PUTUSKAN PERTUNANGAN DENGAN INA MELALUI TELEFON
Harian Metro 01/07/2006
KUALA LUMPUR: “Kalau aku pilih kau sebagai isteri, bermakna aku akan dibuang keluarga,” demikian kata juara Akademi Fantasia Ketiga (AF3), Asmawi Ani atau Mawi kepada tunangnya, Nordiana Mohd Naim, menerusi telefon, malam tadi, sekali gus membayangkan hubungan mereka sudah berakhir. Editors : Nampak gayanya, betullah andaian sesetengah pihak bahawa mmg tali pertunangan Mawi dan Diana bergoyang. Aku sendiri tak terkejut dgn berita ni. Walau selurus mana, sealim mana budak Mawi tu, kalau dah masuk show biz mesti lupa diri punya. Aku tak percaya,
kenyataan bahawa keluarganya yg menyuruh dia memutuskan pertunangan. Biasa la, ada2 aje alasannya. Pokok pangkalnya terletak pada tgn Mawi sendiri. Ha, Harian Metro hari ni 03/07/2006, pun dah confirm yg keluarga mereka menafikan yg mereka terlibat dgn keputusan putus tunang tu. (posting yg earlier di atas tu aku buat pada 02/07/2006) Sejak Mawi keluar drp AF dan menjadi artis yg top, aku tak nampak sikit pun yg
Mawi suka dgn status 'tunang' nya. Malah, Mawi ada beberapa kali jugak buat statement yg menyinggung perasaan tunangnya. Namun, tabah jugaklah hati Diana ni, dan dia pulak buat statement yg dia faham status Mawi sbg superstar skrg. Lagi buat aku meluat bila dgr yg lafaz putus tunang Mawi ni dibuat waktu Diana berada di KL! Yes, Mawi taknak langsung jumpa tunangnya di sini, instead dia call aje dan terus buat keputusan putus tunang. Aku tgk skrg peminat2 Mawi terbahagi kpd 2 : - Peminat yg meluat tgk perangai Mawi yg lupa diri dan sombong. (Peminat berpaling tadah la tu...!) - Peminat yg masih mempertahankan Mawi. Ayat2 yg biasa digunakan oleh peminat2 ni ialah : "ala...Mawi ada reasonnya yg tersendiri pasal putus tunang tu, kita semua tak tau. Dia & tunangnya aje yg tau" (ala2 lagu "Biarlah Rahsia" la tu) or "Sukati dialah nak pilih pasangan hidupnya!" dan bnyk lagilah hujah2 mereka. Oh ya, Harian Metro hari ni jugak ada mengatakan yg keluarga Mawi akan membetulkan keadaan dan ingin mengembalikan hubungan Mawi & Diana. Hello...! Semlm punya paper
kan dah kata bapak Diana takkan menerima Mawi kembali. Kan ke Mawi sekeluarga tak setaraf dgn Diana sekeluarga. ! Aku rasa kalau bapak Diana terima Mawi kembali, terus terang aku kata dia adalah bapak yg takde maruah langsung! Lepas ni jgn terkejut pulak bila mendengar Mawi mengikat tali pertunangan dgn Diana Rafar or
Marsha pulak...he, he... Utk info yg lebih lanjut, boleh bukak channel 15 SMS tu...! P/S : Anyway, takziah aku tujukan kepada Mawi sekeluarga atas pemergian Pak Atan ke Rahmatullah berikutan serangan sakit jantungnya and other complications. Marilah
sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kpd Allahyarham Pak Atan. Sayang, Mawi tak berada di sisi arwah, disaat dia menghembuskan nafasnya yg terakhir.
No comments:
Post a Comment