Tuesday, June 27, 2006

Lucky Number Slevin (2006)


Director :
Paul McGuigan
Cast :
Josh Hartnett as Slevin
Bruce Willis as Goodkat
Lucy Liu as Lindsey
Morgan Freeman as The Boss
Ben Kingsley as The Rabbi
Stanley Tucci as Brikowski
Filem ni start with Mr Goodkat, lakonan Bruce Willis, seorg pembunuh upahan yg bercerita mengenai pembunuhan sebuah keluarga kpd seorg mamat sebelum membunuhnya.
Kemudian membawa kita ke senario lain di mana Slevin, lakonan Josh Hartnett, yg dtg ke apartment membernya, Nick Fisher, tapi mendapati Nick tiada di rumah. Jirannya, Lindsey (lakonan Lucy Liu) pun tak tau mana Nick pegi. Anyway, it seems like Nick ni "hal" sikit dgn dua sindiket yg berlainan, satu diketuai oleh The Rabbi (lakonan Ben Kingsley) dan satu lagi The Boss (lakonan Morgan Freeman). Dua2 mafia ni mmg berperang antara satu sama lain. Sebab utama, anak The Boss ni dibunuh oleh group2 The Rabbi. Memandangkan Slevin ada di apartment Nick, kuncu2 mafia ni telah menangkap Slevin kerana menyangka Slevin adalah Nick.
Slevin dipaksa juga menjelaskan hutang 33 ribu dgn sindiket The Boss, walaupun itu bkn kesalahannya. Setelah berunding, The Boss setuju hutang Nick akan langsai dgn syarat, Slevin terpaksa membunuh Isaac, iaitu anak The Rabbi, dgn tujuan nak balas dendam kematian anak The Boss. Tingkah laku Slevin telah menimbulkan syak wasangka Detective Brikowsky, yg dah lama mengintip gerak geri The Rabbi dan The Boss ni. Dlm pada itu juga, Mr Goodkat selalu muncul secara misteri sepanjang kecemasan Slevin menjalankan misinya.
Filem ni ada "twist". Cukuplah aku katakan perception korang pada sejam pertama cerita ni berlainan lepas lebih sejam korang menonton filem ni. Cukuplah aku katakan bahawa Slevin taklah se'innocent' yg korang sangka. The Boss and The Rabbi dlm cerita ni, taklah secerdik yg korang sangka. Dan, Mr Goodkat seorg pembunuh upahan yg 'otai' dlm filem ni, taklah sezalim yg korang sangka. Apa2 pun korang kena tgk cerita ni dan concentrate.
Be prepare coz mula2 aku ingat permulaan yg Mr Goodkat cerita tu, tak relevant sgt sepanjang filem ni. Tetapi sangkaan aku meleset. Filem ni mmg bnyk ber'influence' kan Quentin Tarantino style, samalah mcm Running Scared yg aku review hari tu. Walaupun filem ni bergerak quite laju dan cemas all the way, violence scene tak bnyk. Tapi sekali sekala bila ada scene ganas, kita pasti terkejut kerana muncul secara tiba2. Filem ni bnyk bertumpu pada jalan cerita walaupun ada masanya plot berlubang here and there. Kesimpulannya ialah filem ni it's all about balas dendam dan duit.
Yg membuat aku teruja nak tgk filem ni adalah kerana it's an all-star cast. Nama spt Bruce Willis, Morgan Freeman, Ben Kingsley, even Stanley Tucci adalah nama2 'otai' dlm bidang perfileman ni. Di samping itu, nama2 bintang yg muda sikit spt Josh Hartnett dan Lucy Liu menambahkan lg minat aku. Bruce Willis dlm filem ni wataknya lebih similar kpd Detective Hartigan dlm filem Sin City. Dgn baju kot panjangnya dan sepucuk pistol, tp bezanya ialah kali ni dia adalah pembunuh upahan instead of polis.
Josh Hartnett...?? Well lakonannya biasa aje. Mamat ni nampaknya serasi dgn director Paul ni. Sebelum ni beliau ada muncul dlm filem arahan Paul jugak iaitu Wicker Park. Lakonan yg memberansangkan dari Lucy Liu, sbg seorg jiran yg jatuh cinta dgn Slevin. Lucy Liu ni kerja sbg seorg coroner di hospital dlm filem ni. Lakonan yg sama kualitinya drp Morgan Freeman dan Ben Kingsley kerana dua2 adalah ketua utk group gangster mereka.
Babak ngeri : The Boss dan The Rabbi strangled to death in a plastik bag. Babak ni sgt slow menunjukkan perlahan2 kedua ketua gangster ni mati due to suffocation. Aku enjoy filem ni, an old-style crime/gangster thriller with a twist.
***1/2 / *****

No comments: