Cast :
Edward Norton as Eduard Abramovich aka Eisenheim
Paul Giamatti as Chief Inspector Walter Uhl
Jessica Biel as Duchess Sophie von Teschen
Rufus Sewell as Crown Prince Leopold
Director :
Neil Burger
The Illusionist adalah berdasarkan fikem cereka pendek bertajuk “Eisenheim the Illusionist” oleh Steven Millhauser. Filem sentuhan writer/director Neil Burger ni mengisahkan percintaan antara ahli silap mata Eisenheim, yg meminati magic dgn Sophie. Namun kedua2 mereka berlainan darjat. Sophie adalah kerabat diraja dan membuatkan percintaan mereka terhalang. Back to present, Eisenheim membawa diri ke Vienna dan menjadi ahli silap mata yg berjaya. Sophie masa tu dah bertunang dgn Crown Prince Leopold. Seorg yg tamak, cemburu dan tak boleh tgk org lebih drp dia. Sedang nama Eisenheim berada dipuncak, Leopold dan tunangnya menonton salah satu pertunjukan Eisenheim. Waktu Eisenheim memerlukan pembantu utk silap matanya, Leopold dgn baik hatinya memberikan tunangnya Sophie utk menjadi pembantu. Kedua2 Eisenheim dan Sophie terkejut dan tak menyangka mereka ditemukan dlm pertunjukan itu. Dari sini bermulalah kembali hubungan cinta mereka, dan membangkitkan kemarahan Prince Leopold. Inspector Uhl ditugaskan mengetuai pasukan polis utk operasi menyiasat segala tingkahlaku dan aktiviti Eisenheim.
Filem ni ‘slow’ jalan ceritanya dan plotnya juga simple. Tapi ianya disampaikan dgn menarik dari segi visualnya. Remember era2 waktu filem wayang mula diperkenalkan ? Cth yg aku ingat ialah zaman Charlie Chaplin ataupun Harold Llyods, waktu ni semuanya filem bisu dan takde dialog diucapkan; silent film. Filem ni juga berlatarbelakangkan era tersebut, pasal tu colour dan contrast filem ni mostly berwarna kuning, perang dan sesekali kabur. Ini penting utk membangkitkan mood filem ni. Namun ending filem ni semacam dijangkakan. Bukanlah aku totally tak suka endingnya, tapi cuma twistnya taklah surprise mcm yg aku tgk dlm The Prestige (sorry, I keep comparing this with Nolan’s film!)
Dua nama yg membuatkan filem ni menarik; Edward Norton dan Paul Giamatti. Edward Norton mungkin tak se gah nama2 mcm Brad Pitt, Clive Owen ataupun Jude Law, namun bnyk juga performance yg memberangsangkan drp dia. Remember Fight Club ? Filem ni sekali lagi membuktikan yg dia seorg pelakon yg berkaliber. Norton berjaya membawa watak Eisenheim dgn jayanya. Wataknya sungguh misteri, tak bnyk cakap dan dgn rileksnya memukau sesiapa aje yg tgk pertunjukan silap matanya. Walau ada kalanya ‘magic’ mmg nampak tak logic, tapi korang mesti tak kisah dan masih terpukau dgn silap matanya. Expression mukanya sgt rileks dan ada kalanya kaku, tapi semua ni relevan utk watak dan filem ni. Aku suka babak Eisenheim mngenakan Crown Prince Leopold waktu salah satu shownya di rumah Crown Prince sendiri. Salah satu show ialah menarik pedang yg terlekat di batu (lebih kurang mcm Excalibur!) dan Eisenheim mencabar sesiapa yg dpt menarik pedang, dialah yg layak menduduki takhta sbg raja negeri tu. Memandangkan Crown Prince disebut bakal menjadi raja, so the pressure is on him utk menarik pedang tu. Mula2 Crown Prince dah panic coz tak boleh tarik dan penonton semua gelak. Walau si Eisenheim ni purposely mengenakan Crown Prince yg bongkak tu, tapi expression mukanya ‘cool’ aje mcm tak bersalah ! Atau tengok waktu Eisenheim mengetahui yg kekasihnya Sophie mati, we can see the rage in her face walaupun waktu tu mukanya still….well….rileks dan kaku !
Aku dah jangka performance yg menarik dari Paul Giamatti. Tgklah last filemnya Lady In The Water. Walaupun filem tersebut kurang menarik, tapi lakonannya masih memuaskan. Sememangnya dia seorg pelakon yg berkaliber despite mukanya yg tak hensem tu ! Giamatti adalah sebagai Inspector Uhl dalam filem ni. Beliau, atas arahan Prince Leopold, menyiasat segala gerak geri dan pertunjukan Eisenheim, kerana Leopold melihat kewujudan Eisenheim sbg satu ancaman kepada ‘empire’nya. Uhl juga seorg yg meninati silap mata, so dlm filem ni dia berbelah bagi antara kesetiaannya kepada Prince Leopold dan kekagumannya terhadap ability Eisenheim. Lakonan Jessica Biel dan Rufus Sewell juga agak menarik. Cuma aku tak nampak much chemistry dlm lakonan Norton dan Biel. Bukannya tak best, tapi mungkin tak bnyk babak mereka bercinta atau berdua2an, however there’s one sex scene antara mereka berdua yg aku anggap tersangatlah ‘art’nya !
Dlm filem ni jugak korang boleh tgk berbagai2 silap mata ala David Copperfield. Rama2 yg suddenly keluar dari entah mana, pokok yg tumbuh dari pasu dgn cepatnya atau yg paling extreme, memuja roh org yg mati. Babak memuja roh org mati yg paling aku minat, coz suddenly kita pun meremang bulu roma dan sibuk memikirkan apa motif Eisenheim buat silap mata ni. Filem ni sesuai ditonton waktu malam, tanpa apa2 gangguan. Antara filem wajib tonton thn 2006 ! Actually ada tiga filem silap mata ditahun 2006 ni. Besides filem ni, we have The Prestige dan Scoop (Woody Allen’s film) and I must say aku enjoy kesemua filem silap mata ni. All full of mysteries !
No comments:
Post a Comment