Wednesday, October 11, 2006

Al-Fatihah





Setelah pemergian Allahyarham Hani Mohsin Julai yg lepas, kita dikejutkan dgn pemergian bekas penyanyi kumpulan Freedom, iaitu Norseha Abu Bakar atau lebih dikenali dgn nama Seha. Allahyarham menghidap kanser paru2 pada awal Ogos lalu dan menghembuskan nafasnya yg terakhir, semalam, pukul 8 pagi, 11hb Oktober 2006.

Jenazah Allahyarham telah dibawa ke rumah adiknya, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang selepas solat Zuhur. Seha, 44, meninggalkan seorang suami, Azmi Thambi Chik, 49, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Industrial Estate Berhad (MIEL). Hasil perkahwinannya sebelum ini dengan Christopher Lund Abdullah telah dikurniakan dua orang anak, Misha Kyrie Lund, 15 dan Karissa Iris Lund, 10.

Aku remember pernah bertemu dia di Matahari CafĂ© miliknya yg pernah dibuka pada sekitar 90an dulu di Bukit Antarabangsa. Waktu tu ada gigs M.Nasir dan dia pun hadir waktu tu. Sempatlah jugak aku tegur dia and she’s a very nice person. Al-Fatihah untuk Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama org yg beriman.

P/S : Tiba2 terngiang2 lagu “Mulanya Di Sini” waktu bersama Freedom tahun 1987 dulu.

1 comment:

Edd Vedder said...

Al-Fatihah.
Semoga roh dicucuri rahmat.
Amin.