Cast :
Seamus Davey-Fitzpatrick as Damien, Liev Schreiber as Robert Thorn,Julia Stiles as Katherine Thorn, Mia Farrow as Mrs Baylock, David Thewlis as Keith Jennings, Pete Postlethwaite as Father Brennan
Director :
John Moore
Well, my all time favourite horror filem di’remake’kan kembali. Filem asal tahun 1976 dulu adalah dianggap sbg cult horror movies of all times. Kalau dulu dpt sentuhan pengarah Richard Donner, utk 2006 ni mendpt sentuhan pengarah John Moore, yg pernah mengarah filem Behind Enemy Lines. Mengisahkan kelahiran seorg anak antichrist, yg telah accidentally di’adopt’ oleh pasangan suami isteri yg juga merupakan Diplomat Amerika di London. The whole adoption thing ni telah dirancang oleh paderi2 tertentu, selepas isteri duta berkenaan keguguran. Mcm2 perkara buruk berlaku sepanjang Damien, anak angkat mereka or budak antichrist tu, bersama2 dgn mereka.
I guess korang semua dah tau jalan cerita filem ni especially peminat2 filem2 seram. To be honest, aku rasa filem ni berjaya walaupun ramai yg meng’kondem’ filem ni. However ada perbezaan antara yg baru ni dgn yg lama. Banyak extended scene yg diselitkan sepanjang filem ni, cthnya babak permulaan filem, di mana ada perjumpaan antara sekumpulan paderi menceritakan tentang kemunculan kehadiran antichrist di dunia. Ini berbeza dgn 1976 version yg terus mengfokus pada keluarga budak tu. Selain tu, penceritaan tentang asal usul Damien dan antichrist lebih terperinci contohnya bapak angkat Damien dan photographer menggali kubur ibu kandung Damien, & was shock to see what’s in it. Babak2 kematian juga lebih mengerikan. Siapa tak boleh lupa babak2 seperti paderi mati tercucuk besi dan nanny Damien yg mati gantung diri. Tapi yg paling best adalah kematian photographer, yg putus kepala. Kali ni lebih negri dan dahsyat dan kadang2 tgk scene tu teringat pulak scene2 kematian dlm Final Destination!
Aku rasa dari segi pemilihan pelakon, ada miscast here and there. Liev Schreiber sebagai bapa angkat Damien, aku rasakan terlalu ‘kayu’, bukan dr segi dialognya, tapi expression mukanya. Ini berbeza dgn 1976 version yg dilakonkan oleh Gregory Peck. Selain tu, Damien yg dilakonkan oleh Seamus Davey-Fitzpatrick, juga mcm tak kena. Originally Damien dilakonkan oleh Harvey Stephens, yg mempunyai muka yg sgt comel at the same time muka nakal dan evil. Seamus Davey-Fitzpatrick memang comel, tapi elemen2 muka nakal tu takde. Hasilnya, Damien kali ni lebih mcm kanak2 comel yg bermuka sakit atau muka nak berak! Expression mukanya mcm dibuat2 jahat. Watak ibu angkat Damien lakonan Julia Stiles juga tak nampak apa2 yg menarik. However watak nanny Damien, Mrs Baylock lakonan Mia Farrow tu memang best dan lebih seram drp yg dulu. Dengan muka cengkung, mata terbeliak dan senyuman yg sgt menawan...he, he... sesuai sgt la bergandingan dgn Damien yg sama2 setan tu! FYI, Mia Farrow pernah berlakon dgn cemerlangnya sbg Rosemary dlm cult horror movie Rosemary’s Baby tahun 1968 dulu.
Dan lagu2 background dan theme song yg haunting mengiringi filem Omen 1976 juga hilang. Tapi I don’t blame them because it is 2006 version. Tapi I miss the opening theme song, a church choir chant yg sgt menyeramkan, dan chilling score yg lain yg very klasik & cult especially pada babak2 kematian.
Overall, filem ni, despite semua kekurangan yg aku sebutkan tadi, ianya ditutupi oleh lakonan memberangsangkan oleh supporting2 actornya, plot filem dan babak2 kematiannya yg ganas dan brutal. Aku bagi : *** ½ / *****
Damien lama
9 comments:
Terlebih dahulu, Selamat Hari Raya. Ahah... tengok filem seram The Omen (2006) sebagai tanda tibanya Halloween. Aku suka versi yg baru nie lagipun memang tak penah tengok versi asal.
mensh, kau patut tgk versi asal. Walaupun tak sehebat filem2 horror klasik yg lain mcm The Exorcist, tapi mmg menarik & bolehlah kau bandingkan dgn versi yg baru tu...
Waaah, murah hatinya kau bagi filem ni tiga setengah!
biasa la...dihari baik bilan baik ni kita kena murah hati sikit...
Aku rasa remake Omen better this way sbb dia faithful to the original version. Aku tak suka kalau filem2 remake ditokok tambah melampau2....
"Aku rasa remake Omen better this way sbb dia faithful to the original version. Aku tak suka kalau filem2 remake ditokok tambah melampau2..."
Kalau gitu what's the point of the remake? Kenapa tak biarkan versi lama kekal solo gitu je?
I’m not against remakes in general. Tapi gentle cakap, a remake sepatutnya bawak a new vision to the material, it should be in some way a reinterpretation of the karya asal melalui perspektif orang lain. This version of The Omen tak bawak sebarang benda baru pun virtually, and instead shabbily pantomimes through the script of the original.
The original Omen is a damn good movie. Tapi kita takleh deny second act dia drag sikit - sedang Thorn dengan photographer sibuk duk kejar clue, the audience remains many steps ahead of them. Sepatutnya remake ni perbetulkanlah apa yang silap - macam buatkan kita second guess ke dengan assumptions pasal Damien, ni still jugak buat kesalahan yang sama. Why? Why?! Whhhyyy???!!!
Okeylah, ending dia best sikit.
I still think remake plotnya tak patut ditokok tambah melampau2...kan aku ada stress "melampau". If u say memperbetulkan apa yg silap, then aku rasa it must be done la. Aku pun actually tak notice sgt fault pada original Omen coz aku tgk pun long time ago. Yg aku tau aku enjoy tgk. VCD collection ada pada aku, nak kena tgk lagi sekali la utk compare.
i agree with nazim. look what happened to psycho. At least remake Ju-on (The Grudge) ada buat imrovement dalam stroytelling dan shock value, walaupun the original is better.
..sekadar contoh.
Heck, Edd, aku mungkin boleh defend lagi Gus Van Sant punya shot-for-shot Psycho remake. Kurang-kurang in concept if not execution, filem tu boleh aku cop sebagai satu eksperimen yang menarik.
Tapi The Omen ni... man, John Moore terang-terang tak tau apa nak buat selain daripada ikut je yang asal... dengan taste yang entah apa ke benda.
Contohnya macam scene Father Brennan la. Instead dengan pelan-pelan kelibutkan cuaca masa dia sampaikan mesej kat Thorn pasal Damien, creating growing tension; pengarah dia terus naikkan tahap weather machine dia sampai level paling karma.
Uniknya Gus Van Sant punya Psycho, sebabkan konsep shot-for-shot dia tu, dia able to justify its own existence - even sekarang pun orang ada sebut lagi bila bukak cerita pasal remake yang kantoi. Can the same thing be said about this new Omen? Aku rasa tak.
mcm mana pun orignal mestilah better than the remake. tapi bergantung pada pendapat masing2 la... kalau original version of Omen mungkin aku bg 4 star, but I think this new version is still watchable... but I appreciate ur comments & this chat about Omen / horror remake in general...
Post a Comment