Tuesday, April 10, 2007

Villain Pujaanku : Christopher Lee

Untuk generasi muda, kalau sebut Dracula, korang mungkin terbayang aktor Gary Oldman. Tapi utk org2 yg lama sikit, nama Christopher Lee dah sinonim sgt dgn bab2 Dracula ni. Mukanya yg scary dan serious (tinggi pulak tu, 6 kaki 5 kau !) memang sesuai sgtlah memegang watak Trasylvanian Count yg gila darah tu ! Walaupun dah lama meninggalkan watak Count Dracula, Lee, yg skrg dah berumur 85 thn, skrg ni masih berlakon dan mostly memegang watak jahat jugak. Antaranya dlm Star Wars sebagai Count Dooku dan Saruman, evil wizard dlm filem Lord of the Rings. Sebelum tu pun dia ada appear dlm Roger Moore’s Bond film iaitu The Man with the Golden Gun.

Filem Draculanya yg pertama di’release’ pada thn 1958 bertajuk Dracula atau dlm version US, Horror of Dracula. Selepas tu nama Lee dah sebati sgt dgn Dracula dan berlakon dlm lapan lagi filem Dracula bersama Hammer Horror. Filem Dracula terakhirnya ialah The Satanic Rites of Dracula yg di’release’ pada tahun 1974. Lee dianggap antara pelakon lelaki yg paling lama bertahan sampai sekarang. Susah nak hilangkan image villain actor dlm diri Lee ni tapi sepanjang pembabitannya dlm bidang filem ni, dia dah tunjukkan yg dia juga seorg versatile actor.

Francisco Scaramanga dlm Bond's The Man with the Golden Gun

Frankenstein

Saruman (Lord of the Rings)

Count Dooku (Star Wars Episode II & III)

The infamous Dracula

No comments: