Friday, March 02, 2007

Talladega Nights : The Ballad of Ricky Bobby (2006)


Cast :
Will Ferrell as Ricky Bobby
Sacha Baron Cohen as Jean Girard
John C Reilly as Cal Naughton Jr
Michael Clarke Duncan as Lucius Washington

Director :
Adam McKay

Filem ni adalah tentang Ricky Bobby, seorang pelumba NASCAR yg terkemuka. Sejak zaman kanak2 lagi dia menunjukkan minatnya terhadap kereta. Bapanya seorg pelumba NASCAR jugak, tapi juga seorg pemabuk. Namun kata2 bapaknya sewaktu dia umur 10 thn masih terngiang2 sehingga dia dewasa; “If you ain't first, you're last !” – Dari sini Ricky relatekan kata2 tu dgn minatnya terhadap kereta. Ricky bekerja sbg krew pit pada mulanya, tetapi bila sorang pelumba teamnya dah nampak sgt tak boleh harap, Ricky terus menggantikannya. Ricky mendapat tempat ke tiga dlm perlumbaan pertamanya tu, satu pencapaian yg boleh dibanggakan. Perlumbaan seterusnya menyaksikan Ricky menguasai race track kesemuanya. Takde siapa boleh kalahkannya. Seorang lagi team membernya Cal, juga race bersamanya, dan jadi mcm sidekick Ricky, menganggu kereta2 lain semata2 utk memberi laluan Ricky menang. Mereka so close sehingga mempunyai slogan mereka sendiri iaitu “Shake and Bake”!.

Then datanglah sorang mamat France, Girard, nak masuk perlumbaan NASCAR ni. Dia ni seorg yg berlagak, sombong, ego dan mcm2 lagilah yg buruk tentang dia ni. Bekas pelumba F1 ni juga seorang ‘gay’ dan ada ‘suami’!. Walaupun gay, dia mmg betul handal. Dia mencabar Ricky utk berlumba dgnnnya dan pertarungan sengit tersebut menyebabkan kereta Ricky accident. Ricky tak stabil lepas tu, start berlari dgn underwearnya aje, start imagine api di badannya. Dia also pretend yg dia lumpuh, mungkin keranan dah terlalu phobia dgn accident dan kekalahannya. Zamannya dah berakhir, even wifenya yg seksi waktu mereka berkenalan dilitar, juga dah dikebas kawan baiknya Cal. Cal skrg dah jadi saingan sengit pada Girard ni.

Ricky membawa diri bersama2 dua anaknya ke rumah maknya. Perubahan berlaku pada diri Ricky dan anak2nya. Maknya bnyk consult Ricky. Anak2 Ricky pun berubah dari biadab ke seorg yg disiplin. Bapa Ricky suddenly dtg kembali dan sedikit sebanyak bagi confident pada Ricky utk berlumba kembali. Tapi perangsang yg sebenar Ricky adalah Susan, bekas assistant Ricky waktu dia terkenal dulu. Susan confess yg dia syok dgn Ricky dan nasihatkan dia supaya race kembali. Tanpa sponsor, Ricky kembali ke track utk menjadi pencabar kepada si sombong Girard tu !

First of all, memang aku tak suka Will Ferrell even waktu dia dlm Old School. Aku rasa dia ni over acting sgt. Tapi dlm filem ni is exception. Aku suka dia berlakon, tak terlalu over dan kalau over pun bertempat. Aku rasa inilah filem Will Ferrell yg paling aku enjoy. Kekuatan filem ni adalah pada script dan dialog nya yg memang kelakar, bersahaja dan ada dialog2 dan aksi2 ala NASCAR yg sebenar. Script ditulis sendiri oleh Will Ferrell dan director Adam McKay. Adegan racenya memang menyeronokkan. Selain tu adegan kelakar yg paling aku suka waktu Ricky sekeluarga makan malam bersama2 keluarganya dan bergaduh sesama mereka semata2 pasal ‘jesus’ dlm doa makan mereka atau adegan Ricky yg confident kakinya lumpuh siap ambik pisau cucuk kat pahanya. Adegan keji waktu penghujung filem apabila Ricky bercium mulut dgn Girard. Takde pelakon extra, betul2 cium mulut adalah ½ a minutes ! Mmg mengerikan ! Adegan lucah…ex-wife Ricky nak kat Ricky balik dan selak bajunya tunjuk tits…sayang betul nampak dari belakang aje !

Pemilihan Will sebagai Ricky Bobby juga aku rasa sesuai kerana aku always thinks that NASCAR driver seorg yg bermuka rough sikit. I mean no pretty boy face la. Ferrell sekali lagi bergabung dgn director Adam McKay. Sebelum ni mereka ada bergabung dlm filem Anchorman : The Legend of Ron Burgundy. Agaknya director ni mmg suka filem2 mengenai profile2 individu yg sederhana aje glamernya. Dia mungkin bukan buat filem autobiography yg berat, sebaliknya menggunakan pendekatan comedy yg ringan.

I also thinks that Anchorman juga quite entertaining.Selain tu member Ricky iaitu Cal (lakonan John C. Reilly) juga tak kurang kelakarnya. Persahabatannya dgn Ricky nampak sgt2 keakrabannya. Bila habis race or sebelum race, start la dgn renungan mata jantan mereka tu, dan sambil melaung2 anthem ritual mereka tu, “Shake and Bake!”. Sacha Baron Cohen yg membawa watak Girard, pun tak kurang kelakarnya. Although nothing outstanding from him, but he is quite a good gay kisser ! Ada kemunculan cameo oleh Mos Def (rappers) dan Elvis Castello, sebagai kawan kepada Girard ni.

Filem ni is a good potrayal of what happen behind NASCAR yg sebenar. In fact, NASCAR juga ada memberi publisiti dan promotion utk filem ni. Sebuah komedi ringan yg bukan yg bukan aje utk tontonan kaki2 race kereta aje, malah org biasa mcm aku ni. Aku bagi :

*** ½ / *****

No comments: