Wednesday, February 14, 2007

Saw III (2006)



Cast :
Tobin Bell as Jigsaw / John
Shawnee Smith as Amanda
Bahar Soomekh as Dr Lynn Denlon
Angus MacFayden as Jeff

Director :
Darren Lynn Bousman

Orang tua yg mentally disturbed, Jigsaw, kembali lagi dlm Saw 3. Pada part 2 dulu, kita tau yg Amanda adalah protégé kepada Jigsaw, dan satu2nya mangsa Jigsaw yg lepas halangan yg diberikan padanya. So, dlm part 3 ni, Jigsaw sakit, dan mmg perlukan assistant utk meneruskan usaha kejinya iaitu menghukum mangsa2 atas kesalahan yg mereka lakukan. Yg uniknya adalah, Jigsaw tak membunuh sebaliknya mangsa yg terpaksa menjalani ujian yg diberi, dan biasanya mereka terbunuh atas tindakan mereka sendiri. So, dlm filem ni cuma Amanda yg melakukan kerja2 while Jigsaw hanya terlantar baring di katil bagi instruction. Diwaktu Jigsaw dah terlalu nazak, Amanda menculik Dr Lynn Denlon, utk menjaga dan menjalankan operation utk Jigsaw. Sambil tu Dr Lynn tu turut diberi ‘task’ oleh Amanda atas kesalahannya yg mengabaikan suaminya. Di samping tu ramai lagi mangsa2 dlm filem ni, Amanda, walaupun protégé kepada Jigsaw, tidaklah betul2 mengikut segala skill dan style Jigsaw melakukan kerja. So, adakah Jigsaw ni berpuas hati dgn kerja2 yg Amanda lakukan…? Macam original Saw dan Saw 2 dulu, filem ni juga ada twistnya di penghujungnya.

Actually aku quite dissapointed dgn filem ni. Aku enjoy Saw dan Saw 2. Tapi walau mcm mana pun, Saw yg pertama paling menarik bagi aku. Kejutan yg dipaparkan dah tak surprise lagi kali ni. But the main problem dgn filem kali ni ialah mereka mcm over-doing it. Plot nya terlalu bnyk twist dan nampak menarik pada mulanya. Tapi lama kelamaan, sampai ke penghujung cerita, kita akan cakap dlm hati… “La…takdelah menarik sgt twistnya”. Dlm kata lain, semua rancangan utk torture mangsa taklah se’clever’ previous Saw. Mungkin jugak sebab kali ni semua kerja2 dijalankan oleh Amanda dan bukan Jigsaw. OK lah (spoiler), Jigsaw mmg tak puas hati dgn kerja2 Amanda yg tak berfikir panjang sebelum put the victim into torture game. Malah ada waktunya yg mangsanya terlepas drp ujian mereka, tapi Amanda masih tak berpuas hati dan membunuh mengsanya. Satu2nya langkah yg tak pernah dilakukan oleh Jigsaw! Amanda lebih mengikut gerak hatinya dan membunuh mangsanya membabi buta. So, itulah maksud aku yg filem ni ta se’clever’ previous.

Filem ni juga membuat kita bersimpati sikit terhadap Jigsaw, yg lemah dan perlukan pembedahan di otaknya. (bukan ke otaknya dah lama biol…??). Tambahan pulak dpt protégé yg lebih biol iaitu Amanda. Tapi kesimpulan filem ni, it’s all about Jigsaw. Walaupun dia hanya terlantar di katil dlm filem ni, dia masih dianggap sbg genius berbanding protegenya yg start to lawan tauke. Jigsaw juga dianggap ‘hero’ bila mempertahankan pendiriannya supaya Dr Lynn tidak dibunuh.

Gore dan brutal scene masih tak menghampakan. Malah aku rasa lebih ganas dan bnyk darah drp yg lepas! Paling aku suka adalah waktu torture yg pertamanya iaitu sorang mamat yg dicucuk badannya dgn pin cangkuk mata kail diseluruh badannya. Tgk pada caranya merentap pin tu dan tgk kulit dan isinya tersiat buat aku gigit jari betul…! Bentuk torture mcm ni korang akan biasa nampak dlm filem Hellraiser. Kalau dari segi peralatan, aku suka tgk sorang mamat negro (yg terlibat dgn kes langgar lari!), yg tangan, kaki dan kepalanya dikunci dan letak kat mesin pusing. Semuanya akan berpusing perlahan2 sampai kaki, tangan dan kepalanya berpintal 360 darjah dan mati! Ngeri dan kadang2 nampak kelakar pun ada dlm scene ni ! Filem ni juga terlalu bnyk flashback tentang apa yg berlaku dlm previous Saw franchise. Flashback ni mmg ada yg sesuai, tapi mostly bnyk yg tak perlu dan tak relevan utk filem kali ni. Nampak seolah2 nak mencukupkan 100 minit filem ni aje.

Takde apa nak dikatakan tentang casting filem ni as semua pelakon bukannya se’besar’ celebrity2 Hollywood lain. Tapi ada appearance drp Donnie Wahlberg sebagai Detektif Eric Matthews, yg pernah muncul dlm Saw 2, tapi hanya flashback aje. Filem ni di'release' pada October 2006 waktu Halloween. Kalau just nak seramkan diri utk sambut Halloween, aku rasa filem ni sesuai la. Cuma aku kecewa filem ni tak sehebat previous franchise mereka, yg aku anggap antara favourite horror movie aku ! Aku bagi :

** ½ / *****

4 comments:

mahhass said...

aiyoh.. sampai skang aku blom tengok SAW 3.. kat wayang dah takde (nyesal takgi), dvd pulak belom release kat sini.. iskk bengang tul. kena tunggu lagi nih.

Lord Vorphalack said...

Kalau DVD pirate, dah 100% clear dah.
kalau kau refer pada DVD original, tak tau pulak aku.

Skrg pun susah gak nak dpt pirate DVD, sg wang dah habis licin, free from pirate DVD...susah tol...!

mahhass said...

ha ah aku refer pada dvd original. sini memang 99% takde pirate, bukan org taknak jual tapi aku rasa takde orang berani+nak beli pun! lagipun original pun murah, dlm $15-20 sekeping jer. Lanun takleh cari makan pun. Cuma, tulah jenuh menunggu ler.. yang byk aku tonton pun dvd lama2 (yg tak pernah aku jumpa masa kat kl).

Lord Vorphalack said...

oh ya...aku lupa pulak kau kat luar negeri. Untung betul kat sana DVD murah2. Kat sini jgn harap nak dpt RM15 ke...RM20 ke...