Friday, April 06, 2007

Texas Chainsaw Massacre : The Beginning (2006)

Director :
Jonathan Liebesman

Cast :
Jordana Brewster as Chrissie
Taylor Handley as Dean
Diora Baird as Bailey
Matthew Bomer as Eric
R.Lee Ermey as Sheriff Hoyt
Andrew Bryniarski as Leatherface

Filem ni start dengan kelahiran Thomas atau lebih dikenali sbg Leatherface dan keluarga angkat gilanya. Lepas tu dua couple muda yg pergi road trip menaiki kereta. Dua org jejaka dlm filem ni iaitu Dean dan Eric, akan memasuki askar dan dihantar ke Vietnam. So mereka ni nak lah ber’enjoy’ bersama makwe2 mereka; Chrissie dan Bailey utk kali terakhir. Tgh perjalanan mereka terserempak dgn geng bikers gangster, mereka bergelut dan akhirnya kereta mereka terbabas. Chrissie tercampak drp kereta dan 3 org lagi tu bertemu dgn Sherrif Hoyt. Pada mulanya mereka sangkakan Sherrif Hoyt mahu menolong mereka, tapi sangkaan mereka meleset. Mereka dibawa ke rumahnya dan bermulalah kerja gila keluarga gila ni menyeksa mangsa2. It’s up to Chrissie yg tercampak keluar kereta tadi utk menyelamatkan kawan2 dan boyfriend nya.

Hack…hack…slash…slash… bukanlah nak kata aku tak suka genre filem sebegini, tapi filem TCM : The Beginning ni membuatkan aku letih sgt nak menghabiskannya. Aku ingat nak kurangkan tgk filem2 slash at the moment. Bukan pasal ngeri sgt, tapi mcm bodoh, lembab dan tak menarik sgt. Title filem ni “The Beginning” so aku expect kisah hidup Thomas atau lebih dikenali sebagai Leatherface diceritakan agak detail. I mean how he grow and develop to become this brutal monster. Ini tidak…asal usul Leatherface terlalu cepat diceritakan, aku rasa adalah dlm 15 minit aje….what follows next is just another hack and slash as usual. Permulaan 15 minit tu nampak promising actually, how Thomas ni dilahirkan dgn penuh kesakitan dan kepayahan oleh ibunya. Dibuang ke dalam tong sampah dan terus dikutip oleh sepasang suami isteri dan terus jump off zaman dewasa Thomas yg bekerja di tempat sembelihan. Another thing is filem ni is more about Hoyt, bapak angkat si Thomas ni. Hoyt ni nak jadi sherif tapi cita2nya tak kesampaian. Dia membunuh sorang sherif dikampungnya, dan terus melantik dirinya sendiri utk menjadi sherif. Hoyt yg dibantu oleh anak angkatnya Thomas (Leatherface) ni lah yg menjalankan kerja2 terkutuk ni. So kita nampak Hoyt lah mastermind dlm mempengaruhi fikiran Leatherface utk membunuh. Maybe one interesting scene dlm filem ni ialah bagaimana Leatherface dipanggil ‘leatherface’! How he skin out muka sorang lelaki drp couple tu, dan jahit ke mukanya sendiri. Scene skin tu mmg brutal dan mengerikan.

As for dua couple remaja yg menjadi mangsa dlm filem ni. Takde apa2 nak diperkatakan tentang lakonan mereka. Maybe Jordana Brewster yg memegang watak Chrissie seorang pelakon baru yg patut diberi perhatian, walaupun ada masanya nampak expression takutnya mcm buat2, tapi dia ni quite ‘cun’ jugak. Walau mcm mana pun, dia tak dpt beat lakonan Jessica Biel yg berlakon dlm remake Texas…thn 2003 yg lepas. R. Lee Ermey yg memegang watak Sheriff Hoyt sorang aje yg berjaya membawa watak jahatnya dgn baik. Lakonan ‘evil’nya sememangnya mengatasi Leatherface dlm filem ni.

Texas Chainsaw Massacre 1974, dianggap sebagai salah satu filem cult horror of all time. Leatherface, walaupun tak menarik mcm watak Mike Myers dlm Halloween atau sekelakar mcm Freddy dlm Nightmare On Elm Street, tapi wataknya simply dikenali sbg pembunuh dan pemyembelih yg paling brutal sekali. Sayang filem ni tak sampai to that standard. Peminat filem2 horror bolehlah ‘skip’ filem ni. Rasanya lebih baik tak payah tau asal usul Leatherface ni.

No comments: