan Chris memilih utk berscandal dgn Nola, even though dia bolehlah dikatakan bahagia berkahwin dgn Chloe. Semakin lama Chloe dipinggirkan dan hubungan dgn Nola menjadi bertambah intim especially lepas Tom dan Nola putus bercinta. Filem ini ada twist and turn nya kerana Chris berhadapan dgn dilema samada memilih hawa nafsunya atau memilih sifat tamak halobanya. Nola is just the object of her sexual desire hingga menyebabkan dia pregnant, while with Chloe, dia akan manjadi bertambah2 kaya di company bapak Chloe. Dilema ni menyebabkan Chris mejadi tension hingga membuatkan dia mengambil keputusan bertindak bodoh, especially setelah didesak berkali2 oleh Nola supaya bercerai dgn Chloe. Tindakan apa yg dimaksudkan, rasanya tak payahlah aku spoilkan moodnya, korang tengoklah sendiri.
Pelakon2 yg terlibat semuanya hebat2 belaka especially actor dan actress utamanya iaitu Jonathan Rhys Meyers dan Scarlett Johansson. Watak Jon Meyers berjaya membawa watak Chris dgn baik dgn expression mukanya yg sentiasa tak sincere, most of the time menipu aje kerjanya semata2 nak menjaga hati kedua2 perempuan dlm hidupnya. I remember Jonathan ni ada lakon bersama2 dgn Tom Cruise dlm M:I 3 pada thn yg sama jugak. Scarlett okay in this filem tapi mcm mana pun tak dpt menandingi lakonannya dlm Lost in Translation. While the others like Brian Cox dan Matthew Goode semuanya memberikan persembahan yg hebat dlm filem ni. Match Point ada ditayangkan sbg premier di Cannes May lepas dan mendapat berbagai2 reaksi yg berbeza oleh pengkritik filem. To be honest, aku pun kurang tgk filem2 arahan Woody Allen ni cuma yg aku tau filem ni is not your average type of film. For me, it makes me glued to my seats untuk menghabiskan filem ni dan aku bagi **** / *****.
Wednesday, October 04, 2006
Wrestler Dulu-Dulu....
Hulkamania rulez...! Tahun 80 an dulu kira Hulk Hogan ni lah yg paling dahsyat undisputed sekali. Dia ni sentiasa pada side yg baik aje, dan antara ahli gusti yg bnyk kali pegang belt title. Setelah glamour, dia ada jugak menceburkan diri dlm bidang lakonan and most of his film semuanya komedi2 belaka. Tapi aku paling tak suka bila dia buat comeback as Hollywood Hogan, dah tua kertu badan pun dah kendur2. Musuh tradisi bnyk, cthnya : King Kong Bundy dan Roddy Piper.
As I mentioned earlier, dia ni musuh tradisi Hulk Hogan thn 80an dulu. Sebenarnya takde apa yg menarik tentang dia ni. Harapkan badan dia yg besar, gemuk, so susahlah pihak lawan nak tumbangkan dia. Tapi once, kena tumbang dgn lawannya, memang sah tak boleh bangun balik.
Andre The Giant
Sesuai dengan gelarannya, dia ni memang giant...very huge...! Sama la dgn King Kong Bundy, sekali tumbang, susah nak bangun balik. Bukan calang2 wrestler aje yg boleh tumbangkan dia ni. Andre ni, pernah dipihak yg baik dan juga dipihak yg jahat. Tapi if I'm not mistaken, dia ni selalunya jahat. Biasanya, Hulk Hogan aje boleh tumbangkan dia ni.
Roddy Rowdy Piper
Trademark dia ni pakai baju ala2 Scottish dan bila masuk gelanggang, mulalah dgn lagu2 Scottish dia tu. Padahal bukanlah org Scots pun ! Musuh tradisi Hulk Hogan ni takde apa2 keistimewaannya, badan dia pun bukannya tough sangat. Dia ni popular dgn taktik jahat dan main tipunya, cara itu aje yg dia boleh menang. Dia ni jugak ada appear dlm filem2 B-movie, and mostly film2 action.
Iron Sheik
Kalau tak silap aku, dia ni asalnya dari Iraq. Selalu ber'tag team' dgn Nikolai Volkoff (wrestler Russia). Antara wrestler yg paling orang tak suka, tapi susah gak nak tumbangkan dia ni coz badan dia memang tough. Tapi sebelum lawan or selepas lawan, bila dia dah start pegang microfon, dengarlah dia menceceh, ntah hapa2 dia kata ntah. Trademarknya, misainya yg melenting tu dan kasutnya yg macam kasut Aladdin...!
Tito Santana
Jgn mistaken dia ni dgn artis Santana pulak. Dia ni antara penggusti favourite aku. Badannya kecik aje dan takde apa2 gimik or special appearance. Dia cuma based on his taktik dan semangat kentalnya aje. I never saw him with the bad side, kalau tgk muka pun innocent aje. Tapi dia pernah dpt title Heavyweight champion tak ingat tahun berapa dulu.
Ricky 'The Dragon' Steamboat
Sama league dgn Tito Santana jugak dan badan pun lebih kurang sama aje. Cuma bezanya dia ni dari Hawaii so waktu berlawan bnyklah dia guna taktik2 lawan style carribean sikit. Ini pun salah satu favourite wrestler aku dulu.
Randy "Macho Man" Savage
Siapa ntah nama awek dia ni aku dah lupa, tapi cun jugak la kalau nak kira zaman tu. Awek dia ni kira mcm Stephanie WWE zaman dulu2 la. Walaupun Macho Man ni jahat, tapi aku suka dia, style dia kadang2 menyakitkan hati, especially waktu dia bercakap. Tapi aku suka style dia berlawan. Awek dia selalu mengiringi dia, dan pantang betul Macho Man ni kalau awek dia kena usik. Dia pernah jadi baik actually, dan sama2 ber tag team dgn Hulk Hogan, tapi tak ingat thn berapa.
Rick Rude
Kalau dia ni potong rambut pendek dan kemas sikit korang rasa ada iras2 Dato' K tak...he, he... Si misai tebal ni paling aku sakit hati kalau dia keluar. Kononnya ahli gusti paling playboy, awek2 semua gila babi sorak kalau dia keluar. Padahal bukannya hensem sgt pun, awek2 yg bersorak tu pun bukannnya kita tak tau, semua berlakon aje. Selalunya, seluar tight yg dia pakai pun bermuka awek. Sebelum nak lawan, mulalah joget style lucah, mcm penari upahan kat parti perempuan bachelor. Menyampah aku!
Jake 'The Snake' Roberts
Dia bukanlah org yg dajal letak ular dlm kapal terbang dlm “Snakes On the Plane” tu. Dia ni terkenal dgn teknik sleepers dia tu, once lawannya dah pengsan, dia sure akan letak ular peliharaannya yg disimpan dlm karung, ke atas badan lawan. Walaupun he’s always on the bad side, aku suka dia ni coz dia ni lone ranger dan takde bersekongkol dgn mana2 geng jahat yg lain.
Ultimate Warrior
Yeah…! My 2nd fave wrestler selepas Hulk Hogan. Kalau dia masuk aje ring, naik syeh betul dgn goyang2 tali ring sampai nak putus. Lagi satu bila masuk aje ring, belum apa2 dia dah serang lawan, tak buang masa lagi. Tenaga dia ni kental betul dan susah nak dikalahkan. Identitinya mcm dlm gambar tu la…dgn face paint yg colourful tu dan tali2 kat lengan dan kaki…mcm Red Indian sikit.
The Hart Foundation
Brett Hart yg berambut hitam panjang tu of course lebih glamour drp yg sorang lagi. Lepas tag team ni dibubar, Brett berjaya sbg penggusti solo dan ada jugak menang title. Brett antara penggusti yg lama di WWF hingga membawak ke WWE. Actually aku tak suka sgt gabungan tag team ni sebab selalu berselisih faham.
British Bulldogs
Tag team patriotic ni sentiasa dengan bendera Britain nya. Seluar pun lambang bendera Britain. Antara fave tag team aku sebab teknik lawan mereka very sistematik. Gabungan mereka ni, bak kata lagu Ajai & Nurul, very “sherashi bersama”…he, he…(tapi suratkhabar hari ni kata Nurul Ajai tak sherashi bersama lagi!!!)
Pun lagi satu wrestler yg aku menyampah. Dia ni perasan dia Elvis, dan bila appear, mesti dgn gitar kapoknya tu. Petik gitar ntah hapa2 ntah, tak tau main gitar langsung! Kalau dari segi stamina or teknik, dia ni actually ‘weak’, tapi harapkan main jahatnya pukul lawan dgn gitar kapoknya!
P/S : Posting ni aku dpt ilham dari Encik Ariff colleague aku, yg selalu sangat borak dgn aku pasal wrestling dulu2 nih…! Terima kasih la banyak2…!
Monday, October 02, 2006
Workstation Aku !
Mouse Pad yg nampak mcm canggih (tp sebenarnya tak canggih) tu, aku dapat waktu Staff Conference ofis aku 3 tahun lepas. Siap ada calculator lagi…tapi haram tak pernah pakai. Baik aku pakai calculator biasa je! Mouse pun dah masuk zaman senja...dah hitam2 dah !
Tin Pepsi…bukan tin Pepsi yg biasa, ini saiz kecik lagi, version drp Arab. Aku beli ni actually kat Cold Storage KLCC je…waktu tu dia ada jual satu carton. Harga setin mahal sikit drp biasa, dlm RM2. Kira ‘rare’ item jugaklah, pasal tu aku tak pernah bukak minum tin nih!
Ada Superman sesat kat workstation aku. Superman ni aku dpt drp colleague aku, yg dpt mainan tu beli Burger King. Dia suruh aku bagi anak aku, last2 aku yg simpan kat ofis ni buat perhiasan. Ye lah, kalau ada apa2 berlaku, ada jugak Superman ni menyelamatkan aku.
Jam yg dah lama tak tukar bateri. Jam tu saja je aku masih simpan, hadiah drp ex-colleague aku waktu aku nak resign dulu. No, it’s not from my ex-girlfriend…!
Besides that usual stuff la…partition, bekas letak pen, bekas rubber band, organiser sbg lapik meja etc. Oh ya, yg aku lekat tu ialah postcard utk product handphone Nokia N93.
Sekarang kita pegi kat different angle of my workstation pulak :
Monitor PC aku…tgh tengok email pakai Lotus Notes. Email kerja tau…bukan email lucah ! Oh ya...monitor ni tunggu masa nak meletup aje...kadang2 ada bunyi 'beep' mcm tima bomb aje!
Document yg aku dah susun baik2 semata2 nak postkan entri nih…! Isk, isk…kalau in realiti…jgn harap mcm ni…!
Yg aku tempel tu ialah postcard2 movie yg aku dapat…takde update postcard filem baru…semua yg lama aje.
Buku merah tu buku tariff Motor Insurance. U don’t want to know more la…it’s damn boring to explain.
Siapa mamat yg kat depan aku tu…? Siap buat isyarat lucah lagi tu ? Kalau korang tengok betul2 monitor dia tu, dia tgh surf web Jiwang.org…he, he… Siapa lagi kalau bukan En Maddox24 kita yg hebat tu, dengan aksi mengurangkan pahala puasa dia tu…! He, he…