Friday, March 16, 2007

Genre2 Horror !

First of all, aku nak bgtau yg posting kali ni dibuat oleh org yg amatur pasal klasifikasi2 filem ni. Tapi ini adalah opinion aku sbg sorang peminat filem2 seram/horror…The term seram is too general, tapi ikut pengamatan aku, sini aku bahagi2kan jenis nya :

Hitchcock style
Tak bnyk melibatkan hantu. Lebih kepada misteri, benda2 pelik dan sikit2 pembunuhan. Alfred Hitchcock seorg director yg bnyk buat filem2 misteri zaman 60an dan 70an dulu dan selepas dia meninggal, pihak2 yg tertentu mengguna istilah “Hitchcock” utk describe filem2 misteri yg mempunyai similarity dgn sentuhan pengarah tersebut. Pengarah M’Night Shyamalan selalu disebut menggunakan gaya “Hitchcock” dlm filem2 arahannya dan ada yg menggelarnya the next “Hitchcock”. Antara filem2 yg genre ni ialah Psycho, Vertigo, The Sixth Sense, Signs dan The Twilight Zone (filem mahupun siri TV).

Zombie flick
Seperti titlenya ‘zombie’, pelakon2 hantunya adalah mayat2 hidup. Biasanya dlm kumpulan yg ramai dan menyerang sebuah perkampungan ataupun bandar. Sorang penduduk bandar tersebut dirasuk, setelah digigit oleh ‘zombie’ ni. Biasanya zombie2 ni asalnya drp kajian sains yg tersilap atau dari chemical2. Genre sebegini selalunya bertajuk “…Dead” di hujungnya. Filem2 mcm ni selalunya bodoh aje plotnya. Aku remember satu filem lama tajuk Night of the Living Dead, takde intro takde apa…tau2 zombie2 atau mayat2 hidup ni muncul pada permulaan cerita…tak tau asal usul dari mana. Antara filem2 nya selain “Night…” ialah Return of the Living Dead, Dawn of the Dead, Land of the Dead. Filem Resident Evil juga aku consider dlm genre ni walaupun ada campur sci-fic dan video game sikit.

Slasher Movie
Horror movie semuanya mempunyai plot yg simple aje. In the case of slasher movie, startnya selalu dgn sekumpulan remaja2 kolej atau university yg mati sorang demi sorang oleh sorang pembunuh. Pembunuh tu biasanya bertopeng. Group remaja2 tu campur la lelaki dan perempuan. Dan kalau ada perempuan biasanya memang seksi gila ! Pembunuhnya pulak identitinya diketahui pada akhir filem dan biasanya adalah kawan mereka sendiri ! Filem2 slasher popular pada tahun 90an. In my opinion, genre ni start glamer lepas releasenya filem Scream. Lepas tu keluarlah I Know What You Did Last Summer dan Urban Legend. Tapi kalau ikutkan 80an juga ada slasher movie mcm Halloween dan Friday the 13th, tapi pembunuhnya is more mcm hantu/zombie, tapi they still slash people.

Takde kena mengena dgn slasher movie but where the hell is Slash now...???

Vampire Movie
Vampire movie ada mcm2 style. Takde terikat pada satu plot aje. Ada yg berdasarkan novel mcm Bram Stoker’s Dracula atau Anne Rice’s Interview with the Vampire. Ada juga vampire yg ada style sikit, macam The Lost Boys dan Blade. Dan ada juga yg pelik macam dlm Shadow of the Vampire lakonan John Malkovich…vampire berlakon dalam filem la pulak ! Sometimes hero adalah vampire tapi ada juga hero seorg manusia dan membunuh vampire mcm dlm From Dusk Til Dawn, tapi this one is more action horror filem. Kalau M’sia, vampire maknanya pontianak, So filem paling glamer Pontianak Harum Sundal Malam la.

Psycho/Serial Killer Movie
Psycho movie boleh di combine dgn slasher movie kerana mungkin pembunuh tu seorang psycho tapi takde kena mengena dgn group sekawan mereka. Tapi ada juga psycho movie yg stand on its own especially the Hannibal franchise seperti Silence of the Lambs, Hannibal, Red Dragon dan Hannibal Rising.

Asian Horror Movie
Siapa tak tau this type of horror style ? Makin lama makin popular skrg. Hantunya mesti yg berambut panjang dan lurus. Takde hantu lelaki, semuanya hantu perempuan. Biasanya hantu perempuan yg mostly berbaju putih ni, adalah asalnya dari perempuan yg teraniaya dan menuntut bela atas kematiannya. Hollywood pun dah start tiru style mcm ni dan dah beberapa kali buat remake drp filem2 hantu Korea, Jepun etc. Cth filem : The Ring, Ju-On, The Grudge, Dark Water dan berlambak2 lagilah !

Werewolves Movie
Dah out of date dah. Mostly kita nampak dlm filem2 80an. Serigala jadian ni memang ngeri dan bukan mcm serigala biasa. Biasanya serigala tu manusia disiang hari dan bertukar jadi serigala di malam hari. Transformasi manusia ke serigala tu mmg mengerikan. Cth filem : American Werewolves in Paris, American Werewolves in London, The Howling etc. Ada jugak yg menggabungkan vampire dan werewolves dlm satu movie cthnya Underworld, tapi filem ni lebih kepada action, fantasy.

Hantu Ghaib / Paranormal Movie
Takkan ada hantu fizikal dlm filem2 sebegini. Kita cuma nampak entitinya aje. Mcm paranormal yg selalu kita tgk dlm dokumentari, kita akan nampak objek2 bergerak, terbang mengacau penghuni rumah. Objek2 yg terlibat biasanya pinggan mangkuk, cawan dan patung mainan anak2 kecil. Tujuannya utk menghalau penghuni rumah tersebut. Ada kalanya hantu yg tak nampak tu pun ada merasuk penghuni rumah tapi biasanya tak lama. Kita boleh nampak dlm filem seperti Poltergeist, Amityville Horror dan filem Hafsham’s Rahsia.

“Hantu yg tak tau yg dia tu hantu” Movie !
He, he…ini dah mengarut sikit. Mula2 nampak hantu tu mcm org biasa aje…alih2 endingnya rupa2nya dia tu adalah hantu. Dlm filem appearancenya mmg sebijik manusia, takde muka2 hodoh ! Filem yg paling glamer tentu korang taulah…The Sixth Sense, dan lepas tu The Others lakonan Nicole Kidman. Filem The Others tak begitu menyerlah mcm The Sixth Sense. Filem ni takde dibuat lagi sebab org biasanya dah prepare to be surprise dgn filem2 yg twist mcm ni !

Hantu Teknologi atau Hantu Drp Komputer
Memandangkan skrg zaman komputer, dah wujud hantu yg boleh keluar drp komputer atau hantu digital ni. Aku tak suka betul filem2 mcm ni. Bagi aku alam mistik tak boleh di’combine’kan dgn teknologi. Hantu2nya pun taklah se’seram’ mana. Stay Alive, walaupun berkenaan video game, tapi masih kena mengena dgn perkembangan teknologi. Paling latest, filem paling boring aku tgk ialah Pulse, hantu yg rasuk bila org main komputer. Aku harap jgnlah bnyk filem2 sebegini keluar !

Hantu Malaysia / Indonesia
Hantu Malaysia dulu2 mmg best…bermula dgn filem2 P.Ramlee “Org Minyak” seriesnya, Pontianak series, dan masuk kepada zaman2 70an dan 80an mcm Toyol dan Misteri Rumah Tua (filem usahasama dgn Indonesia). Kalau di Hollywood ada Jamie Lee Curtis sbg scream queen, M’sia punya scream queen adalah Maria Menado (her Pontianak rulez…!). Filem2 Indonesia dulu pun seram gila…unsur2 mistik, alam kebomohan, alam ghaib etc… nama Suzana mmg dah sinonim sgt dgn filem2 hantu Indonesia. Cth2 filemnya, Malam Satu Suro, Nyi Blorong, Sundel Bolong dan mcm2 lagilah !

Filem Hantu yg menyakitkan hati kita !
Filem M’sia, Mistik !

Okay guys…kalau ada genre2 yg nak tambah, pls drop a comments yea…!

3 comments:

Zack said...

Haha, tengok gambar hantu Jepun kau tu, teringat lak kat nenek kebayan dalam filem Gong. Makcik tua tu pun buat rambut rebonding!!!!

Lord Vorphalack said...

Zack...tunggu zombi kg pisang...! kalau kau nak tgk horror comedy old school...!

Anonymous said...

Iron Board, i'm writing a book on fantastic cinema and i need your help about some Malaysian films. Please write me back to: arrabal70@hotmail.com
Antonio