Cast :
Hugh Jackman as Robert Angier
Christian Bale as Alfred Borden
Michael Caine as Harry Cutter
Scarlett Johansson as Olivia Wenscombe
David Bowie as Nikola Tesla
Director :
Christopher Nolan
The Prestige adalah berdasarkan novel yg ditulis oleh Christopher Priest. Filem ni mendapat sentuhan pengarah Christopher Nolan, yg juga mengarah filem2 favourite aku seperti Memento dan Batman Begins. Sekali lagi dia berjaya mengangkat filem ni sebagai filem yg cerdik, dan plot yg menarik disamping kekuatan pelakon2nya. Christian Bale dan Michael Caine pernah bekerjasama dgn Nolan sebelum ni dlm Batman Begins. “Magic’ menjadi tema filem ni, dicampur dgn thriller balas dendam, persahabatan, iri hati, kekeluargaan, cinta dan kesetiaan.
Robert Angier (Hugh Jackman) dan Alfred Borden (Christian Bale) adalah kawan karib tetapi menjadi musuh selepas satu insiden. Isteri Angier mati sewaktu pertunjukan silap mata disebabkan oleh kelalaian Borden. Masa tu, kedua2 sahabat karib ni menjadi assistant aje utk pertunjukan tersebut while isteri Angier menjadi bahan silap mata. Mereka berdua di’assist’ oleh engineer mereka iaitu Cutter (Michael Caine). Selepas insiden tersebut, mereka membawa haluan sendiri dan masih meneruskan pembelajaran mereka dlm ilmu magic. Angier lebih success berbanding Alfred. Ini kerana beliau mendapat pertolongan daripada Cutter (Michael Caine). Alfred on the other hand, lebih low profile tapi masih menyimpan angan utk menjadi ahli silap mata terkemuka mengatasi Angier. Borden bertemu Sarah dlm salah satu pertunjukannya, berkahwin dan mempunyai seorg anak perempuan.
Yg menariknya filem ni adalah sifat iri hati kedua2 magician ni. Angier terkenal dgn stage show “The Great Danton” nya while Borden, “The Professor “dgn show “The Transported Man’ nya. Masing2 sibuk nak tau rahsia antara satu sama lain. Alfred pernah sabotage Angier dlm salah satu performance menyebabkan reputasinya terjejas. Olivia assistant Angier yg mempunyai rupa paras yg cantik menambat hati Borden dan menyebabkan dia berlaku curang pada isterinya. Affair antara mereka juga membuat Angier berasa lebih marah dan cemburu. Angier dan Cutter plan something utk memusnahkan karier Borden. Mereka menculik Fallon, assistant setia Borden dan mengugut Borden supaya memberi rahsia silap mata “The Transported Man’nya yg successful itu. Borden terpaksa memberitahu rahsianya, dan menyuruhnya menemui Nikola Tesla yg mencipta mesin ‘teleport’. To put it short, mesin tu menjadi milik Angier although Tesla berkali2 menasihatkan Angier supaya memusnahkan mesin tersebut. Sifat tamak menguasai Angier dan dia menjadi successful once again dgn mesin terbarunya itu. Borden curious utk mengetahui rahsia Angier, telah sekali lagi menyelinap masuk belakang pentas Angier buat silap mata, dan mendapati sesuatu yg pelik berlaku. Borden ditangkap atas tuduhan membunuh Angier, tapi masalahnya betul ke yg kena bunuh tu Angier…? Dan betul ke Borden yg dlm penjara tersebut…? “Are You Watching Closely…?”
Filem ni diceritakan sebagai flashback. Permulaan filem ni menyaksikan yg Borden mmg dah dlm penjara dituduh membunuh Angier. Plotnya sgt menarik, membuat korang setia menengoknya dari mula sampai ke penghujung twistnya. Sekali lagi director Nolan impress me. Sepanjang aku menonton filem2, aku rasa inilah kali pertama aku tgk filem yg menceritakan tentang silap mata dgn begitu details. Sekarang aku dah tau apa itu “The Pledge” dan “The Prestige” dlm istilah silap mata. Filem ni juga ada hints sikit2 tentang rahsia2 silap mata dan mebuat aku tertanya…”Betul ke selama ni diaorg buat mcm tu…?” and some of the result mungkin membuatkan kau kecewa. Bak kata Borden…”The secret impresses no one!”.
Mcm yg aku katakan tadi, kekuatan pelakon2nya antara tunjang utama filem ni. Favourite watak aku tentulah Alfred Borden lakonan Christian Bale. Dengan mukanya yg stone tu, membuat character degilnya tu ketara sgt. Sifat iri hati dan ‘curiousity’nya membuatkan beberapa show Angier gagal. Pada mulanya nampak seperti character Borden ni sgt vicious dan jahat, tapi as the plot thickens and a few twist, membuat aku tukar fikiran dan persepsi aku terhadapnya, walaupun ada masanya dia tersilap langkah dgn mengabaikan isterinya. Lakonan Hugh Jackman juga tak mengecewakan. Dia dlm filem ni adalah Angier, yg berdendam sehingga akhir hayat terhadap Borden atas kematian isterinya. Angier sanggup buat apa saja utk menghancurkan hidup Borden. Pertemuan dgn Tesla membuatkan Angier ni lebih tamak dan berkuasa. Sifat tamaknya membuat dia kehilangan dua org penting dlm hidupnya iaitu Olivia dan Cutter. As for lakonan Scarlett Johansson, aku admit dia ni bagus, tapi wataknya dlm filem ni mcm tempelan aje, sebagai penyeri filem ni. Tapi without her, tak dptlah kita tgk her large B**bs yg menonjol betul dlm filem ni. Watak Cutter lakonan Michael Caine tak bnyk bezanya dgn watak Alfred dlm Batman Begins, cuma dlm filem ni dia sebagai sifu while dlm Batman, dia sbg butler. Tapi kedua2 watak ni bnyk mempengaruhi main actornya. Aku dah lama tak tengok David Bowie atau dlm filem ni Tesla. Tak sangka dia dah gemuk dah. Muka pun mmg dah tua. Walaupun tak bnyk sgt peranannya dlm filem ni, tapi wataknya mmg penting. Appearancenya mengingatkan aku kat cerita2 lamanya mcm The Hunger dan Labyrinth.
Overall, filem ni adalah mengenai good vs evil. Mungkin juga kita terfikir, ada ahli silap mata yg bergantung kepada bnyk perkakas atau mesin utk membuat silap mata, malah ada yg menjadi hamba kepada technology tersebut. Dan ada juga ahli silap mata yg tak menggunakan apa2 yg ‘fancy’. Yg ada cuma menggunakan kebijaksanaan mereka utk mengambil peluang yg ada dan mengaburi mata penonton. Aahh…apa2 pun magic ke…trick ke…semua ni dibuat untuk memukau mata penonton.
Aku bagi : **** / *****
No comments:
Post a Comment