Saturday, June 17, 2006

Munich (2005)


Director :
Steven Spielberg
Cast :
Eric Bana as Avner
Daniel Craig as Steve
Ciaran Hinds as Carl
Mathieu Kassovitz as Robert
Hanns Zischler as Hans
Aku cuba utk open minded bila menonton filem ni kerana aku tau yg Steven Spielberg ni memang pro-yahudi. Namun, tak dinafikan filem2 Steven mmg sentiasa mempunyai keistimewaannya yg tersendiri. Setelah muncul dgn filem2 low profilenya spt The Terminal or Catch Me If You Can, atau filemnya yg tak begitu berjaya War of the World, dia kembali dgn filem yg lebih serius & bertema berat iaitu Munich.
Filem ni berdasarkan kisah benar tentang pembunuhan beramai2 atlet2 Israel yg dilakukan oleh Palestin terrorist during Munich Olympic games thn 1972. Peristiwa ni dikenali sbg Black September. Terdapat pakatan sulit utk mewujudkan satu team pro yahudi, yg mempunyai mission utk membunuh kesebelasan terrorist ni dgn tujuan membalas dendam. Team ni dikenali sbg Mossad dan diketuai oleh Avner (lakonan Eric Bana) dan 4 lagi team membernya. Motif perlantikan Avner sbg ketua kumpulan ada kena mengena dgn bapanya yg juga merupakan aktivis politik. Avner terpaksa meninggalkan isterinya yg sarat mengandung utk memenuhi misi dan kesetiaannya pada bangsa yahudi.
Filem ni cukup slow jalannya dan mungkin korang tertidur di tgh2 filem ni. Namun korang taulah mcm mana filem based on true story diolah, semua details mengenai fakta2 ni dimasukkan dlm filem ni. Terlalu bnyk political issue, dan rasanya tak perlulah aku describe dlm review ini. Perkara yg paling aku suka tentang filem ni adalah background thn 1972 yg digambarkan. Dari segi warnanya yg suram, pakaian2 dan style2 rambut, budaya etc., membuatkan kita rasa mmg kita sedang tgk filem yg diarah pada tahun 70an.
Lakonan Eric Bana juga quite impressive, dari seorg yg serba salah tentang perlantikannya utk misi tersebut, hingga menjadi begitu bersemangat utk menjadikan misinya berjaya. Dia dan teamnya a bit shaky utk membunuh terrorist tersebut ttp semakin lama semakin expert dan membunuh the rest of the terrorist. Walaupun misinya sebenar tak berjaya (spoiler!!!), namun dia dan teamnya berjaya membunuh beberapa terrorist sehinggalah akhirnya keadaan dan ada beberapa pihak yg menyekat kegiatannya. Dia juga berjaya membawa watak sbg bapa yg dlm keadaan cemas setelah ada pihak2 yg mengecam isteri dan anaknya disebabkan pembabitannya dlm kumpulan Mossad.
Seorg lagi team membernya yg quite menyinar ialah Daniel Craig, yg juga soon to come James Bond. Di sini dia seolah2 berlakon spt James Bond jugak, dimana wataknya yg cool dan very stylish dgn fesyen 70annya. Akhirnya Avner dan Steve (Daniel Craig) ni lah yg tinggal dlm kumpulannya (spoiler again!).
Personally, aku rasa ini bukanlah filem Spielberg yg terbaik and definitely bukan menjadi favourite filem aku namun bolehlah dikatakan antara filem thriller yg baik utk thn 2005 ni. Filem ni perlu dilihat sehingga akhir kerana apa yg anda tonton sepanjang filem ni mungkin tak sama dgn fakta2 sebenar yg dimention pada akhir filem ni.

No comments: