Tuesday, April 24, 2007

Zombie Lagik...!

Zombi dlm Wikipedia bermaksud “purportedly a dead person whose body has been reanimated”. Mamat Khalid dah start memperkenalkan genre zombi dlm industri filem tempatan. So, jom kita tgk beberapa filem2 popular zombi yg lepas2. List ni setakat yg aku tau dan minat aje la… sebenarnya bnyk lagi lebih drp list yg aku ceritakan ni. Tapi majoriti filem zombie is about virus or chemical yg merebak pada manusia. Kalaulah betul2 wujud chemical mcm ni kat dunia ni, seram gamaknya hidup kita !

White Zombie (1932)

Perhaps filem zombie yg pertama diperkenalkan adalah White Zombie. (bukan band Rob Zombie tu !) Of course aku tak pernah tgk filem ni, dan tak tau mcm mana ceritanya. Tapi aku difahamkan inilah filem pertama tentang zombie. Mungkin versi lama ni tak seganas yg ada sekarang.

Night of the Living Dead (1968)
Filem zombie George Romero yg pertama dlm trilogy. Filem ni bnyk influence filem2 zombie lain yg datang kemudian. Memandangkan ini filem lama, takde apa2 special yg canggih, semuanya manual aje. Zombi2 yg ada semuanya simple aje makeup, bodoh dan lembab aje. Tapi masih menyeramkan in terms of atmospherenya ! Zaman ni ramai yg terkejut jugak dgn style Romero yg memaparkan zombi yg makan daging manusia dan penuh dgn darah. Lama kelamaan filem ni telah diiktiraf dan genre sebegini bnyk pengikutnya. Filem ni dlm black and white version dan diremake pada thn 1990.

Dawn of the Dead (1978)

Filem ni adalah sequel kepada Night of the Living Dead dan aku rasa paling success antara semua Romero’s zombi flick. Kali ni Romero memasukkan unsur2 komedi dlm filem zombinya. Mereka lebih ganas tapi masih bodoh2. Lokasi filem lebih pelbagai termasuklah zombi menyerang shopping complex ! Tak seperti NOTLD, filem ni dlm colour version dan pernah diremake pada thn 2004 oleh pengarah Zack Snyder (pengarah filem Frank Miller’s 300).

Day of the Dead (1985)
Masih mendapat sentuhan Romero. Lebih mengarut dan bnyk unsur komedi. Dari sini agaknya Mamat Khalid mengambil inspirasi filem Zombi Kg Pisang nya. Pelbagai2 watak zombi ada dari zombie ballet sampailah zombie bikers ! Tapi dr segi make up, muka2 mereka bertambah2 seram. Filem ni bertumpu pada seorang doktor yg mencari jalan utk memulih atau menukarkan perangai zombi2 ni menjadi lebih bertamadun. Kalau tak silap, filem ada remakenya pada thn ni jugak.

Return of the Living Dead (1985)
Filem ni bukan dari Romero, tapi di’influence’ dari Romero’s zombi series. Masih mencampurkan elemen komedi campur seram. Zombi2nya aggressive dan bijak. Kalau Romero’s zombi is about eating flesh, Dan O Bannons’s zombie sukakan otak manusia ! Zombi2 dlm filem ni terjadi apabila gas toxic yg accidentally terjatuh dari lori, merebak dan menjangkiti penduduk2. Filem ni lebih fun dan keluar bnyk sequel selepas tu, iaitu Return of the Living Dead Part II (1988), Return of the Living Dead 3 (1993), Return of the Living Dead 4: Necropolis (2005) ,dan Return of the Living Dead 5: Rave to the Grave (2005).

Braindead aka Dead Alive (1992)

Sebelum Peter Jackson menempah nama menerusi trilogy Lord of the Ring nya. Dia ada buat beberapa low-budget horror movies. Dia ni boleh lah disamakan dgn Sam Raimi jugak yg start melalui filem2 seram dan beralih kepada filem2 blockbuster pulak, cth Sam Raimi : Spider-Man. Berbalik pada Peter Jackson, filem seramnya yg popular ialah Dead Alive. Aku rekomen tgk filem ni coz hantu2/zombi2nya mmg seram dan gore gila babi !

Dellamorte Dellamore aka Cemetery Man (1994)
Dellamorte Dellamore dikenali sbg Cemetery Man di USA. Filem Italy ni diarah oleh Michele Soavi dan berdasarkan novel oleh Tiziano Sclavi. Filem zombi ni juga mengandungi unsur2 supernatural dan satira politik Italy. Rupert Everett, pelakon utama filem ni membawa watak sebagai penjaga tanah perkuburan. Tak begitu mendapat sambutan di US tapi video rent nya boleh tahan jugak sambutannnya. Martin Scorsese memuji filem ni yg dianggap sebagai salah satu filem terbaik era 90an.

28 Days Later (2002)
Filem ni is about virus dan sesiapa yg kena virus ni bolehlah dikatakan menjadi zombie. Mata mereka merah dan memakan daging manusia. Filem Danny Boyle ni tak bergantung sgt pada make-up yg hodoh sebaliknya zombi2 bertindak ganas dan aggressive. Mereka sgt pantas berbanding manusia dan bnyk scene2 yg terkejut sebab tiba2 je zombi menyerang. Hero utk filem ni adalah Cillian Murphy, yg pernah membintangi Batman Begins dan Red Eyes. Sequelnya akan datang tak lama lagi iaitu 28 Weeks Later.
Resident Evil (2002)
Rasanya semua dah tau sgt filem ni. Actually filem ni bukanlah filem seram sgt, tapi bercampur dgn sci-fic. Filem yg diadaptasi dr video game ni bnyk bertumpu pada heroinnya yg cun dan seksi iaitu Milla Jovovich (bukan Mila AF5!) sebagai pembunuh zombi. Zombi dlm filem ni lah yg paling bijak dan hi-tech berbanding zombi2 dlm filem yg lain dlm genre yg sama ! Sequelnya adalah Resident Evil : Apocalypse dan soon to come Resident Evil : Extinction.

Shaun of the Dead (2004)

Kalau ada filem yg paling hampir dgn Zombi Kg Pisang, ia adalah Shaun of the Dead. Filem ni adalah spoof/parody utk filem2 zombi yg dibuat oleh Romero. Zombi2 nya very typical, berjalan perlahan dan bodoh, sama seperti filem2 terawal zombi. Tak kering gusi tgk filem comedy British ni !

Land of the Dead (2005)
Setelah lama menghilang, Romero kembali dgn perhaps Zombi series yg terakhirnya. Takde apa2 yg baru nak diperkenalkan utk filem ni. In fact, filem ni aku describe as Romero’s weakest zombie flick, sampai aku pun dah tak ingat how is the plot. Cuma yg aku ingat Dennis Hopper was in it !

No comments: