Cast :
Richard - Brad Pitt
Susan - Cate Blanchett
Anwar - Mohamed Akhzam
Amelia - Adriana Barraza
Santiago - Gael Garcia Bernal
Chieko - Rinko Kikuchi
Yasujiro - Koji Yakusho
Director :
Alejandro Gonzalez Inarritu
Objek utama filem ni ialah senapang atau rifle. Disebabkan sepucuk senapang ni, ia telah mewujudkan peristiwa dan beberapa insiden di empat buah negara iaitu Morocco, Jepun, Mexico dan Amerika.
Bapa dan 2 org anak lelakinya (warga Morocco)
Seorg bapa memberi kepercayaan kpd dua anak lelakinya dgn memberi senapang kepada mereka. Tujuannya utk menembak musang yg bnyk mengacau kampung mereka. Anak2nya Ahmed dan Yuseff menggatal tgn nak ‘test power’ senapang tu dgn memanjat bukit dan menembak bas pelancong dari jauh. Tindakan tersebut menyebabkan keluarga lelaki tu diburu oleh polis tempatan.
Pasangan yg mengalami masalah rumahtangga (warga America melancong di Morocco)
Richard dan Susan cuba utk menyelamatkan konflik rumahtangga mereka dgn melancong ke Morocco. Sedang mereka menaiki bas pelancong, suddenly, Susan ditembak di leher oleh Yuseff dari jarak jauh. Seluruh penumpang di dalam bas kelam kabut dan polis menyifatkan kes ni sebagai kegiatan terrorist. Keadaan bertambah sulit apabila di Morocco, susah utk mendapatkan bantuan ambulans atau hospital. Nasib baik ada sorang warga di sana yg baik hati dan memberi bantuan pada pasangan ni.
Penjaga anak Richard dan Susan (warga Mexico yg pulang ke kampung)
Amelia adalah nanny kepada anak Richard dan Susan dan merupakan pendatang haram. Disebabkan insiden yg melanda Susan, mereka terpaksa delay kepulangan mereka ke America. Amelia mempunyai rancangan utk bercuti ke Mexico utk ke majlis perkahwinan anak lelakinya. Since takde org nak replace dia jaga anak, dia decide utk membawa anak2 Richard mengikutnya ke Mexico bersama2 anak sedara Amelia iaitu Santiago. On the way balik dari majlis, kereta Santiago ditahan polis. Keadaan haru biru coz mereka ni takde permit, tambahan pula bawak anak org Amerika !
Remaja perempuan pekak bisu yg kesunyian (dan dahagakan seks ! he, he…) (Tokyo, Japan)
Chieko adalah seorg remaja yg pekak dan bisu dan seringkali berasa rendah diri tentang penampilannya. Namun kawannya membuktikan yg menjadi pekak bisu pun masih mempunyai peluang utk bersosial (atau lebih tepat, have sex!). Desperately, Chieko cuba berperangai spt ‘pervert’ semata2 utk explore curiousitynya tentang sex. Segmen Chieko ni adalah paling indirectly connected, berbanding tiga segmen pertama yg aku mention di atas. Actually, bapa Chieko iaitu Yasujiro inilah adalah pemilik asal kepada rifle yg menjadi objek filem ni. Beliau menghadiahkan rifle tersebut kepada kawan baiknya yg merupakan org Morocco.
Filem ni tragis dan menyentuh. Perasaan aku tgk filem ni sama apabila aku tgk filem Crash tahun lepas. Filem ni juga ada persamaan dgn filem yg aku sebutkan tadi, cuma dlm Crash, semua adegan2 indirectly connected while dlm Babel, watak2 semuanya directly connected. Cth : Richard & Susan mempunyai nanny bernama Amelia atau Yasujiro memberi hadiah riflenya kepada org Morocco yg kemudiannya menjual kepada org Morocco yg lain. Tragisnya si Ahmed ditembak oleh polis, padahal adiknya Yuseff yg menembak Susan. Sedihnya bapa kepada Yuseff dan Ahmed yg cuba berusaha melarikan anak mereka dr buruan polis, dah lah miskin, anak2 pulak buat hal ! Babak Richard yg struggling utk menyelamatkan isterinya, sambil ditekan oleh penumpang2 lain yg nak balik ke destinasi mereka juga buat aku tersentuh. Tapi yg paling tersentuh apabila nanny si Richard ni, ditinggalkan anak sedaranya di satu kawasan tandus bersama2 dgn anak2 Richard disebabkan polis mengejar mereka. Amelia dgn pakaian majlis kahwinnya, berusaha mencari bantuan di tgh2 panas, dan anak2 Richard terpaksa ditinggalkan sementara di bawah pokok. Lagi menyedihkan bila Amelia dan polis mendapati anak Richard dah hilang di bawah pokok tersebut! Segment di Japan aku kurang tersentuh, sebaliknya is more on unsur2 erotik and more focus pada anak Yasujiro, Chieko rather than Yasujiro himself, yg actually connected to the other stories.
Filem ni juga menunjukkan pelbagai bangsa dan pelbagai budaya. Ini ketara dlm satu scene di mana Richard berborak dgn salah sorang penduduk Morocco yg menolong mereka iaitu Anwar. Anwar bertanya kepada Richard tentang berapa anak dia ada dan Richard menjawab dua org. Anwar ni terkejut dan membalas, “you should have more” which tells that pasangan2 Morocco yg typical biasanya have more that two kids. Berbeza dgn typical American couple yg sebolehnya nak sorang dua anak malah ada yg taknak langsung.
Brad Pitt lari jauh dr watak2 typicalnya yg lebih menunjukkan ke’macho’an dan ke’hensem’annya. Dlm filem ni dia berjambang dan kelihatan pucat atas insiden yg berlaku terhadap isterinya. Keadaannya seperti jatuh ditimpa tangga, dah lah rumahtangga bergolak, isteri pulak kena tembak dan seterusnya anak mereka hilang bersama nanny nya. Brad Pitt dan Cate Blanchett very outstanding dlm filem ni. Supporting cast nya pun semuanya dahsyat2 dan pelbagai bangsa. Walaupun mereka semua amateur dan ada diantara mereka bukannya pelakon pun, tp semua acts mcm dah lama berlakon cthnya warga2 Morocco. Salah sorang drp anak Richard dlm filem ni mukanya familiar sgt dgn pelakon kanak2 Dakota Fannings. Rupa2nya dia adalah adik kepada pelakon kanak2 yg hebat ni. Perhaps dia juga akan menempa nama dlm bidang lakonan sama dgn kakaknya satu hari nanti. Director Alejandro Gonzalez Inarritu gemar mengambil tema penyatuan pelbagai kaum ,budaya dan kelas di dalam filemnya. Filemnya yg terdahulu iaitu 21 Grams juga mempunyai tema yg sama. Inarritu berjaya menerima anugerah pengarah terbaik di dlm Festival Filem Cannes utk filem ni. Pengarah hebat ni, bergabung bersama dgn penulis skrip, Guillermo Arriaga untuk menghasilkan filem yg indah dan menyentuh jiwa.
Filem ni walau bnyk pencalonannya di Oscar, tapi tak menyinar sebagaimana filem ni di 2007 Golden Globe Award. Mungkin salah satu sebab coz last year Crash dah menang dan as I say filem ni ada similaritynya dgn Crash dan this type of genre tak menjadi pilihan utk tahun ni. Lagipun aku rasa The Departed dan Martin Scorsese deserve to win this year.
Overall, Babel merupakan sebuah filem yg simple tapi menyentuh. Kekuatan filem ni adalah dari sudut teknikalnya yg konsisten dan kehebatan pelakon2nya yg menguatkan lagi emosi filem drama ini. Aku bagi :
**** / *****
No comments:
Post a Comment