Wednesday, April 04, 2007

Rombongan Cik Kiah ke Muar

31/03/2007

Lain kali kalau nak ke selatan, at the moment aku suggest kau ikutlah jalan lama. Highway jam ya amat ! Sepanjang perjalanan aku dari KL ke Muar, traffic slow aje. Sampai kat highway Negeri Sembilan, dah mcm tak bergerak. Fed up aku. Anyway, aku ke sana sebab sepupu aku kahwin. Excited la nak pergi sebab aku ni bukannya ada kampung, sedara mara semua kat KL ni aje. Tapi cuma belah mak ngah aku aje yg tersesat kat sana. Itupun sebab ikut husband dia yg kerja di sana. So yg kahwin ni anak mak ngah aku la ni….congrats to the newlywed ! Lepas keduri gedebuk gedebak aku menghala ke Ayer Keroh. Aku ada dpt free voucher utk bermlm disalah sebuah hotel kat sana. Jimat sikit belanja. Malam tu abang ipar aku belanja kitaorg makan ikan bakar kat Umbai…ceh…jimat belanja lagik ! Dah lama aku tak pekena ikan bakar kat sana. Bezanya ikan bakar / seafood kat sana berbanding kat sini adalah dr segi harganya. Murah gila… tapi oleh sebab abg ipar aku belanja hari tu, aku tak taulah pulak bilnya berapa. Almost 11.00pm, aku & family terus ke hotel sebab dah penat sgt.

01/04/2007

Lepas free breakfast (jimat lagik !) kat hotel, aku jalan2 kat Jusco Ayer Keroh. Beli la apa2 yg patut. Lepas tu bawak anak swimming kat hotel. Check out pukul 1.00pm, dan kami bersiar2 kat Banda Hilir. Aku baru notice, ejaan Banda tu bukannya Bandar…it’s Banda…kenapa ha…? Aku rasa adalah 10 thn aku tak ke Melaka. So kat situ, aku bawaklah anak2 aku naik beca…punyalah mahal nak sewa sampai RM15…itupun aku tawar…harga sebenar RM20. Selain Mahkota Parade, ada satu lagi tempat baru (bagi aku la…) utk membeli belah…it’s Dataran Pahlawan. Tak tau la berapa lama dia dah ada kat Melaka, but it’s a nice place kalau korang nak beli2 belacan, cencaluk…pendek kata apa2 brg yg menunjukkan kau pergi Melaka la…!

Dah penat sgt, kami terus balik KL…jalan jam as usual bcoz of kerja2 membaiki jalan…drp 3 lanes jadi 2 lanes. So tired…sepatutnya bermalam kat sana 2 mlm baru tak terasa penat sgt, tapi apa nak buat, budget tak mengizinkan.

No comments: