Thursday, March 15, 2007

Blast from the Past : Evil Dead

I grew up with horror movies. Bermula dgn abang aku yg minat horror dan bnyk sewa video tape terus menurun minatnya pada aku. So zaman video tape lagi aku dah bnyk tonton filem2 horror. Tapi satu aje horror movies yg aku betul2 minat dan kalau pasang berkali-kali pun aku takkan boring. Filem tu adalah Evil Dead. Aku pernah buat cerita pasal filem2 horror favourite aku pada posting yg lepas, dan kali ni aku akan cerita lebih dalam lagi pasal filem ni.

Filem ni officially release pada 1981, dan aku start tonton filem ni around 1984 or 1985 (kalau tak silap aku!). Kenapa aku minat filem ni ? Well, maybe bcoz hantu2nya yg seram gila dan babak2 ganasnya seperti potong kepala, potong anggota2 badan, darah menyembur dan yg paling aku suka babak akar pokok berhantu dan membelit sorang mangsa perempuan ! Plot filem ni simple aje, mengisahkan 5 pelajar college yg dlm perjalanan pergi bercuti. Kereta mereka rosak dan mereka terkandas kat hutan Tennessee. Mereka terjumpa sebuah kabin utk mereka bermalam sebelum mendapatkan bantuan. Di underground level of that kabin tersimpan Book of the Dead (atau Necronomicon) dan sebuah pita rakaman merakamkan suara aneh. Seorg member kolej tu menggatal mainkan pita rakaman tersebut yg sebenarnya adalah jampi utk menghidupkan roh jahat ! Satu persatu drp budak2 kolej tu dirasuk dan bermulalah babak ngeri dan ganas apabila mereka berusaha membunuh kawan2 mereka yg dirasuk tu ! Sorang aje pelajar tersebut yg survive iaitu Ash Williams dan dialah hero utk filem ni.

Bruce Campbell (Ash Williams)


Kalau sebut Sam Raimi, tentu korang semua teringat pada Spider-Man nya. Tapi Raimi start his kareer dgn beberapa filem seram. Filem Evil Dead ni adalah filem ketiganya. Sebelum filem ni dibuat, dia ada buat satu filem horror pendek iaitu Within the Woods. Filem ni dibuat sebenarnya utk membiayai filem panjang yg pertamanya iaitu Evil Dead ni lah. Filem Within the Woods ni juga menggunakan pelakon utama yg sama dgn Evil Dead iaitu Bruce Campbell (dialah yg membawa watak Ash Williams). Walaupun filem ni pada mulanya tak begitu mendapat sambutan di Amerika, tapi di U.K dan Europe, filem ni menjadi sleeper hits ! Tak semua negara boleh terima filem ni, disebabkan tahap keganasan filem yg melampau ! Filem ni telah di’ban’ di beberapa negara seperti Finland, Iceland, Ireland dan Jerman. Namun filem ni boleh didapati di black market dgn pirate copynya. Aku tak tau la kat M’sia mcm mana filem ni boleh sampai, tapi mmg aku takde dgr apa2 kisah pasal censorship di M’sia ni. Stephen King yg memuji filem ni, pernah mengutuk Jerman kerana ‘ban’ filem ni. Akhirnya not until 2001, barulah filem ni widely distributed worldwide dlm bentuk DVD. Aku takde own DVD copy of this filem (cuma VCD aje), tapi aku teringin jugak nak own satu !

Evil Dead : Book of the Dead Limited Edition DVD Set

Evil Dead Part II : Dead by Dawn masih entertaining, tapi agak kecewa utk peminat2 filem yg pertama. Ini kerana Sam Raimi masukkan unsur2 comedy dan gila2 sikit dlm filem tersebut. Watak Ash, yg part human dan part demon, kali ni di’influence’ oleh The Three Stooges. Ini nampak ketara dlm sesetengah babak cthnya seperti babak tangan Ash kena rasuk. (tangan saja !). Hantunya juga lebih clean dan less brutal than before. Army of Darkness adalah sequel dan yg terakhir dlm trilogy Evil Dead. Apa yg boleh aku katakan adalah “lupakan…” ajelah filem ni ! Mengarut sgt, takde unsur2 horror sebaliknya dah jadi filem fantasy dan adventure. Ash Williams dah dibawa ke zaman medieval dan jadi wira utk sebuah negara. Crap ! Cadangan utk membuat sequel yg ke empat pernah di’mention’ oleh Raimi, tapi buat masa ni agak susah kerana Raimi terikat dgn Spider-Man nya. Tapi tunggu ajelah satu hari nanti.

Sam Raimi

Fakta Menarik tentang filem ni :

  • Sam Raimi dan producer Robert Tapert ada muncul dlm permulaan filem ni sebagai dua orang pemancing ikan.
  • Jampi serakah utk cast out demon ni adalah actually phrase “Sam and Rob are the hikers down the road." tapi samar2 dan ber’background’kan bunyi2 bising. Sam dan Rob tu refers pada director dan producer filem ni lah.
  • Pertengahan penggambaran filem ni, crew2 ada problem bila mereka kehabisan pewarna merah, sirap dan marshmallows, iaitu komponen2 utama utk membuat isi perut hantu…! Semua bahan2 ni dah kehabisan di kedai sebab mereka dah dibeli oleh mereka !
  • Evil Dead juga pernah muncul dlm beberapa filem yg menyusul selepasnya. Clip Evil Dead muncul di televisyen dlm filem Nightmare On Elm Street. Poster Evil Dead pernah jugak ternampak dlm filem horror Dead & Breakfast, dan clip filem ni ada ditayang dlm filem Donnie Darko.

No comments: