Director : Brandon Routh
Kate Bosworth
Kevin Spacey
James Marsden
Aku patut tgk filem ni last weekend, tapi anak aku demam dan terpaksalah tunda. Memandangkan keinginan aku nak tgk filem ni membuak2, aku lg sekali ambik leave 1/2 day semata2 nak tgk filem ni. Last installment of Superman adalah "Superman Part IV - Quest for Peace". However, kita lupakanlah Superman Part 3 dan part 4 kerana ianya 'crap'! Tak relevan sgt.
Sesuai dgn tajuknya, 'Superman Returns', basically it is about kembalinya Superman ke dunia setelah 5 tahun menghilang. Filem Superman kali ni bkn sekadar filem aksi superhero, ttp Bryan Singer cuba utk menimbulkan isu ke'relevenan' Superman di dunia yg semakin modern ini, dan perasaan Superman setelah mengetahui makwe nya jatuh di tgn org sewaktu peniggalannya.
Filem ni start mengikut mood yg sama dgn filem2 Superman sebelum ni. Lagu pembukaan dan credit name semuanya tak berubah cuma ditambah dgn effect CGI je. Aku suka pembukaan filem ni yg sgt 'cool' tentang bagaimana Lex, yg keluar dr penjara, menjadi millionaire balik hasil tipu muslihatnya dgn seorg perempuan tua millionaire. Lex dipenjara 5 thn aje, nak tau kenapa ? Sbb tak cukup bukti & Superman sendiri tak hadir membantu perbicaraan waktu dia dituduh dulu. Dari sini dah nampak yg Kevin Spacey berjaya membawa watak Lex Luther yg seorg pembelit tapi sgt 'cool', plus elemen2 lebih serius drp Gene Hackman yg dulu.
Superman kembali ke Smallville dan bertemu kembali dgn ibu angkatnya dan start kerja balik dgn Daily Planet. Tujuannya kembali juga utk mencarik Lois balik, dan dia mendapati Lois dah jadi seorg wartawan yg berjaya dan nak dicalonkan utk anugerah Pulitzer lg. Anugerah yg dia dpt ni atas artikelnya yg bertajuk "Why the World Doesn't Need Superman" (sounds something like that la!). Lebih memeranjatkan bila mendpt tau yg Lois dah berkahwin. Yes, lepas peninggalan Superman tanpa berita, dia sgt2 kecewa dan tertekan hingga menyebabkan dia ambik keputusan utk kahwin dan dah beranak satu.
Kali ni Lex ada geng ramai tp yg paling utamanya ialah makwenya yg asyik kena buli iaitu Kitty. Mereka bersekumpulan menyingkap rahsia kryptonite, meteor, kristal kat tempat asal Superman dan plan utk memusnahkan bumi once again. Superman actually ke bumi bknlah utk menjadi hero (nak retire actually), tp lepas kapal terbang yg Lois naik nak terhempas, memaksa dia men'transform' dirinya kembali jadi Superman dan menyelamatkan Lois dan penumpang2 lain dlm kapal tersebut dari terhempas kat stadium. Babak ni adalah babak yg action yg paling menarik pada pendapat aku. Hasilnya, the public rejoice atas kembalinya Superman.
Laki Lois ada sikit suspicious terhadap isterinya Lois, atas kehadiran Superman kembali, namun takdelah sampai rumahtangga bergoncang. Lex dan kuncu2nya plan menceroboh ke muzium meteor utk mencuri kembali Kryptonite yg diketahui akan melemahkan Superman. Plan kedua adalah dgn menculik Lois dan anaknya supaya Superman dtg menyelamatkan Lois. Seterusnya menemui kembali rival tradisinya iaitu Superman.
First of all, aku bangga sbb Superman telah kembali ke layar perak setelah lama menghilang. Aku respect kat Bryan Singer kerana berani membawa Superman kembali. Pendekatan Bryan lebih kepada 'play safe', kerana takde apa2 perubahan ketara pada Superman, even Brandon Routh pun reminds us of Christopher Reeves masa muda2. Brandon pada pendapat aku, mmg sebijik sgt dgn Christopher termasuklah suaranya. Dia juga berjaya membawa watak Clark dgn bagus. Disamping tu, Director Bryan memang selalu guna pendekatan serius, so Superman Returns kali ni lebih serius jalan ceritanya or should I say, is very romantic.
Ramai tak begitu senang dgn watak Lois Lane yg dilakonkan oleh Kate Bolsworth. Tak tau la kenapa, mungkin mukanya tak sama dgn Margot Kidder ke...? Atau pun dia kurang cun ke...? But, lakon watak Lois kena muka 'cun' ke...? For me, Kate berjaya bawa watak Lois dgn baik. Kalau bandingkan antara Brandon dan Kate, aku rasa lebih baik lakonan drp Kate.Tapi mcm mana pun, Kevin Spacey steals the show. Wataknya sbg Lex lebih bagus drp previously dilakonkan oleh Gene Hackman. Bryan Singer seblm ni bekerjasama dgn Kevin dlm filemnya The Usual Suspect. Sayang sekali watak Lex kali ni aku rasa tak begitu menyerlah. Lakonan hebat Kevin ni sepatutnya mendpt bnyk perhatian sikit dlm filem ni.
Aku actually a bit dissapointed dgn filem ni, kerana ia lebih bertumpu pada kisah hubungan antara Superman dan Lois, dan dilema yg dihadapi oleh Superman. Hasilnya takde bnyk action sequence yg memberangsangkan walaupun bnyk teknik CGI dlm filem ni. Ending filem ni membuat aku terkilan sikit, dlm hati aku..."eh, dah habis ke...?". Despite segala kezaliman yg Lex buat terhadap Superman, cth: dibelasah, terajang,ditikam dgn kryptonite dan sebagainya, takde unsur2 balas dendam oleh Superman. Rancangan Lex cuma gagal aje, dia masih survive dgn awek Kitty nya, menampakkan yg sequel to be followed soon. (it better be damn better than this one!).
Oh ya, James Marsden juga ada dlm filem ni. Dialah yg melakonkan watak Cyclops dlm Bryan Singer's X-Men. Wataknya kali ni sbg suami kepada Lois. Mamat ni lakon sbg suami yg confuse tentang masa silam isterinya dgn Superman, tp masih maintain cool sbg seorg adult. Dia juga sporting sbb bergabung dgn bininya utk menyelamatkanSuperman. Wataknya ni teringat aku kpd watak Cyclops, yg ada curiga sikit dgn Jean Grey, kerana rasa ada scandal dgn Wolverine... Agaknya dia ni sesuai melakonkan watak yg awek/bininya ada scandal kot....he, he...!
Oh ya, you'll be surprised tgk anak Lois ni... and i really2 like it. Looks like there are 2 Superman in this movie...!
My expectation is too high on this movie. Maklumlah, it is a 2006 version of Superman and also Bryan Singer's touch in it. The cast semuanya done a good job, but as I say, jalan ceritanya ada 'kureng' sikit. Overall, sorry to say la, I give :
*** / *****
Ulasan2 lain :
Dunia Vovin
Roman Kodian
Maddox
Fadz
7 comments:
dah tengok tp x sempat nak review. The movie is not bad, but a bit dissaponting. Tapi Bryan Singer ada agenda tersendiri.. pasti akan ada sambungan citer Superman yg lebih besar dan hebat.
edd, bila ngko nak review ?
ye la, walau a bit dissapointing, aku still tunggu utk 2nd installment from Bryan Singer ni.
aku tau yg ni adalah introductory part aje.
Aku dgr Bryan Singer ank plan buat citer Superman vs Batman plak. Jangan jadi macam cerita Batman & Robin sudah....
saudagar mimpi...
rasa plan nak buat Batman vs Superman tu tak jadi.
Kalau jadi
agaknya ramailah yg bengang sbb hero pujaan mereka tak menang. Either Superman or Batman yg menang.
ko ingat tak poster yang diorang buat for that movie.
elok juga tak jadi. can't imagine how's it going to be. dah macam alien vs predator pulak karang.
anyway, congrats for the success on saturday beb!
ye la...mcm nanti jadi mcm AVP or Freddy Vs Jason.
what success... u are more success than me, bro...!
dia kalau big evil doer tak apa... ini superhero fight against each other?
my time is up la brudder... way past....
Post a Comment