Friday, March 23, 2007

The Departed (2006)



Cast :
Leonardo DiCaprio as Billy Costigan
Matt Damon as Colin Sullivan
Mark Wahlberg as Dignan
Jack Nicholson as Frank Costello
Vera Farmiga as Madolyn

Director :
Martin Scorsese

The Departed telah diangkat sebagai Best Picture 2006 dan directornya Martin Scorsese pula dijulang sbg pengarah terbaik dlm Oscar 2006 yg lepas. Apa hebatnya filem ni ? Kalau dari luaran dan poster filem ni, nampak macam cop drama yg biasa aje. Tapi bila mendapat sentuhan Scorsese, ini bukan filem ‘cop’ yg biasa. Memang temanya adalah gangster, corruption dan betrayal, tapi The Departed is more than that.

Colin Sullivan (lakonan Matt Damon) dari kecil lagi diambik oleh Frank Costello (lakonan Jack Nicholson) utk menjadi anak didiknya dan apabila dewasa telah memegang jawatan yg tinggi dlm polis. Costello adalah ketua kepada kumpulan gangsternya dan Sullivan walaupun polis, adalah juga “rat” (istilah yg berulang2 kali digunakan) atau informer utk Costello dan geng2 nya. Berulang2 kali percubaan polis utk menangkap Costello berakhir dgn kegagalan kerana campurtangan Sullivan ni. Nasibnya baik kerana dinaikkan pangkat dan kerja dibawah pimpinan Capt. Ellerby (Alec Baldwin). Nasib tak menyebelahi kawan sekelas acedamy Sullivan iaitu Billy Costigan.

Billy Costigan (lakonan Leonardo DiCaprio) adalah seorg ‘rebel’. Atas sifat panas barannya, dia ditukarkan ke ‘undercover’ division yg diketuai oleh Queenan (Martin Sheen) dan Dignam (Mark Wahlberg). Pembabitan Costigan sbg ‘penyamar’, membuat Costello beminat utk jadikan Costigans ni sbg tali barutnya. Walaupun dia bersifat ‘rebel’ he is very keen utk menjatuhkan Costello dan geng2nya. The rest of the plot menyaksikan identity conflict dan syak wasangka ; in short, Costigans seorg yg baik menyamar jahat manakala Sullivan seorg yg jahat tapi dipihak yg baik. Dlm waktu yg sama, Sullivan menjalin hubungan dgn Madolyn Madden (lakonan Vera Farmiga) seorg psychiatrist. Hubungan mereka turns sour bila Madden mula mengesyaki sesuatu. Costigan berjumpa Madden sbg seorg pesakit dan mendapatkan khidmat nasihat. Mula2nya tak habis2 bergaduh aje antara mereka tapi akhirnya mereka berdua menjalin hubungan sulit di belakang Sullivan.

Lakonan menjadi tunjang utama filem ni. Actually semua menyinar dlm filem ni tapi empat org worth mention iaitu Matt Damon, Leo, Jack Nicholson dan Mark Wahlberg. Aku terkilan jugak Leo langsung tak tercalon utk actor performance dlm oscar. Tapi dia tercalon utk filem lain pulak iaitu Blood Diamond. Lakonannya memberangsangkan ; jadi lauk utk pihak ‘undercover’ polis dan mempertaruhkan nyawa dlm kumpulan mob Costello. Watak yg dilakonkan oleh Matt Damon sangat complicated. Berbelah bagi antara kesetiaannya kepada ‘bapak’nya, Costello, dan reputasinya sebagai org kuat dlm Special Investigation Unit (SIU). Punyalah serba salah dan menggelabah mamat ni ditekan oleh Dignam yg mula mengesyaki Sullivan is the ‘mole’ dan ditekan juga oleh ‘bapa’nya Costello. "Hey, Frank! I gotta find myself!" salah satu dialog Sullivan kepada Costello. Mmg betul pun, Sullivan ditugaskan mencari penyangak sebenarnya which is himself ! However aku prefer lakonan Leo berbanding Damon ni. Takde apa surprise tentang watak Costello. Sebelum tgk filem ni lagi aku dah tau Nicholson boleh melakonkan watak ketua gangster ni. Nicholson dgn keningnya yg ganas lagi evil tu memasukkan unsur2 comical dlm characternya instead of vicious ruthless mafia boss. Characternya berjiwa apabila berdepan dgn Sullivan anak didiknya, yg akhirnya membunuh Costello ni ! Selain tu dia juga bijak apabila merakamkan segala conversationnya dgn Sullivan sbg back-up jika Sullivan belot. Lakonan Mark Wahlberg tercalon utk Best Supporting Actor sebagai Dignam yg panas baran dan bnyk mulut. Wataknya dilihat sbg comical relief utk filem ni dan ada twist di penghujung watak Dignam.

Martin Scorsese dah kembali pada apa yg he’s good at. Sebelum ni filem2 spt Gangs of New York dan The Aviator pun bagus jugak tapi takde aura elements seperti filem2nya GoodFellas, Taxi Driver, Raging Bull dan Mean Streets. So filem ni dilihat sbg Scorsese’s comeback sbg director yg tersohor sehingga dinobatkan Best Director di Oscar dan juga Golden Globe. Ini ditambah pulak dgn skrip yg well-written by William Monahan. Filem ni disamakan dgn filem Hong Kong Infernal Affairs dr segi plotnya especially watak dua ‘mole’ ni iaitu Sullivan (Damon) dan Costigans (Leo) (HongKong version dilakonkan oleh Andy Lau dan Tony Leung). However Scorsese meng’America’kan filem ni. Secara general filem ni bnyk adegan ganas dan “in-your-face” death dan tak fokus sgt kepada konflik antara Sullivan dan Costigans. Maybe itulah perbezaan antara dua filem ni dan merupakan kelemahan filem US version; kurang jiwa, tension dan suspense dlm kejar mengejar antara kucing dan tikus dan di’replace’ by bnyk scene ganas yg mengejutkan! Utk membandingkan kedua2 filem ni secara details aku rasa tak perlu lah sebab if I’m not mistaken, Scorsese sendiri mengatakan yg dia tak pernah tgk pun Infernal Affairs trilogy ! By the way, ending filem ni buat aku tergelak sikit, tunjuk seekor tikus ditepi tingkap/balcony dan ber’background’kan pemandangan Massachusetts State House tempat Sullivan dan Costigans training utk menjadi polis. Such a dramatic view !

Aku dengar ada plan utk sequel dan roughly mengisahkan Dignam investigate tragedi yg menimpa pada penghujung filem ni. Prequel kepada filem ni juga ada dlm perancangan, menyatukan balik semua pelakon2 yg hebat ni !


3 comments:

Dr. Bentara said...

Kalau compare The Departed dengan Infernal Affairs, aku rasa lagi IA lagi powerful. Character building tak berapa develop kat TD berbanding dengan IA. Untuk tu aku rasa TD tak berapa deserve la menang Oscar tu tapi mungkin that year nominees pun tak berapa power. Better lagi The Aviator aku rasa...

Anyway, hang Amir ke? Aku ingat lagi hang kita ada berutus surat zaman Thy Unholy Abyss. Pencen eh? Pencen2 pun beli la LANGSUYR 'Asyik'... see how far Langsuyr dah evolve.

Nazim Masnawi said...

Aku tak setuju. Bagi aku TD lagi powerful in terms of overall storytelling. IA is a straight-forward thriller, but TD is an all out balls-to-walls crime drama. Both genres are great on their own right, but of course, not everyday we get the opportunity to see the latter kinda film.

I dunno what you mean by undeveloped characters. I mean, do we really need that cheesy AI's "only you remember my birthday" scene in Departed? C'mon, this ain't the 90's Hollywood anymore.

Plus, it's directed by Scorsese. You can't expect the director went all out homoerotic with the characters, man. It's a pure manly movie with great direction, great writing, great cinematography, and great selection of songs. For that, TD is actually the rightest choice for Oscar's Best Picture since LOTR: ROTK.

P/S: Granted, the editing was fucking sloppy.

Dr. Bentara said...

Amir, please email aku di masirbi at optusnet dot com dot au

senang sikit nak cerita...