Wednesday, April 04, 2007

Zombi Kampung Pisang (2007)



Director :
Mamat Khalid

Cast :
Awie as Hussin
AC Mizal as Mat Karan
Soffi Jikan as Sofi
Que Haidar as Deris
Ezlynn as Maimun
Nadia Mustafar as Munah

Selepas Man Laksa, Mamat Khalid kembali lagi dgn Zombi Kampung Pisang. Actually filem ni aku dah dengar sejak 2005 lagi, tapi hanya pada 2007 baru menemui penonton. Seperti filem2 zombie yg lain especially luar negara, filem ni juga mempunyai plot yg simple. Berlatarbelakangkan di Kg Pisang, Kuala Kangsar, di mana penduduknya bermacam2 perangai, tua dan muda, kecik dan besar. Nak jumpa yg berpendidikan SPM pun susah, semuanya bawah SPM aje…mungkin yg belajar tinggi dah belah ke KL kot ! Anyway, seramnya start bila Pak Husin, yg paginya makan di gerai Pak Munawir, tiba2 aje mati mengejut di depan budak2 kaki lepak ; Husin (Awie) dan Mat Karan (AC). Dgn cemas mereka membawa mayat Pak Husin ke rumahnya, yg juga didiami oleh dua org anak perempuannya ; Maimun (Ezlyn) dan Munah (Nadia). Mereka panggil ketua kampung, dan kebetulan dia juga tiba2 meninggal bila sampai. So jadilah dua mayat dlm satu mlm. Tambah mengejutkan lagi bila mereka mendapati kedua2 mayat tu hilang.

Apabila org2 kampung dtg, si Hussin, Mat Karan, Maimun dan Munah menceritakan hal yg terjadi dan penduduk mulalah menggelabah. Selidik punya selidik, semuanya berpunca drp Gerai Pak Munawir. Sesiapa yg makan di sana waktu pagi hari tu, akan berubah menjadi zombi, termasuklah Pak Husin dan ketua kampung tadi. Dipendekkan cerita, hampir satu kampung menjadi zombi. Tinggallah beberapa kerat penduduk yg berlindung di balai raya kampung tersebut. Itupun ada antara mereka yg berubah menjadi zombi jugak. Motif zombi tu satu aje…iaitu memakan otak2 penduduk kampung tersebut! Anak perempuan sulong Pak Husin, Munah telah ditangkap oleh zombi so, it’s up to Hussin, yg paling macho dlm filem ni, dibantu oleh Mat Karan, Deris (Que Haider), Maimun, sorang mamat pembantu klinik yg perasan pandai dan sebuah kumpulan rock sesat utk menyelamatkan Munah dan at the same time to keep on surviving !


Hussin (Awie) dan Maimun (Ezlyn)

Filem ni betul2 ‘old school’. Tapi apa nak di’surprise’kan, it’s Mamat Khalid, what do you expect! Sebelum ni filem Rock dan Man Laksa juga ada unsur2 old school. Aku suka betul opening filem ni yg tunjuk kereta ambulans dr pandangan dlm kereta tu sendiri…ala…kalau korang tgk, korang akan rasa ianya sebijik mcm opening utk filem Naked Gun. Tambah pulak dgn lagu ‘kugiran tepi pantai’nya membuatkan openingnya lebih interesting. Filem ni ialah filem komedi, dicampur dgn elemen seram. Zombi2nya taklah takut sgt tapi bila dah berkumpul ramai2 dan dgn latar belakang muzik yg seram, kadang terasa jugak seramnya; at least itulah kata2 bini aku tatkala tgk zombi2 dlm filem ni ! Ada jugak scene di mana mayat2 mangsa bartaburan dan terkeluar otaknya, menunjukkan yg Mamat Khalid masih tak menghampakan peminat2 filem2 zombi yg sukakan blood and gore everywehere ! However, as I say, filem ni filem komedi, memang lawak sentiasa dari mula sampai akhir, tak kering gusi dan korang takkan boring. Here and there filem ni ada mengambil sedikit dr filem luar. Selain filem2 zombi mcm Night of Living Dead or any other …Dead series, filem ni juga ada ambik sikit dr filem Evil Dead; cth tangan Awie yg dah start kena rasuk (Evil Dead II : Dead by Dawn) dan penggunaan chainsaw oleh zombi (Texas Chainsaw Massacre).

Dr segi lakonan, semua pelakon2nya memberikan yg terbaik utk filem ni. Paling best aku suka lakonan AC Mizal, dialah penyeri filem ni sama performancenya mcm pernah aku tgk dlm Baik Punya Cilok. Reaksinya waktu berhadapan dgn zombi dgn rambutnya yg suddenly tegak tu mmg kelakar. Tambah pulak bila dia nak lari drp zombi but akhirnya ended up kat tempat zombi tu jugak ! Selain tu bnyk lagi aksi2 kelakarnya. Aku rasa scene yg membabitkan AC ni perlu diperbanyakkan lagi. Filem ni lebih bnyk fokus di balai raya, while si AC dan Que Haider tersesat di hutan. Aku sikit hampa dgn lakonan Awie kali ni. Lawaknya tak begitu menjadi, tapi ok jugaklah. Maybe sebab aku suka dia dlm Baik Punya Cilok, so I keep comparing his acting. “Saya ada wawasan…”, itulah phrase yg selalu disebut oleh Awie utk mengayat anak Pak Husin ni ! Tambah tercabar egonya bila Husin ni takde SPM nak bersaing ngorat dgn pembantu klinik yg ada SPM tu !

Salah sorang penduduk ntah hapa namanya, yg lemah lembut penari kebudayaan (if I’m not mistaken), keep talking dgn tgnnya yg lemah gemalai tu, mmg gampang ! Tgh2 panik pun tgn tak hilang lembutnya. Cikgu ‘gay’ ni minat dgn si Husin (Awie) ni. I’m sure sapa2 yg tgk filem ni mesti gelak dgn character ni ! Anak Mamat Khalid juga ada berlakon dlm filem ni tp scenenya tak campur dgn scene2 penduduk Kg Pisang. Budak ni digambarkan sbg seorg yg kaki PS2, dan main game ‘zombie’ di rumahnya, so bila zombi menyerang, dia tak takut dan tembak dgn senapangnya. Yes, korang mungkin akan lihat similarity wataknya dgn Ash dlm filem Army Of Darkness ! Secara general, filem ni gamat dgn supporting cast nya, bnyk nama2 terkenal dlm filem ni seperti Mazlan Pet Pet, Jalil Hamid, Hamid Gurkha, Loloq, plus those from ex-Senario. Oh ya… zombi2 dlm filem2 ni pun ada pelbagai from Mat Rempit sampailah zombi yg jiwang…however, aku rasa lebih elok kalau watak2 zombi2 ni dikembangkan sikit. Maksud aku, zombi2 dlm filem ni takde yg memorable act drp mereka, patutnya adalah sorang dua zombie yg stands out lebih drp zombi2 yg lain. Memang la ada Jalil Hamid sbg ketua zombi, tapi tak bnyk scene dan aksi drp dia.
Maybe moral filem ni ialah tentang tolong menolong, bantu membantu antara satu sama lain dan to be patriotic. Semangat kejiranan dam tolong menolong dah berkurangan sgt dlm diri kita. So filem ni sekadar mengingat2 kan kita. Cthnya satu scene dimana Awie dan beberapa org lagi nak menghalang zombi dr menceroboh balai raya ikut atas bumbung, aksi2 mereka secara tak sengaja symbolize tugu negara pulak ! Patriotic sungguh ! Selain tu ada babak AC Mizal yg nyanyi lagu Negaraku, dan suddenly zombi2 terpaku mendengarnya. Another Mamat Khalid cliché !

I repeat, filem ni mmg tak kering gusi dr mula sampai ke habis. Ada kalanya nampak bodoh sikit tapi bukan ke filem2 zombi sememangnya nampak bodoh. Lupakan plot, logik dan originality filem ni, sebaliknya enjoylah tgk lakonan dan telatah pelakon2nya yg memberikan yg terbaik utk filem ni. Those peminat2 filem seram, mungkin ada antara mereka yg hampa tapi for me, as long as kau anggap filem ni filem komedi, it’s fine with me. Dlm kata lain, aku describe filem ni sebagai Man Laksa with zombies. Mungkin selepas ni kesedaran korang terhadap persekitaran berubah selepas tgk filem ni…nak tau kenapa ? Korang kenalah tonton filem ni yg akan menemui penonton pada 19 April 2007.

P/S : Thanks Ajami@bicaraskrip coz bagi aku dan Maddox menyibuk ke Malam Gala Zombi Kampung Pisang semalam !

2 comments:

Ajami Hashim said...

wahhh! rebiu dgn spoiler tahap gaban BUT me likey!.. baguih lah korang suami+isteri enjoy pilem nih!.. nx prebiu 'anak halal' aku ajak korang lagik :-)

Lord Vorphalack said...

spoiler ke...? ish...aku cuba me'minimize'kan spoiler review aku, tapi tertulis gak! Anytime... don't worry, lain kali gua review lebih gila babi punya...