Thursday, March 29, 2007

Upcoming Movies

Ini bukan upcoming horror filem tapi various genre. Tak perlulah mention filem2 seperti Spider-Man 3, Tranformers atau TMNT etc. Below adalah filem baru yg mungkin korang tak tau akan keluar tapi patut diberi perhatian.

AVATAR (Schedule to released on 2009)

Tak bnyk yg aku tau pasal filem ni tapi ia adalah mengenai hubungan antara manusia dan alien dlm dunia yg berlainan. Filem ni diarahkan oleh James Cameron yg dah lama kita tak tgk filem2 arahannya. Last yg aku tau pun adalah Titanic. Bnyk kali di delay disebabkan takde effects yg sesuai utk merealisasikan filem ni. Dengar khabar heroin filem Alien, Sigourney Weaver, akan membintangi filem ni. Selain tu, Sam Worthington dan Zoe Saldana juga antara casting nya. Filem ni originally titled “Project 880”.


RAMBO (Schedule to release on May 2008)

Nampaknya Stallone, walaupun dah tua, mula bergiat aktif balik berlakon dlm filem2 aksi. Last kita tgk dia dlm Rocky Balboa dan sekarang Rambo 4 pulak ! Tak tau la mcm mana hasilnya, tapi badannya dlm Rocky Balboa pun dah gemuk dan out of shape sikit. Dlm filem ni, Rambo retire dan hidup sederhana di Bangkok. Dia kembali beraksi bila satu kumpulan supply makanan kat Burma hilang. Mcm2 title diberi utk filem ni, mulanya Rambo IV: In the Serpent's Eye, kemudian Rambo IV: Pearl of The Cobra dan paling latest dengar filem ni nak dinamakan John Rambo aje…nak mengikut jejak Rocky Balboa.


A DAME TO KILL (Scheduled to release on 2008 )

Filem ni adalah sequel utk Sin City. Those who enjoy Sin City sure akan suka filem ni coz nama2 seperti Angelina Jolie dan Rachel Wiesz diuar2 kan utk berlakon kali ni. Kisahnya tentang Ava Lord (Rachel Wiesz) yg lari tinggalkan Dwight (Clive Owens) utk lelaki lain. Ava kembali kpd Dwight dan mengaku hubungannya dgn suaminya retak. Perempuan jahat ni penuh muslihat dan berjaya memerangkap Dwight and claims Dwight membunuh suaminya. Selain tu, ada segmen Nancy (lakonan Jessica Alba) yg bersedih selepas kematian Detective Hartigans (Bruce Willis).

TROPIC THUNDER (Scheduled to release on July 2008)

Filem ni diarahkan oleh Ben Stiller. Dah lama jugak Stiller tak mengarah, last filemnya ialah Zoolander. Tapi filem arahannya yg paling best ialah Reality Bites lakonan Winona Ryder tu ! So kali ni filemnya tak seperti filem2 nya yg lepas. Tak tau genre apa filem ni tapi aku sure comedy jugak dicampur dgn elemen2 war movies. Sekumpulan actor yg berlakon dlm filem perang akhirnya ended up menjadi askar betul punya ! Aku tak tau la mcm mana boleh jadi mcm tu, tapi korang tunggu ajelah filem ni dipawagam.

ARMY OF THE DEAD (Tak tau aku bila nak release!)

Director filem 300, Zack Snyder team up dgn Warner Bros. Utk menghasilkan satu lagi filem “…Dead” series iaitu Army of the Dead. Snyder, yg pernah mengarah filem Dawn of the Dead ada mention filem ni mengenai seorg bapa yg berusaha menyelamatkan anak perempuannya dlm satu kawasan yg dipenuhi dgn zombie yg sorang2 dijangkiti. Snyder juga mahu filem terbarunya ni, sama quality ‘epic’nya seperti filem 300 nya.

VACANCY (Scheduled to release on April 2007)

Filem ni bukan pasal kerja kosong…. Pasal satu couple yg terkandas kat sebuah motel dan mendapati ada hidden camera di dalam bilik mereka. Mereka mencari jalan utk melepaskan diri, kalau tak mereka akan jadi mangsa snuff film ! Kalau tgk plot, mcm gabungan filem Psycho dan 8MM.


Ada similarity dgn poster filem Hostel

Friday, March 23, 2007

The Departed (2006)



Cast :
Leonardo DiCaprio as Billy Costigan
Matt Damon as Colin Sullivan
Mark Wahlberg as Dignan
Jack Nicholson as Frank Costello
Vera Farmiga as Madolyn

Director :
Martin Scorsese

The Departed telah diangkat sebagai Best Picture 2006 dan directornya Martin Scorsese pula dijulang sbg pengarah terbaik dlm Oscar 2006 yg lepas. Apa hebatnya filem ni ? Kalau dari luaran dan poster filem ni, nampak macam cop drama yg biasa aje. Tapi bila mendapat sentuhan Scorsese, ini bukan filem ‘cop’ yg biasa. Memang temanya adalah gangster, corruption dan betrayal, tapi The Departed is more than that.

Colin Sullivan (lakonan Matt Damon) dari kecil lagi diambik oleh Frank Costello (lakonan Jack Nicholson) utk menjadi anak didiknya dan apabila dewasa telah memegang jawatan yg tinggi dlm polis. Costello adalah ketua kepada kumpulan gangsternya dan Sullivan walaupun polis, adalah juga “rat” (istilah yg berulang2 kali digunakan) atau informer utk Costello dan geng2 nya. Berulang2 kali percubaan polis utk menangkap Costello berakhir dgn kegagalan kerana campurtangan Sullivan ni. Nasibnya baik kerana dinaikkan pangkat dan kerja dibawah pimpinan Capt. Ellerby (Alec Baldwin). Nasib tak menyebelahi kawan sekelas acedamy Sullivan iaitu Billy Costigan.

Billy Costigan (lakonan Leonardo DiCaprio) adalah seorg ‘rebel’. Atas sifat panas barannya, dia ditukarkan ke ‘undercover’ division yg diketuai oleh Queenan (Martin Sheen) dan Dignam (Mark Wahlberg). Pembabitan Costigan sbg ‘penyamar’, membuat Costello beminat utk jadikan Costigans ni sbg tali barutnya. Walaupun dia bersifat ‘rebel’ he is very keen utk menjatuhkan Costello dan geng2nya. The rest of the plot menyaksikan identity conflict dan syak wasangka ; in short, Costigans seorg yg baik menyamar jahat manakala Sullivan seorg yg jahat tapi dipihak yg baik. Dlm waktu yg sama, Sullivan menjalin hubungan dgn Madolyn Madden (lakonan Vera Farmiga) seorg psychiatrist. Hubungan mereka turns sour bila Madden mula mengesyaki sesuatu. Costigan berjumpa Madden sbg seorg pesakit dan mendapatkan khidmat nasihat. Mula2nya tak habis2 bergaduh aje antara mereka tapi akhirnya mereka berdua menjalin hubungan sulit di belakang Sullivan.

Lakonan menjadi tunjang utama filem ni. Actually semua menyinar dlm filem ni tapi empat org worth mention iaitu Matt Damon, Leo, Jack Nicholson dan Mark Wahlberg. Aku terkilan jugak Leo langsung tak tercalon utk actor performance dlm oscar. Tapi dia tercalon utk filem lain pulak iaitu Blood Diamond. Lakonannya memberangsangkan ; jadi lauk utk pihak ‘undercover’ polis dan mempertaruhkan nyawa dlm kumpulan mob Costello. Watak yg dilakonkan oleh Matt Damon sangat complicated. Berbelah bagi antara kesetiaannya kepada ‘bapak’nya, Costello, dan reputasinya sebagai org kuat dlm Special Investigation Unit (SIU). Punyalah serba salah dan menggelabah mamat ni ditekan oleh Dignam yg mula mengesyaki Sullivan is the ‘mole’ dan ditekan juga oleh ‘bapa’nya Costello. "Hey, Frank! I gotta find myself!" salah satu dialog Sullivan kepada Costello. Mmg betul pun, Sullivan ditugaskan mencari penyangak sebenarnya which is himself ! However aku prefer lakonan Leo berbanding Damon ni. Takde apa surprise tentang watak Costello. Sebelum tgk filem ni lagi aku dah tau Nicholson boleh melakonkan watak ketua gangster ni. Nicholson dgn keningnya yg ganas lagi evil tu memasukkan unsur2 comical dlm characternya instead of vicious ruthless mafia boss. Characternya berjiwa apabila berdepan dgn Sullivan anak didiknya, yg akhirnya membunuh Costello ni ! Selain tu dia juga bijak apabila merakamkan segala conversationnya dgn Sullivan sbg back-up jika Sullivan belot. Lakonan Mark Wahlberg tercalon utk Best Supporting Actor sebagai Dignam yg panas baran dan bnyk mulut. Wataknya dilihat sbg comical relief utk filem ni dan ada twist di penghujung watak Dignam.

Martin Scorsese dah kembali pada apa yg he’s good at. Sebelum ni filem2 spt Gangs of New York dan The Aviator pun bagus jugak tapi takde aura elements seperti filem2nya GoodFellas, Taxi Driver, Raging Bull dan Mean Streets. So filem ni dilihat sbg Scorsese’s comeback sbg director yg tersohor sehingga dinobatkan Best Director di Oscar dan juga Golden Globe. Ini ditambah pulak dgn skrip yg well-written by William Monahan. Filem ni disamakan dgn filem Hong Kong Infernal Affairs dr segi plotnya especially watak dua ‘mole’ ni iaitu Sullivan (Damon) dan Costigans (Leo) (HongKong version dilakonkan oleh Andy Lau dan Tony Leung). However Scorsese meng’America’kan filem ni. Secara general filem ni bnyk adegan ganas dan “in-your-face” death dan tak fokus sgt kepada konflik antara Sullivan dan Costigans. Maybe itulah perbezaan antara dua filem ni dan merupakan kelemahan filem US version; kurang jiwa, tension dan suspense dlm kejar mengejar antara kucing dan tikus dan di’replace’ by bnyk scene ganas yg mengejutkan! Utk membandingkan kedua2 filem ni secara details aku rasa tak perlu lah sebab if I’m not mistaken, Scorsese sendiri mengatakan yg dia tak pernah tgk pun Infernal Affairs trilogy ! By the way, ending filem ni buat aku tergelak sikit, tunjuk seekor tikus ditepi tingkap/balcony dan ber’background’kan pemandangan Massachusetts State House tempat Sullivan dan Costigans training utk menjadi polis. Such a dramatic view !

Aku dengar ada plan utk sequel dan roughly mengisahkan Dignam investigate tragedi yg menimpa pada penghujung filem ni. Prequel kepada filem ni juga ada dlm perancangan, menyatukan balik semua pelakon2 yg hebat ni !


Tuesday, March 20, 2007

Friday Night - Lily Allen


Maybe some of you wondering who’s the singer or what’s the background song for TV3’s Pilihan Mac. Lagunya very catchy dan suara vocalistnya lembut sgt selembut sutera lah. Slang nyanyiannya ala2 UK artists or European. Bini aku plus a few of my colleague request for that song to be put inside their handphone but aku tak tau siapa singernya dan tajuk lagunya. Nasib baik ada satu ruangan forum yg tanya pasal lagu ni. Beliau adalah nyanyian Lily Allen dan lagunya ialah Friday Night. Born in Hammersmith dan berumur 21 thn. Don’t want to talk much about her bio. Bawah ni lyrics utk lagu tu :

Friday Night – Lily Allen

Ooooooooooo
Ooooooooooo

Friday night last orders at the pub,
Get in the car and drive to the club,
There's a massive crowd outside so we get in to the queue
It's quarter past 11 now we won't get in till quarter to.

It's quarter to and we get to the front,
Girl on a guest list dressed like a c***
She asked security to check inside my shoes,
You can play this game with me but you know you're gonna lose.

[Hook]
Looked me up and down,
I don't make a sound,
There's a lesson that I want you to learn,
If you're gonna play with fire then you're gonna get burned,

[Chorus]
Don't try and test me cos you'll get reaction,
Another drink and I'm ready for action,
I don't know who you think you are,
But making people scared wont get you very far.

Ooooooooooooo
Ooooooooooooo

In the club make our way to the bar,
Good dancing love but you should of worn a bra.
Guy on the mike and he's making too much noise,
There's these girls in the corner wanting attention from the boys.

I see these girls and they're shouting through the crowd,
Don't understand why they're being really loud.
They make their way over to me,
They try to push me out the way,
I'll push her back, she looks at me and says,
What you tryna say?

[Hook]
[Chorus x2]

Oooooooooooooo
Oooooooooooooo

Konsert AF5 17/03/07

IB : Dah lama aku nak post pasal konsert ni, tapi ada internet connection problem sikit !

Diya pelajar pertama meninggalkan AF musim ke 5 ni. Ramai lagi yg actually worst than her yesterday, but tuah tak menyebelahi dia. Tak cukup dpt undian SMS. Tgk la, ntah2 nanti muncullah dia dlm siri Astana Idaman sama mcm Tasha or Leez. Awek tinggi lampai ni boleh tahan jugak cunnya ! Zana juga meninggalkan AF sebelum sempat membuat persembahan. Hari Jumaat lepas punyalah galak tersebar gambar ‘nude’ Zana through email. Tak tau la betul ke tak gambar dia tu. Skrg dah la bnyk teknik superimpose dan mcm2 cara lagilah dan ada gambar yg tak nampak kepala pun. So, tak tau la kesahihannya. Itulah sebab utamanya dia berundur kot !

Anyway, konsert pertama hari tu hambar, sehambar konsert2 pertama AF yg lepas. Mcm2 hal berlaku kat pelajar2…tekak bernanah lah (Shawal, u don’t need to always point ur finger at ur throat, everybody already knows u got sore throat!), demam campaklah, penyakit kulitlah. Aku tak puas hati betul pasal Fatin. Kata penyakit kulit, tapi buat jugak persembahan. Walaupun main2, nampak mcm dia sihat je, malah lebih baik dr majoriti pelajar2 yg buat persembahan mlm tu ! Aswad, walaupun kena campak sempat jugak buat klip video utk penonton. Pelajar yg ada iras2 Mawi tu, sedap jugak suara dia. Tapi aku nak tunggu dia beraksi dlm konsert, baru tau suara sebenar dia. Harapkan studio rakaman bukan boleh percaya beb ! Noni… ? Best beb…natural aje dia beraksi, walaupun tak 100% all out (mcm kata Hattan), tapi utk konsert pertama ok lah. Suara pun ok memandangkan lagu ni memerlukan aksi yg rancak. Heliza boleh dilihat sbg Mawi version perempuan. Forget about Salima, this one is better dr segi suara dan rupa. Cuma suara dia perlu polish sikit lagi. Dafi adalah pelajar yg paling mendapat SMS tertinggi. Tak heranlah, aku pun pernah komen yg dia ni mesti ramai peminat. Muka baby face ni mesti mendapat SMS bnyk dr perempuan. Majoriti penghantar SMS pun terdiri dr perempuan aje ! Tapi walaupun suara nya tak terserlah mlm tu (mungkin sbb lagu yg simple), tapi persembahannya bersahaja. Nampak biasa aje peluk perempuan penari latar tu. Aizat…? Aduh…dah la dia nyanyi lagu favourite aku Pengeran Cinta, nyanyi main hentam keromo aje. Siapa yg pakaikan dia baju hip hop tu ? Carik la baju lain sesuai dgn lagu. Ini lagu rock…baju hip hop. Aizat ni pada pendapat aku tersilap masuk AF, baik masuk Raja Lawak jer…! Candy okay gak walaupun teruk dihentam oleh Ogy, tp aku rasa dia ok dr segi persembahan. Heliza adorable mlm tu…suara pun not bad. Tapi aku nak tgk dia nyanyi lagu rancak pulak.

Bnyk lagi hancur mlm tu, Rizal nyanyi lagu Padi dan membuatkan org semua mengantuk nak tidur. Ntah mcm mana Ogy boleh puji pulak dia tu ! Dekna palajar yg over tu, persembahannya membuatkan aku lupa dia nyanyi lagu apa… Dafi dgn lagu Sudirman version dia pun buat aku tertidur. Afiq bergaya bukan main, nampak mcm Usher version M’sia aje. Nyanyi lagu Sofaz, tp aku tak tau kenapa arrangement lagu ni mlm tu dah jadi mcm lagu R&B ! Actually lagu Pengeran Cinta pun tak se’heavy’ yg dimainkan oleh Dewa. Aduh…ramai betul pelajar2 la…sampai aku pun tak larat nak mention lagi.

Fauziah Latif, Hattan dan Ogy pengkritik tetap. Aku tak setuju betul tentang pengkritik tetap ni. Naper tak buat sorang aje pengkritik tetap. At least takdelah boring tgk muka2 diaorg. Gee nampak cool dan komen2 berisi dgn nada lembutnya. Hattan mungkin aku setuju jugaklah pengkritik tetap, komen2nya berisi, padat dan sesekali buat kelakar, gayanya cool. Tapi Ogy aku tak setuju langsung jadi pengkritik tetap. Buat sakit telinga aku aje. Korang notice or not komennya sama aje utk semua pelajar “Kamu tak memahami lagu….! Kamu tak memahami lirik…! (dan sometimes ulang balik rangkap lirik lagu terbabit supaya budak2 tu faham balik). Kalau mcm tu jugak skill komen dia utk minggu2 depan, aku boring gila la…I guess dia nak pelajar2 semua over mcm dia kot ! Dia pun actually takde tunjuk apa2 pencapaian dlm bidang nyanyian mahupun lakonan, cuma dia terkenal dgn mulut lasernya aje. So she’s a bit like tong kosong for me.

Gimik Aznil tentang sorang lagi pelajar terkeluar, buat org menyampah aje. Tapi ada aksi2nya menghiburkan mcm waktu dia nyanyi lagu Aku Hanya Serangga tu ! Aku harap utk konsert kedua, semuanya akan kembali sediakala dgn complete line-up pelajar2 AF5. Aswad dan Fatin harap sembuh spt sediakala dan Shawal hilanglah tekak bernanahnya. Aku mungkin akan komen konsert kedua dan mungkin tidak…tgk la kalau ada kelainan drp konsert yg pertama ni, dan tgk jugak kalau ada mood !

Friday, March 16, 2007

Genre2 Horror !

First of all, aku nak bgtau yg posting kali ni dibuat oleh org yg amatur pasal klasifikasi2 filem ni. Tapi ini adalah opinion aku sbg sorang peminat filem2 seram/horror…The term seram is too general, tapi ikut pengamatan aku, sini aku bahagi2kan jenis nya :

Hitchcock style
Tak bnyk melibatkan hantu. Lebih kepada misteri, benda2 pelik dan sikit2 pembunuhan. Alfred Hitchcock seorg director yg bnyk buat filem2 misteri zaman 60an dan 70an dulu dan selepas dia meninggal, pihak2 yg tertentu mengguna istilah “Hitchcock” utk describe filem2 misteri yg mempunyai similarity dgn sentuhan pengarah tersebut. Pengarah M’Night Shyamalan selalu disebut menggunakan gaya “Hitchcock” dlm filem2 arahannya dan ada yg menggelarnya the next “Hitchcock”. Antara filem2 yg genre ni ialah Psycho, Vertigo, The Sixth Sense, Signs dan The Twilight Zone (filem mahupun siri TV).

Zombie flick
Seperti titlenya ‘zombie’, pelakon2 hantunya adalah mayat2 hidup. Biasanya dlm kumpulan yg ramai dan menyerang sebuah perkampungan ataupun bandar. Sorang penduduk bandar tersebut dirasuk, setelah digigit oleh ‘zombie’ ni. Biasanya zombie2 ni asalnya drp kajian sains yg tersilap atau dari chemical2. Genre sebegini selalunya bertajuk “…Dead” di hujungnya. Filem2 mcm ni selalunya bodoh aje plotnya. Aku remember satu filem lama tajuk Night of the Living Dead, takde intro takde apa…tau2 zombie2 atau mayat2 hidup ni muncul pada permulaan cerita…tak tau asal usul dari mana. Antara filem2 nya selain “Night…” ialah Return of the Living Dead, Dawn of the Dead, Land of the Dead. Filem Resident Evil juga aku consider dlm genre ni walaupun ada campur sci-fic dan video game sikit.

Slasher Movie
Horror movie semuanya mempunyai plot yg simple aje. In the case of slasher movie, startnya selalu dgn sekumpulan remaja2 kolej atau university yg mati sorang demi sorang oleh sorang pembunuh. Pembunuh tu biasanya bertopeng. Group remaja2 tu campur la lelaki dan perempuan. Dan kalau ada perempuan biasanya memang seksi gila ! Pembunuhnya pulak identitinya diketahui pada akhir filem dan biasanya adalah kawan mereka sendiri ! Filem2 slasher popular pada tahun 90an. In my opinion, genre ni start glamer lepas releasenya filem Scream. Lepas tu keluarlah I Know What You Did Last Summer dan Urban Legend. Tapi kalau ikutkan 80an juga ada slasher movie mcm Halloween dan Friday the 13th, tapi pembunuhnya is more mcm hantu/zombie, tapi they still slash people.

Takde kena mengena dgn slasher movie but where the hell is Slash now...???

Vampire Movie
Vampire movie ada mcm2 style. Takde terikat pada satu plot aje. Ada yg berdasarkan novel mcm Bram Stoker’s Dracula atau Anne Rice’s Interview with the Vampire. Ada juga vampire yg ada style sikit, macam The Lost Boys dan Blade. Dan ada juga yg pelik macam dlm Shadow of the Vampire lakonan John Malkovich…vampire berlakon dalam filem la pulak ! Sometimes hero adalah vampire tapi ada juga hero seorg manusia dan membunuh vampire mcm dlm From Dusk Til Dawn, tapi this one is more action horror filem. Kalau M’sia, vampire maknanya pontianak, So filem paling glamer Pontianak Harum Sundal Malam la.

Psycho/Serial Killer Movie
Psycho movie boleh di combine dgn slasher movie kerana mungkin pembunuh tu seorang psycho tapi takde kena mengena dgn group sekawan mereka. Tapi ada juga psycho movie yg stand on its own especially the Hannibal franchise seperti Silence of the Lambs, Hannibal, Red Dragon dan Hannibal Rising.

Asian Horror Movie
Siapa tak tau this type of horror style ? Makin lama makin popular skrg. Hantunya mesti yg berambut panjang dan lurus. Takde hantu lelaki, semuanya hantu perempuan. Biasanya hantu perempuan yg mostly berbaju putih ni, adalah asalnya dari perempuan yg teraniaya dan menuntut bela atas kematiannya. Hollywood pun dah start tiru style mcm ni dan dah beberapa kali buat remake drp filem2 hantu Korea, Jepun etc. Cth filem : The Ring, Ju-On, The Grudge, Dark Water dan berlambak2 lagilah !

Werewolves Movie
Dah out of date dah. Mostly kita nampak dlm filem2 80an. Serigala jadian ni memang ngeri dan bukan mcm serigala biasa. Biasanya serigala tu manusia disiang hari dan bertukar jadi serigala di malam hari. Transformasi manusia ke serigala tu mmg mengerikan. Cth filem : American Werewolves in Paris, American Werewolves in London, The Howling etc. Ada jugak yg menggabungkan vampire dan werewolves dlm satu movie cthnya Underworld, tapi filem ni lebih kepada action, fantasy.

Hantu Ghaib / Paranormal Movie
Takkan ada hantu fizikal dlm filem2 sebegini. Kita cuma nampak entitinya aje. Mcm paranormal yg selalu kita tgk dlm dokumentari, kita akan nampak objek2 bergerak, terbang mengacau penghuni rumah. Objek2 yg terlibat biasanya pinggan mangkuk, cawan dan patung mainan anak2 kecil. Tujuannya utk menghalau penghuni rumah tersebut. Ada kalanya hantu yg tak nampak tu pun ada merasuk penghuni rumah tapi biasanya tak lama. Kita boleh nampak dlm filem seperti Poltergeist, Amityville Horror dan filem Hafsham’s Rahsia.

“Hantu yg tak tau yg dia tu hantu” Movie !
He, he…ini dah mengarut sikit. Mula2 nampak hantu tu mcm org biasa aje…alih2 endingnya rupa2nya dia tu adalah hantu. Dlm filem appearancenya mmg sebijik manusia, takde muka2 hodoh ! Filem yg paling glamer tentu korang taulah…The Sixth Sense, dan lepas tu The Others lakonan Nicole Kidman. Filem The Others tak begitu menyerlah mcm The Sixth Sense. Filem ni takde dibuat lagi sebab org biasanya dah prepare to be surprise dgn filem2 yg twist mcm ni !

Hantu Teknologi atau Hantu Drp Komputer
Memandangkan skrg zaman komputer, dah wujud hantu yg boleh keluar drp komputer atau hantu digital ni. Aku tak suka betul filem2 mcm ni. Bagi aku alam mistik tak boleh di’combine’kan dgn teknologi. Hantu2nya pun taklah se’seram’ mana. Stay Alive, walaupun berkenaan video game, tapi masih kena mengena dgn perkembangan teknologi. Paling latest, filem paling boring aku tgk ialah Pulse, hantu yg rasuk bila org main komputer. Aku harap jgnlah bnyk filem2 sebegini keluar !

Hantu Malaysia / Indonesia
Hantu Malaysia dulu2 mmg best…bermula dgn filem2 P.Ramlee “Org Minyak” seriesnya, Pontianak series, dan masuk kepada zaman2 70an dan 80an mcm Toyol dan Misteri Rumah Tua (filem usahasama dgn Indonesia). Kalau di Hollywood ada Jamie Lee Curtis sbg scream queen, M’sia punya scream queen adalah Maria Menado (her Pontianak rulez…!). Filem2 Indonesia dulu pun seram gila…unsur2 mistik, alam kebomohan, alam ghaib etc… nama Suzana mmg dah sinonim sgt dgn filem2 hantu Indonesia. Cth2 filemnya, Malam Satu Suro, Nyi Blorong, Sundel Bolong dan mcm2 lagilah !

Filem Hantu yg menyakitkan hati kita !
Filem M’sia, Mistik !

Okay guys…kalau ada genre2 yg nak tambah, pls drop a comments yea…!

Thursday, March 15, 2007

Statement Amended

Aku nak tambah sikit mengenai komen aku pasal salah sorang pelajar AF5 iaitu Dekna...she's sucks...!!! Over-react Diva wannabe...!!!

Blast from the Past : Evil Dead

I grew up with horror movies. Bermula dgn abang aku yg minat horror dan bnyk sewa video tape terus menurun minatnya pada aku. So zaman video tape lagi aku dah bnyk tonton filem2 horror. Tapi satu aje horror movies yg aku betul2 minat dan kalau pasang berkali-kali pun aku takkan boring. Filem tu adalah Evil Dead. Aku pernah buat cerita pasal filem2 horror favourite aku pada posting yg lepas, dan kali ni aku akan cerita lebih dalam lagi pasal filem ni.

Filem ni officially release pada 1981, dan aku start tonton filem ni around 1984 or 1985 (kalau tak silap aku!). Kenapa aku minat filem ni ? Well, maybe bcoz hantu2nya yg seram gila dan babak2 ganasnya seperti potong kepala, potong anggota2 badan, darah menyembur dan yg paling aku suka babak akar pokok berhantu dan membelit sorang mangsa perempuan ! Plot filem ni simple aje, mengisahkan 5 pelajar college yg dlm perjalanan pergi bercuti. Kereta mereka rosak dan mereka terkandas kat hutan Tennessee. Mereka terjumpa sebuah kabin utk mereka bermalam sebelum mendapatkan bantuan. Di underground level of that kabin tersimpan Book of the Dead (atau Necronomicon) dan sebuah pita rakaman merakamkan suara aneh. Seorg member kolej tu menggatal mainkan pita rakaman tersebut yg sebenarnya adalah jampi utk menghidupkan roh jahat ! Satu persatu drp budak2 kolej tu dirasuk dan bermulalah babak ngeri dan ganas apabila mereka berusaha membunuh kawan2 mereka yg dirasuk tu ! Sorang aje pelajar tersebut yg survive iaitu Ash Williams dan dialah hero utk filem ni.

Bruce Campbell (Ash Williams)


Kalau sebut Sam Raimi, tentu korang semua teringat pada Spider-Man nya. Tapi Raimi start his kareer dgn beberapa filem seram. Filem Evil Dead ni adalah filem ketiganya. Sebelum filem ni dibuat, dia ada buat satu filem horror pendek iaitu Within the Woods. Filem ni dibuat sebenarnya utk membiayai filem panjang yg pertamanya iaitu Evil Dead ni lah. Filem Within the Woods ni juga menggunakan pelakon utama yg sama dgn Evil Dead iaitu Bruce Campbell (dialah yg membawa watak Ash Williams). Walaupun filem ni pada mulanya tak begitu mendapat sambutan di Amerika, tapi di U.K dan Europe, filem ni menjadi sleeper hits ! Tak semua negara boleh terima filem ni, disebabkan tahap keganasan filem yg melampau ! Filem ni telah di’ban’ di beberapa negara seperti Finland, Iceland, Ireland dan Jerman. Namun filem ni boleh didapati di black market dgn pirate copynya. Aku tak tau la kat M’sia mcm mana filem ni boleh sampai, tapi mmg aku takde dgr apa2 kisah pasal censorship di M’sia ni. Stephen King yg memuji filem ni, pernah mengutuk Jerman kerana ‘ban’ filem ni. Akhirnya not until 2001, barulah filem ni widely distributed worldwide dlm bentuk DVD. Aku takde own DVD copy of this filem (cuma VCD aje), tapi aku teringin jugak nak own satu !

Evil Dead : Book of the Dead Limited Edition DVD Set

Evil Dead Part II : Dead by Dawn masih entertaining, tapi agak kecewa utk peminat2 filem yg pertama. Ini kerana Sam Raimi masukkan unsur2 comedy dan gila2 sikit dlm filem tersebut. Watak Ash, yg part human dan part demon, kali ni di’influence’ oleh The Three Stooges. Ini nampak ketara dlm sesetengah babak cthnya seperti babak tangan Ash kena rasuk. (tangan saja !). Hantunya juga lebih clean dan less brutal than before. Army of Darkness adalah sequel dan yg terakhir dlm trilogy Evil Dead. Apa yg boleh aku katakan adalah “lupakan…” ajelah filem ni ! Mengarut sgt, takde unsur2 horror sebaliknya dah jadi filem fantasy dan adventure. Ash Williams dah dibawa ke zaman medieval dan jadi wira utk sebuah negara. Crap ! Cadangan utk membuat sequel yg ke empat pernah di’mention’ oleh Raimi, tapi buat masa ni agak susah kerana Raimi terikat dgn Spider-Man nya. Tapi tunggu ajelah satu hari nanti.

Sam Raimi

Fakta Menarik tentang filem ni :

  • Sam Raimi dan producer Robert Tapert ada muncul dlm permulaan filem ni sebagai dua orang pemancing ikan.
  • Jampi serakah utk cast out demon ni adalah actually phrase “Sam and Rob are the hikers down the road." tapi samar2 dan ber’background’kan bunyi2 bising. Sam dan Rob tu refers pada director dan producer filem ni lah.
  • Pertengahan penggambaran filem ni, crew2 ada problem bila mereka kehabisan pewarna merah, sirap dan marshmallows, iaitu komponen2 utama utk membuat isi perut hantu…! Semua bahan2 ni dah kehabisan di kedai sebab mereka dah dibeli oleh mereka !
  • Evil Dead juga pernah muncul dlm beberapa filem yg menyusul selepasnya. Clip Evil Dead muncul di televisyen dlm filem Nightmare On Elm Street. Poster Evil Dead pernah jugak ternampak dlm filem horror Dead & Breakfast, dan clip filem ni ada ditayang dlm filem Donnie Darko.

Friday, March 09, 2007

Pelajar2 AF5

AFIQ
Nama Penuh : MOHD SHAFIQ BIN MOHD RAMADZAN
Bangsa : MELAYU
Umur : 21 TAHUN
Asal : PUTRAJAYA
Tarikh Lahir : 3 JULAI 1985
Tinggi : 175 CM
Berat : 77 KG
Hobi : BERMAIN FUTSAL & GOLF
Penyanyi Idola : M.NASIR
IB : No comments on this guy.

AIZAT

Nama Penuh : MUHAMMAD AIZAT BIN AMDAN
Bangsa : MELAYU
Umur : 18 TAHUN
Asal : KUALA LUMPUR
Tarikh Lahir : 21 JANUARI 1989
Tinggi : 176 CM
Berat : 98 KG
Hobi : MENCIPTA LIRIK & LAGU
Penyanyi Idola : ONCE
IB : Ada ala2 Bob atau Fuad, pelajar AF yg lepas.

ASWAD

Nama Penuh : MUHAMMAD NUR ASWAD BIN JAFAR
Bangsa : MELAYU
Umur : 27 TAHUN
Asal : PULAU PINANG
Tarikh Lahir : 9 NOVEMBER 1980
Tinggi : 178 CM
Berat : 60 KG
Hobi : MENYANYI & BERSUKAN
Penyanyi Idola : MUS (MAY)
IB : Nampak sebijik mcm Mawi, but more macho and hensem.

DAFI

Nama Penuh : GADAFFI BIN ISMAIL SABRI
Bangsa : MELAYU
Umur : 19 TAHUN
Asal : PETALING JAYA, SELANGOR
Tarikh Lahir : 14 DISEMBER 1988
Tinggi : 168 CM
Berat : 65 KG
Hobi : MENYANYI & MELEPAK
Penyanyi Idola : JUSTIN TIMBERLAKE
IB : Ada iras2 muka pelakon Indon pulak. Kalau ikut appearance, mungkin bnyk peminat pompuan kot.

EBI

Nama Penuh : EBI KORNELIS @ FIRDAUS BIN YAIMAL
Bangsa : MELAYU
Umur : 23 TAHUN
Asal : KOTA KINABALU, SABAH
Tarikh Lahir : 14 NOVEMBER 1983
Tinggi : 177 CM
Berat : 71 KG
Hobi : BERMAIN GITAR & BERSUKAN
Penyanyi Idola : JAMAL ABDILLAH
IB : Ada iras2 member kumpulan Nidji pulak !

FARHA

Nama Penuh : MOHD FARHA BIN JASMEN
Bangsa : BAJAU
Umur : 22 TAHUN
Asal : KOTA KINABALU, SABAH
Tarikh Lahir : 5 JULAI 1985
Tinggi : 184 CM
Berat : 78 KG
Hobi : BERMAIN GITAR
Penyanyi Idola : AMY SEARCH
IB : Takde kena mengena dgn Farhan. Malah lain jantina pun !

RIZAL

Nama Penuh : HASFARIZAL BIN AYUB
Bangsa : MELAYU
Umur : 19 TAHUN
Asal : KUCHING, SARAWAK
Tarikh Lahir : 5 NOVEMBER 1987
Tinggi : 178 CM
Berat : 65 KG
Hobi : MENYANYI & BERMAIN ALAT MUZIK
Penyanyi Idola : ZAMANI SLAM
IB : Mcm takde X-factor langsung. Mcm Fiq Mentor pun ada !

SHAWAL

Nama Penuh : MOHD SHAWAL BIN RUSLAN
Bangsa : MELAYU
Umur : 23 TAHUN
Asal : KUALA LUMPUR
Tarikh Lahir : 3 JULAI 1984
Tinggi : 178 CM
Berat : 70 KG
Hobi : BERMAIN FUTSAL & MENDENGAR RADIO
Penyanyi Idola : ANUAR ZAIN

IB : Aku ingat Cina tadi. Penyanyi pujaan Anuar zain, so aku tau mesti gaya mcm penyanyi tu !

DIYA

Nama Penuh : ADYANA BINTI KHALID
Bangsa : MELAYU
Umur : 21 TAHUN
Asal : KUALA LUMPUR
Tarikh Lahir : 12 JULAI 1986
Tinggi : 156 CM
Berat : 50 KG
Hobi : MENARI, MENARI & MEMBACA
Penyanyi Idola : FAUZIAH LATIFF
IB : Paling lawa...kalau ikut photo ni. Yeah...vote for her...!!!

HELIZA

Nama Penuh : NUR HELIZA BINTI HELMI
Bangsa : MELAYU
Umur : 21 TAHUN
Asal : KUALA TERENGGANU
Tinggi : 155CM
Berat : 42 KG
Hobi : MENYANYI & MEMBELI-BELAH
Penyanyi Idola : DATO' SITI NURHALIZA
Tarikh Lahir : 3 FEBRUARI 1986
IB : Fuh...manisnya...! Takde mcm Saliha dulu. 2nd lawa lepas Diya !

NONI

Nama Penuh : NONNY NADIRAH BINTI ZAINUDDIN
Bangsa : SINO-NATIVE
Umur : 18 TAHUN
Asal : KOTA KINABALU, SABAH
Tarikh Lahir : 21 JULAI 1989
Tinggi : 158 CM
Berat : 53 KG
Hobi : MENYANYI, MENARI & MENDENGAR MUZIK
Penyanyi Idola : SHAKIRA
IB : No comments, tapi boleh tahan jugak.

DEKNA
Nama Penuh : ARYANNA NAJWA BINTI AHMAD
Bangsa : MELAYU
Umur : 19 TAHUN
Asal : PULAU PINANG
Tarikh Lahir : 22 DISEMBER 1988
Tinggi : 172 CM
Berat : 56 KG
Hobi : MENYANYI
Penyanyi Idola : AISHAH
IB : Mempunyai pandangan dan mata yg seksi.

FATIN

Nama Penuh : NURUL FATIN BINTI YAHYA
Bangsa : MELAYU
Umur : 20 TAHUN
Asal : JOHOR BAHRU
Tarikh Lahir : 5 OKTOBER 1987
Tinggi : 160 CM
Berat : 40 KG
Hobi : MENYANYI & MENGEMAS RUMAH
Penyanyi Idola : DATO' SITI NURHALIZA
IB : Nampak familiar sgt, tapi tak ingat kat mana !

MILA

Nama Penuh : NORSYARMILLA BINTI JIRIN
Bangsa : MELAYU
Umur : 19 TAHUN
Asal : PULAU PINANG
Tarikh Lahir : 23 DISEMBER 1987
Tinggi : 148 CM
Berat : 40 KG
Hobi : MENYANYI, MENARI & MEMBACA NOVEL
Penyanyi Idola : ANITA SARAWAK
IB : Mcm iras2 Haliza Misbun, tp kenapa muka tu merah sgt...?

ZANA

Nama Penuh : WAN NURUL ZHANA BINTI WAN MOHD HANIZAN
Bangsa : MELAYU
Umur : 23 TAHUN
Asal : KUALA LUMPUR
Tarikh Lahir : 20 APRIL 1984
Tinggi : 149 CM
Berat : 48 KG
Hobi : MENYANYI, MEMASAK & BERCAKAP
Penyanyi Idola : LEEANN RIMES & MARIAH CAREY
IB : Pun no comments ! Harap2 suara bagus.

CANDY

Nama Penuh : CANDRA BINTI CLEMENT
Bangsa : KADAZAN DUSUN
Umur : 18 TAHUN
Asal : TAMBUNAN, SABAH
Tarikh Lahir : 11 MEI 1989
Tinggi : 153 CM
Berat : 50 KG
Hobi : MENYANYI, MENARI & BELAJAR MUZIK
Penyanyi Idola : DATO' SITI NURHALIZA


IB : Bukan kumpulan Candy. Pun aku harap suara bagus la...

Malam ni ada tirai Akedemi Fantasia 5, so sapa2 yg minat jgn lupa bukak Astro Ria 8.30 mlm. Info semuanya dr official Akademi Fantasia website.

The Sweet Escape - Gwen Stefani

Selepas the success of “Love Angel Music Baby” dua tahun lepas, Gwen kini kembali dgn 2nd solo effortnya. Actually aku tak sangka jugak album kedua ni release terlalu cepat. Album kali ni lebih low profile dan tak bnyk experimental mcm Gwen’s 1st effort. Musicnya lebih cold dan relaks berbanding dulu yg colourful, tapi masih mengekalkan tema 80an. Kalau dulu dia sibuk dgn “Harajuku” stylenya, kali ni penampilannya lebih simple. Tgk pada album covernya pula, reminds me Milla Jovovich dlm Ultraviolet pulak!

Baik aku mulakan dgn 1st hit singlenya iaitu Wind It Up. To be honest, aku tak suka betul lagu ni ! Intro dia yg ada excerpt from Sound of Music “Yodelay…” tu dah start membantutkan mood aku nak dengar lagu ni. Then terus masuk bunyi gendang2. Actually lagu ni bagi aku more into paluan gendang marching aje, takde lagu. So boring !
Memang biasanya, 2nd hit single lebih baik berbanding 1st hit single. Tapi taklah utk semua album2 artis, tapi majoritinya pada pendapat aku mcm tu la. Sama la mcm album The Sweet Escape ni. Lagu ni muziknya tersangatlah happy. Aku suka sgt chorusnya yg sound like very happy 80an bubble gum tune. Tambah pulak dgn backing vocals wanitanya. Kemunculan Akon dlm lagu ni tak ketara sgt. Cuma dia nyanyi wooo…hooo…. pada permulaan dan sesetengah line. Selain lagu ni, lagu Early Winter juga menikam kalbu, malah aku anggap lagu nilah yg paling best antara semua lagu dlm album ni. Lagu ni ada special appearance oleh Keane's Tim Rice-Oxley. This song is so brilliant, 80’s pop song at its best ! Suara Gwen pun dlm ni sgn memukau dgn lenggok style 80an nya tu. Temponya sederhana dan agak haunting sikit. Lagu2 seperti Now Than You Got It, Yummy dan Don’t Get It Twisted reminds me of the early album “Love Angel…” atau lagu2 dlm album No Doubt’s Rock Steady. Semua lagu ni berentak modern, mempunyai elemen hip hop, rap dan unsur2 cheerleading. Lagu Yummy adalah lagu yg experimental. Basically it is electronica dgn bermacam2 sampler sound. Muziknya sound stupid dan witty tapi agak menarik jugak. Artis undangan ialah Pharell. Also backing vocal perempuannya ada elemen2 Harajuku mcm dlm album pertama dulu. Ending lagu ni brilliant, dah mcm soundtrack filem seram + circus sikit atau dlm kata lain Psycho Circus ! Don’t Get it Twisted juga sebuah lagu yg gila2 sikit tapi tak segila lagu Yummy. Menarik dan very catchy, dan sometimes berentak circus juga.
The rest of the song takde apa2 yg menarik nak diperkatakan. Lagu 4 In The Morning, U Started It, Wonderful Life is fairly a good track but that’s it. While lagu2 yg tak best selain Wind It Up ialah Flourescent, Orang County Girl dan Breakin’ Up.Lyrically, Gwen bnyk nyanyi pasal putus cinta, problem with relationship, unsur2 seks dan lirik “girl power” cthnya seperti dlm lagu Wind It Up.
Overall aku rasa album ni tak sehebat album “Love Angel…”. Lagu2 yg terkandung dlm album ni sound simple dan slow sgt. Irama 80an masih ada tapi semua mostly lagu2 pop yg slow membuatkan aku rasa boring. Khabar mengatakan yg Gwen akan kembali dgn groupnya No Doubt, so let’s hope dia dan bandnya kembali dgn idea2 yg baru.


Wednesday, March 07, 2007

Poster of the Month

In response to NM comment pasal poster Hostel 2 : Bijou Phillips. It killssssszzzzzz.....!!!!!!!!!!

Tuesday, March 06, 2007

Babel (2006)

Cast :
Richard - Brad Pitt
Susan - Cate Blanchett
Anwar - Mohamed Akhzam
Amelia - Adriana Barraza
Santiago - Gael Garcia Bernal
Chieko - Rinko Kikuchi
Yasujiro - Koji Yakusho

Director :
Alejandro Gonzalez Inarritu

Objek utama filem ni ialah senapang atau rifle. Disebabkan sepucuk senapang ni, ia telah mewujudkan peristiwa dan beberapa insiden di empat buah negara iaitu Morocco, Jepun, Mexico dan Amerika.

Bapa dan 2 org anak lelakinya (warga Morocco)
Seorg bapa memberi kepercayaan kpd dua anak lelakinya dgn memberi senapang kepada mereka. Tujuannya utk menembak musang yg bnyk mengacau kampung mereka. Anak2nya Ahmed dan Yuseff menggatal tgn nak ‘test power’ senapang tu dgn memanjat bukit dan menembak bas pelancong dari jauh. Tindakan tersebut menyebabkan keluarga lelaki tu diburu oleh polis tempatan.

Pasangan yg mengalami masalah rumahtangga (warga America melancong di Morocco)
Richard dan Susan cuba utk menyelamatkan konflik rumahtangga mereka dgn melancong ke Morocco. Sedang mereka menaiki bas pelancong, suddenly, Susan ditembak di leher oleh Yuseff dari jarak jauh. Seluruh penumpang di dalam bas kelam kabut dan polis menyifatkan kes ni sebagai kegiatan terrorist. Keadaan bertambah sulit apabila di Morocco, susah utk mendapatkan bantuan ambulans atau hospital. Nasib baik ada sorang warga di sana yg baik hati dan memberi bantuan pada pasangan ni.

Penjaga anak Richard dan Susan (warga Mexico yg pulang ke kampung)
Amelia adalah nanny kepada anak Richard dan Susan dan merupakan pendatang haram. Disebabkan insiden yg melanda Susan, mereka terpaksa delay kepulangan mereka ke America. Amelia mempunyai rancangan utk bercuti ke Mexico utk ke majlis perkahwinan anak lelakinya. Since takde org nak replace dia jaga anak, dia decide utk membawa anak2 Richard mengikutnya ke Mexico bersama2 anak sedara Amelia iaitu Santiago. On the way balik dari majlis, kereta Santiago ditahan polis. Keadaan haru biru coz mereka ni takde permit, tambahan pula bawak anak org Amerika !

Remaja perempuan pekak bisu yg kesunyian (dan dahagakan seks ! he, he…) (Tokyo, Japan)
Chieko adalah seorg remaja yg pekak dan bisu dan seringkali berasa rendah diri tentang penampilannya. Namun kawannya membuktikan yg menjadi pekak bisu pun masih mempunyai peluang utk bersosial (atau lebih tepat, have sex!). Desperately, Chieko cuba berperangai spt ‘pervert’ semata2 utk explore curiousitynya tentang sex. Segmen Chieko ni adalah paling indirectly connected, berbanding tiga segmen pertama yg aku mention di atas. Actually, bapa Chieko iaitu Yasujiro inilah adalah pemilik asal kepada rifle yg menjadi objek filem ni. Beliau menghadiahkan rifle tersebut kepada kawan baiknya yg merupakan org Morocco.


Filem ni tragis dan menyentuh. Perasaan aku tgk filem ni sama apabila aku tgk filem Crash tahun lepas. Filem ni juga ada persamaan dgn filem yg aku sebutkan tadi, cuma dlm Crash, semua adegan2 indirectly connected while dlm Babel, watak2 semuanya directly connected. Cth : Richard & Susan mempunyai nanny bernama Amelia atau Yasujiro memberi hadiah riflenya kepada org Morocco yg kemudiannya menjual kepada org Morocco yg lain. Tragisnya si Ahmed ditembak oleh polis, padahal adiknya Yuseff yg menembak Susan. Sedihnya bapa kepada Yuseff dan Ahmed yg cuba berusaha melarikan anak mereka dr buruan polis, dah lah miskin, anak2 pulak buat hal ! Babak Richard yg struggling utk menyelamatkan isterinya, sambil ditekan oleh penumpang2 lain yg nak balik ke destinasi mereka juga buat aku tersentuh. Tapi yg paling tersentuh apabila nanny si Richard ni, ditinggalkan anak sedaranya di satu kawasan tandus bersama2 dgn anak2 Richard disebabkan polis mengejar mereka. Amelia dgn pakaian majlis kahwinnya, berusaha mencari bantuan di tgh2 panas, dan anak2 Richard terpaksa ditinggalkan sementara di bawah pokok. Lagi menyedihkan bila Amelia dan polis mendapati anak Richard dah hilang di bawah pokok tersebut! Segment di Japan aku kurang tersentuh, sebaliknya is more on unsur2 erotik and more focus pada anak Yasujiro, Chieko rather than Yasujiro himself, yg actually connected to the other stories.

Filem ni juga menunjukkan pelbagai bangsa dan pelbagai budaya. Ini ketara dlm satu scene di mana Richard berborak dgn salah sorang penduduk Morocco yg menolong mereka iaitu Anwar. Anwar bertanya kepada Richard tentang berapa anak dia ada dan Richard menjawab dua org. Anwar ni terkejut dan membalas, “you should have more” which tells that pasangan2 Morocco yg typical biasanya have more that two kids. Berbeza dgn typical American couple yg sebolehnya nak sorang dua anak malah ada yg taknak langsung.

Brad Pitt lari jauh dr watak2 typicalnya yg lebih menunjukkan ke’macho’an dan ke’hensem’annya. Dlm filem ni dia berjambang dan kelihatan pucat atas insiden yg berlaku terhadap isterinya. Keadaannya seperti jatuh ditimpa tangga, dah lah rumahtangga bergolak, isteri pulak kena tembak dan seterusnya anak mereka hilang bersama nanny nya. Brad Pitt dan Cate Blanchett very outstanding dlm filem ni. Supporting cast nya pun semuanya dahsyat2 dan pelbagai bangsa. Walaupun mereka semua amateur dan ada diantara mereka bukannya pelakon pun, tp semua acts mcm dah lama berlakon cthnya warga2 Morocco. Salah sorang drp anak Richard dlm filem ni mukanya familiar sgt dgn pelakon kanak2 Dakota Fannings. Rupa2nya dia adalah adik kepada pelakon kanak2 yg hebat ni. Perhaps dia juga akan menempa nama dlm bidang lakonan sama dgn kakaknya satu hari nanti. Director Alejandro Gonzalez Inarritu gemar mengambil tema penyatuan pelbagai kaum ,budaya dan kelas di dalam filemnya. Filemnya yg terdahulu iaitu 21 Grams juga mempunyai tema yg sama. Inarritu berjaya menerima anugerah pengarah terbaik di dlm Festival Filem Cannes utk filem ni. Pengarah hebat ni, bergabung bersama dgn penulis skrip, Guillermo Arriaga untuk menghasilkan filem yg indah dan menyentuh jiwa.

Filem ni walau bnyk pencalonannya di Oscar, tapi tak menyinar sebagaimana filem ni di 2007 Golden Globe Award. Mungkin salah satu sebab coz last year Crash dah menang dan as I say filem ni ada similaritynya dgn Crash dan this type of genre tak menjadi pilihan utk tahun ni. Lagipun aku rasa The Departed dan Martin Scorsese deserve to win this year.

Overall, Babel merupakan sebuah filem yg simple tapi menyentuh. Kekuatan filem ni adalah dari sudut teknikalnya yg konsisten dan kehebatan pelakon2nya yg menguatkan lagi emosi filem drama ini. Aku bagi :

**** / *****

Friday, March 02, 2007

Talladega Nights : The Ballad of Ricky Bobby (2006)


Cast :
Will Ferrell as Ricky Bobby
Sacha Baron Cohen as Jean Girard
John C Reilly as Cal Naughton Jr
Michael Clarke Duncan as Lucius Washington

Director :
Adam McKay

Filem ni adalah tentang Ricky Bobby, seorang pelumba NASCAR yg terkemuka. Sejak zaman kanak2 lagi dia menunjukkan minatnya terhadap kereta. Bapanya seorg pelumba NASCAR jugak, tapi juga seorg pemabuk. Namun kata2 bapaknya sewaktu dia umur 10 thn masih terngiang2 sehingga dia dewasa; “If you ain't first, you're last !” – Dari sini Ricky relatekan kata2 tu dgn minatnya terhadap kereta. Ricky bekerja sbg krew pit pada mulanya, tetapi bila sorang pelumba teamnya dah nampak sgt tak boleh harap, Ricky terus menggantikannya. Ricky mendapat tempat ke tiga dlm perlumbaan pertamanya tu, satu pencapaian yg boleh dibanggakan. Perlumbaan seterusnya menyaksikan Ricky menguasai race track kesemuanya. Takde siapa boleh kalahkannya. Seorang lagi team membernya Cal, juga race bersamanya, dan jadi mcm sidekick Ricky, menganggu kereta2 lain semata2 utk memberi laluan Ricky menang. Mereka so close sehingga mempunyai slogan mereka sendiri iaitu “Shake and Bake”!.

Then datanglah sorang mamat France, Girard, nak masuk perlumbaan NASCAR ni. Dia ni seorg yg berlagak, sombong, ego dan mcm2 lagilah yg buruk tentang dia ni. Bekas pelumba F1 ni juga seorang ‘gay’ dan ada ‘suami’!. Walaupun gay, dia mmg betul handal. Dia mencabar Ricky utk berlumba dgnnnya dan pertarungan sengit tersebut menyebabkan kereta Ricky accident. Ricky tak stabil lepas tu, start berlari dgn underwearnya aje, start imagine api di badannya. Dia also pretend yg dia lumpuh, mungkin keranan dah terlalu phobia dgn accident dan kekalahannya. Zamannya dah berakhir, even wifenya yg seksi waktu mereka berkenalan dilitar, juga dah dikebas kawan baiknya Cal. Cal skrg dah jadi saingan sengit pada Girard ni.

Ricky membawa diri bersama2 dua anaknya ke rumah maknya. Perubahan berlaku pada diri Ricky dan anak2nya. Maknya bnyk consult Ricky. Anak2 Ricky pun berubah dari biadab ke seorg yg disiplin. Bapa Ricky suddenly dtg kembali dan sedikit sebanyak bagi confident pada Ricky utk berlumba kembali. Tapi perangsang yg sebenar Ricky adalah Susan, bekas assistant Ricky waktu dia terkenal dulu. Susan confess yg dia syok dgn Ricky dan nasihatkan dia supaya race kembali. Tanpa sponsor, Ricky kembali ke track utk menjadi pencabar kepada si sombong Girard tu !

First of all, memang aku tak suka Will Ferrell even waktu dia dlm Old School. Aku rasa dia ni over acting sgt. Tapi dlm filem ni is exception. Aku suka dia berlakon, tak terlalu over dan kalau over pun bertempat. Aku rasa inilah filem Will Ferrell yg paling aku enjoy. Kekuatan filem ni adalah pada script dan dialog nya yg memang kelakar, bersahaja dan ada dialog2 dan aksi2 ala NASCAR yg sebenar. Script ditulis sendiri oleh Will Ferrell dan director Adam McKay. Adegan racenya memang menyeronokkan. Selain tu adegan kelakar yg paling aku suka waktu Ricky sekeluarga makan malam bersama2 keluarganya dan bergaduh sesama mereka semata2 pasal ‘jesus’ dlm doa makan mereka atau adegan Ricky yg confident kakinya lumpuh siap ambik pisau cucuk kat pahanya. Adegan keji waktu penghujung filem apabila Ricky bercium mulut dgn Girard. Takde pelakon extra, betul2 cium mulut adalah ½ a minutes ! Mmg mengerikan ! Adegan lucah…ex-wife Ricky nak kat Ricky balik dan selak bajunya tunjuk tits…sayang betul nampak dari belakang aje !

Pemilihan Will sebagai Ricky Bobby juga aku rasa sesuai kerana aku always thinks that NASCAR driver seorg yg bermuka rough sikit. I mean no pretty boy face la. Ferrell sekali lagi bergabung dgn director Adam McKay. Sebelum ni mereka ada bergabung dlm filem Anchorman : The Legend of Ron Burgundy. Agaknya director ni mmg suka filem2 mengenai profile2 individu yg sederhana aje glamernya. Dia mungkin bukan buat filem autobiography yg berat, sebaliknya menggunakan pendekatan comedy yg ringan.

I also thinks that Anchorman juga quite entertaining.Selain tu member Ricky iaitu Cal (lakonan John C. Reilly) juga tak kurang kelakarnya. Persahabatannya dgn Ricky nampak sgt2 keakrabannya. Bila habis race or sebelum race, start la dgn renungan mata jantan mereka tu, dan sambil melaung2 anthem ritual mereka tu, “Shake and Bake!”. Sacha Baron Cohen yg membawa watak Girard, pun tak kurang kelakarnya. Although nothing outstanding from him, but he is quite a good gay kisser ! Ada kemunculan cameo oleh Mos Def (rappers) dan Elvis Castello, sebagai kawan kepada Girard ni.

Filem ni is a good potrayal of what happen behind NASCAR yg sebenar. In fact, NASCAR juga ada memberi publisiti dan promotion utk filem ni. Sebuah komedi ringan yg bukan yg bukan aje utk tontonan kaki2 race kereta aje, malah org biasa mcm aku ni. Aku bagi :

*** ½ / *****

Thursday, March 01, 2007

Nasihat2 atau my request utk Maddox24 kat tempat kerja baru hari ni...!

* Bagi email address ofis kau !

* Tolong update kat aku sana bnyk awek cun ke tak ? Tak kira la awek Melayu ke...amoi ke....

* Kalau dah dpt awek steady kat sana, jgn lupa mms aku muka awek ngkau !

* Buat posting about your new workplace secepat mungkin, coz aku tak sabar nak baca.

* Jgn lupa usha2 kerja2 kosong kat sana dan jgn lupa rekemen nama aku.

* Kerja baru tentu gaji besar. So kalau kau dah pakai kereta, jgn lupa ajak aku naik sekali !

* Dunno tempat baru kau ada internet connection ke tak. Kalau ada sure 24 jam mem'blog' and ber YM aje... kurang2 kan buang masa tu !

* Jgn lupa jemput aku kalau kau kahwin !

* Jgn lupa belanja aku Chili's bila dpt gaji yg pertama nanti...he, he....!

* Tak payahlah kau tertoleh2 ke belakang lagi masa kau buat entri di ofis, takut aku tgk lah tu...! Kita dah jauh berbatu dah !

Local Babes : Hannah Tan



Sebelum ni aku mmg tak pernah kenal dia ni. Tapi lepas terbukak salah satu siaran 8TV What Women Want, aku really2 terjojol bijik mata tgk ke’cun’nan pengacaranya Hannah T. That realiti TV show mmg lah khas utk lelaki & aku tak minat pun, tapi who can resist pengacaranya ! Well, nama penuh dia Hannah Sarah Tan, graduate dari University of Lincolnshire dgn degree dlm bidang Sains Komputer. Pernah mendapat tempat ke dua dlm pertandingan Miss Global Petite World Finals pada tahun 2002 dulu. Dari situlah bakatnya bermula. Bnyk majalah dah dia appear antaranya Stuff, FHM, and Health & Beauty magazines. Pernah appear dlm iklan TV Lux bersama2 dgn superstar Hong Kong Karen Mok dan iklan bercetak utk Pantene, Vanessa Diamonds and Versace Makeup.

Aku terkejut jugak bila browse through her website dan mendapati dia ada keluarkan album bertajuk “Crossing Bridges” dan hit single nya ialah “In Between”. Dgn album ni, kita boleh nampak kebolehannya dlm menyanyi, mencipta lagu dan lirik.

So far yg aku tau dia ada jadi pengacara utk rancangan TV3 Ringgit Sense, 8TV What Women Want dan Pillow Talk. Tak payahlah panjang baca mengenainya, posting kali ni just solely to appreciate her beauty…the true Asian beauty and also our local beauty. Utk lebih details korang boleh visit laman webnya :

www.hannahtclub.com