Hari Ahad mmg aku luangkan masa utk bersantai dgn family aku di rumah dan mmg aku tunggu bicara seni di TV1 semlm yg membincangkan tajuk "Mawi Penyanyi tak Berpotensi...?". Sebenarnya aku tak setuju tajuk ini dibincangkan. Apa kena dgn RTM kebelakangan ni...? Mcm nak menjatuhkan artis aje. Last week tajuk yg kontroversi juga, something about who's the greatest, P.Ramlee, M.Nasir & Sudirman...? Each artis is greatest in their own way. Nampaknya mereka ni sengaja cari publisiti murahan!
Got three panel dipanggil utk bercakap; Mahadi J Murat, Freddie Fernandez & Deja Moss. Aku heran jugak kenapa Deja Moss dipanggil ? Nama dia ni aku rasa dah hampir pupus, suddenly dipanggil utk bercakap mengenai Mawi...?? Panggillah artis2 yg glamour sikit, ini artis yg dah tak laku. Pada mulanya aku rasa cara Deja cakap, nampak sgt dia jealous dgn Mawi. Mana tak jealousnya, Mawi dah jadi jutawan, yg dia tu dah bertahun2, tapi bkn makin kaya tapi makin mundur. Tapi lama2 aku tgk si Deja ni cakap yg baik2 aje pasal Mawi, mungkin takut kena bunuh dgn peminat Mawi kot.
Mahadi pula melihat Mawi sbg satu product, yg Astro jual. Dia tak melihat Mawi sbg artis yg berpontensi. Aku setuju dgn pendapat Mahadi. Mmg padan muka Astro yg hari2 dok mempromosikan dan mempergunakan si Mawi ni. I mean, give him a break la...Mawi langsung tak mempunyai masa terluang utk dia improvekan diri. Aku tgk dari dulu sampai sekarang sama aje suaranya, takde improvement. Mawi mmg boleh jadi berpotensi, tapi dia perlu diberi masa oleh Astro. Ada juga hos Rosyam, tanya Mahadi, betul ke Mawi ni mcm mee segera dan aku suka jawapan dia; mee segera mmg senang disediakan, tetapi sometimes kita kena tau juga ramuan2 asli yg membuatkan mee tu sedap (something like that la...). Mee segera mmg senang diterima sebab senang disediakan dan itulah Mawi.
Freddie Fernandez, well dia ni takde apa yg 'new' yg dia nak cakap. Cakap dia ni samalah mcm interview2 dia dlm rancangan hiburan yg lain, yg tanya mengenai potensi Mawi. Dia tetap dgn pendiriannya mengatakan Mawi berpotensi dan Astro tak menggunakan dia.
Ha...skrg masuk bab pemanggil telefon pulak...he, he... Kak Sharifah tu mmg "meletup" dgn kritikan yg kasarnya tentang Mawi. Kata Mawi suara tak sedap, mmg kutuk habis. Hasilnya, namanya dah "meletup" dlm channel 15 astro bhgn sms tu. Rata2peminat Mawi mengutuk pompuan nih, tp ada segelintir yg menyokong. Si Kayu8 pun salah seorg yg mengutuk jugak, tapi dia ni cakap mcm org gila sikit. Mula2 dia call ada ke mengutuk Deja yg takde kena mengena dgn tajuk forum, nama Sharifah Aini pun masuk! Rosyam pun a bit hot dgn si Kayu8 nih. Tapi pemanggil pertama, adalah seorg kakak yg sokong Mawi. Yg kelakarnya dia akui suara Mawi mmg 'pecah' tapi 'pecah sedap', apa lagi pakat gelaklah semua dlm studio tu especially Rosyam! Isitlah baru guys..."pecah sedap"...! he, he...
Ada sorang lagi ahli forum yg tak nampak iaitu aku ler...he, he... Secara jujurnya aku rasa Mawi ni kurang potensi. Bukan takde, tapi kurang. Potensi dia yg kurang adalah dari segi suara. Semua yg minat Mawi kata suara Mawi mmg power. Bukan power sebenarnya, tapi suara kuat... takde pengawalan vokal yg baik. U cannot be vocally power all the time, sometimes have to control & have to be soft jugak. Mawi mmg can improve his vocal potential tapi takes time. I think Mawi should stick to nasyid or kasidah songs coz dia mmg tak bagus nyanyi lagu balada. Dari segi persembahan and interaksi dgn audience, bolehlah dikatakan dia ni mmg 'world', semua org terhibur dgnnnya. Org ramai tertarik dgn Mawi adalah kerana personalitinya; seorg budak baik, latarbelakang agama dan drp keluarga yg susah. Mereka tertarik kpd Mawi "emotionally" dan kurang pada "physically". Aku tertarik dgn satu persoalan semlm, tentang ramai lagi artis nasyid yg lebih hensem dan suara sedap drp dia, tapi kenapa tak glamour...??? Two words....ASTRO and AF3. Artis2 nasyid lain ada masuk AF ke...? OK lah...hope all the best with AF4 & aku dgr ada member Mawi akan masuk dlm AF4 nanti...betul ke...?
p/s : Suka dgr duet antara Dewa19 and Mawi dlm Muzik @ Ria.
No comments:
Post a Comment