IB : Dah lama aku nak post pasal konsert ni, tapi ada internet connection problem sikit !
Diya pelajar pertama meninggalkan AF musim ke 5 ni. Ramai lagi yg actually worst than her yesterday, but tuah tak menyebelahi dia. Tak cukup dpt undian SMS. Tgk la, ntah2 nanti muncullah dia dlm siri Astana Idaman sama mcm Tasha or Leez. Awek tinggi lampai ni boleh tahan jugak cunnya ! Zana juga meninggalkan AF sebelum sempat membuat persembahan. Hari Jumaat lepas punyalah galak tersebar gambar ‘nude’ Zana through email. Tak tau la betul ke tak gambar dia tu. Skrg dah la bnyk teknik superimpose dan mcm2 cara lagilah dan ada gambar yg tak nampak kepala pun. So, tak tau la kesahihannya. Itulah sebab utamanya dia berundur kot !
Anyway, konsert pertama hari tu hambar, sehambar konsert2 pertama AF yg lepas. Mcm2 hal berlaku kat pelajar2…tekak bernanah lah (Shawal, u don’t need to always point ur finger at ur throat, everybody already knows u got sore throat!), demam campaklah, penyakit kulitlah. Aku tak puas hati betul pasal Fatin. Kata penyakit kulit, tapi buat jugak persembahan. Walaupun main2, nampak mcm dia sihat je, malah lebih baik dr majoriti pelajar2 yg buat persembahan mlm tu ! Aswad, walaupun kena campak sempat jugak buat klip video utk penonton. Pelajar yg ada iras2 Mawi tu, sedap jugak suara dia. Tapi aku nak tunggu dia beraksi dlm konsert, baru tau suara sebenar dia. Harapkan studio rakaman bukan boleh percaya beb ! Noni… ? Best beb…natural aje dia beraksi, walaupun tak 100% all out (mcm kata Hattan), tapi utk konsert pertama ok lah. Suara pun ok memandangkan lagu ni memerlukan aksi yg rancak. Heliza boleh dilihat sbg Mawi version perempuan. Forget about Salima, this one is better dr segi suara dan rupa. Cuma suara dia perlu polish sikit lagi. Dafi adalah pelajar yg paling mendapat SMS tertinggi. Tak heranlah, aku pun pernah komen yg dia ni mesti ramai peminat. Muka baby face ni mesti mendapat SMS bnyk dr perempuan. Majoriti penghantar SMS pun terdiri dr perempuan aje ! Tapi walaupun suara nya tak terserlah mlm tu (mungkin sbb lagu yg simple), tapi persembahannya bersahaja. Nampak biasa aje peluk perempuan penari latar tu. Aizat…? Aduh…dah la dia nyanyi lagu favourite aku Pengeran Cinta, nyanyi main hentam keromo aje. Siapa yg pakaikan dia baju hip hop tu ? Carik la baju lain sesuai dgn lagu. Ini lagu rock…baju hip hop. Aizat ni pada pendapat aku tersilap masuk AF, baik masuk Raja Lawak jer…! Candy okay gak walaupun teruk dihentam oleh Ogy, tp aku rasa dia ok dr segi persembahan. Heliza adorable mlm tu…suara pun not bad. Tapi aku nak tgk dia nyanyi lagu rancak pulak.
Bnyk lagi hancur mlm tu, Rizal nyanyi lagu Padi dan membuatkan org semua mengantuk nak tidur. Ntah mcm mana Ogy boleh puji pulak dia tu ! Dekna palajar yg over tu, persembahannya membuatkan aku lupa dia nyanyi lagu apa… Dafi dgn lagu Sudirman version dia pun buat aku tertidur. Afiq bergaya bukan main, nampak mcm Usher version M’sia aje. Nyanyi lagu Sofaz, tp aku tak tau kenapa arrangement lagu ni mlm tu dah jadi mcm lagu R&B ! Actually lagu Pengeran Cinta pun tak se’heavy’ yg dimainkan oleh Dewa. Aduh…ramai betul pelajar2 la…sampai aku pun tak larat nak mention lagi.
Fauziah Latif, Hattan dan Ogy pengkritik tetap. Aku tak setuju betul tentang pengkritik tetap ni. Naper tak buat sorang aje pengkritik tetap. At least takdelah boring tgk muka2 diaorg. Gee nampak cool dan komen2 berisi dgn nada lembutnya. Hattan mungkin aku setuju jugaklah pengkritik tetap, komen2nya berisi, padat dan sesekali buat kelakar, gayanya cool. Tapi Ogy aku tak setuju langsung jadi pengkritik tetap. Buat sakit telinga aku aje. Korang notice or not komennya sama aje utk semua pelajar “Kamu tak memahami lagu….! Kamu tak memahami lirik…! (dan sometimes ulang balik rangkap lirik lagu terbabit supaya budak2 tu faham balik). Kalau mcm tu jugak skill komen dia utk minggu2 depan, aku boring gila la…I guess dia nak pelajar2 semua over mcm dia kot ! Dia pun actually takde tunjuk apa2 pencapaian dlm bidang nyanyian mahupun lakonan, cuma dia terkenal dgn mulut lasernya aje. So she’s a bit like tong kosong for me.
Gimik Aznil tentang sorang lagi pelajar terkeluar, buat org menyampah aje. Tapi ada aksi2nya menghiburkan mcm waktu dia nyanyi lagu Aku Hanya Serangga tu ! Aku harap utk konsert kedua, semuanya akan kembali sediakala dgn complete line-up pelajar2 AF5. Aswad dan Fatin harap sembuh spt sediakala dan Shawal hilanglah tekak bernanahnya. Aku mungkin akan komen konsert kedua dan mungkin tidak…tgk la kalau ada kelainan drp konsert yg pertama ni, dan tgk jugak kalau ada mood !
No comments:
Post a Comment