Fenomena Seni skrg suka membincangkan topik2 yg kontroversi utk memancing penonton. Semlm menampakkan perbincangan berat sebelah 3 lawan 1. Even though si Rosyam tu adalah hos rancangan, tapi nampak yg dia memihak kepada panel Akmal dan Raja Azmi yg menghentam filem Yasmin Ahmad. Seorg lagi ahli panel, Prof Hassan, nampak filem Yasmin dr perspektif berbeza berbanding kedua2 ahli panel tersebut. Adman Salleh juga ada memberi komen melalui telefon mengenai dia mencemburui Yasmin kerana berjaya mengeluarkan filem seperti Sepet dan Gubra. Aku malaslah nak review bnyk2 sepertimana aku review mengenai Mawi yg lepas. Cuma aku nak masukkan nasihat2 pada semua ahli panel dan hos dia sekali.
Kepada Saudara Akmal :
Jika semua filem yg mencemarkan perlu di pantau, then yg tinggal adalah cerita2 yg mempunyai nilai2 murni. Dan nilai2 murni yg ada dlm filem nanti akan dpt memantau segala gejala2 sosial di negara ini. Betul tak...? Cayalah...!
Kepada Raja Azmi :
Teruskanlah membuat film seperti Cinta 100 Ela. Film percintaan yg hebat dan ajaib kerana belum sampai setahun keluar di pawagam, sudah di siarkan di televisyen. Suatu rekod yg perlu dibanggakan.
Kepada Saudara Rosyam :
Teruskan berlakon sebagai hero2 yg macho lagi (perasan) hensem (padahal dah kertu). Filem kita mmg memerlukan nilai2 murni, therefore, kamu sbg hero perlu membenteras org2 jahat atau gangster2 yg bermaharaja lela. Syabas!
Kepada Professor :
Teruskanlah memberi pendapat walaupun ada khalayak yg tak faham. Walaupun di TV semlm org tak faham, tapi student2 kamu pasti memahami kamu. Susah utk berhujah dgn org yg buta seni. Mereka nampak physically whereas anda nampak emotionally. Susah2…
Anyway, aku belum tgk Gubra but biasanya aku akan tunggu VCD keluar just like Sepet. Malas nak cakap about all this nonsense but buat apa nak kecoh dan petikaikan Sepet. Setiap pengarah ada pendekatannya sendiri. Yasmin pun takde kecoh2 mengenai pengarah2 lain atau filem2 lain, so just leave her alone OK.
Adios….!
Monday, April 24, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
disini, aku tak sokong mana-mana pihak yang membenci atau suka pada yasmin ahmad. tapi aku cuma nak kau tahu, sbg pengarah, kita ada kuasa untuk mempengaruhi org2 kita dlm filem. tp, jgn la sampai tahap menggadaikan maruah bangsa dan agama kita sendiri? nak jaga hati org india dan cina, apakah kita harus menggadaikan bangsa melayu kita? mls nk ckp byk, ko tgk semua karya yasmin tu btol2..
Post a Comment