Thursday, January 11, 2007

Upcoming Malay Horror

Amat menyedihkan, since last entri aku pasal upcoming Malay horror movies, cuma satu aje yg dah keluar wayang. Tak tau what happen to all these movies. Filem “Dukun” dah nampak tempelan posternya kat panggung wayang, tapi entah kenapa tak tayang2 jugak. Yg lain pun kita dah dengar lama productionnya, tapi bayang2 filem pun tak nampak di panggung. Out of these, cuma filem “Gong” aje yg dah release. Di bawah ni ada lagi 3 filem yg bakal menggegarkan panggung, maybe some is not a horror but thriller, tp mungkin membuat korang berdebar2 jugakla menontonnya.

Chermin (2007)

Director :
Zarina Abdullah

Cast :
Deanna Yusoff as Mastura
Natasha Hudson as Nasrin
Khatijah Tan as Mak Siti
Farid Kamil as Yusuf

Tag :
“If you look into the mirror, you will see evil”

Tak tau kenapa ejaannya “Chermin” instead of “Cermin”. Mungkin nak menunjukkan yg cermin, yg menjadi objek filem ni, is an ancient one. Chermin adalah kisah seram mengenai seorang perempuan yang rohnya terperangkap dengan dendam dalam sebuah cermin antik. Plot cerita ini bertumpu kepada Nasrin yang mengalami kecacatan pada mukanya akibat kemalangan jalan raya yang penuh misteri. Nasrin mendapati dirinya begitu tertarik kepada sebuah cermin antik warisan keluarga yang ditemui oleh ibunya. Akhirnya, Nasrin menjadi obses dengan cermin tersebut sehingga mengagumi roh cermin itu dalam usahanya mengembalikan kecantikan wajahnya. Harga yang harus dia bayar ialah memuaskan tuntutan cermin tersebut yang menuntut darah dan dendam.

Dah quite some time juga kita tak tgk Deanna Yusoff berlakon filem. Maybe it is one of the main point you should see this film. Kalau ikut sinopsis, filem ni mirip Snow White, u know the one with Dark Princess with her mirror “mirror mirror on the wall, who’s the fairest one of all!”.

Official Website : www.chermin.com.my

Jangan Pandang Belakang (2007)

Director :
Ahmad Idham

Cast :
Pierre Andre as Darma
Intan Ladyanar as Rose / Seri
Khatijah Tan as Mak Lang
Rusminah Sidek

Percubaan pertama Ahmad Idham utk genre2 filem thriller. Kalau translate English berbunyi “Don’t Look Back” (such a common for horror/thriller film). Kisah misteri ini mengisahkan seorang pemuda bernama Darma yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya, Rose. Rose telah didapati mati tanpa diketahui punca sebenar. Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri (juga lakonan Intan Ladyana) yang cukup mengenali keperibadian Rose cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali adalah seorang periang dan ceria. Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana Darma telah menemui sebiji botol. Darma mengambilnya dan dibawa pulang. Darma dan Seri mengesyaki sesuatu perkara yang pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Ramalan mereka dikukuhkan dengan beberapa perkara yang berlaku dan ditemui termasuk pada kamera digital Rose yang mereka temui. Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia diganggu oleh “sesuatu” dengan gangguan yang amat dahsyat. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma. Hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan menjejaskan prestasi kerjanya. Mendengar bos di tempat kerjanya, Darma mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan jiwanya. Peluang itu digunakan oleh Darma untuk berubat di kampong. Di sana, Darma meminta pertolongan ibu saudaranya iaitu Mak Lang . Mak Lang tinggal di kampung bersama anaknya, Lin dan ibunya yang juga Opah kepada Darma (Rusminah Sidek) yang sudah nyanyok. Di kampung, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh akalnya mahu pun Seri. Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma keluar dari belenggu yang mengganggu hidupnya setiap hari?

Kalau ikutkan, aku tak confident Ahmad Idham boleh mengarah filem2 genre sebegini dgn baik. Tapi jgn judge awal2…tgk dulu filem ni, perhaps dia lebih better mengarah filem2 seram. Kalau tgk pada castingnya, semua nama2 yg popular dlm siri2 drama TV. Cuma ada sorang pendatang baru iaitu Intan Ladyanar yg memegang watak heroin utama filem ni.

Syaitan (2007)

Director :
Bade Hj Azmi

Cast :
Rosyam Nor
Lis Dawati
Que Haidar
Azri Iskandar
Ellie Suriati

Juga nama filem yg common, tapi bila dgr tajuknya, meremang jugak bulu roma. Sepengetahuan aku, ini jugak kali pertama Bade mencuba dlm genre filem seram. Ia mengisahkan Dalila dan Muslim yang baru berkahwin telah berpindah ke sebuah apartment baru. Paksaan untuk berkahwin telah membuatkan Dalila rasa tertekan. Saat inilah, syaitan durjana memainkan peranannya menghasut perasaannya agar melakukan sesuatu di luar batas manusia. Atas perancangan rapi, kereta Muslim telah bertembung dengan lori yang menyebabkannya koma. Dalam komanya, Muslim dihantui oleh kejadian-kejadian pelik yang seperti benar-benar berlaku. Setelah sedar dan dibenarkan pulang, Muslim cuba menceritakan kepada Dalila igauan komanya itu. Dalila cuba mengelak daripada mendengarnya dengan memberikan pelbagai alasan. Namun apa yang dilalui Muslim dalam koma mula menjadi nyata apabila sekali lagi beliau cuba dibunuh, tetapi dapat diselamatkan oleh Ana, seorang ?anak istimewa?.

Aku suka sinopsis filem ni. Jika diarah dgn baik, I’m sure filem ni akan menjadi antara yg terbaik. Pelakon pun bukan calang2 orgnya. Rosyam, walaupun dah agak tua, aku rasa sesuai memegang watak sbg Muslim. Pelakon baru yg sedang meningkat naik, Que Haidar juga ada berlakon dlm filem ni. Let’s hope sentuhan Bade lebih berbisa kali ni.

8 comments:

Nazim Masnawi said...

Bade rupanya direct Syaitan? Fuck, wake me up bila filem ni habis tayang besok.

P/S: Don't Look Back's trailer looks kinda great though.

Lord Vorphalack said...

Ha, ha...kali ni bnyk direcotr yg mainstream sikit...! actually dua2 director Bade & Idham aku tak confident, tp who knows...!

maddox said...

come on NM, spare him man.

Susuk not from a mainstream director.

don't underestimate Ahmad Idham. I salute him sebab berjaya mem-bitch-kan Julia Hana yang sedia bitch itu.

mahhass said...

baca sinopsis syaitan aku dah agak filem horror m'sia mesti terikat dgn guideline "seramimpi" oleh MCB. Tak boleh straight-ahead seram nyata. Tahyul & sesat kononnya.

Lord Vorphalack said...

Ish...M'sia masih terikat dgn guidelines seram mimpi lagi ke...? Kalau mcm tu takde apa2 surprise lah dlm genre Malay horror....fuck...!

Kalau A.Idham berjaya membitch kan J.Hana, lets hope dia berjaya menghorror kan pelakon2 flem terbarunya tu...!

maddox said...

alahai.... we'll see how dukun is going to be.

aku teringat filem seram Noorkumalasari tu. Aku lupa tajuknya. The one where dia beranakkan budak dari mulut dia. that was a good movie. yang paling tak best dan bodoh? should go to 7 perhentian.

Lord Vorphalack said...

Filem norkumalasari tu "Misteri Rumah Tua" kalau tak silap. Itu usahasama M'Sia dan Indon.
Mmg tak logik la beranak ikut mulut, tapi seram jugak bila tgk...!

Ajami Hashim said...

all,

'syaitan' NOT really a horror film! suspens thriller katanyaaa.. BUT!.. *aku stop dekat BUT kerana.. errr, tunggu jer lah rebiu aku or fadz..

btw, pls pls pls go see BERBAGI SUAMI!